Archive for November, 2010

30
Nov

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Dari Blog lubuk kawah

Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta

menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu “ransom” untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-permit dan peluang-peluang.

Continue reading ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’

30
Nov

Pusat Belakangi Rakyat Isu Air Di Selangor

Dari Harakah

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

“Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion,” kata beliau.

Continue reading ‘Pusat Belakangi Rakyat Isu Air Di Selangor’

30
Nov

Lo’Lo’: Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

“Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

Continue reading ‘Lo’Lo’: Habislah orang Kampung Baru kena pindah’

30
Nov

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Resolusi Persidangan Shah Alam

Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat

29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek

ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini

Kami menegaskan:

Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi

menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti

dengan kerajaan Negeri.

C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan

masyarakat berpendapatan rendah;
Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah;
Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan

penternak.
Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat,
Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.
—-

Continue reading ‘“Meneruskan Cita-cita Rakyat”’

29
Nov

Waspada Lagak “Si Kitol”

Dari Malaysiakini

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan “Si Kitoll” yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali “bermuka-muka” untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu “melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.”

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

“Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya ‘menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu’, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, “para pemimpin utama” negara pada ketika itu “melakukan beberapa tindakan secara rahsia” dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

“Peruntukan asal berbunyi ‘Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani’.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

“Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut,” kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana ‘Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan’ di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

29
Nov

Ekonomi Gawat, Pahang Bakal Muflis

Dari Harakah

Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Continue reading ‘Ekonomi Gawat, Pahang Bakal Muflis’

29
Nov

Melaksana Agenda Rakyat

Nota Admin

Kongres Nasional Keadilan kali ke 7 telah berlangsung dengan jayanya , Kehadiran perwakilan serta pemerhati kali ini bukti bahawa KEADILAN adalah sebuah parti masa depan. Kongres tahun ini juga bakal menjadi sejarah apabila menyaksikan perayaan “Demokrasi”, buat julung kalinya sesuai dengan nama dan prinsip perjuangan, KEADILAN telah mengorak langkah bergaya dengan merubah sistem pemilihannya kepada “1 ahli 1 undi”.

Makanya terbentuklah satu barisan kepimpinan baru disemua peringkat yang bersiap menempuh Pilihanraya Umum ke-13 kelak.Pastinya cabaran menentang penguasa zalim itu senantiasa menuntut pengorbanan dalam perjuangan. selama 12 tahun Umno mencari jalan menghapuskan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.Pelbagai rencana jahat direka khusus untuk melemahkan setiap sendi parti ini.Perpecahan dikalangan anggota pejuang KEADILAN adalah suatu impian sipenguasa angkuh, Namun, kesemua tekanan itu menjadi azimat penguat semangat pejuang keadilan untuk terus mara merempuh tembok keangkuhan itu. Kita telah diasuh dengan tekanan sedemikian selama 12 tahun! Tempoh itu serta melihat kematangan sebilangan besar warga parti telah menyaksikan kegusaran penguasa angkuh kerana kongres kita berjaya diadakan dan yang hadir lebih daripada 95 peratus cabang, Kita perlu yakin dan ikhlas kerana tak mungkin media yang dibawah kawalan Umno akan menyokong kita, kecaman serta fitnah yang dilemparkan oleh saluran media pengampu adalah menjadi adat tatkala kita kita dilihat mengancam kedudukan penguasa angkuh.

Oleh yang demikian,marilah kita perkukuhkan jentera serta memperkuat semangat dan terus mara “Melaksana Agenda Rakyat!”

REFORMASI



28
Nov

Wan Azizah Gesa Pemimpin Bersatu Memikul Amanah

Dari Tv Selangor

Semua pemimpin yang baru terpilih digesa memikul amanah besar yang disandarkan dengan semangat perjuangan tanpa membedakan kedudukan, kepentingan dan kabilah diri sendiri.

Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil menegaskan tanggungjawab kepimpinan parti adalah amat berat dengan sumber yang terhad justeru setiap ahli perlu digembeling dan diperkasakan tanpa mengira kelompok dan kabilah.

Wan Azizah, dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan ke-7 di Shah Alam hari ini menasihati semua pemimpn

Continue reading ‘Wan Azizah Gesa Pemimpin Bersatu Memikul Amanah’

28
Nov

Kongres:”Kemerdekaan Yang Sebenar Ialah Rakyat Menjadi …Hakim!”,

Dari Merdeka Review

Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,”Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua…”

Wan Khazim Wan Din, “Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? ”

Soalan ini biarpun dirasai “kasar” sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, “Kita jangan jadi…jadi apa? (balas Anjing!)

Continue reading ‘Kongres:”Kemerdekaan Yang Sebenar Ialah Rakyat Menjadi …Hakim!”,’

27
Nov

Menjunjung Reformasi Membela Rakyat

Ucapan Dasar Presiden

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Presiden,
Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN )
Kongres Nasional Tahunan ke-7 2010
Petaling Jaya, Selangor.

Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Kali Ke Tujuh pada tahun ini. Pada Kongres ke enam yang lalu, kita bertandang di Kota Bharu. Kali ini, kitamerasa cukup bertuah kerana kita diterima pula sebagai tetamu Selangor Darul Ehsanpula.

