Archive for January, 2011

31
Jan

Ceramah KEADILAN: Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

Tarikh : 1hbh Febuari 2011
Masa: 9.00malam- 11.30malam
Tempat: Dewan Taman Sri Manja, Jalan PJS3/40, Taman Medan

Penceramah:

1. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. YB Khalid Samad
3. YB Gobind Singh Deo
4. YB Nurul Izzah Anwar
5. YB Tian Chua
6. YB Haniza Talha
7. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

31
Jan

To the Tyrants of the World

Wikipedia translation of Tunisian poet Abo Al Qassim Al Shabbi‘s
(1909-1934) “To the Tyrants of the World,”

Hey you, the unfair tyrants…
You the lovers of the darkness…
You the enemies of life…
You’ve made fun of innocent people’s wounds; and your palm covered with
their blood
You kept walking while you were deforming the charm of existence and
growing seeds of sadness in their land

Wait, don’t let the spring, the clearness of the sky and the shine of
the morning light fool you…
Because the darkness, the thunder rumble and the blowing of the wind are
coming toward you from the horizon
Beware because there is a fire underneath the ash

Who grows thorns will reap wounds
You’ve taken off heads of people and the flowers of hope; and watered
the cure of the sand with blood and tears until it was drunk
The blood’s river will sweep you away and you will be burned by the
fiery storm.

31
Jan

Segera Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Ketegangan di Mesir jelasnya tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini. Protes menuntut Perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut. Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia. Beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter. Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan.

Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir. Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur.

ANWAR IBRAHIM

31
Jan

Tunai Amanah Rakyat Elak krisis Tunisia, Mesir

Dari Keadilan Daily

Kesungguhan pemimpin dalam menunaikan amanah dari kepercayaan rakyat penting bagi mengelakkan krisis politik seperti di Tunisia dan Mesir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Krisis di Tunisia dan Mesir berpunca daripada tiadanya keabsahan (legitimacy) untuk memerintah kerana pemimpin tidak diangkat dan diberi mandat secara sah oleh masyarakat,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap di majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty bertindak sebagai pemudah cara dalam wacana yang turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, keadilan sosial selaku cabang kepada prinsip utama keadilan harus diberi penekanan penting. Continue reading ‘Tunai Amanah Rakyat Elak krisis Tunisia, Mesir’

31
Jan

Komitmen PR Tingkatkan Kualiti Massa WP

Dari Merdeka Review

Kuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, ekonomi dan kewangan Malaysia. Ianya merupakan kawasan yang paling pesat membangun dari sudut jumlah penduduk dan ekonomi negara, dengan anggaran 1.7 juta penduduk (2010). Bandaraya ini menarik lebih sembilan juta pelancong setahun dan punya KDNK sebanyak RM77 bilion.

Walaupun Kuala Lumpur telah menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan lebih 37 tahun, kualiti kehidupan di Kuala Lumpur semakin teruk. Lapangan, taman-taman, dan tanah awam telah dijual kepada pemaju untuk membina tanpa mempertimbangkan warisan KL, namun prasarana awam seperti pengangkutan dan perumahan awam diabaikan. Taman-taman awam pula memerlukan penyenggaraan yang lebih baik.

Tahap jenayah meningkat dan memaksa rukun tetangga dan persatuan-persatuan penduduk mengupah syarikat pengawal keselamatan swasta dan menubuhkan komuniti-komuniti berpagar, dengan kos yang ditanggung sendiri oleh rakyat. Malah taraf latihan para pengawal keselamatan ini tidak terselia.

Upah permulaan purata bagi seorang graduan di KL hanyalah RM1,600, yang turun dari RM1,800 sepuluh tahun lalu. Peningkatan gaji tahunan cumalah 4.7%, antara terendah di dunia. Continue reading ‘Komitmen PR Tingkatkan Kualiti Massa WP’

28
Jan

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

31 Januari 2011 (Isnin)

1) 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea

Loaksi : Dewan Ko Chow, Ulu Bernam, Tanjong Malim

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Mahfuz Omar
3. YB Ng Swee Lin
4. YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

2) 8.00 – 12.00 malam – Jamuan Makan Malam Continue reading ‘Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak’

28
Jan

Pembekuan/Penghapusan Tol Bukti Buku Jingga Boleh Dilaksanakan

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
28 JANUARI 2011

28
Jan

Najib Patut Fokus Perbetulkan Ekonomi, Bukan Salahguna Kuasa Diplomatik Untuk Risik Pimpinan Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

    Tahun Angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam RM billion
    2005 27.8
    2006 27.4
    2007 17.8
    2008 29.9
    2009 17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
28 JANUARI 2011

28
Jan

Laman Direktori ‘Wanita Pertama’ JPM Dikeluarkan

Dari Malaysiakini

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian “First lady of Malaysia” atau “Wanita pertama Malaysia”.

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi “Datin Rosmah”. Continue reading ‘Laman Direktori ‘Wanita Pertama’ JPM Dikeluarkan’

28
Jan

Christians Under Siege: The Challenge of Religious Pluralism in the Muslim World

From huffington post

By John L. Esposito
Professor of Religion
and International Affairs

Note: This post was co-authored by Sheila B. Lalwani.

Conflicts and killings from Africa to Southeast Asia have brought into sharp relief the significant threat to religious minorities in some Muslim societies. While constitutionally entitled in many countries to equality of citizenship and religious freedom, religious minorities in the Muslim world increasingly fear the erosion of their rights — and with good reason. Interreligious and inter-communal tensions have flared up not only in Egypt and Malaysia but also in Sudan, Nigeria, Turkey, Iran, Iraq, Afghanistan, Bangladesh, Indonesia and Pakistan. Conflicts have varied from acts of discrimination, to forms of violence escalating to murder, to the destruction of villages and mosques.

Majorities of Muslims and Christians embrace religious diversity. However, a significant minority of hard-line conservative, fundamentalist, and militant Muslims — like their counterparts in Christianity and Judaism — are not pluralistic, but rather strongly exclusivist in their attitudes toward other faiths and even fellow believers with whom they disagree. As recent events in Egypt and Pakistan illustrated, these myopic religious worldviews can turn ugly. Continue reading ‘Christians Under Siege: The Challenge of Religious Pluralism in the Muslim World’

28
Jan

Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar

Kami menjemput wakil media untuk hadir ke Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar

Ziauddin Sardar, seorang cendekiawan muslim progresif cuba menawarkan pola pemikiran yang ‘out of box’, yang diharapkan mampu menyegarkan pemikiran umat Islam terhadap dirinya, masa lalu dan masa depannya berkaitan peradaban Islam, dan posisinya terhadap peradaban lain. Continue reading ‘Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar’

28
Jan

Malaysian Insider Digesa Perbetulkan Laporan Mengelirukan

Laman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’.

Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan).

Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato’ Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.

‘Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: “Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas.”‘

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat