Dari Merdeka Review
Menawan Putrajaya – satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya – perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka,
arus “keluar parti” yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya.
Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi
seolah-olah di luar kawalannya.
Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di
Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian
Chua, salah seorang “veteran” yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik “kekecohan” ini.
Kelemahan, juga keistimewaan Anwar
Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008.
Namun demikian, isu ini dikendalikan secara “berhati-hati”, malah lebih tepat secara “senyap-senyap”, memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan “kembalinya Anwar secara rasmi” ke dalam parlimen.
Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap
bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Continue reading ‘Tian Chua:Anwar Ibrahim Yang Sering Bersangka baik’
Recent Comments