Archive for September, 2010



20
Sep

Kemusykilan Berkenaan Dengan Akaun 1MDB

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

20
Sep

Umno-Perkasa: ‘Benci Tapi Cinta’

Dari Tv Selangor

‘Benci tetapi cinta’, itulah hakikat sebenar hubungan antara Umno dan Perkasa kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Maka tidak hairanlah katanya, jika beberapa pimpinan Umno bingkas menarik semula pendirian sebelum ini bahawa Perkasa merupakan badan bukan kerajaan yang menghakis sokongan rakyat kepada parti pemerintah itu.

“Umno perlu mengubah pendirian supaya kelihatan lembut dengan nada perkauman sedia ada kerana umno memerlukan Perkasa agar sentimen Melayu yang mereka pegang tidak melihat Umno lari dari perjuangan sebenar,” ujar Mujahid kepada Tv Selangor selepas merasmikan buku terbitannya di Galeri Annex Kuala Lumpur petang tadi. Continue reading ‘Umno-Perkasa: ‘Benci Tapi Cinta’’

20
Sep

Aduan Terhadap Joe Fernandez – Malaysiakini

Saya menulis aduan berkenaan suatu laporan pada 3 September lalu, yang ditulis oleh Joe Fernandez, berjudul “S’wak PKR tells Anwar to settle Sabah crisis swiftly.” ["PKR S'wak beritahu Anwar untuk selesaikan krisis Sabah secepatnya"]

Fernandez secara tidak adil dan tanpa asas memperbesar-besarkan kesan kes 12 orang ahli PKR Sabah yang digantung keahlian mereka kerana mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak.

Dalam laporan tersebut, Fernandez juga dengan secara salah silap memetik kenyataan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian (bahagian salah petikan digariskan di bawah ini).

“We told Anwar frankly that the issue of the 12 Sabah PKR leaders facing disciplinary action is affecting morale and preparation in Sarawak ,” said state PKR chief Baru Bian (right). “He must be bold and decisive. This issue had been settled. Suddenly, it flared up again and caught us all by surprise.”

["Kami telah berterus terang dengan Anwar mengatakan perkara 12 orang pemimpin PKR Sabah yang berdepan dengan tindakan disiplin mempengaruhi moral dan persiapan di Sarawak," kata ketua PKR Sarawak, Baru Bian. Dia harus berani dan menentukan. Masalah ini telah diselesaikan. Tiba-tiba ia muncul kembali dan sememangnya ia mengejutkan kami."]

“These are small places and yet the turnout was something that Anwar himself did not expect,” he said.

["Ia tempat yang kecil dan jumlah kehadiran merupakan suatu yang diluar jangkaan Anwar," Katanya.]

“When asked about the chances (for the opposition coalition) in Sarawak , (Anwar) told them that he was an incurable optimist,” he said.

[Apabila ditanya tentang peluang (pakatan pembangkang) di Sarawak, (Anwar) memberitahu mereka bahawa beliau sangat-sangat optimis," katanya.]

“PKR national vice-president Jeffrey Kitingan (left) from Sabah has been instrumental in building up the party in Sarawak ,” he said.

["Naib Presiden PKR Kebangsaaan, Jeffrey Kitingan dari Sabah memainkan peranan penting dalam membangunkan parti di Sarawak," katanya.]

He completely agreed with Chua Jui Meng, who accompanied Anwar (right), that “there should be no witch-hunt as agreed under the Dec 13 formula”.

[Dia bersetuju sepenuhnya dengan Chua Jui Ming, yang mendampingi Anwar, bahawa "tidak ada yang akan diburu hukum seperti yang dipersetujui dibawah formula 13 Disember."]

“According to Anwar, some new evidence had surfaced that necessitated the taking of the pending disciplinary action against the Sabah 12,” said Bian. “He doesn’t see the new evidence as covered by the peace plan.”

["Menurut Anwar, beberapa bukti baru telah muncul yang memerlukan pengambilan tindakan disiplin yang tertunda terhadap 12 pemimpin PKR Sabah," kata Bian. "Dia tidak melihat bukti baru seperti yang diatur dalam pelan damai."]

“Anwar stressed on the new evidence and thinks that the disciplinary process should have been allowed to run its course,” said Bian, who is a practising lawyer.

["Anwar menekankan pada bukti baru dan berfikir bahawa proses disiplin semestinya diizinkan untuk berjalan," kata Bian, yang juga seorang pengamal guaman.]

“Instead, there was a pre-emptive rush to judgment on the appeal process. Some media reported that only three leaders would be suspended and the others let off with warning letters.”

“The final verdict, whatever its form, cannot logically be announced before the appeal process had been completed,” he said.

["Sebaliknya, ada tindakan pre-emptive (yang diambil terlebih dahulu) secara terburu-buru untuk penghakiman proses rayuan. Beberapa media melaporkan hanya tiga pemimpin akan digantung keahlian dan yang lain dilepaskan dengan surat peringatan."

"Keputusan akhir, apapun bentuknya, secara warasnya, tidak boleh diumumkan sebelum proses rayuan selesai," katanya.]

Anwar was also anxious to assure the gathering in Kuching that he “was not anti-Christian as painted by some of the media in the wake of the disciplinary action against the promoters of PCS”.

[Anwar juga cemas bagi meyakinkan pertemuan di Kuching bahawa beliau "bukan anti-Kristian seperti yang dilukis oleh beberapa media, bermula dari tindakan disiplin terhadap promoter PCS".]

“We must give Anwar the benefit of the doubt in the conduct of the disciplinary and appeal process,” said Bian.

["Kita harus tidak meragui Anwar dalam melaksanakan proses rayuan dan disiplin," kata Bian.]

“It shouldn’t be long before we can bring this unfortunate episode to a close.”

["Seharusnya tidak lama lagi, sebelum kita dapat menamatkan episod malang ini."]

Being a party man, he said, he “draws a firm line against washing dirty linen in public”.

[Menjadi orang parti, katanya, dia "amat bertegas menentang tindakan pembersihan dalaman parti yang dilakukan secara terbuka kepada pengetahuan orang ramai."]

Kami mendapati laporan tersebut tidak dapat diterima dan dilakukan dengan niat jahat seolah-olah ada agenda untuk menunjukkan PKR dan secara khususnya Anwar dalam keadaan yang buruk sebagai anti-Kristian.

Kami menegaskan sekali lagi bahawa 12 orang pimpinan Sabah digantung kerana mendaftarkan parti baru – suatu tindakan serius yang melanggar peraturan parti dan tidak ada kena mengena dengan beberapa orang dikalangan mereka yang beragama Kristian atau Kadazan Dusun. Baru Bian tentunya kesal terhadap laporan tersebut dan telah menulis kepada Stevan Gan berhubung isu ini. Kami juga menyiarkan semula sms Baru Bian kepada Joe Fernandez terhadap tulisannya itu:

Friend,

You have not kept your words. You not only put words into my mouth but “quoted” me all the way in your article which were not quite accurate. I am afraid, I cannot trust you any more.Very disappointed!

BBian

[Terjemahan:

Kawan,

Kamu tidak berpegang pada janji. Kamu bukan sahaja menyumbat kata-kata ke mulut saya tetapi "memetik" saya di seluruh rencana tulisan kamu yang tidak berapa tepat itu. Saya bimbang yang saya tidak dapat mempercayai anda lagi. Amat mengecewakan!

BBian]

Hal ini bukanlah yang pertama dilakukan oleh Joe Fernandez dengan sikap teruknya terhadap PKR dan Anwar. Menjadi fakta, ianya merupakan kesinambungan berterusan sepertimana yang dapat dilihat dalam rencana-rencana berikut (ada banyak lagi) yang mengandungi kesalahan yang sama, silap petikan dan pandangan buruk yang berat sebelah.

