Archive for September 21st, 2010

21 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

We have today filed a Notice of Appeal at the Registry of the Federal Court at Putrajaya at 11.30 am. This is to appeal against yesterday’s absurd decision of the Court of Appeal.

In view of the time constraint – given that the main trial is set to begin on 14th October – we will write to the Federal Court for a early hearing date.
Regards

Nair

21 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Menawan Putrajaya – satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya – perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka,

arus “keluar parti” yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya.

Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi

seolah-olah di luar kawalannya.

Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di

Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian

Chua, salah seorang “veteran” yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik “kekecohan” ini.

Kelemahan, juga keistimewaan Anwar

Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008.

Namun demikian, isu ini dikendalikan secara “berhati-hati”, malah lebih tepat secara “senyap-senyap”, memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan “kembalinya Anwar secara rasmi” ke dalam parlimen.

Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap

bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

(more…)

21 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Canadian Press

Malaysia’s Appeals Court rejected Monday a bid by opposition leader Anwar Ibrahim to have a sodomy charge against him dropped, amid allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the key witness.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing Saiful Bukhari Azlan. Anwar insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

Anwar has insisted the sodomy charge be dropped after allegations surfaced that a young female prosecution attorney involved in the trial had an affair with Anwar’s accuser, the 25-year-old male former aide Saiful.

Neither the female attorney, nor Saiful responded to the affair allegations.
Anwar’s defence team has argued that attorney Farah Azlina Latif might have leaked confidential information to Saiful, tainting the case against Anwar. The prosecution has dropped Farah Azlina from its team, and said she was a junior member who played a minor role in the case.

The High Court last month ruled the alleged affair may be true because the prosecution did not directly confirm or deny the accusation, but it said it didn’t compromise the prosecution’s integrity.

The Appeals Court upheld that ruling Monday, said defence lawyer Sankara Nair.

“Justice was not served … the right to be heard was not there. It was an absurd judgment,” Anwar said.

The defence team will now take its argument to the country’s top court, the Federal Court, Nair said. That move will further delay Anwar’s sodomy trial, which has been deferred since Aug. 16.

It is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.

21 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

SOALAN-SOALAN PARLIMEN
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KE-12, DEWAN RAKYAT 2010
11 OKTOBER – 15 DISEMBER 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan langkah jangka pendek dan panjang kerajaan bagi menangani kemerosotan daya saing Negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009 dan di kategori sebagai pasaran paling kurang di minati pelabur menurut laporan Bank of America dan Merill Lynch terbaru.

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan kewajaran kerajaan menyuntik RM15 bilion (sehingga tahun 2013) kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang melaburkan kira-kira 70% daripada modal kerjanya dalam sebuah syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Limited (PSI). Apakah peranan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1MDB dan projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi?

3. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan akan mengambil kesempatan terbaik sekarang untuk memperbetul pengurusan polis yang baru dengan melaksana cadangan-cadangan  Suruhanan Pembaikan Pengurusan Polis termasuk penubuhan IPMC memandangkan meningkatnya kes-kes jenayah berat dan kematian dalam tahanan.

4. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan cadangan-cadangan yang telah dihasilkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berhubung keperluan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Bandar2 utama memandangkan kesesakan jalanraya yang semakin meruncing dan kemalangan jalanraya yang semakin meningkat.

5. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan samaada kerajaan akan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat dakwaan mantan Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pihak ketiga dalam urusan PDRM.

6. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan butiran sumbangan negeri-negeri di Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kepada pertumbuhan ekonomi Negara bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan unjuran 2011.

7. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan diambil keatas media, pertubuhan NGO dan kakitangan kerajaan yang mengapikan sentiment perkauman.

8. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan meneruskan siasatan dan pendakwaan keatas tokoh-tokoh UMNO dan MCA lain yang terlibat dalam skandal PKFZ selepas pendakwaan keatas mantan Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik.

9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan jaringan keselamatan social yang telah dilaksanakan untuk menangani tekanan kesempitan hidup golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga barangan keperluan asas kerana penarikan subsidi petrol dan barangan asas lainnya. Berapa jumlah peningkatan pendapatan Negara hasil penarikan subsidi ini.

10. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan  menyatakan kenapa tanah-tanah KTMB dijual dengan harga yang begitu rendah  dan tidak pula menjamin kemudahan perumahan kepada penghuni miskin yang telah menghuni begitu lama di tapak-tapak tanah tersebut. Apa kewajaran KTMB menjual tanah di Bangsar yang bernilai lebih RM300 juta dengan harga RM50 juta sahaja.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB BERTULIS

11. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan dasar kerajaan berhubung hak mengundi warganegara yang bekerja dan belajar di luar Negara. Apakah kerajaan bersedia menyedia kemudahan mengundi di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar Negara untuk melaksanakan hak mengundi mereka yang terjamin dalam Perlembagaan.

12. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan status pembangunan koridor-koridor yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri. Sila nyatakan pembangunan-pembangunan yang telah dilaksanakan di koridor-koridor tersebut dan jumlah pelaburan yang terlibat.

13. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah menyatakan kenapa FELDA tidak mengembalikan wang caruman Dana Tanam Semula kepada mereka yang menanam sendiri dan terus menghendaki mereka menyumbang RM100 sebulan kepada Dana ini.

14. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan pendekatan baru kerajaan dalam mengawalselia pengurusan GLC bagi memasti prestasi burok yang dialami oleh Sime Darby Bhd, Terengganu Investment Fund, PKFZ, Perwaja dan sebagainya tidak berterusan berulang. Apakah kerajaan akan membuat siasatan bebas bagi mencari punca sebenar kerugian yang begitu besar berlaku dalam Sime Darby Bhd.

15. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan  menyatakan status sebenar model ekonomi baru yang diwar-warkan kerajaan. Apakah ia sudah dilancar dan sedang dilaksanakan atau masih dalam peringkat kajian.

21 September 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2010

Merujuk kepada kenyataan Sdr Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010.

Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung