Archive for October, 2010



24
Oct

Pengumuman calon Batu Sapi

Pengumuman calon PR Batu Sapi akan dibuat hari ni Ahad 24hb Oktober jam 5 petang di Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan pimpinan PKR.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

23
Oct

Ucapan Anti-Demokrasi: Najib Didesak Pohon Maaf

Entah apa gerangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Razak sewaktu menyimpulkan ucapan perasmian beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mana beliau telah menggesa semua anggota UMNO supaya tetap mempertahankan Putrajaya “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.
 
Kenyataan beliau tersebut jelas mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat kerana ianya seakan-akan menunjukkan bahawa anggota UMNO sanggup melakukan apa saja sehingga ke tahap mengganas dan menumpahkan darah hanya kerana mahu kekal berkuasa. Kenyataan Dato’ Sri Najib itu juga adalah bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak Merdeka hingga kini.
 
Jika sekiranya ditakdirkan bahawa Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk menerajui Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan. Ini kerana hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana yang harus diberikan mandat untuk memimpin negara ini.
 
Justeru, saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden UMNO menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi. KEADILAN juga menuntut supaya Dato’ Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka UMNO-Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni.
 
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

23
Oct

‘Mendaya’ Atau ‘Memperdaya’ Bangsa?

Dari Harakah
Oleh Dzulfikar Mashoor

Perkataan ‘mendaya’ yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi ‘mendaya’ adalah ialah “menjalankan tipu daya (muslihat), menipu”.

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah ‘mendaya’ yang tepat.

“Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan,” dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, “ucapan bertajuk ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.

Dijangkakan kalimah ‘mendaya’ yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

23
Oct

Pakatan Rakyat Tetap Junjung Dan Pertahan Perlembagaan

Dari Suara KEADILAN

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub memberi jaminan tegas bahawa semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dijunjung dan dipertahankan jika rakyat menyerahkan amanah pentadbiran Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum

ke-13 kelak.

“Bagi saya, rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawasesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Rakyat perlu percaya, bahawa kalau KEADILAN, PAS dan DAP memerintah, semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

Continue reading ‘Pakatan Rakyat Tetap Junjung Dan Pertahan Perlembagaan’

23
Oct

Kenyataan Media: Yuran Tahunan Pemilihan

–KENYATAAN MEDIA:–
22 OKTOBER 2010

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Oktober
2010 telah memutuskan untuk mengenepikan keperluan anggota membayar
yuran tahunan bagi turut serta dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat,
Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2010.

Keputusan ini dibuat atas semangat meraikan demokrasi dalam reformasi
satu anggota satu undi yang mula dilihat sewaktu Pemilihan peringkat
Cabang-Cabang KEADILAN baru-baru ini.

Diharapkan dengan keputusan ini, anggota-anggota KEADILAN dapat turut
sama dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010.

SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG

23
Oct

Lawatan Kerja DSAI Di Miri,Sarawak Sabtu 23 Okt 2010

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Miri, Sarawak

23 Oktober 2010 (Sabtu)

12.00 – 3.00 ptg – Jamuan dan Perjumpaan dengan Rakyat Sarawak

Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken
Ketua Cabang KeADILan Miri
349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak

Ucapan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Nizar Jamaluddin,
YB Wong Hock Leng dan Pimpinan Pakatan Rakyat akan disampaikan.

3.00 – 5.00 ptg – Perjumpaan dengan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat Sarawak

Lokasi – City Hotel, Miri

7.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken
349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak

Penceramah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Nizar Jamaluddin
4. YB Wong Hock Leng
5. Ybhg Mat Sabu
6. Ybhg Baru Bian

22
Oct

Demi kuasa, Umno Kelantan tergamak hina Nik Aziz

Oleh Ahmad Albab

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.

Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”

Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dgn DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.

Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.

Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?

Fikir-fikirkanlah..

22
Oct

Lawatan Kerja Anwar Ibrahim ke Batu Sapi, Sabah – 24 Oktober 2010

24 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 pagi – Mesyuarat MPN di Hotel Sabah, Sandakan

11.00 Pagi – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan
Lokasi: Pejabat KeADILan, Bandar Ramai-Ramai, Batu Sapi

Ucapan-ucapan akan disampaikan oleh YB Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution, YB Fauziah Salleh, YB Zuraida Kamaruddin, YBhg Tamrin Jailani, YBhg Chua Jui Meng dan lain-lain pimpinan KeADILan.