“3 pemimpin PKR Sabah digantung, 9 diberi amaran”, 30 Ogos 2010 – [“3 Sabah PKR leaders suspended, 9 warned”, August 30, 2010]

Ini bahkan bukan keputusan yang diambil pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pusat PKR. Sebaliknya, keputusan untuk menerima cadangan dari jawatankuasa disiplin untuk menangguhkan penggantungan ke atas 12 orang tersebut – untuk berlaku dari 4 Januari 2010 ke 3 Januari 2011. Parti juga memberitahu bahawa mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu dan rayuan akan didengar secepat yang mungkin. Ini bagi membolehkan mereka yang dicalonkan untuk ikut serta dalam pemilihan parti. Hal ini bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan.

“Sabah cabaran yang melemahkan semangat Anwar, 29 Ogos 2010 “[Sabah a daunting challenge for Anwar”, August 29, 2010]

Keseluruhan cerita mendakwa Anwar diperlecehkan kerana tindakan Parti terhadap 12 pemimpin Sabah itu amat tidak benar dan berasaskan tafsiran buruk terhadap apa yang terjadi, misalnya beliau berkata tidak menerima pengunjung dari waktu beliau mendaftar masuk ke dalam hotel hinggalah ke waktu mesyuarat majlis negeri, yang mana sebenarnya beliau hanya memiliki masa selama sejam untuk berehat sebelum menghadiri mesyuarat tersebut; bahawa terdapat kehadiran yang rendah seramai 300 orang, bilamana sebenarnya dewan hotel penuh sesak; dan andaian bahawa ceramah di Sepanggar dibatalkan kerana tindakan balas terhadap penggantungan tersebut, yang mana sebenarnya kerana tidak mendapat permit polis. Selanjutnya seluruh rencana dipenuhi dengan ungkapan-ungkapan yang sangat negatif tanpa kewajaran fakta-fakta untuk digunakan seperti, “disambut dengan penghinaan,” “memalukan”, “kesopanan pura-pura”, “Anwar memujuk hatinya yang sedih”, “perlecehan buat Anwar” dll.

“Jeffrey beritahu Anwar untuk jauhkan diri dari Sabah,” 27 Ogos 2010 [“Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah”, August 27, 2010]

Sms dari Jeffery kepada Anwar diambil di luar konteksnya dan disalah ertikan secara keseluruhannya untuk menunjukkan bahawa Jeffery memberitahu Anwar untuk menjauhkan diri dari Sabah dan beliau tidak dialu-alukan kehadirannya pada saat ini. Hal ini amat menyesatkan, kerana sms dari Jeffrey kepada Anwar hanyalah untuk menasihatkan Anwar agar memikirkan kembali rancangan lawatannya dan bukanlah berupa amaran atau peringatan keras seperti yang digambarkan Joe Fernandez. Selanjutnya lawatan tersebut dijadualkan oleh keseluruhan kepimpinan PKR Sabah dan sms Jeffery bukanlah keputusan bersama.]

Meskipun kami amat menghormati dan menghargai kerja-kerja Malaysiakini yang telah menyumbangkan ke arah kewartawanan bebas, kebebasan akhbar dan maklumat, namun kami menolak jenis kewartawanan yang diamalkan oleh Joe Fernandez. Kami telah mengarahkan para pemimpin PKR untuk tidak berurusan dengan Fernandez lagi dan kami juga amat menghargai jika Malaysiakini dapat menugaskan wartawan lain bagi melaporkan isu-isu PKR.

Sekali lagi, kami amat kecewa dengan Malaysiakini yang tidak menurut piawaian kewartawanan yang diperlukan apabila membuat laporan ke atas Keadilan. Kami dengan ikhlas berharap Malaysiakini tidak terikut jejak perkembangan semasa yang telah menjangkiti beberapa media internet dan blog-blog yang bersungguh-sungguh berlebih-lebihan mereka ciptakan skandal-skandal PKR, meskipun tidak berlaku dan memetik kononnya “sumber-sumber dalaman” atau tidak bernama dalam keadaan para pemimpin parti bersedia untuk memberi ulasan atau menyediakan penjelasan alternatif.

