Archive for September 22nd, 2010

22 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam reaksi awal hari ini, menyindir Perkasa yang menjawab pelawaan debat daripadanya dengan membuat laporan polis.

Beliau berkata demikian ketika hadir memberi keterangan di balai polis Dang Wangi di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan ditemani peguam, Latheefa Koya.

“Terima kasih Perkasa, balas jemputan saya dengan membuat laporan polis,” katanya.

Beliau dipanggil berikutan laporan yang dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Perkasa berhubung kenyataan media mengenai jemputan beliau untuk berdebat mengenai kedudukan istimewa orang Melayu.

Dua pertubuhan itu pada 2 September lalu berbuat demikian berikutan kenyataan Nurul Izzah berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Nurul Izzah mengajak Perkasa berdebat isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul ‘The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja?’ tetapi ditolak.

22 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah
Oleh Abdul Aziz Mustafa

Tanah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang sepatutnya digunakan sebagai kuasa tawar menawar Malaysia mungkin akan terlepas begitu sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas persetujuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa isu caj pembangunan tiga bidang tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, beliau berkata, Malaysia tidak kehilangan tanah-tanah KTMB itu walaupun tidak diadakan rundingan mengenai perkara itu sekalipun. (more…)

22 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dr Syed Husin Ali tatkala menyingkap pengalaman dalam Dua Wajah menzahirkan sikap tegas menentang kezaliman dan kepedulian jitu terhadap perjuangan rakyat.
Kesibukan pemimpin dan penyokong KEADILAN; kalangan veteran dan pimpinan muda harus tawakuf sejenak dari keghairahan bertarung dan menelaah wawancara terkini sdr Syed Husin dengan Merdeka Review.
Dalam kemelut sekarang, amat sukar sekali tokoh seperti beliau diberikan ruang bukan sahaja dalam media milik Umno; malah juga dalam apa yang dilonggokkan sebagai media alternatif. Ini justeru kerana pendirian tegas beliau tidak memenuhi selera atau agenda mereka.
Namun buat pejuang dan penggerak setia KEADILAN, saranan malah teguran beliau betapa pun menyengat harus dihadham. Hikmah nasihat dan peringatan beliau amat bernilai bagi perjuangan.
Saya yakin demi kesinambungan  dan kemurnian perjuangan suara dhamir dan conscience suara sdr Syed Husin harus terus bergema.

ANWAR IBRAHIM