10
Sep
10

Perutusan Eidulfitri 2010/1431H

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, berjaya kita menyempurnakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Menjelang Syawal, saya mengambil kesempatan ini, mewakili keluarga dan Parti Keadilan Rakyat mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.

Eid ul Fitr, salah satu dari maknanya adalah hari di mana kita sedar dan kembali kepada fitrah, mengingatkan sesungguhnya kita dicipta sebagai makhluk yang penuh kasih sayang, bukannya kebencian. Ramadhan selama hampir sebulan itu sewajarnya memupuk nurani kita untuk menghindarkan rasa dengki, benci dan dendam. Sering diungkapkan bulan yang mulia itu madrasah ampuh buat melebur dinding hitam pekat yang merosak jiwa dan qalb, serta memangkin kemurnian agar kembali dengan rasa kasih yakni fitrah kita sebagai insan mahkluk kepada Pencipta Yang Agung.

Malangnya sepanjang Ramadhan, masih ada yang menabur kebencian, fitnah dan berharap untuk memecah belahkan sesama kita. Menuduh dan menuding menjadi amalan dan budaya. Tatkala masyarakat menginginkan jurang perbedaan dirapatkan, fitnah dan kebencian disemai rekayasa golongan pelampau yang alpa akan fitrahnya sebagai makhluk. Keangkuhan meresapi diri kerana merasa tidak terkalahkan dan ramai.

Makanya saya memohon izin berkongsi ibrah dari sirah Rasulullah SAW ketika Perang Hunain yang meletus pada bulan Syawal. Selepas kejayaan Pembukaan Kota Mekah, umat Islam ternyata begitu bersemangat, oleh itu ketika menuju medan perang, ada yang mula mengungkapkan

“di hari ini kami tidak akan terkalahkan”

Keangkuhan menjalar dan merasuk! Seperti yang kita semua ketahui, umat Islam kalah pada pusingan awal sehinggalah ampunan dan pertolongan dari Allah SWT tiba merubah kekalahan yang sebelumnya hampir pasti. Turunlah ayat 25, Surah at Taubah yang menegur dan mengingatkan umat Islam:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”

Allah SWT menempelak sikap yang tergelincir jauh dari fitrah, iaitu gagal bersikap merendah hati dan pemurah serta mengasihani. Mengakhiri pesan ringkas sempena sambutan hari yang penuh keberkatan ini, saya nukilkan pesan dari Quran yang mulia, ayat 128, Surah al Nahl, buat menjadi pedoman untuk saya dan semua,

“sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan”

Moga Eid ul Fitr tahun ini mendorong kita untuk merenung diri dan menjana perubahan agar tidak tidak tergelincir dari fitrah yang murni serta luhur. Bersesuaian dengan pesananNya, perbanyakkan lah amal dan berbuat kebajikan.

Salam Eidulfitri
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


20 Responses to “Perutusan Eidulfitri 2010/1431H”


  1. 1 labonso Sep 10th, 2010 at 1:15 am

    Datuk Seri, harap web site ini terus memiliki security terbaik. godaman akan terus berlaku di web site ini menjelang pilihanraya Sarawak akan datang… salam perjuangan datuk seri.

    Reply

    Aku La Reply:

    SALAM DSAI,

    MMG BENAR, ADAKALANYA KAMI SUKAR UTK MEMSUKI WEB DSAI PD MASA2 TERTENTU. OLEH YG DEMIKIAN DI HARAP DSAI DPT MEMPERTINGKATKAN CIRI2 KESELAMATAN PADA WENSITE INI AGAR IANYA BEBAS DARI ANCAMAN SABOTAJ / HACKER.

    DLM PADA ITU, SAYA INGIN MENEYERU AGAR DSAI TERUS BERUSAHA MEMPERKAYAKAN KEKUATAN DLM PAKATAN. YG LEBIH MUSTAHAK, TINGKATKANLAH PENGUASAAN ILMU POLITIK KITA GARA PELUANG UTK MENAWAN PUTRAJAYA DI PRU-13 MENJADI LEBIH CERAH. BG MEMASTIKAN INI DAPAT MENJADI KENYATAAN, MARILAH KITA BERGABUNG TENAGA BERSAMA PAS DAN DAP AGAR PERMUAFAKATAN YG LEBIH JITU DAPAT DIBENTUK DAN SETERUSNYA MEMBINA PERSEFAHAMAN YG MANTAP.

    AKIHIR KATA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA BUAT DSAI SEKELUARGA. MAAF ZAHIR & BATIN ANDAI ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG MENYERTAI BLOG DSAI. NAMUN BEGITU, INGIN SAYA NYATAKAN BHW SEGALA PANDANGAN YANG DISUARAKAN ADALAH DEMI KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN PAKATAN RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA AMNYA. INSYA ALLAH BERKAT KESABARAN DAN USAHA, KITA AKAN BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT YG DIINGINKAN.

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

  2. 2 antiumnosampaimati Sep 10th, 2010 at 9:41 am

    Dato Seri dan keluarga,

    Selamat Hari Raya Aidil fitri ,maaf zahir batin. Teruskan perjuangan..

    Reply

  3. 3 Halik Zaman Sep 10th, 2010 at 10:14 am

    PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI DI SABAH

    CERAMAH PERDANA DATO SERI ANWAR IBRAHIM, YB TG HADI AWANG PRESIDEN PAS, YB LIM KIT SIANG PENASIHAT DAP, DATO SERI WAN AZIZAH PRESIDEN PKR, YAB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG. BERTEMPAT DITAMAN PERUMAHAN HALIK ZAMAN IDAMAN VILLA RESORT BATU 6 PETAGAS PADA 15 SEPT. TEPAT JAM 8.00 MALAM. SEMUA DI JEMPUT HADIR.