Terima kasih.

Yang benar,
Latheefa Koya
Ketua Penerangan PKR

19
Sep

Yakinkan Rakyat, Pakatan Mesti Ambil Alih Putrajaya

Dari Harakah

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.

Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.

Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.

Continue reading ‘Yakinkan Rakyat, Pakatan Mesti Ambil Alih Putrajaya’

19
Sep

Anasir Lunturkan Semangat Perjuangan PKR…

Dari Merdeka Review

“Kita terus menerbitkan Suara, walaupun cara ini melanggar undang-undang. Kita terus mengedarkan Suara walaupun banyak pengedar yang diugut. Kita tidak ada pilihan lain. Pihak berkuasa menuduh kita melanggar undang-undang. Akan tetapi, dengan menafikan hak kita untuk bersuara, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan sebenarnya menggalakkan kita melakukan aktiviti di luar undang-undang. Ini tuntutan masa dan keadaan.” — Dipetik daripada ucapan perasmian Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden dalam Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR, pada 1 September 2006.

Suara Keadilan, lidah rasmi PKR selepas penggabungan antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti KeADILan Nasional, tidak memperolehi permit sejak terbitan sulungnya pada Jun 2005. Bagaimanapun, terbitan diteruskan biarpun berdepan dengan tekanan dan ugutan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Seandainya diimbas, ia mungkin detik saat yang paling sukar untuk PKR, dengan hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail setelah dibadai “gelombang biru” dalam PRU ke-11. Namun demikian, semangat perjuangan pimpinan dan anggotanya menjadi obor yang menerangkan kesuraman ini.

Ia tidak terhenti setakat pada ucapan Syed Husin Ali, atau seruan Ketua Penerangan ketika itu, Tian Chua semasa sesi penggulungan perbahasan dalam Kongres Nasional Tahunan, untuk berdemonstrasi menuntut hak penerbitan lidah parti. Kata-kata diterjemahkan kepada tindakan, apabila pimpinan dan anggota PKR turun gelanggang untuk berkumpul di bawah pejabat SUHAKAM pada 24 November 2006.

Protes hangat-hangat ayam?

Adegan tersebut tidak kelihatan lagi, biarpun PKR kini ditimpa nasib yang sama – permit Suara Keadilan tidak diperbaharui. Tindakan protes agak hangat sebermulanya, apabila PKR mengambil langkah untuk menerbitkan lidah partinya dalam bentuk edisi tidak berkala, bermula dengan Keadilan (12 Julai 2010), Obor Keadilan (19 Julai 2010), Sinar Keadilan (26 Julai 2010), Utusan Keadilan (2 Ogos 2010), Berita Keadilan (9 Ogos 2010) dan kemudiannya berhenti di Metro Keadilan (16 Ogos 2010).

“Saya rasa ini sedang diperjuangkan…” Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR cuba mempertahankan partinya, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, yang diadakan di pejabatnya, semalam.

Jawapan beliau ditemukan dengan soalan susulan, “Tetapi mengapa ia diberhentikan?”

“Ada perubahan dalam Suara Keadilan…” Beliau akhirnya mengakur, menceritakan bagaimana organ parti ini diambil alih oleh “golongan yang dianggap profesional”, dari tangan “orang yang bersemangat tetapi dianggap tidak profesional”.

Pengambil-alihan ini berlaku selepas tsunami politik, apabila PKR dilambung dengan harapan tinggi daripada rakyat. Babak ini menyaksikan bagaimana Zunar, Ketua Pengarang dengan kakitangannya dalam Suara Keadilan, terpaksa memberi laluan kepada pasukan editorial baru.

“Test (ujian) yang pertama ialah golongan profesional ini, misalnya kali pertama, dua tahun lalu, (Suara Keadilan) dihentikan, (selepas tsunami), sudah dihentikan. Suara Keadilan tak ada permit, mereka berundur. Yang profesional takut.”

Syed Husin Ali (gambar kiri) menyambung, “Dan saya kata waktu itu, keluarkan (terbitkan), buat atas nama saya. Dan mereka teruskan. Tapi yang meneruskan ialah golongan yang bersemangat dan berani itu. Tetapi, apabila golongan yang profesional ini mengambil alih, walaupun saya katakan nama permit tu nama saya, saya ambil tanggungjawab, tapi mereka kurang berani.”

Profesional tetapi tak berani?

Di sini ia memperlihatkan satu perubahan dalam sikap, yang berlaku di kalangan anggota mahupun pimpinan parti. Syed Husin Ali mengakuinya, “Tapi, itu tak bererti terus mengalah begitu sahaja. Sebab sekarang, salah satu sebab, golongan profesional ini dia memikirkan soal kewangan, untung-rugi, kan? Dan bila tak ada wang, dia tak berani nak keluarkan.”

Apakah fenomena ini membimbangkan Timbalan Presiden, yang bakal berundur? “Ada, ada kemungkinannya nilai-nilai kebendaan dan kewangan mendominasi dalam parti. Kebimbangan itu ada. Ini bukan masalah parti. Ini masalah seluruh masyarakat. Seluruh dunia. Dan sangat susah untuk kita menongkah arus… Orang yang bodoh-bodoh macam saya sahaja…”

Beliau ketawa bersama wartawan, untuk jawapan yang tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi, bukankah ia satu sindiran yang sinis, apabila PKR mampu mengharungi rintangan ini pada zaman yang paling sukar buat partinya, tetapi kini dengan segala syarat atau kelebihan yang ada, misalnya kuasa kerajaan negeri, bilangan wakil rakyat yang bertambah, ia pula senang mengalah?

Syed Husin Ali terpaksa mengakuinya, sambil meluahkan apa yang terpendam, “Ini satu fenomena yang kurang baik, kerana lebih sibuk sekarang ini dengan soal-soal kerajaan, dengan soal jadi wakil rakyat, dengan soal jadi ADUN, daripada memikirkan kerja-kerja dan sumbangan terhadap rakyat.”

Melihat kepada senario ini, mungkin ada yang menganggap teguran ahli politik veteran ini masih diperlukan dalam PKR. Tetapi, secara terus-terang beliau berkata, “Walaupun saya berada di situ, ataupun tak ada di situ, perkara ini akan berlaku…”

Peranan Soh Chee Wen

Jelas, sesuatu yang “tidak kena” berlaku dalam PKR itu sendiri. Kemasukan “golongan yang dianggap profesional, tetapi tidak bersemangat” ke dalam parti selepas tsunami politik pada tahun 2008, harus diteliti. Wartawan seterusnya menyebut nama “Soh Chee Wen”, yang dibangkitkan oleh Zaid Ibrahim secara terbuka baru-baru ini dalam kenyataannya…

Soalannnya berbunyi, “Sejauh manakah peranan Soh Chee Wen (gambar kanan) dalam parti?”

“Sekarang tak ada,” jawab Syed Husin Ali.

“Dulu ada?” tanya wartawan.

“Dulu ada, dari segi kewangan…” Syed Husin Ali jelas teragu-ragu, mungkin dikhuatiri sama ada dirinya membongkar rahsia parti, yang sebenarnya sudah menjadi rahsia terbuka.

“Sekarang tak ada. Sekarang tidak boleh lagi.” Apabila wartawan mendesak, beliau dengan lantas menjawab, “Saya tidak tahu”. Bagaimanapun, akhirnya beliau memberi bayangan, “Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya… Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?”

