Arkib Tahun 2010

19 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pemulihan profesionalisma pasukan Polis Diraja Malaysia dan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari (SPRM)kawalan Eksekutif.

Isu berkenaan menjadi fokus utamanya ketika pembentangan kertas-kerja di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 hari ini.

“Sejurus mengambil-alih kuasa, tekad kita adalah melaksanakan saranan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Penambahbaikan Polis, termasuk mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC,” kata Saifuddin.

Kematian mendiang A Kugan dan Allahyarham Aminulrasyid Amzah di tangan polis menunjukkan kerosakan PDRM dibawah Umno-Barisan Nasional. (more…)

18 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT
PARTI KEADILAN RAKYAT

18 DISEMBER 2010

KETUA UMUM: YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PRESIDEN: DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

TIMBALAN PRESIDEN: YB MOHAMED AZMIN ALI

SETIAUSAHA AGUNG: YB SAIFUDDIN NASUTION*

NAIB PRESIDEN: YB NURUL IZZAH ANWAR

YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)

YB FUZIAH SALLEH

YB DATO’ HAJI MANSOR OTHMAN

DATO’ CHUA JUI MENG*

BARU BIAN*

N. SURENDRAN*

KETUA WANITA: YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA ANGKATAN MUDA: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

BENDAHARI AGUNG: YB WILLIAM LEONG*

KETUA PENERANGAN: DR MOHD NOR MANUTY*

PENGARAH KOMUNIKASI: YB NIK NAZMI NIK AHMAD*

PENGARAH STRATEGI: RAFIZI RAMLI*

PENGARAH GUAMAN: LATHEEFA KOYA*

PENGARAH JAWATANKUASA DISIPLIN: DATO DR TAN KEE KWONG*

AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN): YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI*

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM*

YB SIVARASA RASIAH*

YB DR XAVIER JAYAKUMAR*

DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW*

AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) /: MUSTAFFA KAMIL AYUB*

PENGARAH LATIHAN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: BADRUL HISHAM SHAHARIN*

T. KUMAR*

STEVEN CHOONG*

IGNATIUS DARELL LEIKING*

TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB SIM TZE TZIN*

HAJJAH ANIMAH FERRAR*

IR MUTHIAH*

* merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010

18 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Antara persoalan utama mengenai hukuman ke atas Datuk Seri Anwar ialah kenapa Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Begitu juga persoalan mengapa jawatankuasa itu tidak mengambil keterangan wakil Apco walaupun beliau mendakwa hadir di negara untuk berbuat demikian.

Persoalan ini dijawab oleh Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa yang menggangotai jawatankuasa berkenaan. Sivarasa dan Karpal Singh adalah dua daripada enam ahli jawatankuasa itu.

Mereka enggan menyertai siasatan itu selepas ahli parlimen Umno-BN menggunakan kelebihan majoriti untuk menghukum Anwar tanpa mengambil keterangan beliau. (more…)

17 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR

Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada ‘rule of law’.

Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan :

“…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010…
Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…”

Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Dalam pemberitahu surat tersebut dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), saya telah mohon mencadangkan :

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”

Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Dato’ Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?

Keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan saya tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen.

Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan. Ini merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara. Demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran.

Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa UMNO-BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan UMNO-BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

MOHAMED AZMIN ALI
Ketua Whip KEADILAN / Ahli Parlimen Gombak

17 Disember 2010

17 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkenaan kekecohan di Parlimen semalam apabila usul meminta Speaker menarik diri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu yang dibangkitkan.

“Tapi operasi mereka sebelum itu adalah Myteam. Malaysian Insider beri keterangan jelas wakil Apco menasihat Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian,” kata Anwar.

Turut Hadir ialah Karpal Singh, Datuk Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Ali, Dr Lo’Lo Ghazali, Tian Chua, R Sivarasa, Yusmadi Yusuf dan Datuk Johari Abdul.

“Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

“Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit.

Jelas Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dihukum kerana sentuh surat Apco. Dia tidak menyiarkannya pun. Apa apco ini? Dewata raya ka? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapt sertai jawatankuasa.

“Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlime digantung tanpa proses yang wajar,” kata Anwar.

17 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Kerajaan Umno Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau, kata Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, tindakan Dewan Rakyat semalam menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan beliau sendiri selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada rule of law.

Katanya, prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan di mana hak mereka berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. (more…)

17 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Parlimen Malaysia membuka lembaran sejarah kegelapan baru hari ini setelah bersidang dalam kekecohan “ala-Kangaroo court”. Umum sedia maklum bahawa Kangaroo sejenis binatang yang menjadi lambang khusus Australia. Tetapi hari ini dengan Speaker yang acap kali menitikberatkan bahawa segala keputusan Speaker adalah “muktamad” meskipun “modus operandi” keputusan muktamad Speaker Parlimen Australia jauh berbeza dengan “modus operandi” “keputusan muktamad” Speaker Parlimen Malaysia. Rakyat dunia 1Malaysia cukup bernasib baik kerana berkesempatan melihat dari dekat kejadian-kejadian yang mencorakkan Kangaroo court meskipun apa yang berlaku adalah sesuatu yang memalukan Malaysia apabila dilihat dari jauh oleh masyarakat antarabangsa termasuk negara yang dilambangkan oleh Kangaroo.

Dalam kekecohan yang telah dilaporkan segera oleh laman web berita, aku yang berperut buncit memerhatikan sesuatu yang wajar dibangkitkan dalam ulasanku mengenai peranan Speaker dalam Kangaroo court yang juga berperut buncit yang kononnya “above politics” semasa kekecohan berlaku. (more…)

16 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA BERHUBUNG PENGGANTUNGAN KETUA PEMBANGKANG DAN TIGA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT SELAMA 6 BULAN DARIPADA PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT BERKENAAN ISU APCO

Pakatan Rakyat mengecam tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang telah menyalahgunakan kuasa Speaker seperti yang diperuntukan dalam Aturan Mesyuarat untuk menidakkan hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat ketika persidangan pagi tadi.

Usul penggantungan Ketua Pembangkang ke atas isu APCO diluluskan tanpa perbahasan dengan menafikan peluang beliau untuk memberi penjelasan, ternyata menggugat kedaulatan dan kebebasan Parlimen Malaysia. Sebelum itu, Laporan Minoriti yang dibawa oleh Ahli Parlimen Subang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut ditolak oleh Tan Sri Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sehubungan dengan itu, saudara dan saudari dijemput ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada esok pagi bagi menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat berikutan penggantungan Ketua Pembangkang dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama 6 bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Butiran sidang media tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Tingkat 1, Ibu Pejabat Keadilan,A-1-09, Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya

Panel:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh
2. YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
3. YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
4. YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Pasu
5. YB R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang (more…)

16 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?


16 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adlah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk
mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.

Penafian hak ke atas Dato’ Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal
dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah
SAW adalah pemimpin ulung ummah.

PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.
??
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M

16 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim was suspended today for six months from Parliament amid loud protests and a walkout by Pakatan Rakyat PR MPs calling the Dewan Rakyat a kangaroo court

The opposition leader received the boot for claiming earlier this year that Datuk Seri Najib Razak’s public relations consultants APCO Worldwide had been behind both the 1 Malaysia and One Israel concepts

There was no debate on the motion to suspend Anwar as Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia picture claimed that the opposition’s rowdy behaviour showed that they had no intention to debate the matter

“I see no intention on the opposition’s part to debate the matter So we will go ahead and vote on this without debate ” said Pandikar over shouts of agreement from Barisan Nasional MPs

PR lawmakers had tried their best to delay the voting on Anwar’s suspension by interjecting and disturbing Pandikar every few minutes

The MPs had brought placards calling the Dewan Rakyat a “kangaroo court”

All PR lawmakers walked out after the motion to suspend Anwar was passed

The Dewan Rakyat is currently debating the motion on suspending Azmin Ali Karpal Singh and Sivarasa Rasiah There are no PR lawmakers inside the hall as of right now as only BN MPs are debating the motion

16 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

“Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

“Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

“Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman,” kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

“Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil,” tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

“Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah,” katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

“PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

“Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini,” tegasnya.

Switch to our mobile site