Archive for January, 2011



19
Jan

Pandangan Umum Berhubung Penolakkan Najib Untuk Berdebat

From Malaysiakini

‘Najib is a coward for taking cheap shots at Anwar. If you like, you can bring up the personal issues at the debate as well.’

Najib: Me? Afraid of Anwar?

Jefferson76: PM Najib Razak, you have given the public lame excuses about why you cannot debate another political party on your economic policies. It is also quite shameful to see a prime minister talking in such a course and degrading manner.

If you have all the answers, so by all means do enlighten us in a public debate. It has nothing to do with Sodomy II and everything to do with showing the voters how you handle criticism on the issues at hand.

Blackknight: Najib, after hearing your obscene and crude remarks, I want to raise another one – how can we trust you when you appointed former Negeri Sembilan menteri besar Isa Samad who was guilty of money politics to be Felda chairperson? This alone will pave the way to Felda’s bankruptcy.

Naaah: If the PM isn’t afraid of Anwar Ibrahim, then why does the police often stop Anwar from speaking in public ceramah? Why do Utusan Malaysia and all the BN-controlled media slander Anwar?

I would like to correct the PM – the sodomy charge against Anwar is not his personal problem. The people of Malaysia and renowned international figures see this as improper prosecution.

Habib RAK: Yes Najib, you are afraid to debate Anwar. You are the PM and he is the opposition leader. Both are official positions recognised in Malaysia and the world over. So, since you have all the information, just debate. Don’t give excuses.

Docs: How come Najib does not want to debate with Anwar on political and economic issues? In most developed nations (eg, UK, US, etc), we see politicians squaring off live on TV. Isn’t developed nation status is what BN is vying for?

Citing “personal problem” is a lame excuse. What about Najib’s personal problems: Altantuya Shaariibuu and an uncontrollable wife?

VP Biden: Najib is a coward for taking cheap shots at Anwar. If you like, you can bring up the personal issues at the debate as well. But first things first, be a man and take up the challenge.

Anonymous_5fb: Lihatlah macam mana Najib berucap. Nilai-nilai kemelayuan yang disegani oleh rakyat Malaysia bangsa lain sudah musnah oleh Umno sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dan kini jadi lebih teruk lagi oleh Najib. Tengoklah MB Abdul Ghani Othman yang bersama dengannya dalam gambar, dia pun rasa malu dengan Najib.

Ya, mungkin memang benar Najib tak takut dengan Anwar kerana dia (Najib) boleh guna jentera-jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Tapi, adakah dia tu takut dengan bayangnya sendiri? Kematian gadis Mongolia Altantuya pun belum selesai, bukan?

Kesian, nilai-nilai kemelayuan yang cantik dan halus sudah terkecai dalam tangan orang yang anggap mereka Musliman. Sungguh sakit hati kelakuan sedemikian terang-terang dibogelkan di mata orang-orang Melayu Felda ini. Apa sudah jadi dengan Melayu Umno ni?

Buat apa nak caci orang secara peribadi, Najib? Anda memang tak takut dengan Anwar, mungkin kerana ada isteri anda Rosmah Mansor di hadapan kamu. Alangkah lebih baik debat dengan Anwar mengenai ekonomi dan polisi negara? Continue reading ‘Pandangan Umum Berhubung Penolakkan Najib Untuk Berdebat’

19
Jan

Berdebatlah Najib, Rakyat Mahu Lihat Anwar Demam

Dari Harakah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

“Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

“Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

“Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Continue reading ‘Berdebatlah Najib, Rakyat Mahu Lihat Anwar Demam’

19
Jan

Malaysia – Terus Celaru Dalam Pentadbirannya

Dari Blog Gajah Menta

Sesebuah negera di ujudkan dengan berlandaskan pelembagaan -perlembagaan bertindak sebagai ” tiang seri ” nya dan apa saja perbuatan tindakan dan tindak buat adalah berdasarkan dan dirujukan kepadanya. Dan setiap kali perubahan dalam pelembangaan, parlimen adalah tempat segala-gala perubahan yang difikiran perlu nak diubah.

Kita sering riuh dengan perkara 153, 152 – kedualatan Ketuanan Orang Melayu. Kita juga sering mengatakan Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan utama negera, Kita juga meletakkan Institusi Istana mengatasi segala-galanya dan kita juga meletakan Islam agama rasmi negara. Ini semua sebagai tiang dalam pembangunan negara. Continue reading ‘Malaysia – Terus Celaru Dalam Pentadbirannya’

19
Jan

Lima Projek Diberi Kepada Shamsuddin Hayroni Secara Runding Terus

KENYATAAN AKHBAR
18 JANUARI 2011

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000

2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta

3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000

4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53

5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

FAEKAH HJ HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

18
Jan

Surat Tawaran Debat Terbuka Kepada Perdana Menteri

Klik Imej Untuk Besarkan

18
Jan

Speech by Ragunath Kesavan, Chairman of The Bar Council, at The Opening Of The Legal Year 2011 (15 Jan 2011)

In PP v Anwar Ibrahim, the Federal Court rolled back statutory amendments introduced in Section 51A of the Criminal Procedure Code to augment the rights of accused persons. By enacting this provision that imposes a statutory duty on the prosecution to provide documents to the defence prior to the commencement of trial, Parliament made it plain its intention to level the playing field between the prosecution and the defence.

