Archive for October 5th, 2010

5 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian. (more…)

5 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan ‘sokongan’ Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

“Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini,” katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap ‘perkauman’ NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

“Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini,” kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR. (more…)

5 October 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan akhbar Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API)

Kami, Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) adalah sebuah kumpulan yang mewakili lebih 1000 orang aktivis-aktivis reformasi di seluruh Malaysia.

KENYATAAN:

1. Kami ingin menjelaskan bahawa individu bernama Ramlan Abu Bakar bukanlah seorang aktivis reformasi kerana beliau tidak pernah terlibat dalam apa jua kegiatan reformasi sejak 1998.

2.Beliau tidak dikenali dikalangan aktivis reformasi.

3.Kerana itu Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang
beliau mengaku sebagai presiden bukanlah sebuah kumpulan yang
mewakili aktivis reformasi.

4.Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ramlan dalam media bahawa Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan ruang perniagaan di Uptown Gombak sebagai habuan kepada ahli-ahli kami untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

(more…)