Namun, jelas Syed Husin Ali terusik dengan kenyataan Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang mempersoalkan, bukankah Soh Chee Wen sahabat Anwar? ?Siapakah ‘”Musuh Parti” dalam PKR??

“Saya akan kata, satu waktu dulu…” Syed Husin Ali menjelaskan, “Anwar (gambar kanan) pun sahabat baik dengan ramai orang yang telah keluar daripada parti. Sama ada anggota parlimen, ataupun orang yang pernah aktif dalam parti. Tetapi bila mengambil satu sikap yang tertentu, takkan boleh katakan mereka tu bekerjasama ataupun sepandangan.”

“Sudah berubah, sudah berubah…” Demikianlah yang diulangi oleh ahli politik yang berusia 74 tahun ini. Beliau menambah, perhubungan antara orang dengan keadaan sentiasa berubah dalam politik, sehingga orang mengatakan “tiada yang tetap dalam politik”.

“Maka tak usahlah dibangkitkan bahawa hubungan mereka yang baik seketika dahulu, apabila keadaan sudah berubah sekarang,” kata Syed Husin Ali.

Soh Chee Wen dikatakan memainkan peranan yang aktif seketika dahulu di ibu pejabat PKR. Bagaimanapun, beliau kini telah meninggalkan pejabatnya, kebetulan tidak lama selepas bekas Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim meletak jawatan.

Soh Chee Wen, bekas pemimpin yang berkecimpung di antara dunia politik dan korporat, terkenal sebagai orang kanan Ling Liong Sik ketika Ling menerajui pimpinan MCA. Namun, hubungan Soh Chee Wen dengan Ling Liong Sik menjadi tegang semasa kemelut ekonomi pada tahun 1997, malah Soh melarikan diri ke luar negara setelah disabit dengan tuduhan jenayah komersial.

“Dana sumbangan” merupakan sesuatu yang lumrah dalam operasi parti politik. Dalam dunia realiti, udang tetap akan bersembunyi di sebalik batu. Dana sumbangan tidak datang secara percuma…

“Ada, ” Syed Husin Ali cuba menafikan, menjelaskan bahawa “ada yang menderma dan tidak begitu demanding (permintaan yang banyak)”. Beliau menambah, tanpa merujuk kepada siapa-siapa, “Dia (penyumbang dana politik) tidak boleh menggunakan wang sebagai leverage (pengaruh) untuk menentukan dasar.”

“Mana-mana parti politik tidak akan keberatan untuk menerima sumbangan yang ikhlas, tetapi bukan dikenakan syarat, misalnya siapa yang hendak diangkat (menjadi pimpinan), rancangan apa yang dijalankan, atau dasar apa yang perlu dilaksanakan…” tegas beliau.

Sementara mengalu-alukan sokongan kebendaan dan moral, Syed Husin Ali berterus-terang, “Sebenarnya parti tidak seharusnya bergantung kepada orang-orang tertentu. Sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi organisasi. Ataupun dari segi politik. Tak boleh. Bahkan parti tak boleh bergantung hanya pada Anwar.”

“Parti harus bergantung kepada organisasi, dasar dan sebagainya…” tegas Syed husin Ali. (Bahagian pertama, bersambung)

*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010.

19
Sep

Nurul Izzah:My Position On The Party Elections

NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
17 SEPTEMBER 2010

I make this statement to indicate my official position on the Parti KEADILAN Rakyat elections.

I am happy that KEADILAN is going through direct elections, which is a true reflection of our national election process.

Our 400,000 members is a microcosm of the 11 million Malaysian registered voters whose aspirations are expressed in the mandate given to elected leaders through a fair and free election process.

The entire nation is watching on how we conduct our party’s democratic process, as it would be an indicator of how we will govern the nation once given the opportunity.

Therefore, I call upon all candidates to demonstrate their leadership and responsibility in ensuring that party elections become an example for the nation.

A true democratic process welcomes divergent views and a contest of ideas between candidates.

