Arkib Tahun 2010

13 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan
Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho
Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh
Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

====

(more…)

13 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.

Lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA). (more…)

13 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.

MOHAMED AZMIN ALI
12 Disember 2010

12 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Tan Sri Robert Phang secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah, lapor The Malaysian Insider.

Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Robert Phang itu berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.

Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.

Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat.

Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu,

Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

“Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua,” tegas beliau. (more…)

12 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media arus perdana supaya bersikap adil dan tidak memulau pendedahan-pendedahan oleh Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan kuasa di negara ini.

Anwar berkata bukti-bukti bahawa pemimpin Umno menyeleweng atas nama Ketuanan Melayu tidak dilaporkan oleh media kawalan Umno. Sebalik tuduhan-tuduhan Umno kononnya pembangkang mengkhianati orang Melayu diberi ruang yang luas walaupun fitnah semata-mata. (more…)

12 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Kua Kia Soong

Perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak – yang dianggap sebagai ‘kuasa penggerak’ di sebalik program pemodenan ketenteraan Malaysia melalui ‘Fokus dalam Polisi Luar Negara’ – menjadi menteri pertahanan pada 2000 – penggal keduanya menerajui kementerian berkenaan. (more…)

11 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

10hb.Disember 2010

YDH Tan Sri,

JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.

Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”.Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour;leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun.Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see..you recognize;you read..you will know;if you write…you will remember for ever.”.Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”,persoalan yang muncul secara spontan ialah;bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya.Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.
YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.
Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”.Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.

8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-

:Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 “Overview”)

“Quite simply,this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim(DSA)had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved,to the satisfaction of the Honourable the Attorney General,that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA’s body” ( penekanan saya kepada perkataan dalam “bold & italic”).Unquote.

8.1. Perkara dalam 2nd limb,quotation diatas yang menyebabkan pertembungan “head-on” antara Tan Sri Abdul Gani Patail(TSGP) dengan saya.Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini,mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini.Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri ,pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai “sikap tidak sopan” saya ini.Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan. (more…)

10 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang tidak mengendahkan hari hak asasi sedunia yang disambut hari ini membuktikan pemerintahan kukubesi ala-Mahathir kini merupakan modus operandi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kenyataannya hari ini berkata laporan hak asasi yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam, mengesahkan kongkongan yang terus mencengkam kebebasan rakyat Malaysia oleh rejim penguasa.

(more…)

10 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

(more…)

10 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan Malaysiakini

10 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion. (more…)

10 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalselidik yang baru dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM menjelang pemilihan parti telah dibentangkan kepada pimpinan KEADILAN beberapa minggu sebelum disampaikan kepada media.

KEADILAN merupakan parti yang memimpin budaya politik baru di Malaysia. Sejak awal lagi, parti menyedari risiko yang dihadapai, sekiranya sistem satu anggota satu undi menyebabkan persaingan yang berpanjangan. Namun walaupun proses pemilihan mencabar, proses tersebut juga perlu bagi memastikan kualiti kepimpinan dan mengurangkan risiko politik wang.

Parti mengambil risiko ini sekarang meskipun wujud kemungkinan persepsi negatif pengundi selepas kempen serangan UMNO-BN untuk memanipulasi pemilihan. Sebelum in, KEADILAN telah membuat satu lagi keputusan berani. Pada tahun 1999, konsep parti pelbagai kaum yang benar-benar mewakili semua rakyat Malaysia dilihat berisiko, namun KEADILAN tetap istiqamah dan pendekatan ini menyumbang kepada kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan Pakatan Rakyat.

Keputusan melalui proses pemilihan langsung telah terbukti keputusan yang baik apabila lebih ramai pimpinan wanita dan muda mendapat tempat di peringkat nasional dan cabang seluruh negara.

Kami yakin dengan kematangan rakyat dan KEADILAN mempunyai kebolehan untuk bertindak berdasarkan kematangan ini. Kekuatan KEADILAN datangnya daripada rakyat dan kami akan terus berusaha untuk terus memantapkan KEADILAN agar rakyat Malaysia mendapat parti politik yang terbaik. Justeru kami mengalu-alukan sebarang kritikan membina dan pandangan dengan hati yang terbuka.

KEADILAN akan memulakan siri kempen di peringkat nasional untuk kembali menengahkan keadilan sosial dan permasalahan rakyat dalam wacana politik Malaysia.

Nik Nazmi Nik Ahmad

=== (more…)

Switch to our mobile site