Archive for October, 2010

31
Oct

Program Kempen DSAI diPRK Batu Sapi

Ahad 31 Oktober 2010

9.oo pg- Sarapan bersama rakyat

lokasi- Taman Mesra

11.00 pg- Sidang Media di bilik gerakan KEADILAN

3.00 ptg- Ceramah di Sanbay Hotel

4.00 ptg- Ceramah di JDM Taman Mawar

6.00 ptg – Solat Maghrib di Masjid Kg Forest

8.00 mlm- Ceramah di Kg Bakau

9.00 mlm- Ceramah di Kg Karamunting Hap Seng

10.00 mlm- Ceramah di Dewan Hakka

30
Oct

Perbicaraan Anwar : Pokoknya Soal Kebenaran Dan Kredibiliti.

Dari TV Selangor

Tiga hakikat terserlah pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, yang semakin menguatkan hujah dan persepsi bahawa perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sudah hilang kredibiliti dan kewibawaan.

Pertama,seorang doktor yang enggan merujuk kepada nota-notanya dan lebih rela memberi jawapan yang samar-samar dan tidak jelas.

Kedua,seorang Ketua Pendakwaraya yang tidak mengemukakan kepada mahkamah laporan kimia secara keseluruhan.

Ketiga,dubur atau rektum pengadu Saiful Bukhari Azlan di dapati kosong sungguhpun beliau sebelum itu mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari dan malah tidak mandi kerana “mahu menyimpan bukti.”

Amalan doktor merujuk kepada nota-nota pemeriksaan dalam memberi keterangan di mahkamah adalah amalan biasa bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Keengganan doktor pakar Razali Ibrahim berbuat demikian bersabit pemeriksaan awal terhadap Saiful Bukhari Azlan menimbulkan kecurigaan peguam Anwar, Karpal Singh.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, maka peguambela Anwar berhak mendapatkan akses kepada nota-nota itu dan sekali gus boleh memperincikan latar belakang dan sejarah perubatan Saiful. Nota-nota itu penting untuk membolehkan kebenaran diketahui . Nota-nota itu penting untuk memastikan ketelusan dan kewibawaan dalam perbicaraan.

Untuk seorang hakim, tentunya keperluan menegak kebenaran mengatasi adalah perkara pokok dalam segala pertimbangan. Rakyat biasa tentu memikirkan apa salahnya mengemukakan nota-nota doktor kepada mahkamah supaya kebenaran terserlah dan keadilan dilaksanakan sepenuhnya.

Karpal yakin Dr Razali yang merupakan saksi pendakwaraya tidak mahu merujuk kepada nota-notanya kerana ia akan membuktikan percanggahan serius antara keterangan yang diberi di mahkamah dan hasil pemeriksaan awal ke atas Saiful.

Pihak Pendakwaraya “mati-mati” menegaskan peguam-peguam Anwar tidak berhak mendapatkan nota-nota itu selagi Dr Razali tidak menggunakan dalam memberi keterangan.

Yusuf turut mempertahankan tindakannya tidak menyerahkan laporan penuh kimia kes itu kepada mahkamah sebagai hak pendakwaraya.

Sayugia diingatkan pasukan peguambela Anwar sudah pun dinafikan hak untuk mendapatkan beberapa bahan bukti termasuk kenyataan Saiful kepada polis dalam usaha untuk menyediakan pembelaan tuntas.

Hakim Zabidin Mohd Diah kini diminta untuk memutuskan sama ada peguambela berhak untuk mendapatkan nota-nota klinikal. Pada 22 November, beliau juga akan memutuskan sama ada laporan kimia “separa siap” yang dikemukakan oleh pendakwaraya boleh diterima oleh mahkamah.

Pasukan peguam Anwar sebelum ini telah hilang permohonan untuk mendapatkan bahan-bahan bukti yang relevan termasuk kenyataan Saiful kepada polis.

Hakim juga memutuskan untuk meneruskan kes ini walapun mendapati ada asas kepada dakwaan Saiful menjalin hubungan sulit dengan pendakwaraya – satu amalan luar biasa yang dilihat menjejaskan kredibiliti pendakwaan terhadap Anwar. Pada masa sama, pengadu Saiful Bukhari Azlan juga mengaku berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Saiful mengadakan pertemuan di sebuah hotel dengan seorang pegawai polis yang pernah dituduh mereka cipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau tahun 1999.

Jelas Mahkamah kali ini, seperti pada tahun 1999, berdepan dengan soal kredibiliti dan kebenaran.