A healthy election happens when we evaluate the ideas presented instead of focusing exclusively on a candidate’s personality.

Let us hear about ideas and solutions from the candidates on how to move the nation forward.

Let us not make the mistake of looking at the messenger only without reflecting on the message.

Let it be about substance not mere form.

Once we have all passed through the rigors and excitement of campaigning, we should close ranks and stand united with our newly elected leaders to bring change and build a better Malaysia.

Let the party elections become a party-building exercise for our members and national confidence-building effort for all Malaysians.

19
Sep

Majlis Sambutan Eidulfitri Parlimen Permatang Pauh

Majlis Sambutan Eidulfitri Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

Ahad 19 September 2010

Masa: 1.00ptg

Program: Majlis Hari Raya

Tempat: Masjid Jamek Cherok To’kun

Masa: 2.30-5.00ptg

Program: Rumah Terbuka Hari Raya Permatang Pauh.

Tempat: Taman Guar Perahu,DUN Penanti

18
Sep

Kerajaan Gagal Menarik Minat Pelabur

Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato’ Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam  masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

ANWAR IBRAHIM

18
Sep

Pemilihan KEADILAN : Mandat Di Tangan Setiap Anggota

Dari begitu banyak ulasan dalam blog, Facebook dan Twitter yang saya ikuti dengan dekat, terpancar kekhuatiran akibat berlakunya pertandingan dalam proses pemilihan parti KEADILAN.

Kita harus akui bahawa KEADILAN mempamerkan keberanian dan ketegasan luar biasa menetapkan sistem pemilihan terbuka dan langsung dari setiap anggota. Ini bermakna pencalonan dan pemilihan ditentukan oleh anggota parti dan bukan wakil mereka.

Pemilihan kali ini mengundang perhatian umum. Ini bermakna KEADILAN kini terangkul sebagai di antara parti utama negara.

Saya yakin Jawatankuasa Pemilihan akan memantau teliti agar kod etika dipatuhi – fitnah dan sogokan dihindari. Namun lebih dari itu, anggota partilah yang seharusnya membuat penilaian dan akhirnya penentuan.

KEADILAN digerakkan sebagai parti perjuangan menolak kezaliman dan menegak keadilan. Saf kepimpinan perlu tegas dan mantap memberi nafas reformasi.

Meski pun ternyata ada agenda luar termasuk media Umno-BN dan gerombolan luar yang akan teruskan dengan politik adu domba, mengheret khalayak membicara dari sudut negatif, saya yakin anggota parti akan memilih kepimpinan berdasarkan prinsip perjuangan, ikatan dan adab jamaah.

ANWAR IBRAHIM

18
Sep

Penghakiman Ingkar dimasukkan terhadap Zamil Ibrahim dalam Kes Saman Malu oleh Dr Syed Husin Ali

Siaran Akhbar
17 September 2010

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memasukkan penghakiman terhadap bekas anggota AMK Zamil bin Ibrahim atas saman malu yang telah difailkan oleh Timbalan Presiden PKR Dr.Syed Husin Ali terhadapnya.

Sejak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat, Zamil Ibrahim telah seringkali membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas ke atas Parti Keadilan Rakyat serta pemimpin-pemimpinnya.

Tuntutan saman malu tersebut difailkan terhadap Utusan Malaysia dan Editornya serta Zamil Ibrahim pada 20hb Mei 2010 ekoran daripada kata-kata fitnah yang dikeluarkan oleh Zamil kononnya bahawa Dr.Syed telah menerima wang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan semata-mata, dan telah disiarkan oleh akhbar kepunyaan UMNO iaitu Utusan Malaysia pada 6hb Mac 2010.

Penghakiman telah dimasukkan oleh Mahkamah kerana Zamil telah gagal menjawab tuntutan Dr.Syed Husin Ali.

