Archive for February 22nd, 2011

22 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA
22 Februari 2011
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN SEGERA

Petaling Jaya, Selangor, 22 Februari 2011, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), berasa amat sedih dan memandang serius perkembangan politik yang sedang berlaku di Libya sekarang ini. Rakyat yang bangkit menentang pemerintah kuku besi berhadapan dengan tindak balas pihak berkuasa yang tidak berperikemaknusian. Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

KEADILAN ingin menzahirkan sokongan terhadap rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim. Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat. Pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa ini dihormati dan dilaksanakan.
J
ustru, KEADILAN menuntut pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim membunuh rakyat secara beramai-ramai. KEADILAN yakin bahawa rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

KEADILAN menyeru seluruh lapisan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.

KEADILAN juga mendesak Kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB, NAM dan OIC supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

22 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

Fokus perbicaraan pagi ini adalah sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.

Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut. (more…)

22 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

-Kenyataan Media-

KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN SAHAM KHAS BUMIPUTRA

Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990. Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham. Jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak.

Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk:

1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010

2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang

Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit.

Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra. Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
22 FEBRUARI 2011 (more…)

22 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama kita tidak mendengar khabar menarik tentang gerakan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan, sehinggalah tercetusnya beberapa kekecohan semasa proses penamaan calon pilihan raya kampus, Khamis lalu. Itu pun ia hanya membabitkan beberapa kampus utama dan “dewasa” di sekitar Lembah Klang, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tambah panas apabila pada petang Ahad, 20 Feb, iaitu hari terakhir kempen, dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) UM, Masturah Abu Bakar, yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus. Dalam laporan yang dibuat rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di balai polis Pantai, Masturah tidak dapat dikesan ketika membeli tambahan kredit telefon, selepas berkempen kepada pelajar UM yang tinggal di pangsapuri sekitar Pantai Dalam. Sebelum itu, Masturah pernah mendapat ugutan melalui SMS. (more…)

22 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?