Arkib Tahun 2010

9 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Senarai kesilapan dan salah-laku ke atas parti-parti politik dan pencabulan hak asasi oleh kerajaaan sepanjang 2010 menunjukkan negara kini kembali ke era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.

Ketika mendedahkan laporannya – Civil and Political Rights Report 2010 hari ini, ahli jawatankuasa sekretariat, Hasbeemaputra Abu Bakar berkata pencabulan itu termasuk jumlah tangkapan yang tinggi ketika perhimpunan oleh rakyat dan kawalan ketat ke atas media yang menunjukkan ‘tanda-tanda dasar masyarakat tertutup’.

(more…)

9 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?




9 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

YB Nurul Izzah will be having a PC tomorrow morning (Thursday 9/12) at 8am at Surau Al-Falah, Kg Kerinchi. DBKL will be demolishing the Surau Al-Falah, Kg Kerinchi at that time.

7 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim said that the slew of “good news” coming from BN recently were merely an attempt to win votes ahead of polls and not address the core problems faced by the country.

He was referring to the authorities decision to charge former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo for graft, the resignation of MIC president S Samy Vellu and the announcement that the Unified Examination Certificate (UEC) will be recognised by teacher training colleges.

These three events took place yesterday. For Anwar, they were an attempt by BN to address grouses of the Malay, Chinese and Indian communities ahead of the 13th general elections, rumoured to be held early next year.

“The difference with Pakatan Rakyat is, we consider these to be policies and will cannot be given as piecemeal (to different groups) to lull them (into supporting us).

“For example, there are many cases of corruption but they were put aside. But only one case (saw action taken). Eric Cheah was arrested over the Perwaja Scandal before the last general elections.
“It is actions like these that does not bringing about real change,” he told reporters after officiating a seminar on Maal Hijrah and launching of Prof Yusof Al Qaradhawi’s book titled Kesederhanaan Dalam Islam: Satu Penerangan Ringkas dan Penanda Aras.

He was accompanied by Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Deputy Chief Minister I Mansor Othman, state legislative assembly speaker Abdul Halim Hussein and state exco for religious affairs Abdul Malik Abdul Kassim.

BN follows obvious pattern

Anwar said the government should address all issues affecting the rakyat, regardless of whether the problems involve the Malays, Chinese or Indians, or the land issues affecting the indigenous communities of Sabah and Sarawak. (more…)

7 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Tindakan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan semalam (05 Disember 2010) dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas. (more…)

7 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

(more…)

7 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu
ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yanglepas, segala usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA menunjukkan kembali wajah sebenar mereka. Tidak kira berapa banyak wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akanhilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yangdisampaikan oleh Presiden parti Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail,
menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat
mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira
prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib

orang Melayu. Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabilaorang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu” sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod
mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka. Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal 1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”. (more…)

6 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Blog Tok Guru

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO.

Bagi saya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh media berkenaan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa peliknya, kerana itulah amalan pemberitaan media milik UMNO terhadap pihak lawannya.

Pengalaman saya sendiri, misalnya dalam kes ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan di Pulau Pinang satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor atau memang disengajakan ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Begitu hanyir dan busuknya ‘berita sampah’ yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Hujurat ayat 13):

“Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.”

Justeru Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT, melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, kenapa profesor-profesor bertaraf cendikiawan diam membisu, dan kenapa pula, bila giliran DAP menjadi ketua menteri mereka sibuk mengulas ia sebagai mencabar ketuanan Melayu? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah gesaan itu sudah melupakan asal usul keturunan, ertinya melupakan ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

6 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Serangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan ketua eksekutif negara itu menghadapi tekanan perasaan yang hebat.

Di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amukan Najib di persidangan Barisan Nasional menzahirkan keadaan sebenar Presiden Umno itu.

(more…)

6 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysian Insider
By Clara Chooi

Anwar Ibrahim laughed off Datuk Seri Najib Razak’s barrage of stinging attacks against the opposition yesterday, claiming it showed the prime minister was feeling “desperate” and “under siege”.

The opposition leader noted that Najib’s insults, made during his opening speech at the Barisan Nasional (BN) convention yesterday, were not in character for the premier, saying that this was a clear sign that snap polls were around the corner.

“Clearly, he is sounding more desperate and clearly, he feels under siege although the entire instruments of power in government have been directed against me and other Pakatan Rakyat (PR) leaders.

“But here is a prime minister who uses the police, the judiciary and the entire media at his disposal to launch severe personal attacks against me and PR leaders.

