Archive for October 7th, 2010

7 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

“Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang,” kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: “Lebih cepat daripada itu.”

“Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik,” katanya.
Tangan belakang

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful – kedua-duanya pemimpin kanan PKR – juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

“Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu,” kata Sivarasa masih berteka-teki.

7 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Sharpshooter

Semalam peguam Anwar telah menghubungi sharpshooter tentang isu Rahimi.

Adakah sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim bersedia untuk menjadi saksi?

Jawapannya Ya..memang kami sudah bersedia menjadi saksi jika kes ini dibawa ke mahkamah. Berani kerana benar.

Mengapa baru sekarang Rahimi muncul ketika pilihanraya kecil Galas mahu diadakan.

Adakah selepas ini akan ada lagi ahli Keadilan yang akan melompat? jawapannya kemungkinan besar akan ada yang berubah menjadi katak dan terus melompat.

Bila pilihanraya sahaja maka saham katak akan melonjak naik. Pergi jahanamlah dengan katak katak yang cari makan seperti itu.

(more…)

7 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN