Pemborosan RM12 Juta Dan Keselamatan Bumi 1Malaysia

Dari Merdeka Review

Oleh Ooi Heng

Bahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar.

Aku percaya penduduk desa yang rata-rata melayari laman sesawang tercari-cari bahan bacaan atau bahan berita dalam bentuk penulisan Bahasa Melayu, apabila terbaca pendedahan yang dibuat oleh Senator Syed Husin Ali (gambar kiri) mengenai gaya perbelanjaan Perdana Menteri yang berperut buncit, tidak kurang terperanjatnya berbanding dengan otak durianaku semasa meneliti butiran berkaitan!

42 urusan rasmi menelan hampir RM9 juta

Butiran lanjut yang didedahkan oleh Senator di Dewan Negara menunjukkan dengan jelas sekali bahawa Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat untuk urusan rasmi 42 kali sebanyak 274 hari di luar negara. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan!

Sebelum penduduk desa dan kampung Cina Tenang di dalam Daerah Segamat sempat mempelajari gaya perbelanjaan Perdana Menteri berperut buncit, si “Menteri Melancong” dari planet melancong telah membuktikan bahawa Perdana Menteri berperut buncit bukan satu-satunya pemimpin Barang Naik (BN) yang mempamerkan gaya perbelanjaan yang begitu memboroskan.

Apabila diteliti jawapan yang diperolehi Ahli Parlimen Batu Tian Chua (gambar kanan) pada 19 Oktober 2010 dan dibandingkan dengan jawapan yang diperolehi Senator dua bulan selepas itu, otak durianku mendapati pola perbelanjaan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Melancong.

Jika lawatan luar negara pertama Perdana Menteri 1Malaysia ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambil-alih pentadbiran – menelan belanja sebanyak RM78,507, lawatan luar negara pertama Menteri Melancong ke China pada 23 April 2009 pula menelan belanja sebanyak RM84,810.

Jika Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara, Menteri Melancong pula membelanjakan sebanyak RM3,262,363 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara. Jumlahkan kedua-dua angka di atas maka kita dapat hampir RM12 juta.

Peluang 20 ribu orang terbang KL-Phuket

Tahukah berapa ramai penduduk desa yang dapat menerbangkan diri ke luar negara selama lima hari jika wang rakyat sebanyak RM12 juta digunakan oleh Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri Melancong untuk membiayai harga tiket penerbangan penduduk desa melalui perkhidmatan AirAsia sekitar 28 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011?

Jawapannya: Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Phuket, Thailand, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 20 ribu orang! Atau untuk penerbangan Kuala Lumpur-Hangzhou (Shanghai), China, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 17 ribu orang!

Hal ini bermaksud, jika sekiranya Perdana Menteri berperut buncit tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke Thailand, Menteri Melancong juga tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke China, maka beribu-ribu penduduk desa dapatlah menikmati pengalaman menerbangkan diri ke Thailand atau China.

Penerbangan ke luar negara antara kriteria kualiti hidup

Dewasa ini, penerbangan ke luar negara merupakan antara kriteria kualiti hidup dunia 1Malaysia. Menurut jawapan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed bertarikh 19 Mac 2009, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (MQLI) telah menetapkan sebelas komponen yang mencorakkan kualiti hidup penduduk Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:

1. pendapatan dan pengagihan

2. persekitaran kerja

3. pengangkutan dan komunikasi

4. kesihatan

5. pendidikan

6. perumahan

7. alam sekitar

8. kehidupan keluarga

9. penyertaan sosial

10. keselamatan awam

11. kebudayaan dan hiburan

Page 1 of 2 | Next page