“But at the same time, he is feeling under siege,” Anwar (picture) told a press conference in Parliament this morning.

The PR de facto leader was responding to Najib’s speech yesterday when the premier uncharacteristically delivered his hardest-hitting punches yet on his foes in PR.

The prime minister had dedicated a good 20 minutes to attack the opposition, telling the over 2,300 BN delegates gathered at Wisma MCA here that PR leaders were “anti-national” and engaged in “evil activities” and “dangerous”.

“Be wary all, beware all, they are very dangerous. They are willing to sell just about anything, including discrediting Malaysia’s name abroad.

“I would like to explain here that they are anti-national. We must fight them to the end and make sure that this country will not be destroyed by their evil activities,” he had said in his speech.

Najib also levelled sarcastic remarks against PR’s allegations of nepotism in Umno, pointing out that the opposition pact’s PKR and DAP were the ones guilty of such a crime.

The premier made a direct reference to Anwar, pointing out that PKR’s top leadership was crowded out by the former deputy prime minister’s family members.

Anwar is the PKR de facto leader while his wife Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is PKR president and the couple’s daughter, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, was recently elected a vice-president.

In the DAP, Najib poked fun at the father-and-son teams of DAP adviser Lim Kit Siang and party secretary-general Lim Guan Eng and DAP chairman Karpal Singh and MP Gobind Singh by calling them a “two-family dynasty and hegemony”.

But Anwar scoffed at Najib’s words today, pointing out that the prime minister himself had risen to power because of his father’s power as the former prime minister.

Najib is the eldest son of the country’s second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein.

Unlike the DAP’s Lim family, Anwar said, Najib had an easy transition in his scramble for political power as he had ridden on his father’s post.

“Guan Eng, now the Penang Chief Minister, had moved from a grassroots leader and he suffered in the process, even imprisoned for his principles and then elected by popular mandate.

“He was not just put there simply because he was the son of the prime minister to be a candidate in parliamentary elections.

“So for Najib to speak like that is, to my mind, shocking,” he said.

Anwar also slammed Najib for accusing the opposition of being “anti-national” and questioned if the struggle to combat corruption and racism was considered “anti-national”.

“We even submit ourselves to the Constitution. All three parties in PR signed a declaration, committing ourselves to constitutional guarantees.

“We disagree with Umno’s cronyism and corruption, and although I am a Malay myself, I detest the idea of using the race card to appeal to the popular Malays while making the poor workers, the rubber tappers, feel that they are ‘tuan’. And yet, the few very rich Malays squander away and amass wealth by the billions,” he said, referring to the ongoing row over the concept of “Malay supremacy”.

He added that by rejecting the concept, it did not mean he was “anti-Malay”.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar agreed with Anwar that Najib’s latest attacks on the opposition was a clear sign that the prime minister was feeling anxious of the people’s support for PR.

“I thank him because indirectly, his attack on PKR and PR shows that he is sending a clear message to the people that PR is a coalition for the future of Malaysia,” he said.

6 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini

The Anwar Ibrahim sodomy trial resumes today with High Court judge Mohamad Zabidin Mohd Diah throwing out the defence’s application to disqualify him from hearing the case.Zabidin said that based on the court transcript which he had read, there was no bias on his part.

“I think a reasonable man who has read these words in its proper context would not have the impression that there was a real danger of bias. Hence, the application is dismissed.”

The application was made following allegations that Zabidin had threatened lead counsel Karpal Singh with contempt after the defence lawyer informed the court he wanted to recuse the judge for not abiding with a Supreme Court decision involving the defence’s bid to obtain the pro forma form referred to by witness Dr Siew Sheue Feng.

Although Zabidin withdrew the remark and later ordered Hospital Kuala Lumpur’s Siew to hand over the pro forma form used during the medical examination of complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan, Karpal had pressed on with the recusal bid, arguing that there was a real danger of bias being committed by the judge.

This was the second attempt by the defence to disqualify the judge – the first was after the judge failed to issue a warning to Umno-owned Utusan Malaysia’s for its allegedly inaccurate coverage of the trial earlier this year.

Lead prosecutor solicitor-general II Mohd Yusof Zainal Abiden was not in court today after his mishap of fracturing a leg after reportedly trying to save his cat from falling into a drain.

Anwar, 63, is charged with sodomising Saiful, 24, at the Desa Damansara condominium in Bukit Damansara between 3pm to 4pm on June 26, 2008.

(more…)

6 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Switch to our mobile site