Keputusan Hakim Zaibin Mohd Diah pada 22 November lagi akan berkait rapat dengan dua isu asas ini.

30
Oct

PR Tembus Kubu Kuat BN Batu Sapi

Dari Suara Keadilan

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.

Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkakat kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

“Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu. Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

Continue reading ‘PR Tembus Kubu Kuat BN Batu Sapi’

29
Oct

Medical Reports: Judge To Decide On Nov 22

Dari Malaysiakini

Perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Anwar diketuai KarpLr Singh manakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan.

Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Semalam, pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

LAPORAN LANGSUNG

9.07am: Mahkamah disambung semula oleh hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Peguam CaraI I Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.
9.13am: Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal.

Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu.

Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan.

Katanya, kredibeliti saksi pakar (Dr Mohd Razali) bergantung pada nota tersebut.

9.29am: Karpal berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan.

9.38am: Karpal juga berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu.

9.55am: Karpal berhujah bahawa melalui nota klinikal itu “kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya”

Karpal menamatkan hujahnya dan kini giliran Yusof pula.

10.03am: Yusof mempertahankan bahawsa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya.

10.12am: Yusof memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan.

Continue reading ‘Medical Reports: Judge To Decide On Nov 22′

29
Oct

Isu Hutang Isi Rumah: UMNO-BN Sembunyi Laporan BNM

Dari Suara Keadilan

Kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menyembunyikan pendedahan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2009 berhubung hutang isi rumah yang meningkat secara ketara kepada 76.6% daripada 63.9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak RM389 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad berkata berdasarkan laporan tersebut, ia telah meletakkan negara di tahap yang tertinggi di Asia dari segi tanggungan hutang isi rumah.

Continue reading ‘Isu Hutang Isi Rumah: UMNO-BN Sembunyi Laporan BNM’

29
Oct

Kerjasama: UMNO Umpama Lebai Malang

Dari Harakah

Umno terus membayangkan fobianya terhadap PAS apabila terus bertindak menghentam parti itu dalam isu kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

Continue reading ‘Kerjasama: UMNO Umpama Lebai Malang’

28
Oct

Konsprasi II: Rektum Saiful ‘Kosong’, Kata Pakar Bedah

Dari Tv Selangor

Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.

Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.

Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.

Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.

Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-TheMalaysianInsider

28
Oct

Megalomaniacs And Mega Towers

By Azly Rahman

“Rakyat Malaysia mengatakan TAK NAK kepada Menara Warisan 100-tingkat yang memakan kos RM5,000,000,000 yang dicadangkan oleh PM Najib Razak dalam Bajet 2011. … Malaysians saying no to the RM5-billion 100-storey Mega Tower proposed by PM Najib in the 2011 budget. Malaysia needs

better education, better health care, better public transportation, safer neighbourhood, cleaner water, but not taller building. We don’t need another white elephant! …

“Malaysia perlukan pendidikan, perubatan dan pengangkutan awam yang lebih baik, jiran-tetangga yang lebih selamat, air yang lebih bersih, dan bukannya bangunan yang lebih tinggi. … Kita tidak perlukan seekor lagi gajah putih yang membazirkan wang rakyat jelata. … Wahai, saudara-saudari warga Malaysia sekalian, biar kita bersatu tak mengira kaum, agama, budaya,

bahasa, pendirian politik, geografi atau kelas. Biar kita bersatu dan membela nasib endiri. Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

I am beginning to sense that the issue will contribute to the downfall of the current regime of Barisan Nasional in the next general election. It is as if the last BN hurrah to showcase megalomania and illusions of grandeur will be a rallying point for the masses/rakyat fatigued by he struggle to survive the daily grind while robber barons rob, dine, and wine.

Continue reading ‘Megalomaniacs And Mega Towers’

28
Oct

Jadual Kempen DSAI Di DUN Galas

Program Kempen Pilihanraya Anwar Ibrahim – DUN Galas

28 Oktober 2010 (Khamis)

9.00-12.00 Malam – Kempen Perdana 1

Lokasi – UPU Sungai Terah (Padang Bola Sungai Terah)

Penceramah:

1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

2. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

3. YAB Lim Guan Eng

9.00 – 12.00 Malam – Kempen Perdana 2

Lokasi – UPU Pulai

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YAB Lim Guan Eng

3. YB Dato’ Husam Musa

28
Oct

Jadual Kempen DSAI Di Parlimen Batu Sapi

29 Oktober 2010 (Jumaat)

7.00 – 11.00 malam – Ceramah Perdana 1

Lokasi 1 – Karamunting (MPS)

Lokasi 2 – Kampong Bukit Nenas

Lokasi 3 – Kampong Gas

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Nasaruddin Mat Isa
3. YB Mahfuz Omar
4. YBhg Mat Sabu
5. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
6. Ybhg Ansari Abdullah

27
Oct

Tujuh Misi Galas Harapan Rakyat Di Batu Sapi

Dari Suara Keadilan

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 Nov ini.

