Archive for January, 2011



15
Jan

The Tyranny Of BN

In 1998, Dr.Mahathir’s tyrannous regime infamously tried Anwar Ibrahim
on trumped-up sodomy charges. In the great tradition of authoritarian
rulers everywhere, Mahathir used a corrupt police force and biased
judiciary to put Anwar away. So outrageous was the conduct of
Augustine Paul,the presiding judge in Anwar’s trial, that it would be
not be extreme to compare him to the notorious Nazi kangaroo court
judge, Roland Freisler. Anwar rallied the people and put up a
tremendous fight, but to no avail. Brute force had prevailed over the
voices of countless people who took to the streets and to cyberspace
resolved to end the unjust rule of the Barisan Nasional (BN)
government. Free Anwar became the rallying call of liberal and
progressive Malaysia, and Anwar’s fate became tied up with the hopes
of a nation. And so the nation was thrilled when the Anwar-led
opposition coalition won 5 states and 82 parliamentary seats in the
last general election.

Since then the BN government has tried every possible underhand ploy
at its disposal in order to undermine the opposition coalition. This
included fabricating another sodomy case against Anwar who is rightly
regarded by the government as its chiefest foe. His biggest sin in the
eyes of the government is his unprecedented challenge to their divide
and rule racial policies. This threatens the very existence of the BN,
and consequently the vested interests of its leaders and their chief
supporters.

Increasingly desperate, they have now conjured up Ummi Hafilda Ali, a
faded and vaguely sinister figure from the first sodomy trial. At her
press conference on 13th January, she exuded a great deal of malice,
but made very little sense. She made the astonishing claim that the
opposition gains in March 2008 was solely due to her absence from the
electoral battlefield. She threatened to sue Anwar and others for
hundreds of millions, although there appears to be no legal cause of
action known to our jurisprudence to support her ridiculous claim.
Trotting out this foolish woman just as the general election looms
closer is surely a new low even for the BN government.

It is significant that Ummi Hafilda has been dusted off the shelf just
as Najib desperately seeks ways to avoid debating Anwar Ibrahim on the
economy. Instead of engaging in an open and free discussion of
national issues with the leader of the opposition, the BN chooses to
respond by digging up the mouldering bones of an old and discredited
slander. Oppressive and dishonest, the BN advances its political
agenda by engaging in sordid conspiracies against its political
opponents. Unable and unwilling to engage in free political discourse,
the BN constantly seeks to use State powers to criminalize and destroy
its opponents. This has ever been the way with tyrants. But like so
many other tyrannies, this one too shall come to an end, and our
nation will shake off the restraints imposed by BN and stride forward
to meet its great destiny.

N.SURENDRAN
VICE PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT

14
Jan

KEADILAN Tawarkan Rafizi Bahas Dengan Khairy

Parti Keadilan Rakyat kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak.

Pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara.

Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut.

Pada masa yang sama, KEADILAN menerima jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada Anwar untuk membahaskan Program 100 Hari.

Pelawaan asal Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang adalah kepada Najib. Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, KEADILAN menawarkan Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli untuk berbahas dengan Khairy.

Rafizi selaku pemimpin muda adalah regu sesuai untuk Khairy. Beliau juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengurus Kanan di Petronas dan Pengurus Besar di Pharmaniaga.

KEADILAN berharap Khairy bersetuju dan perbahasan tokoh-tokoh muda ini menjadi pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar. Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya. Sudah tentu amalan sebegini lebih baik berbanding amalan membakar buku yang menjadi-jadi akhir-akhir ini.

DR MUHAMMAD NUR MANUTY
KETUA PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT

14
Jan

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

16 Januari 2011 (Ahad)

1) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Bersama Masyarakat India

Lokasi – Restoran G & D, Pekan Labis

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Professor Dr Ramasamy
3. YB Sallehuddin Ayub
4. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
5. YBhg N Surendran
6. YBhg S Subramaniam
7. YB Manikavasagam

2) 9.00 – 12.00 Malam –

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat DUN Tenang

Lokasi – Dataran Wayang Pacak
Taman Labis Indah

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang
4. Calon Pakatan Rakyat DUN Tenang

14
Jan

Quo Vadis Ya Hakim Datuk Mohamad Zabidin?

Dari Suara Keadilan
Oleh Dr.Samarudin Rejab

Di dalam perbicaraan sekitar sebulan yang lepas, Yang Arif Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md.Diah telah menyatakan kepada Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Peguam Karpal Singh bahawa” beliau (Karpal Singh) menasihati kliennya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan sekiranya tidak berbuat demikian,tindakan menghina Mahkamah ( Contempt of Court ) akan dikenakan “.

