Arkib Tahun 2010

9 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.

2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.

Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.

3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.

Objektif Program

1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.

2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah

3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.

Senarai Tarikh Program Seluruh Negara

10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang

Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan  semak jadual di laman web kami di http://www.anwaribrahimclub.com/land/10kota

8 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

–8 JANUARI 2010–

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

8 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Serangan terhadap tiga gereja, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, hari ini bercanggah dengan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri,” katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.

“Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.”

8 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.

ANWAR IBRAHIM (more…)

8 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini seperti yang diketahui, akan ada perhimpunan aman, di beberapa tempat di Kuala Lumpur, anjuran pelbagai pihak. Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan membantah keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang beragama Kristian.

Secara prinsip nya saya tidak menghalang sebarang usaha untuk berhimpun secara aman kerana ianya sebahagian dari hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Malahan adalah sangat bertepatan dengan hasrat Pakatan Rakyat, demi membina sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan negara demokratik, hak untuk berhimpun serta menyatakan pendirian ini tidak dihalang.

Namun beberapa hari kebelakangan, kita lihat sikap bermuka-muka pimpinan kerajaan apabila isu penggunaan kalimah Allah ini mulai hangat diperdebatkan. Drama ini berteraskan watak yang mahu menampilkan diri sebagai jagoan umat Islam. Tidak salah mahu mempertahankan Islam. Setiap muslim mahu membela agamanya. Akan tetapi yang salah apabila isu ini digunakan untuk meraih laba politik. Yang salahnya apabila api perkauman lebih marak membakar diri ketimbang wacana matang memahami pokok persoalan.

Jika benar mahu membela orang Islam dan Melayu, banteras rasuah dengan iltizam yang jitu, basmi kemiskinan kerana umat Melayu-Islam adalah dari kalangan mereka yang masih mundur, pastikan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua demi meninggikan syiar Islam dan perlihatkan keindahan keadilan Islam.

Mengapa perbincangan dan rundingan dibelakangkan dan membiarkan laungan retorika perkauman menghantui tindakan? Sebagai da’i, umat Islam mestilah merangka serta melakukan sesuatu berdasarkan hujah. Kita jangan tenggelam dalam kekaburan sentimen. Kekuatan hujah memberi keyakinan sekaligus memangkin kemantapan usaha dakwah yang berpanjangan.

ANWAR IBRAHIM

8 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Erapakatan

Oleh Roziyah Mahamad

Program ‘Umno Juara Rakyat’ menelan lebih RM2 juta bagi meyempurnakan hasrat kerajaan untuk memastikan Umno digelar sebagai juara di mata rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang besar dan merugikan ketika rakyat kini dibebani dengan pelbagai bebanan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan seharusnya berjimat cermat. Program ini dikatakan bersifat nasional, namun perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk menjamin program ini berjaya,” tegas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abdul Aziz. (more…)

7 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Wall Street Journal

Malaysia is still struggling to uphold basic freedoms.

God means love in many places, but in Malaysia it can also mean politics. That’s the takeaway from the United Malays National Organization-led government’s attempt to quash the use of the word “Allah” by non-Muslim groups.

At issue is the Catholic Herald’s two-year court battle to use the A-word in its Malay-language edition—which it claims it needs to do because there’s no other suitable word for “God” in Malay. Last week, the High Court overturned an arbitrary government ban. Yesterday, however, the church agreed to a stay of the decision—at the government’s request—until the ruling can be appealed. So the Herald is once again muzzled.

Attorney-General Abdul Gani Patail characterized the decision as “a matter of national interest,” which implies that somehow Muslims across Malaysia would revolt if the Herald were allowed to reference God in another language. Never mind that Malaysians of many faiths have peacefully co-existed for decades. (more…)

7 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Responden bagi tuntutan ini ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.

Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.

Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.

Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

ANWAR IBRAHIM

7 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Koroner Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari ini.

Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu, kepada pihak tidak sewajarnya. (more…)

6 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

1) 7.00 MLM – Jamuan Makan Malam Bersama:

 1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2) YAB Sdr Lim Guan Eng

3) YB Mansur Othman

4) YB Chong Eng

      Tempat : Pejabat DAP Bukit Mertajam,   Taman Ciku, Bukit Mertajam 

—-

2) 8.30 MLM – Solat Isya/ Hajat

Tempat : Masjid Cherok Tok Kun

—-

3) 9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 1 

Tempat : Galeri Perdana, Cherok Tok Kun

  Penceramah:

1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2) YBHG Rashidi Hussain

3) YB Sim Tze Tzin

4) YB Saifuddin Nasution

 —–

 9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 2 

Tempat : Dewan Besar Sungai Bakap, Seberang Prai Selatan, Nibong Tebal

 Penceramah :

1) YB Mansur Othman

2) YB Saifuddin Nasution

3) YB Tan Tee Beng

4) YB Tan Hock Leong 

5) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

—–

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

6 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengaja ditangguhkan oleh pihak Mahkamah Syariah.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN
dinamakan di atas yang mempunyai alamat di Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) dinamakan di atas yang mempunyai alamat di
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan
Perdana, 50676 Kuala Lumpur.

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI dinamakan di atas yang mempunyai alamat di
Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62159 W.P. Putrajaya,
Malaysia.

—–

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

6 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

–Kenyataan Media–

(Plainfield, IN-4 Januari 2010) Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia pada 31 Disember 2009 yang lalu yang mengiktiraf hak dan kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama Kristian di Malaysia.

Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa penganut Kristian mempunyai hak untuk menggunakan pekataan “Allah” untuk tujuan menterjemahkan perkataan “God” ke dalam Bahasa Melayu. Ia sekaligus membatalkan sekatan yang pernah dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 berkenaan penggunaan terma ini di dalam literasi Kristian.

Kumpulan yang membantah penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada “God” berhujah bahawa “God” biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “Tuhan” oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam. Mereka juga menegaskan bahawa kalimah “Allah” hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

Hujah ini sebenarnya bercanggah dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang sebenar. Bebarapa petikan ayat dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Muslim menyembah Tuhan yang sama dengan penganut agama Kristian. Al-Quran memerintahkan pengikutnya menyaksikan bahawa Tuhan yang mereka sembah dan disembah oleh pengikut-pengikut Kitab yang telah diturunkan oleh Allah termasuk dari kalangan penganut agama Kristian adalah Satu: “…dan katakanlah: Kami percaya dengan apa yang telah diturunkan kepada kami serta apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Satu, dan kepadaNya lah kita menyembah.” (Qur’an 29:46)

Merujuk kepada amalan semasa dan sejarah terdahulu, orang-orang Arab yang beragama Kristian telah menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam Kitab-kitab agama mereka sejak Islam mula diperkenalkan di Tanah Arab, namun amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana individu Muslim atau Kerajaan Islam yang memerintah ketika itu.

Undang-undang Islam sangat jelas mengiktiraf hak penganut agama Kristian untuk mengamalkan agama mereka sesuai dengan kehendak dan ajaran Kitab mereka. Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf prinsip kekebasan beragama yang sewajarnya diberikan kepada penganut agama Kristian di Malaysia serta menerima keputusan Mahkamah baru-baru ini.

Kamu juga mendesak NGO-NGO Muslim di Malaysia agar menghormati ajaran dan tradisi Islam yang telah lama dilaksana, serta sekaligus menggugurkan bantahan mereka terhadap pengunaan kalimah “Allah” oleh saudara-saudara mereka dari agama Kristian.

Switch to our mobile site