In a regrettably regressive decision, the Federal Court refused to allow the defence access to documents other than the usual basic documents pre-dating the amendments. The full and timely disclosure of documents and statements would surely assist in a speedy disposal of the trial. More crucially, courts must exercise their discretion in favour of enhancing an accused person’s right to a fair trial, and increasing transparency and fairness in the country’s criminal justice system. Non production of documents and information merely gives rise to the perception, in the public mind, of a cover up and will not assist in enhancing public confidence in the criminal justice system.
—–

Yang Amat Arif, saya dengan rendah diri memohom izin meneruskan hujah saya dalam Bahasa Inggeris.

My Lord,

I am honoured to speak not only for the Bar Council but also on behalf of the Sabah Law Association and the Advocates Association of Sarawak, who are represented here today with the presence of their respective Presidents, Datuk John Sikayun and Khairil Azmi bin Mohd Hasbie.

It gives me great pleasure to be able to address this distinguished gathering on the occasion of the opening of the 2011 Malaysian legal year.

A year on from the historic first ceremony in January 2010, we cannot rest on our laurels but must continually strive to improve the administration of justice and the rule of law in Malaysia. We cannot be satisfied with pioneering first steps, but must be sufficiently courageous to extend boundaries. This may transgress well-worn customs and traditions, and may find displeasure among those with vested interests in preserving the status quo. However, we cannot be inhibited by such considerations. If adjustments are required we must be bold and mature enough to stand up for such corrections purely in the interest of justice and fairness.

The introduction of court mandated mediation, court recording transcription services, structured and uniform case management directions and the introduction of the “New Civil and Commercial” courts have increased the efficiency of our judiciary. The changes brought about by Your Lordship have, by and large, been welcomed by the legal fraternity. We were plagued with problems of public distrust and disdain of the judiciary for reasons of judicial indiscipline, alleged corruption even at the highest level of the judiciary, judge fixing, an administration system that had not been revamped for decades, inconsistent case management styles and directives issued at the whims and fancies of each judicial officer. The appointment of three inept and unacceptable chief justices post Tun Salleh Abas led to the near complete breakdown and destruction of our judiciary.

We can stand tall and reflect that we had firmly and consistently spoken out and acted against the massive decline in judicial independence.

Your Lordship had the most arduous task of instilling discipline, order and direction in the judicial system.

However, we caution that reform including the pace of such reform, must always be in tandem with the needs of all stakeholders, including the capacity of the judges, lawyers and court system. Speed alone cannot be the sole and overriding factor, for there must be no miscarriage of justice in the prompt completion of cases. In the matter of postponements and adjournment of cases, it is a critical part of the individual independence of judicial officers that they have sole control of cases before them, including the discretion whether or not to grant an adjournment because they must be guided by the need to do “substantial justice” between the parties.

The criminal justice system requires a much more detailed and tempered approach. The problems faced there are considerably different from those of the civil courts and expediting hearings may not entirely be in the public interest if this results in more instances of acquittals, or an accused is denied the right to a proper and full defence.

The paramount objective of the administration of justice must be to achieve qualitative justice in every instance. An excellent justice system requires a combination of a fair conduct of cases, their prompt disposal and well reasoned decisions so as to ensure that justice is done and seen to be done.

As we consider the challenges that lie ahead, we would do well to reflect on the following words, taken from Chapter VI of Machiavelli’s “The Prince”:

“. . . there is nothing more difficult to take in hand, more perilous to conduct, or more uncertain in its success, than to take the lead in the introduction of a new order of things, because the innovator has for enemies all those who have done well under the old conditions, and lukewarm defenders in those who may do well under the new. This coolness arises partly from fear of the opponents, who have the laws on their side, and partly from the incredulity of men, who do not readily believe in new things until they have had a long experience of them.”

The reforms that have been implemented have resulted in a significant improvement in the quality of the administration of justice. We welcome such changes even though disagreements are bound to exist from time to time. We do not always agree or achieve consensus on issues but we have a good working relationship with the Judiciary and the Attorney General’s Chambers upon which we can build, and we look to continued constructive dialogue and discussion with both parties. Continue reading ‘Speech by Ragunath Kesavan, Chairman of The Bar Council, at The Opening Of The Legal Year 2011 (15 Jan 2011)’

18
Jan

Suburkan Dialog Antara Agama & Budaya Yang Melibatkan Isu-Isu Sensitif

NOTA PANDANGAN BIPPA.
(Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat)

“Merujuk kepada Isu laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kg Kerinci, Kuala Lumpur dan Isu umat Islam bekerja di premis yang menjual arak di Selangor dan kontroversi Novel Interlok.”

