Archive for January 13th, 2011

13 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya begitu berharap debat antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan, terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Debat seumpama ini akan menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat, supaya rakyat diberi peluang yang seluasnya bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk meneraju negara. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berlapang dada dan mengharapkan debat antara kedua-dua tokoh tersebut akan berlangsung.

Kedua-dua Najib dan Anwar mempunyai pengalaman yang hampir seimbang dalam memimpin negara. Najib mempunyai kelebihan dari segi kejayaannya sehingga ke kemuncak kuasa, di samping laluan politiknya yang tidak berliku-liku. Anwar pula mempunyai kelebihan dari segi jaluran politiknya yang penuh berwarna-warni, bermula daripada politik Islam sehingga politik plurality. Kini kedua-dua mereka seperti berada di persada yang seimbang, Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Dengan melihat kepada aspek-aspek tersebut sememangnya debat antara kedua-dua mereka begitu dinanti-nantikan.

Wacana-wacana terbuka antara tokoh-tokoh politik seperti ini merupakan satu langkah positif ke arah menyebarkan pendidikan politik. Seperti yang sering diulang-ulangkan oleh Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Demikian juga, zaman momokan hanya BN yang patriotik sedangkan pembangkang adalah pengkhianat negara juga telah berlalu. Dalam sebuah negara demokrasi, kedua-dua parti yang menerajui kerajaan dan yang menjadi pembangkang mempunyai tanggungjawab yang sama kepada negara. Melalui persaingan siapakah yang dapat menyempurnakan tanggungjawab yang terbaik, dialah yang bakal dipilih oleh rakyat.

Pemilihan pemimpin yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab adalah idaman semua manusia. Para ilmuan dari seluruh peradaban sering berbicara tentang pemimpin yang seperti ini sama ada Plato, Kung Fu Tze, Kautilya dan al-Mawardi. Secara sejagatnya kesemua mereka mengharapkan pemimpin yang berilmu, bermoral dan berintegiriti. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka rakyat dapat mengharapkan tertegaknya keadilan dan kebajikan. Perbahasan-perbahasan para ilmuan itu sehingga hari ini kekal dalam lembaran-lembaran ilmu dalam bentuk bahasa-bahasa retorik.

Bagaimanapun, seseorang pemimpin politik dari dahulu hingga kini, jarang menggunakan bahasa-bahasa retorik. Sebaliknya mereka lebih gemar menggunakan bahasa-bahasa politik, iaitu bahasa yang sering difahami dengan mudah oleh rakyat. Dengan pengertian lain, peranan bagi seseorang pemimpin politik yang berwibawa ialah menterjemahkan bahasa retorik tentang kenegaraan kepada bahasa politik untuk memahamkan rakyat. Di sinilah letaknya kepentingan wacana politik sama ada bercorak ceramah, diskusi atau debat. Menyedari hakikat tersebut, debat antara Najib dan Anwar itu bukanlah membazir masa, bahkan sangat perlu dalam mendidik rakyat tentang politik kenegaraan.

Sangatlah malang bila terdapat pula pihak-pihak lain yang ingin ‘kacau daun’ untuk menggagalkan debat ini atau mungkin mempunyai agenda tersendiri. Antara mereka ialah Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. Dari segi kedudukan politik, awal-awal lagi kedudukan politik mereka berbanding Anwar adalah tidak seimbang. Nazri Aziz hanya seorang menteri biasa yang tidak ada jawatan-jawatan kanan dalam parti, manakala Khairy pula seorang yang ada jawatan kanan dalam parti tetapi tiada apa-apa dalam kabinet. Sepatutnya kedua-dua mereka mencari lawan yang sesuai supaya tidak ditanggapi mereka mempunyai agenda tersendiri dalam berdebat. (more…)

13 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

15 Januari 2011 (Sabtu)

1) 9.00 pagi – 1.30 tengahari

Pelancaran Gelombang “Pakatan Rakyat Ganti Barisan Nasional”

Lokasi : Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Ucaptama oleh:
YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Tuan Guru Haji Hadi Awang
YB Dato’ Harun Taib
YB Azan Ismail

2) 2.00 – 4.00 ptg – Mesyuarat dan Rapat Setia PKR Terengganu

3) 5.00 – 7.00 ptg – Jamuan Petang (Hi- Tea)

Lokasi – Restoran Bangkok Kitchen, Geliga, Kemaman
(Hadapan Masjid Geliga)
(Jemputan Terbuka)

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

Lokasi – Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YB Dato’ Ngeh Koo Ham .
4. YB Azan Ismail

13 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. (more…)

13 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 13 Januari 2011

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis)

Masa : 5:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PAS, Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.