Perhimpunan kali ini, adalah bagaikan kembalinya semula kita ke pengkalan.Selepas melalui pelbagai pertempuran di pelbagai medan, kita berkumpul kembali di sini,memperkemas dan mempersiap diri menghadapi pertempuran baru yang akanmendatang.

Kita rakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Negeri Selangor di bawahkepimpinan YAB Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana sudi menerima kitadi sini. Alhamdulillah, beliau telah berjaya mengangkat martabat negeri, membuatpelbagai perubahan dan penambahbaikan pengurusan, memberi keselesaan kepadarakyat dan seterusnya berjaya mempertahankan Negeri ini ditangan Pakatan Rakyatsehingga ke hari ini. Paling utama, Selangor adalah kubu utama Parti Keadilan Rakyat.Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih.

MENITI KEMATANGAN PERJUANGAN2

.Usia Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) masih muda. Ia baru sahaja meraikanulangtahun ke 12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999. Namun, dalam usia semuda ini,kita telahpun mencapai banyak kejayaan yang diluar dari kebiasaan. Bersama-sama
——————————————————————————–
Page 2
dengan Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikanmajoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu. Dalam usia semuda ini, kitatelah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik. Maka itu, usahlahkita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan,kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah. Perjuanganmembela rakyat perlu terus membara.3.Sesungguhnya, di tahap ini, kita masih berada di peringkat awal dalam kelokpembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dankematangan. Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kitaperlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan. Kemudiannya, segera terusmelangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan. Inilah yang dinamakan“sunnanul kaun” atau “the law of nature”. Jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidakperlu dijadikan kesalan. Tidak perlu kita menjadi pesimis melulu hingga melupakanhakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.4.Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasibrakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara. Justeru, reformasi danperubahan dimulakan dalam diri kita dahulu. Martabat setiap ahli diangkat tinggi.Setiap ahli diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan. Makakita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisankepimpinan. Tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya. Malah kita memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengandemokrasi. Keadilan bergerak cergas menyuburkan demokrasi. Disebaliknya, UMNOdan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi. Seluruh agensi danaparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.Pelbagai aktamenyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan. Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskanpenindasan dan kezaliman kepada rakyat.5.Alhamdulillah, demi memenuhi tekad merealitikan demokrasi dalam Parti, kita barusahaja selesai mengadakan pemilihan kepimpinan Parti di peringkat Cabang dan Pusat.Sesungguhnya, perlu kita akui bahawa umumnya pemilihan tersebut telah mencapai matlamatnya. Lebih 70,000 orang ahli parti telah melibatkan diri dan keluar mengundi.Percubaan pertama ini sudah pastilah ada kelemahannya. Terpulang kepada kita untukmenafsirkan. Adakah kelemahan itu sebagai kegagalan atau peluang. Jika kita tidak Continue reading ‘Menjunjung Reformasi Membela Rakyat’

26
Nov

Bar Council Views Seriously The Suppression of Evidence

From Malaysiakini

Bar Council chairperson Ragunath Kesavan has joined the chorus of critics in expressing his disappointment over several recent court decisions in the Anwar Ibrahim’s sodomy trial which denied the defence access to documents that could be used as evidence.

“We are of the view it is paramount consideration for the court in determining the truth so justice is, and seen, to be served.

“It is the responsibility of all parties, including the judge, to ensure that the prosecution complies with full disclosure in terms of the information provided to the parties involved, and produced it in court,” said Ragunath.

“In addition, a witness who takes the stand in a trial, whether called by the prosecution or the defence, is under an obligation to be independent and to speak the whole truth.”

According to Ragunath, it is only after all these elements are present that the judge could make an informed decision on the credibility of the witnesses, and the weight to be given to their testimony.

“Non-production of any documents and information merely gives rise to the perception, in the public mind, of a cover-up, and would surely erode public confidence in the criminal justice system.”

Repeated denials

The Anwar defence team led by Karpal Singh has been denied access to the initial medical reports on complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan, CCTV recordings, photographs taken during Saiful’s medical examination and statements of the prosecution witnesses.

The defence had apply for the supply of documents under Section 51A of the Criminal Procedure Code but despite making several applications and appeals – all the way up to the Federal Court – they were denied access.

An attempt was also made to review the apex court decision, but it proved futile. Former Court of Appeal judge NH Chan had criticised the Federal Court for not granting a review of its own decision.

Furthermore, prosecution witnesses from Hospital Kuala Lumpur had repeated refused to refer to their medical notes which they had taken during the examination of the complainant while being cross-examined by the defence.

High Cour judge Mohamad Zabidin Mohd Diah on Wednesday eventually decided to order the prosecution to hand over the notes to Anwar.

26
Nov

Azmin Ali : Gesaan Dr Syed Husin Penting Untuk Hadapi PRU-13

Dari TV Selangor

Gesaan dan pandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali terhadap peranan Wanita dan Angkatan Muda
Keadilan (AMK) sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dr Syed Husin sebagai pemimpin lama memahami denyut nadi rakyat yang perlu digalas pimpinan yang muda di dalam wanita dan AMK.

“Saya kira teguran yan dibuat itu adalah teguran yang membina dan saya yakin AMK dan Wanita akan menerima teguran ini demi kekuatan parti di masa yang akan datang,” ujar beliau.

Continue reading ‘Azmin Ali : Gesaan Dr Syed Husin Penting Untuk Hadapi PRU-13′