Mutakhir ini isu-isu sensitif yang melibatkan agama dan budaya terus menjadi-jadi di negara kita. Ini adalah sebahagian daripada fenomena terkini yang dikaitkan dengan kehidupan manusia yang semakin rencam akibat dari arus globalisasi. Sistem pemerintahan demokrasi yang dipraktikkan dikebanyakan negara di dunia yang mengutamakan soal hak asasi manusia serta kebebasan beragama memerlukan kebijaksanaan untuk mengurus rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Bermula atas premis ini maka persoalan interaksi dan sifat tolak ansur (tasamuh) sangat penting untuk menjadi wahana bagi mengatasi isu-isu yang sensitif. Continue reading ‘Suburkan Dialog Antara Agama & Budaya Yang Melibatkan Isu-Isu Sensitif’

18
Jan

KPRU: Dedahkan Butiran Rundingan Pembelian Bakun

Dari Merdeka Review
Oleh KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa, jika proses penjualan Empangan Bakun tidak dijalankan secara telus dan terbuka, usaha kerajaan untuk menarik pelaburan asing melalui pelbagai program transformasi hanya akan menjadi omongan kosong yang tidak meyakinkan.

Untuk memulihkan keyakinan para pelabur, kerajaan wajib menjalankan penilaian terkini yang komprehensif terhadap projek Empangan Bakun untuk pengetahuan umum. Ini termasuklah nilai sebenar, ketirisan, jumlah kerugian dan kos sosial sepanjang pelaksanaan projek tersebut. Laporan penilaian sedemikian dapat memberikan ruang penyertaan dan maklumat penuh kepada sektor swasta selain mengembalikan keyakinan umum yang semakin terhakis terhadap keupayaan tadbir urus kerajaan berhubung projek mega. Continue reading ‘KPRU: Dedahkan Butiran Rundingan Pembelian Bakun’

18
Jan

Proksi: SPR Diminta Jangan Bantutkan Lagi Demokrasi

Dari Harakah

Berikutan cadangan undi proksi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin dilihat membantutkan proses demokrasi di negara ini, malah ianya tidak standing dengan kematangan rakyat yang bijak memilih.

Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof, pada sidang medianya berkata, SPR kini semakin keluar dari prinsip serta ruang lingkup tanggungjawabnya. Continue reading ‘Proksi: SPR Diminta Jangan Bantutkan Lagi Demokrasi’

18
Jan

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Alor Star Dan Kuala Kedah

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

19 Januari 2011 (Rabu)

1) 3.00 – 7.00 petang – Wacana Ilmu – Demokrasi dan Tatakelola Kerajaan

Lokasi : Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Star

Ahli Panel:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Dato’ Seri Azizan Abd Razak
3. YBhg Dato’ Siddiq Fadzil

2) 8.00 – 10.00 malam – Jamuan Makan Malam

Lokasi : Tingkat 7, Menara Majlis Bandaraya Alor Star

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Dato’ Seri Azizan Abd Razak
3. YB Tien Chua
4. YB Lee Boon Chye
5. YB Elizabeth Wong
6. YBhg Dato’ Haji Wan Salleh Wan Isa
7. YBhg Teh Kok Soo

3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

Lokasi : Stadium Sukamenanti, Alor Star

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tien Chua
3. YB Nasir Mustafa
4. YB Dato’ Amirudin Hamzah
5. YB Fahrulrazi Zawawi
6. YB Ahmad Kasim

16
Jan

Debat Najib-Anwar Penting Elak Negara Muflis

Dari Harakah

Janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia tiba-tiba merungsingkan BN. Bagi Pakatan Rakyat, ia adalah janji realistik yang mampu dilakukan.

Najib pula mengatakan ia boleh membawa Malaysia bankrap. Melalui berita radio, saya dengar ucapan Najib (lebihkurang ayatnya): ‘Dalamasa 2 tahun laksanakan janji itu, Malaysia boleh bankrap macam Greece.’ Continue reading ‘Debat Najib-Anwar Penting Elak Negara Muflis’

15
Jan

Takziah Untuk Korban Tragedi Sabarimala

Kita dikejutkan dengan khabar sedih dari Kerala, India apabila hampir 100 orang menjadi korban ketika melaksanakan ziarah Sabarimala. Ziarah yang dilakukan penganut beragama Hindu ke daerah Idukki itu bersempena sambutan Makaravilakku untuk melihat bintang Makarjyoti.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang menjadi korban tragedi ini. Saya berharap pihak berwajib Malaysia agar segera mengenalpasti jikalau ada mangsa terdiri dari rakyat Malaysia. Kepada Kerajaan India dan seluruh rakyatnya, kami di Malaysia turut bersimpati dan berharap moga tragedi seperti ini tidak lagi berulang.

ANWAR IBRAHIM