Peguam Karpal Singh, selaku Peguambela Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjawab dan menyatakan bahawa ” kenyataan Hakim Datuk Mohamad Zabidin sebagai satu ‘intimidation’ ( atau ancaman )”. Continue reading ‘Quo Vadis Ya Hakim Datuk Mohamad Zabidin?’

14
Jan

100 Hari: Dulu Perlekeh, Kini Takut Debat?

Dari Harakah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak daripada berdebat dengan Datuk Seri Anwar, kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Najib dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim “Pelan 100 hari” Pakatan Rakyat.

“Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

“Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukakan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat,” kata Khalil dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Continue reading ’100 Hari: Dulu Perlekeh, Kini Takut Debat?’

13
Jan

Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Wacana-wacana terbuka antara tokoh-tokoh politik seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah menyebarkan pendidikan politik. Seperti yang sering diulang-ulangkan oleh Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Demikian juga, zaman momokan hanya BN yang patriotik sedangkan pembangkang adalah pengkhianat negara juga telah berlalu. Dalam sebuah negara demokrasi, kedua-dua parti yang menerajui kerajaan dan yang menjadi pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama kepada negara. Melalui persaingan siapakah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab yang terbaik, dialah yang bakal dipilih oleh rakyat.

Pemilihan pemimpin yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab adalah idaman semua manusia. Para ilmuan dari seluruh peradaban sering berbicara tentang pemimpin yang seperti ini sama ada Plato, Kung Fu Tze, Kautilya dan al-Mawardi. Secara sejagatnya kesemua mereka mengharapkan pemimpin yang berilmu, bermoral dan berintegiriti. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka rakyat dapat mengharapkan tertegaknya keadilan dan kebajikan. Perbahasan-perbahasan para ilmuan itu sehingga hari ini kekal dalam lembaran-lembaran ilmu dalam bentuk bahasa-bahasa retorik.

Bagaimanapun, seseorang pemimpin politik dari dahulu hingga kini, jarang menggunakan bahasa-bahasa retorik. Sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa politik, iaitu bahasa yang sering difahami dengan mudah oleh rakyat. Dengan pengertian lain, peranan bagi seseorang pemimpin politik yang berwibawa ialah menterjemahkan bahasa retorik tentang kenegaraan kepada bahasa politik untuk memahamkan rakyat. Di sinilah letaknya kepentingan wacana politik sama ada bercorak ceramah, diskusi atau debat. Menyedari hakikat tersebut, debat antara Najib dan Anwar itu bukanlah membazir masa, bahkan sangat perlu dalam mendidik rakyat tentang politik kenegaraan.

Sangatlah malang bila terdapat pula pihak-pihak lain yang ingin ‘kacau daun’ untuk menggagalkan debat ini atau mungkin mempunyai agenda tersendiri. Antara mereka ialah Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. Dari segi kedudukan politik, awal-awal lagi kedudukan politik mereka berbanding Anwar adalah tidak seimbang. Nazri Aziz hanya seorang menteri biasa yang tidak ada jawatan-jawatan kanan dalam parti, manakala Khairy pula seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tiada apa-apa dalam kabinet. Sepatutnya kedua-dua mereka mencari lawan yang sesuai supaya tidak ditanggapi mereka mempunyai agenda tersendiri dalam berdebat. Continue reading ‘Khairy, Nazri Bukan Tandingan Anwar’

13
Jan

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kemaman

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

15 Januari 2011 (Sabtu)

1) 9.00 pagi – 1.30 tengahari

Pelancaran Gelombang “Pakatan Rakyat Ganti Barisan Nasional”

Lokasi : Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Ucaptama oleh:
YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Tuan Guru Haji Hadi Awang
YB Dato’ Harun Taib
YB Azan Ismail

2) 2.00 – 4.00 ptg – Mesyuarat dan Rapat Setia PKR Terengganu

3) 5.00 – 7.00 ptg – Jamuan Petang (Hi- Tea)

Lokasi – Restoran Bangkok Kitchen, Geliga, Kemaman
(Hadapan Masjid Geliga)
(Jemputan Terbuka)

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

Lokasi – Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YB Dato’ Ngeh Koo Ham .
4. YB Azan Ismail

13
Jan

Kenyataan Media Ketua AMK: Debat Plan 100 Hari Pakatan Rakyat

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Continue reading ‘Kenyataan Media Ketua AMK: Debat Plan 100 Hari Pakatan Rakyat’

13
Jan

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,13 Januari 2011

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 13 Januari 2011

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis)

Masa : 5:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PAS, Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

12
Jan

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Dari Anak Sungai Derhaka
Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.. Continue reading ‘Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!’

11
Jan

Ilustrasi Debat Ekonomi

Karya Kartunis Gandum

11
Jan

PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

=========== Continue reading ‘PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat’