29
Dec
10

Kelayakan Khusrin Jadi SUK Selangor Dipertikai

Dari Malaysiakini

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran ‘kontroversi’ yang melingkarinya.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu “yang seolah-olah ingin sabotaj” kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira.

Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta “engkar” keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

“Sebelum itu Khusrin ‘menempa nama’ dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

“Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?” soal Nik Nazmi dalam blognya hari ini.

Dari seri rekod pula, ADUN Seri Setia itu berkata, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

ADUN muda PKR itu berkata, Khusrin juga sekadar menghabiskan tiga daripada 27 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di peringkat persekutuan, selebihnya cuma berkhidmat di negeri Selangor.

“Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!” sindir Nik Nazmi.

Mengulas berhubung pihak yang berhak melantik jawatan SUK – sama ada kerajaan pusat atau negeri – Nik Nazmi berkata perkara itu tidak timbul kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak menyebut kedua-dua pihak.

“Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol,” katanya.

Justeru, beliau berharap tiada pihak memainkan isu bahawa mempertikai pelantikan Khusrin sebagai antiistana.

“Tindakan Datuk Seri Najib (Razak) yang mengheret KSN dan IStana Selangorlah yang wajar dipertikai,” tambah Nik Nazmi.


13 Responses to “Kelayakan Khusrin Jadi SUK Selangor Dipertikai”


  1. 1 hang nadim Dec 29th, 2010 at 3:16 pm

    KALAU PINANGAN JEJAKA DITOLAK DARA, TAPI JEJAKA MASIH TERGILA2 LANTAS MINTAK PERTOLONGAN BOMOH UNTUK ILMU GUNA2 TANDANYA JEJAKA TERSEBUT TAK TAHU MALU!

    Reply

  2. 2 rain Dec 29th, 2010 at 3:43 pm

    semakin muak dgn agenda jijik mereka ni. Vote for PR!

    Reply

  3. 3 SELECTOR Dec 29th, 2010 at 5:02 pm

    Janganlah nak guna isu kelayakan, sebutir abuk pun tak berkesan.

    Reply

  4. 4 SELECTOR Dec 29th, 2010 at 5:06 pm

    Cadangan Nazir pun ada guna juga, katakan SUK yang baru ini tak boleh masuk ke pejabat SUK, apa dia nak buat? Mungkin kali ini dia akan mulakan tindakan saman ke atas MB?

    Reply

  5. 5 andro Dec 29th, 2010 at 5:15 pm

    Ini namanya Litar Pintas…atau Short Circuit….

    Reply

  6. 6 Shah Dec 29th, 2010 at 5:29 pm

    Bagi negeri-negeri yang dahulunya merupakan ‘Federated Malay States’ dan ‘Straight Settlements’ iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan Pahang, Melaka dan Pulau Pinang, telah dipersetujui di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bahawa jawatan-jawatan dalam kategori Kumpulan Pengurusan dan Professional yang diujudkan oleh Kerajaan Negeri dan dibayar imbuhannya oleh bajet negeri akan diisi oleh pegawai-pegawai yang dpinjamkan dari perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Persekutuan yang berkenaan. Di antara jawatan-jawatan berkenaan termasuklah pegawai-pegawai pertanian, perhutanan, jabatan kerjaraya dan pegawai-pegawai tadbir di pelbagai jabatan seperti pejabat setiausaha kerajaan, pejabat daerah, dan pejabat pengarah tanah dan galian. Olehkerana itulah Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Ketua Setiausaha Negara terlibat kerana pegawai-pegawai yang dipinjamkan itu adalah berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam yang berkenaan terletak di bawah kuasa dan tanggunjawab JPA. Di samping itu bagi jawatan-jawatan perkhidmatan negeri yang kanan seperti Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri, Penasehat Undang-Undang Negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri, sudah menjadi satu amalan standard dan telah diterimapakai selama ini , bahawa JPA akan berhubung dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi mendapatkan persetujuan beliau sebelum surat perlantikan dikeluarkan kepada pegawai yang berkenaan. Rujukan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri ini bukan sahaja dalam urusan pengisian jawatan-jawatan itu, tetapi juga dalam urusan-urusan yang lain seperti pertukaran dan tindakan disiplin. Ketua Setiausaha Negara dan JPA tidak berhubung terus dengan Sultan atau Yang DiPertua Negeri bagi urusan-urusan itu. Sebaliknya Menteri Besar atau Ketua Menterilah yang akan berhubung dengan Istana/Pejabat Yang DiPertua Negeri. Ini adalah berasaskan kepada logik dan hakikat bahawa dalam urusan pentadbiran harian negeri, pegawai-pegawai ini akan sentiasa berdamping dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dengan mengenepikan amalan dan kelaziman yang telah dipakai selama ini hanya kerana pentadbiran politik yang berbeza menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak professional .Saya ingin sangat melihat samaada Kerajaan Persekutuan akan melakukan kaedah yang sama apabila jawatan-jawatan awam yang utama di Negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan jatuh kosong nanti. Beranikah KSN dan JPA terus mendapatkan persetujuan Sultan-Sultan yang berkenaan tanpa mendapatkan pandangan dan persetujuan Dato Seri Adnan Yaakob, Dato Seri Zambery KAdir dan Dato seri Hassan terlebih dahulu apabila hendak nengisi jawatan-jawatan itu?.

