Archive for January, 2011



11
Jan

Anwar Cabar Najib Berdebat Polisi Ekonomi

Dari Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Anwar berkata dengan hanya menangani dua masalah – rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) – Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

11
Jan

Majlis Syarahan Za’aba

Tarikh: 12 Januari 2010
Masa: 9.30 pagi- 12.30 tengahari
Lokasi: Dewan Serbaguna, Unisel Seksyen 7 Shah Alam

Ucapan perasmian oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim

Ucapsambut oleh Ketua Umum Keadilan, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Ketuanan Melayu

Ulasan Za’aba: Melayu dan Pembangunan oleh Prof Adnan Nawang (UPSI)

11
Jan

Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Oleh Khalid Samad

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Continue reading ‘Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan’

11
Jan

Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat

Dari Harakah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya. Continue reading ‘Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat’

10
Jan

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Media Mingguan KEADILAN

Sidang Media Mingguan KEADILAN akan diadakan pada 11.00 pagi 11
Januari 2011 (Selasa) di Ibu Pejabat KEADILAN.

Fokus Sidang Media:

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN akan memberi respons terhadap serangan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Program 100 Hari Buku Jingga Pakatan Rakyat.

2. Dr. Muhd Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN / Pengerusi MPN Perak akan mengulas fitnah Utusan bahawa Pakatan anti Raja-Raja Melayu

—— Continue reading ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Media Mingguan KEADILAN’

10
Jan

Selangor: Mereka Tunjuk Lagi Perangai Itu

Dari Harakah

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu.

Beliau ketika menyampaikan pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi berkata, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi. Continue reading ‘Selangor: Mereka Tunjuk Lagi Perangai Itu’

10
Jan

Rakaman Ceramah Perdana Shah Alam 09/01/2011

Ihsan Media Rakyat


10
Jan

Hamba Politik: Umno-BN Bakal Terima Hukuman

Oleh Mohd Rashidi Hassan

NEGARA jadi susah apabila pegawai-pegawai kerajaan, sudah mempamerkan diri mereka menjadi balaci orang-orang politik, sama ada untuk kepentingan peribadi mereka mahupun untuk kepentingan orang-orang politik.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani juga menafikan beliau menjadi alat politik Umno dalam kes ini.

Malah Khusrin juga menafikan beliau alat politik Umno-Barisan Nasional. Continue reading ‘Hamba Politik: Umno-BN Bakal Terima Hukuman’

10
Jan

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Gombak

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

10 Januari 2011 (Isnin)

8.30 Malam – Solat Isya’ di Masjid Ar Rahimah, Greenwood

9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi 1 – Kompleks Muhibah, Taman Bolton, Batu Cave

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. YB Dr Hassan Ali
5. YB Amiruddin Shari
6. YB A Sivanesan
7. YBhg Ustaz Salahudin Nasir

Lokasi 2 – Dewan Orang Ramai MPAJ AU2A, Keramat

Penceramah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. YB Tony Pua
5. YB Saari Sungip

08
Jan

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!


08
Jan

Awang Selamat Yang Biadab- Mana KDN ?

KENYATAAN AKHBAR
8 JANUARI

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am. Continue reading ‘Awang Selamat Yang Biadab- Mana KDN ?’

08
Jan

Fakta Pelantikan SUK Diputarbelit

Dari Malaysiakini

Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

“Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

“Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK,” kata Faekah lagi. Continue reading ‘Fakta Pelantikan SUK Diputarbelit’