Archive for September, 2010



02
Sep

Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal

Dari Harakah Daily
Oleh Shukur Harun

Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya ‘permainan’ golongan politik sekular yang bangkrap idea. Continue reading ‘Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal’

02
Sep

Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak

Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kemajuan pasukan kerja rakan-rakan pimpinan Keadilan di Sarawak begitu membanggakan. Dalam rapat khas bersama pimpinan negeri petang tadi, saya sempat meneliti draf manifesto. Tumpuan adalah isu royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum. YB Fuziah turut memimpin perbincangan mengenai persiapan jentera pilihanraya.

Ramai juga yang bertanyakan pandangan saya berhubung desas desus perletakan jawatan Ketua Menteri yang sudah lama memerintah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Bagi saya ianya sengaja dihebahkan. Pastinya menyedari suasana dan budaya BN, usaha akan dilakukan untuk mengerah jentera parti mereka membuat ikrar menyokong kepimpinan beliau.

Bagi kita, isu kepimpinan bukan soal peribadi. Maka isu perletakan jawatan tidak relevan. Perubahan kepimpinan sepertimana yang berlaku sebelum ini tidak menjanjikan sebarang perubahan dasar. Sistem sama terus diamalkan- angkuh dengan kuasa, rasuah berleluasa dan tidak ada kepedulian terhadap penderitaan rakyat. Makanya tanggungjawab kita yang bergerak dalamKeadilan dan muafakat Pakatan Rakyat, adalah untuk menjelaskan agenda kepada Rakyat dan menumpukan usaha menuntut reformasi – yakni menolak kezaliman dan menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM