Archive for October, 2010



21
Oct

Mahathir Yang Terus Fobia

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih terus fobia dengan kehadiran bekas Timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara.

Fobianya Mahathir seolah-olah beliau sentiasa dihantui bayang-bayang Anwar, walau ke mana beliau pergi.

Sepatutnya pada usia extra emas seperti sekarang ini, bekas Presiden Umno itu harus banyak berehat dan meluangkan masa dengan anak cucu cicit. Tidak perlu hirau politik negara.

Baru-baru ini pun bekas PM itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia kerana keadaan kesihatannya tidak stabil. Ingatkan bila beliau dalam keadaan tidak sihat, beliau akan berhenti bersuara.

Namun, nampaknya Mahathir ini kata orang Utara jenis ‘ketegaq’ (keras kepala). Tidak hirau sakit demam, tidak hirau usia dah lanjut, masih hendak campur urusan politik juga.

Dalam satu sesi dialog pada program forum antarabangsa baru-baru ini, Anwar yang sudah dipecat, dipukul dan dihumban dalam penjara sejak 12 tahun lepas, masih menjadi ‘ulam’ beliau.

Katanya, keputusan mengheret Anwar ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 12 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat dan bukan konspirasi.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini, konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,” katanya pada sesi soal jawab itu.

Dakwanya, sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain kecuali Ketua Hakim Negara.

“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,” katanya.

Bagi penulis, ironinya, mengapa selepas 12 tahun Anwar dipecat dan selepas tujuh tahun Mahathir bersara, beliau masih terpaksa mempertahankan tindakan memecat Anwar?

Bagaimana mungkin Mahathir boleh menafikan campur tangan beliau dalam urusan kehakiman negara. Semua orang tahu walaupun Ketua Hakim Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi ianya adalah di atas nasihat Perdana Menteri. Dalam logik mudah, PM yang berkuasa melantik Ketua Hakim.

Isu Mahathir campur tangan dalam kehakiman bukannya baru. Rakyat tidak lupa bagaimana beliau terbabit dalam konspirasi memecat Tun Salleh Abas pada tahun 1988 yang lalu.

Kes Tun Salleh adalah satu isu besar yang merosakkan sistem kehakiman negara, sehingga menyebabkan rakyat meragui keadilan mahkamah kita. Ini berlaku zaman Mahathir menjadi PM.

Jika pada waktu itu (1988) pun beliau sudah campur tangan, apakah tidak mungkin tahun 1998 beliau tidak campur tangan? Dah tua-tua begini usahlah Mahathir hendak nafi. Budak-budak sekarang sudah cerdik.

Dalam kes Anwar secara spesifik. Bagaimana Mahathir boleh mengatakan beliau tidak ada konspirasi dan tidak campurtangan, sedangkan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah (arwah) dan penggantinya, Tan Sri Abdul Gani Patail, duduk di bawah ketiak PM?

Ketika Anwar dibawa ke mahkamah selepas beberapa hari ditahan dan diseksa, dipukul sehingga lebam mata, Mahathir beriya-iya mendakwa Anwar memukul diri sendiri untuk meraih simpati rakyat.

Akhirnya terbukti melalui satu suruhanjaya, didapati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor (ketika itu) yang memukul Anwar.

Ketegaqnya Mahathir ketika itu Allah sahaja yang tahu. Beliau beriya-iya mendakwa Anwar memukul dirinya sendiri, bila didapati sebaliknya, sedikit pun beliau tidak mahu meminta maaf.

Isu itu sudah lama berlalu, penulis sekadar mencatat sedikit rentetan sahaja.

Seterusnya, selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, beliau tidak pernah menyerang Mahathir, malah enggan memburuk-burukkan bekas ketuanya.

Walaupun banyak kepahitan dialami Anwar, akibat daripada gelagat Mahathir, Anwar cuba ‘berjiwa besar’. Beliau enggan bertelingkah dengan orang yang sudah bersara. Biar banyak mana salah bekas PM tersebut, biarlah rakyat yang menghukumnya.

Namun bekas PM itu masih enggan duduk diam. Beliau terus menyerang dan mempersalahkan Anwar, di mana sahaja platform yang beliau sempat bersuara.

Mengapa Mahathir fobia sangat? Mengapa alergi sangat dengan Anwar? Khabarnya begitu fobia Mahathir dengan Anwar sehingga beliau enggan hadir ke majlis makan malam sempena 50 tahun Parlimen di PWTC, 15 Oktober lepas.

Pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi tetamu VVIP. Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir, Dato’ Seri Najib Tun Razak hadir, semua VIP dan sebahagian besar bekas Ahli Parlimen turut hadir. Entahlah mungkin juga masa itu Mahathir tidak sihat.

Oleh itu, jika Umno-BN semakin lemah, semakin ditolak rakyat, bukan semuanya 100 peratus kerana Anwar. Ada salah Mahathir, ada salah Abdullah Badawi dan ada juga salah Najib.

Apakah semua ini disuarakan kerana Mahathir bimbang, jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan nanti, beliau akan disumbat ke dalam penjara?