Mahkamah telah memerintahkan bahawa gantirugi yang perlu dibayar kepada Dr.Syed Husin Ali akan ditaksirkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Manakala itu, tuntutan Dr Syed Husin terhadap Utusan Malaysia dan editornya Mohd Hassan B Mohd Nor telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 4hb Oktober 2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam N Surendran dari Tetuan Edwin Lim, Suren & Soh mewakili Dr Syed Husin Ali.

Harap maklum.

18
Sep

Young Women’s Participation in the Upcoming PKR Election

Press Statement
17 September 2010

Parti Keadilan Rakyat is proud to announce (not an endorsement) that the party’s ongoing direct election has created opportunities for many young women to participate and be elected at various leadership positions at an unprecedented level.

The party’s constitution allows any women member to stand for election at any level including the youth wing, women’s wing and at the central level. This is a stark contrast with the limited opportunities for women at other parties as most would be limited to the women’s wing.

The election will also test the party’s commitment to providing at least 30% of women’s participation at all decision making level of the party.

This ongoing process to mainstream women’s participation within the party has also seen several young women heading divisions.

The following non exhaustive list of names are examples of young, upcoming women leaders who have taken this important decision to offer their candidacy for nomination in the election for various positions:-

Name
Age
Standing for
Background
Contact Number
Siti Aishah
25
Central Committee (MPP)
Head of Serikandi, Women’s Wing
0175466574
Ginie Lim
29
Exco,
Central Youth
Full time Political activist, was candidate for Machap in 2008 GE
0126693453
Sangetha Xavier
27
Vice Youth Chief, Central
Lawyer, Political secretary of Sgor Exco
0176372502
Eunice Ong
27
Vice Youth Chief, Central
Lawyer

Zara Zahari
33
Exco Central Youth
Current Central Exco Youth
0173910167
Fione Tan
32
Exco Central Youth
Committee Member of Cheras Division, Insurance Executive,

Maisuri Zainal
25
Exco Central Youth
Committee Sri Kandi

Hamiza Che Ahmat
39
Deputy Chief of Batu Kawan Division’s Women’s Wing
AMK leader in Penang
0164848376
Juwairiya Zulkifli
25
Central Women’s Wing
ITGraduate, Committee Member of Sri Kandi

Nurul Izzah
30
Chair, Division Lembah Pantai, Central Committee
MP Lembah Pantai

Yee Ling
27
Central Women’s Wing
Councillor for Hulu Selangor

Renuka T Bala
37
Committee Member Division Petaling Jaya Selatan
Human Rights Lawyer, PJS member,
0126839544
Ngeow Chow Ying
36
Chair, Seputeh Division
Lawyer

Erveanna Ansari
34
Chair, Sepanggar Sabah, Vice Youth Chief Wing
Lawyer, Sabah
0168108179

The party strongly supports these young women’s participation and they should not be seen as mere token women representatives to make the numbers. Many have shown commitment to the party and its struggles, are fully qualified, independent and capable young leaders.

Issued by,
Latheefa Koya
Information Chief Keadilan

17
Sep

Ekonomi Malaysia Terus Merudum Ke Tahap Kritikal

Dari Malaysia Waves

Laporan terbaru menunjukkan Malaysia telah menjadi negara paling tidak menarik bagi pelaburan. Ini berdasarkan laporan terbaru Bank of America-Merill Lynch yang menyatakan Malaysia adalah pasaran yang paling tidak

menarik bagi pelaburan.

Laporan terbaru ini mengingatkan saya kenyataan seorang rakan saya dari Singapura. Beliau berkata ekonomi Malaysia sedang menurun ke tahap FIlipina. Dengan kata lain, selepas ini rakan bersaing MAlaysia hanyalah negara-negara seperti Burma, Laos dan Timur Leste. Malahan, Filipina akan

mempunyai ekonomi yang lebih maju dari MAlaysia.

Continue reading ‘Ekonomi Malaysia Terus Merudum Ke Tahap Kritikal’