Ihsan Media Rakyat
Archive for January, 2011
Rakaman Ceramah DSAI Di PRK Tenang
“To Shake or Not To Shake Hands…Is That The Question?”
It’s been a while since I last update my blog. Whatever could be the excuse for that is immaterial for now. But what could be not excusable is the fact that I’m posting you the least-of-the-important-things in the life of this embattled nation.
Yes, but with the raging debate in the public sphere, out to almost split this already-very-beleaguered-nation, I’m ostensibly taking liberty again to post you the many things Malaysians have said, responding to this unfortunate “To Shake or Not To Shake Hands” Debate. Continue reading ‘“To Shake or Not To Shake Hands…Is That The Question?”’
Lebih Baik Rosmah Saja Jadi PM
Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai “First Lady”, yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.
Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar. Continue reading ‘Lebih Baik Rosmah Saja Jadi PM’
Kabinet Najib Jadi Pemimpin Lebai Malang
Dari Harakah
PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.
Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Continue reading ‘Kabinet Najib Jadi Pemimpin Lebai Malang’
Mustahil Sembunyi Pelarian Modal RM208b
Dari Malaysiakini
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dakwaan berhubung aliran wang haram yang amat tinggi di negara ini.
“Kita gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan yang berhubung perkara itu,” kata Anwar dalam sebuah program parti di Ampang hari ini.
“Jangan lindungi perkara korup. Jika mereka gagal, jelaslah ia melibatkan personaliti besar dalam BN dan kerajaan. Mustahil jumlah sebanyak RM208 bilion tidak boleh dikesan.”
Pada 20 Januari lalu, sebuah pemerhati kewangan – Global Financial Integrity (GFI) – menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu.
Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.
Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.
Anwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat.
Sambil menegaskan keperluan siasatan yang bebas, ketua pembangkang itu berkata Bank Negara juga harus menjelaskan situasi tersebut.
Sehingga kini belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan memalukan itu, yang meletakkan penguatkuasaan undang-undang kewangan di Malaysia bawah persoalan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.
MediaRakyat Newsflash: Nomination Day, Tenang By-Election
Pelancaran KEADILAN Network Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 11.00pagi – 1.00 petang
Tempat: Kelab Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang
11.00 pagi – Ucapan Alu-Aluan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang
11.10 pagi – Ucapan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN
11.20 pagi – Ucapan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi KEADILAN
11.30 pagi – Ucapan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN
12.00 tengahari – Sesi soaljawab
12.30 tengahari – Sidang Media
12.45 tengahari – Makan Tengahari
Saya Melayu
Dari Hussein Hamid blog
The problems we now face does not only concern Perak, Kelantan, Penang and Selangor but the whole country. It does not only concern the Malays, the Chinese, the Indians but everybody who are Malaysians. It is not a concern for today, tomorrow, next week or next year but a concern for not only today but more important, of the future. The errors we make, the foundations we build and all that we do now will be there for posterity – to be judged by those that come after us. If we are not there to hear the verdict, our children will.
While the individual leaders within Pakatan Rakyat have long been in Politics their ability to govern and govern well is yet to be tested. But time favours them.
Time does not favor UMNO. The years of UMNO rule, while all not bad, has brought into question whether more of the same excesses are to prevail in the years to come? Continue reading ‘Saya Melayu’
Adakah Perlumbaan Senjata Jawapannya?
Dari Malaysian Insider
Oleh Nik Nazmi
Saya tertarik membaca rencana Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam Utusan Malaysia, “Bertindak Sebelum Terlambat”. Rencana tersebut memetik kenyataan Lee Kuan Yew bahawa Singapura memerlukan pertahanan yang kuat bagi berhadapan dengan Malaysia dan Indonesia.
Ridhuan seterusnya membandingkan perbelanjaan pertahanan Singapura yang berjumlah RM35.5 bilion berbanding dengan perbelanjaan Malaysia sebanyak RM11.013 bilion pada tahun 2010. Continue reading ‘Adakah Perlumbaan Senjata Jawapannya?’
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang
22 Januari 2011 (Sabtu)
1) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Bersama Masyarakat India
Lokasi : Restoran G&D, Pekan Labis
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Prof Dr Ramasamy
3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
4. YB Manikavasagam
5. YB S Manikumar
6. YBhg Surendran
7. Normala Sudirman (Calon)
2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah
Lokasi : Markas PAS, Kampong Sawah Baru
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
4. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
5. YB Zuraida Kamaruddin
6. Normala Sudirman (Calon)
3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah
Lokasi : Markas PAS, Felda Tenang
Penceramah
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
4. YB Zuraida Kamaruddin
5. YBhg Mazlan Aliman
6. Normala Sudirman (Calon)
–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.
Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.
ANWAR IBRAHIM
Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri Telah Dipersembah Kepada DYMM Sultan Selangor
KENYATAAN AKHBAR
19 JANUARI 2011
Kerajaan Negeri menyembah ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.
Kami menghargai keprihatinan DYMM Sultan kepada usaha Kerajaan untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Dalam perjumpaan mingguan saya dengan DYMM Sultan pagi tadi, saya telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar.
Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:
“Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”
Pindaan ini jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.
Rang undang-undang ini kita hebahkan kepada orang ramai supaya ianya dapat dibincang dan dikupas secara sihat dan professional sebelum ia dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk dibentangkan. Ini selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban (transparency and accountability) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR









Recent Comments