1.30 tghari – Himpunan Isu Tanah Sabah
Lokasi: Dewan Hakka Batu 5, Jalan Utara Sandakan

Ucaptama oleh:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YB TG Haji Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang

5.00 ptg – Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Batu Sapi
Lokasi: Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan

Pelancaran oleh:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YB TG Haji Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang
4. Pimpinan Pakatan Rakyat

22
Oct

Jadual Acara Anwar Ibrahim di Pulau Pinang – 22 Oktober 2010

12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Jamek Permatang Batu Simpang Empat

5.30 ptg  - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang
Lokasi -  Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul

7.30-11.00 mlm -  Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang 
Lokasi -  Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit  Jambul
 
Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Mansor Othman
4.    YB Khalid Samad
 
 
7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang
Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth

Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Lim Kit Siang
4.     YBhg Mat Sabu

22
Oct

Hipokrasi UMNO Dalam Memperjuangkan Bangsa

Dari Tv Selangor

Pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hak istimewa orang Melayu sudah ‘terkunci kemas’ dan tidak boleh digugat tanpa perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu adalah bukti jelas bahawa parti itu tidak mampu membela orang Melayu.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC hari ini.

Menurut Izzah, kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa parti itu Melayu dan Melayu itu Umno adalah tidak benar sama sekali.

Kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja kepada semua rakyat Malaysia.

“Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongon Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemudanya sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.

Mengulas berkenaan tekad Najib yang mahu terus mempertahankan Putrajaya, Izzah sebaliknya berkata, tekad ini menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

“Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja dan rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa,” jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyatakan azam dan tekad jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) dan sebagainya mestilah dihapuskan segera.

“Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja,” katanya.

22
Oct

Dr.Zulkefli Calon ‘Galas Harapan Rakyat’

Dari Malaysiakini

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008. Continue reading ‘Dr.Zulkefli Calon ‘Galas Harapan Rakyat’’

22
Oct

Belanjawan 2011 Acuan Najibnomics Dan Mahathirisme

Tarikh: 21 Oktober 2010

Perspektif KPRU

Perspektif KPRU: Belanjawan 2011 Acuan Najibnomics Dan Mahathirisme

Pendahuluan

Apa yang unik (bukan UNIK) sangat dengan Belanjawan 2011? Kita tak perlukan kaca mata 3-D, kaca mata 2-D sudah memadai untuk mengupas kulit Belanjawan sehinggalah saraf-sarafnya – sebelah kiri warna Mahathirisme, sebelah kanan warna Najibnomics. Legasi Mahathirisme tergolong kepada yang positif dan yang negatif. Tetapi yang diwarisi Najibnomics setakat ini hanyalah legasi negatif malahan dibesar-besarkan skalanya sehingga menjangkaui pencapaian legasi negatif Mahathirisme. Meskipun begitu, pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU masih tersenyum dengan pencapaian sebegitu negatif sedemikian besar dan penuh dengan khayalan sehingga hendaklah dibina Warisan Merdeka yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan.

Dasar Mahathirisme masih bersarang kuat dalam kotak pemikiran Najib Razak. Segala-galanya besar; perbelanjaan besar, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terlalu berkuasa dan pelancaran projek-projek mewahnya jelas berniat untuk menanamkan legasi pemerintahannya seperti Mahathir. Berbilion-bilion ringgit wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya demi memuaskan nafsu tamak, haloba, serta cita-cita peribadinya. Sebilangan kecil elit dalam rangkaian politik perniagaan disandarkan harapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang terbukti telah merosakkan struktur ekonomi sejak era pemerintahan Mahathir. Hasrat Najib dalam mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics[1] rupa-rupanya lanjutan kepada episod besarnya Mahathirisme.

Belanja Besar Itu Sifat Najibnomics Continue reading ‘Belanjawan 2011 Acuan Najibnomics Dan Mahathirisme’