    Reply

    Pa Reply:

    Khalid sebagai MB kena bertegas sedikit. Patut dia atau mana2 Exco Negeri belasah Sidik cukup2 kerana tidak ikut amalan. Saya rasa ini bukan amalah tetapi undang2. Yg mewujudkan jawatan SUK itu adalah Kerajaan Selangor. Yang nak isikan jawatan itu ialah Kerajaan Selangor. Tetapi telah dipersetujui jawatan itu diisi olih anggota2 perkhidmatan awam. Jadi ikut perlembagaan negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan, apabila diminta olih Kerajaan Negeri, mestilah mencalonkan seorang anggotanya kepada Kerajaan Negeri untuk dipersetujui. Kalau calon itu tidak dipersetujui olih Kerajaan Negeri, anggota perkhidmatan awam yg lain akan dicalonkan sehingga Kerajaan Negeri berpuashati. Kalau nak kata amalan pun bolih tetapi amalan itu ‘has the force of law’ kerana selari dengan perlembagaan negeri.

    Reply

  7. 7 Angkasa Dec 30th, 2010 at 3:05 am

    Peringatan untuk seluruh umat Islam dan Rakyat di Negeri Selangor lakukan solat hajat samaada secara persendirian atau berjemaah Mohon ke hadrat Allah swt supaya tidak di izinkan Khusrin Munawi itu duduk di kerusi SUK Negeri Selangor kerana dia ada agenda UNMO-APCO tersembunyi(…….)

    Doanya ..
    Ya Allah janganlah engkau izikan Khusrin Munawi itu duduk di kerusi SUK Negeri Selangor kerana dia mengkianati perjuangan Islam Di Negeri Selangor …Berikanlah ia petunjuk untuk keinsafannya berilah petunjuk yang terang dan nyata mengikut kemahuan Mu Ya Allah.

    Reply

  8. 8 Alburuj Dec 30th, 2010 at 11:23 am

    Salam,

    Sejak 53tahun yang telah berlalu kelayakan yang paling penting untuk sesuatu jawatan atau tender yang ingin dimenangi adalah kemampuan untuk setia, angguk dan geleng hanya kepada Kerajaan BN. Tak percaya rujuk kepada Timbalan Presiden yang baru.

    Reply

  9. 9 Anak Nelayan Dec 30th, 2010 at 2:04 pm

    Nampak tak permainan jahat ni? sudah terang lagi bersuluh spotlight lagi…

    Org yg sebelum ni yg memberi masalah kpd kerajaan negeri semakin dinaikkan pangkat…

    Kenapa masih ada org yg menyokong sebuah parti yg mengamalkan teknik politik seperti ini?

    Aku pun pening memikirkan…terserlah dan heboh teknik kejahatannya di sana sini, alih-alih bila tiba musim pilihanraya, dia tetap menang dan org ramai menyokongnya…kenapa ya?

    Apakah benar nak di katakan 70% rakyat Malaysia ni masih buta politik?

    Reply

  10. 10 Rakyatbiasa Dec 31st, 2010 at 3:55 am

    Apa-apa pun PR kena hati-hati dan cari strategi mengatasi perkara-perkara seperti ini,kuasa di tangan mereka untuk melantik sesiapa jua pun,tujuan mereka untuk merampas kembali Negeri selangor ,maka dengan itu Pakatan harus hati2 jangan bercakar sesama sendiri seperti digembar gemburkan media UMNO BN ,BN UMNo pun janagan asyik nak jaga tepi kain PR kain sendiri nanti berciciran koyak…

    Reply

  11. 11 Pak Ubah Jan 2nd, 2011 at 2:37 am

    Sidik Hassan adalah KSN yang dilanjutkan perkhidmatannya. Apakah disebalik perlanjutan khidmtanya…..? lanjutan khidmatnya adalah atas kehendak Najib.Inilah salah satu jawapannya….Bravo KSN…………..!

    Reply

  12. 12 ADLIN Jan 3rd, 2011 at 11:46 am

    Siddiq orang yang berani dan tegas tapi si Sidek ni lain pula bagai LEMBUMNO di cucuk hidung bahalol tak boleh diajar patut dah lama pencen ni lah gara2 ikut telunjuk dah expired pun boleh di kitar semula sebab tu takut nak mampos dengan JPM…hak Kerajaan Selangor nak lantik di tibai oleh bodoh tua kutuk?

    Reply

Leave a Reply