Archive for December 26th, 2010

26 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.

“10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara. (more…)

26 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Admin

Pembunuhan karektor peribadi adalah agenda utama para penguasa angkuh tatkala berdepan dengan suatu kuasa atau individu yang mampu menggugat kekuasaan mereka. Agenda perubahan yang dilaungkan oleh mereka yang mahukan pembaharuan sering dilabel sebagai pengkhianat sebagai jalan untuk mengalih sekaligus membunuh suara keramat tersebut dari terus didengar oleh rakyat.

Malaysia juga tidak terlepas dari bencana itu, selama 53 tahun merdeka, rakyat masih dibelenggu dengan pelbagai mitos dan propaganda sejarah.Teknik ini amat popular disebut sebagai cara “membonzaikan” pemikiran rakyat agar terus bergantung dengan pemerintah selamanya. Rakyat disuruh berterima kasih kepada Kerajaan dalam semua aspek kehidupan mereka. Menentang atau berselisih pendapat dengan Kerajaan bermakna individu itu telahpun dianggap pengkhianat,penderhaka dan banyak lagi gelaran antagonis yang dilabelkan keatas kelompok atau individu itu. Dengan cara ini rakyat hampir tidak terfikir bahawa “Kerajaan” itu adalah mereka, pembentukan Kerajaan itu hasil dari tangan-tangan mereka yang membuang undi pada setiap 5 tahun.Ini bermakna Kerajaan itu haruslah berterima kasih kepada rakyat terbanyak dan bukan sebaliknya.

Dalam soal berkaitan hal ehwal perundangan (Hukum) Islam juga tidak terlepas dari permainan para pengampu dan pendokong penguasa zalim. Seolah telah menjadi lumrah di Malaysia apabila sesuatu perkara atau masalah yang berkait dengan Hukum, ianya hanya akan diterima jika fatwa itu dikeluarkan oleh mereka yang sedang berkhidmat di jabatan-jabatan Kerajaan tanpa bahas. Jika ada Ulama yang kebetulan tidak bernaung di Jabatan-jabatan Kerajaan mengeluarkan pandangan yang berbeda ianya akan dipandang enteng bahkan ada sejarah yang mencatatkan ulama-ulama ini akan dihumban dan dilabel dengan pelbagai nama yang buruk. Para ulama dikala ini hanya dinilai melalui pangkat dan darjat serta ketinggian jabatannya dan bukan melalui pandangan serta ketinggian ilmunya.

Bukti “membonzaikan” fikiran rakyat dewasa ini,boleh dirujuk didalam isu fitnah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Beberapa Ulama Muktabar telah menyatakan pendirian mereka bahawa tidak perlu Bersumpah didepan para penzalim dan kes tersebut harus dirujuk dibawah Hukum “Qazaf!”.Malangnya segala tuntutan dan peringatan para ulama tersebut cuba dipendamkan oleh para penguasa angkuh berserta para pendokong kezaliman itu. Sifat itu jelas menyamai para jahilliyah dimana mereka enggan menerima kebenaran dan terus berusaha menutupinya tatkala kebenaran itu mampu menggugat kekuasaan mereka semua.

Makanya,diatas sifat tanggungjawab, saya menitipkam kembali peringatan dan pandangan para ulama tersebut dalam menangani isu fitnah ini. Diharap ianya mampu meleraikan kekeliruan yang membelenggu fikiran anda semua. Pohon dibahaskan dengan cara berhemah sesuai dengan sifat bangsa yang merdeka menurut islam.Inshallah. (more…)