Calonnya Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk

menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Continue reading ‘Tujuh Misi Galas Harapan Rakyat Di Batu Sapi’

27
Oct

Konsprasi II: Hakim Nafi Nota Klinikal Kepada Karpal

Dari TV Selangor

Perbicaraan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang tadi dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permohonan pihak pembela daripada mendapatkan nota klinikal yang ditulis semasa pemeriksaan perubatan dijalankan ke atas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hakim membenarkan pihak pembelaan untuk mendapatkan laporan awal yang disediakan oleh tiga doktor perubatan yang memeriksa Saiful pada 10 Julai, 2008.

Saksi pendakwaraya, Dr Mohd Razali Ibrahim yang memeriksa Saiful di HKL memberitahu mahkamah bahawa beliau dan dua rakan setugasnya ada mengambil nota semasa pemeriksaan yang dijalankan selama tiga jam di HKL.

Beliau bagaimanapun enggan menyemak nota tersebut untuk jawapan apabila ditanyakan soalan berulang kali oleh peguambela, Karpal Singh mengenai butiran laporan perubatan yang diberikan di mahkamah.

Karpal ditegur oleh hakim kerana bertanyakan berulang kali kepada Razali untuk mengingati dan menyatakan perincian laporan tetapi Karpal menegaskan sekiranya saksi tidak dapat mengingati sesuatu perkara, saksi boleh menyemak apa-apa nota yang diambil.

Hakim menerangkan kepda Razali bahawa beliau boleh menyemak apa-apa nota yang dibuat semasa pemeriksaan dan dengan berbuat sebegitu, pihak pembelaan dapat meminta untuk melihat nota tersebut.

“Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memaksa anda menyemak nota tersebut,” kata hakim.

“Ya, tetapi kita boleh mempengaruhi anda (Razali) dengan cara yang lembut,” kata Karpal, bilik mahkamah ruih sementara dengan gelak ketawa hadirin.

Ditanyakan samada laporan ada dibuat pada 28 Julai, Razali berkata laporan hanya dibuat pada 29 Jun, bukannya 28 Jun, dan laporan awal disediakan pada 10 Julai tetapi tidak diserahkan kerana mendapat laporan analisis kimia selepas itu.

Razali juga memberitahu mahkamah terdapat dua laporan kimia diterima tetapi semasa ditanyakan sebelum ini, beliau menyatakan hanya satu laporan kimia yang diterima.

Beliau menyatakan, walaupun sekiranya mereka menerima beberapa laporan tetapi pada pandangan beliau semua itu bersamaan dengan satu laporan.

“Adakah itu bermaksud kamu menyatakan semua itu satu laporan sebab ada satu ‘stack’ dokumen? Saya tak faham,” tanya Karpal, sekali lagi diikuti gelak ketawa dari hadirin mahkamah.

Karpal seterusnya bertanyakan samada Razali ada membaca laporan perubatan dari Hospital Pusrawi yang dibuat oleh Saiful sebelum diperiksa di HKL, beliau menjawab beliau ada membaca tetapi tidak dapat mengingat kembali secara terperinci.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga esok 8.30 pagi.

Sankara Nair, peguambela Anwar yang ditemui di luar mahkamah berkata walaupun akses kepada laporan perubatan pada 10 Julai telah dibenarkan tetapi nota pemeriksaan itu lebih penting kerana ia dapat memberitahu pelbagai perkara seperti sejarah perubatan Saiful seperti diceritakan kepada Razali pada hari pemeriksaan.

“Yang penting, kita perlu tahu ‘bowel movement’, satu elemen penting yang tiada dalam mana-man laporan perubatan. Dalam laporan perubatan yang kita ada sekarang, hanya ada dua ayat mengenai sejarah kesihatan Saiful,” jelas Sankara.

Beliau berkata lagi, laporan perubatan yang diterima semalam dan hari ini merupakan laporan yang sama tetapi yang anehnya ialah semalam laporan itu tanpa tandatangan dan hari ini terdapat tandatangan ketiga-tiga doktor yang memeriksa Saiful.