Usahlah fikir macam itu, beliau dah terlalu tua, kesian juga kita kepadanya.

Sepatah komen Anwar sewaktu sembang-sembang sambil menunggu lif di Parlimen dengan penulis, dalam nada berseloroh, “Orang tua ini tidak habis-habis menyerang saya, nanti kalau dikata nyanyuk, marah pula.”

Kata-kata spontan Anwar itu disambut gelak besar rakan-rakan Ahli Parlimen yang berada di situ.

21
Oct

Response To Zaid Ibrahim’s Statement “Empowering KEADILAN” On Anwar Ibrahim’s Trial

–Press Statement–

In response to Zaid Ibrahim’s statement “Empowering Keadilan” on Anwar Ibrahim’s trial

20 October 2010

I view with incredulity Zaid Ibrahim’s latest unkind salvo against
Parti Keadilan Rakyat (PKR), which I sometimes think he forgets is the
party he currently belongs to and is in running for Deputy President.
It is very irresponsible and even malicious for him to suggest that
PKR seems to be a one issue party – keen only to champion Anwar
Ibrahim and his ongoing trial.

This myth he knows is not true and is something that we normally only
hear from UMNO-BN politicians. Over the last decade or so, PKR has
grown tremendously and has played a major part in forging the Pakatan
Rakyat alliance while espousing its true multi-racial brand of
progressive politics, leading to the Pakatan Rakyat’s Common Policy
Platform which we believe will pose a strong challenge to the BN in
the next general election.

I am further shocked that Zaid has suggested that by defending Anwar,
the party is unable to defend the rakyat. Again, very UMNO-BN-like
criticism as he knows very well that the party has a good track record
in defending the rakyat on various issues concerning civil, political,
economic, social and cultural rights.

I am sure Zaid is well aware that securing justice for Anwar does not
merely mean providing the best legal defence but involves a campaign
outside court to expose the Government’s manipulation of key
institutions to persecute political opponents. Again, this statement
that Anwar has received the best legal defence and therefore there is
nothing else to do – certainly seemed very UMNO-BN-like, and certainly
appalling coming from a PKR leader.

The implication of Anwar’s trial if he does not know is that Anwar’s
current and previous trials represent all that is wrong with UMNO-BN’s
brand of sham democracy – one that enables the government of the day
to make use of all the state machinery including the judiciary,
police, AG’s Chambers and even hospitals to manufacture false evidence
and implicate political opponents.

In case Zaid has forgotten, Anwar has spent six years’ imprisonment on
trumped up charges, and is once again facing the same fate. Surely it
would be extremely unkind and ungrateful of PKR to suddenly abandon
Anwar just when the party is becoming a major political force in the
country.

I am certainly at a loss to understand Zaid’s campaign strategy as he
seems bent on publicly and continuously criticising the party and its
leadership (which I must remind he is also part of) instead of
strengthening the party, and championing the party’s policies,
processes and issues including that of UMNO-BN’s persecution of Anwar.

Released by:
R sivarasa

21
Oct

Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Galas, Kelantan

Sempena Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat

21 Oktober 2010 (Khamis)

7.45 Mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Lokasi – Pejabat Operasi KeADILan PRK Galas

Blok E, PT 7816, Taman Mesra, Gua Musang

8.30 Mlm – Makan malam di Kesedar Inn

9.00 Mlm – Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Lokasi – Dataran Ilmu, Sebelah Masjid Faiz, Gua Musang

Penceramah:

1. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat

2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

3. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

4. YB Lim Kit Siang

5. Perisytiharan Calon Pakatan Rakyat (PAS)

21
Oct

Inter-Parliamentary Union (IPU) Resolution on Anwar Ibrahim

The IPU is the international organization of Parliaments (Article 1 of the Statutes of the Inter-Parliamentary Union). It was established in 1889.

The Union is the focal point for world-wide parliamentary dialogue and works for peace and co-operation among peoples and for the firm establishment of representative democracy.

19
Oct

Batu Sapi: KEADILAN Wakili Pakatan Rakyat

Dari Harakah

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan untuk meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah.

“Atas cadangan Pakatan Rakyat Sabah, untuk pilihan raya kecil kawasan Batu Sapi mereka bersetuju dan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk Parti Keadilan meletakkan calon mewakili Pakatan Rakyat,” kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini. Continue reading ‘Batu Sapi: KEADILAN Wakili Pakatan Rakyat’

19
Oct

Rakaman Perbahasan Bajet 2011-Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ihsan Tv Pas


19
Oct

Speaker Tolak Usul Iktiraf Orang Asli Semenanjung Sebagai Bumiputera

Dari Tv Selangor

Speaker Parlimen hari ini menolak usul Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas agar menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai bumiputera .

Takrifan ini yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 serta memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa mereka sebagai bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan dalam kamar di parlimen tengahari tadi.Kamarul yang ditemui media di lobi parlimen menyatakan kekesalan terhadap keputusan itu namun berikhtiar akan terus memperjuangkan hak Orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia. Continue reading ‘Speaker Tolak Usul Iktiraf Orang Asli Semenanjung Sebagai Bumiputera’

18
Oct

Menteri Angkuh, Ketepikan Keluhan Peneroka

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan.

Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan.

Dalam hujah beliau di Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar menjelaskan tindakan ini bermaksud bantahan dan isu yang diketengahkan oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan Felda selama ini berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi berkenaan.

“Saya tidak pertikai maksud baik awal Rancangan Felda dan beberapa faedah serta nikmat yang diperolehi, tetapi seperti mana yang kita tekankan, wajar diberikan penilaian dan pertimbangan semula kerana lebih ramai masyarakat Felda merasakan ada bentuk ketidakadilan berlaku,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya lagi, wang tanam semula tidak diberikan sebelum ini bagi mengelakkan wang tersebut disalah gunakan oleh para peneroka.

“Persoalannya sekarang, adakah benar ini akan dilaksanakan? Kita menuntut, rakan-rakan kita nak tanya, bila nak laksanakan?

“Kenapa ada peneroka yang telah menanam sendiri lima, malah sepuluh tahun, wang tanam semula tidak diperolehi?” kata beliau.

Anwar seterusnya menyatakan jika isu ini berkenaan membantu keluarga dan rakan Umno-Barisan Nasional(BN), segera dilakukan tetapi perihal membantu masyarakat kampung termasuk kaum Melayu sendiri tidak kesampaian walaupun menunggu sepuluh tahun.

Katanya lagi, para peneroka terpaksa menyaman Felda kerana kegagalan Felda membayar wang penanaman semula walaupun rundingan dibuat begitu lama.

“Ini keluhan yang mereka (peneroka Felda) keluarkan. Mengapa para peneroka Felda berani bawa kes ini ke makhamah?” tegasnya.

Sebabnya mudah dakwa Anwar, kerana mereka terdesak, bawa ke Felda tiada harapan.

18
Oct

Mengapa Lantik 1MDB Yang Belum Teruji?

Dari Malaysiakini

Kerajaan mengambil risiko besar dengan melantik syarikat baru 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) sebagai pemaju hub bernilai muti-bilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Anwar berkata IMDB baru berusia tidak sampai setahun dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk membuktikan ia mampu mengendalikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianggarkan membabitkan kos RM26 bilion.

Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan.

“Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik,” katanya.

Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada Okt 12, bahawa mereka membuat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang.

Oleh itu, beliau mempertikaikan bBagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu.

18
Oct

Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh

Dari The Malaysian Insider

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

“Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi,” kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

“Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa,” kata beliau.

“Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Najib berkata, “di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.”

“Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.

“Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015,” kata Najib.

Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.

Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.

“Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.

“Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?” soal beliau.

Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.

“Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega,” kata beliau.

Anwar berkata, projek-projek di bawah Bajet 2011 tidak memberikan pertimbangan kepada kedudukan ekonomi semasa negara dan keperluan untuk mengurangkan defisit bajet selain memperbaiki daya saing.

“Ia satu projek untuk menunjukkan bagaimana hebatnya kita menerusi projek-projek besar,” kata beliau lagi.

Anwar menekankan bahawa di kalangan negara Asean hanya Malaysia merekodkan “aliran masuk negatif”.

Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut Anwar, telah merosot 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding Thailand yang mencatatkan FDI RM19.01 bilion manakala Indonesia pula RM19.08 bilion.

“Ini adalah FDI paling rendah dalam 20 tahun kecuali pada 2001 di mana kita merekodkan FDI RM1.54 bilion,” katanya.

Malah, Anwar juga menekankan bahawa pengajaran-pengajaran daripada masa lalu khususnya ketika era Dr Mahathir telah menunjukkan bahawa dasar projek mega negara sebenarnya tidak berjaya.

Beliau juga mempertikaikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan projek MRT RM40 bilion di ibu negara dengan menekankan sama ada ia akan mengalami nasib projek LRT Star-Putra yang mengalami kerugian hampir RM6 bilion.

“Pada 1999, kerajaan telah dipaksa menyuntik RM600 juta kepada Star menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kerajaan juga membenarkan Star dan Putra untuk meneruskan operasi meskipun berhadapan masalah salah pengurusan.

“Pada 2001, kerajaan mengesahkan ia akan mengambil alih Putra dan Star dengan menerbitkan bon bernilai RM8 bilion.

“Sejak Mac lalu, kedua-dua syarikat mengalami kerugian RM5.5 bilion,” kata Anwar.

Sebalik perkembangan itu, Anwar berkata, kerajaan memberikan lampu hijau untuk melaksanakan projek MRT kepada Gamuda-MMC untuk menguruskannya tanpa melalui proses tender terbuka.

“Kebimbangan kami ialah sama ada projek MRT akan berakhir dengan lebih banyak ketirisan dan amalan korup seperti sebelum ini dan hanya akan memberikan manfaat kepada kroni-kroni dan kerugian besar kepada rakyat,” kata beliau.

18
Oct

Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’

Dari TV Selangor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.

Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. ”

(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Continue reading ‘Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’’

18
Oct

Bajet Fantasi Rosmah

Dari Malaysiakini

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Continue reading ‘Bajet Fantasi Rosmah’