    Ahmad Tamrin Hj. Jaini
    (Pengerusi PKR Pimpinan Negeri Sabah)

    Reply

  4. 4 Halik Zaman Sep 10th, 2010 at 10:15 am

    Halik Zaman
    CERAMAH PERDANA DATO SERI ANWAR IBRAHIM, YB TG HADI AWANG PRESIDEN PAS, YB LIM KIT SIANG PENASIHAT DAP, DATO SERI WAN AZIZAH PRESIDEN PKR, YAB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG. BERTEMPAT DITAMAN PERUMAHAN HALIK ZAMAN IDAMAN VILLA RESORT BATU 6 PETAGAS PADA 15 SEPT. TEPAT JAM 8.00 MALAM. SEMUA DI JEMPUT HADIR.on Monday clearA

    Reply

  5. 5 anak sabah Sep 10th, 2010 at 10:59 am

    slmat hari rya juga kepada semua pemimpin kedilan d seluruh negra….dan kepada semua umat yg merayakan hari raya…eidulftri..maf zhir batin…

    Reply

  6. 6 andro Sep 10th, 2010 at 11:19 am

    Salam Eidulfitri khas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri serta keluarga..tak lupa juga bagi seluruh Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat…Teruskan Perjuangan sehingga menuju kejayaan…Patahkan setiap bicara atas kebenaran…Jangan berputus asa…lawan tetap lawan…

    kalau di lipek sebosar kuku,kalau dibontang sebosar alam,
    Kok hilang di caghi,kok hanyut dipinteh,
    kok tengolam disolam,
    Datang biarlah nampak muko,
    Poie biarlah nampak belakang,
    Jauh diimbau,
    Dokek digamit,
    Seuntai salam sejambak kato,
    Dogup bicaro meghisik raso,
    “Salam Eidul-Fitri…Maaf Zahir & Batin”

    Reply

  7. 7 midi Sep 10th, 2010 at 12:26 pm

    selamat hari raya dato` sri…semoga dato sri dan keluarga berada dalam rahmat Allah.amin

    Reply

  8. 8 azrai Sep 10th, 2010 at 3:13 pm

    terima kasih dato seri..
    selama membaca ruangan blog rasmi dato,saya rasa terpukau dengan susunan ayat dan kalimah yang ditulis dato.. sangat jelas dato merupakan pejuang bahasa dan bangsa yang tulen.. selama ini saya percaya pada berita arus perdana semata mata.namun,selepas membaca media alternatif dan perdana barulah saya mendapati hal yang sebenar.. utusan terutamanya terlalu banyak mengalihkan rakyat daripada isu-isu yang hakiki malah jauh dari kebenaran.. semoga dato terus berjuang di atas jalan dan landasan yang betul kerana kami hanya mahukan yang telus semata mata.

    selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    Reply

  9. 9 ne Sep 10th, 2010 at 3:16 pm

    slamat hari raya dsai….ingat ayat ayat dsai, jika takut pada rintagan jgn cerita tentang perjuangan something like that…nice and true..

    Reply

  10. 10 andro Sep 10th, 2010 at 7:26 pm

    Petikan dari Harakah Online…
    PAS Kelantan jemput 100 ketua agama
    Wartawan Kita

    KOTA BHARU, 9 Sept: Kebiasaan hari terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan di mana-mana sekali pun, mereka yang ramai hadir hanya orang Islam dan segelintir sahaja bukan Islam.

    Namun kelainan dicetus Badan Perhubungan PAS Kelantan kali ini apabila menjemput lebih 100 ketua agama dan pemimpin masyarakat bukan Islam di negeri ini hadir pada program Rumah Terbuka PAS Kelantan.

    Mereka terdiri daripada ketua-ketua agama Buddha, Kristian, Sikh dan Hindu di samping pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam dari seluruh Kelantan.

    Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, program tersebut akan diadakan pada 9 Syawal (18 September) di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

    Katanya, program itu bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

    ”Ketua-ketua agama bukan Islam dan pemimpin masyarakat bukan Melayu dijemput hadir pada jam 12 tengah hari. Mereka merupakan tetamu yang dijemput khas,” katanya di sini, semalam.

    Pelbagai juadah disediakan pada program berkenaan di mana ia disediakan setiap PAS kawasan, Badan Perhubungan PAS Negeri dan beberapa agensi kerajaan.

    Badan Perhubungan Negeri menyediakan ais krim dan kuetiau, sate dan nasi himpit (PAS Kota Bharu, Ketereh, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah), nasi dagang (Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Machang), nasi gulai kawah (Pasir Puteh).

    Nasi Bukhori (Rantau Panjang), lemang dan rendang (Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang), Nasi Arab (Dewan Ulamak), minuman sejuk, panas dan buah-buahan (Dewan Pemuda), ketupat dan tapai (Dewan Muslimat), kek dan biskut (Nisa’).

    Reply

  11. 11 Navina Sep 10th, 2010 at 11:36 pm

    Wishing you and family the very best for Aidil Fitri.
    SELAMAT HARI RAYA, Maaf, Zahir & Batin

    May Allah guide you in making wise decisions in all your undertakings. We, the rakyat look forward to the ‘New Dawn’ that Pakatan Rakyat promised. You are the ‘Harapan Baru’ that hopes have been built on.

    Reply

  12. 12 tok kedehud Sep 10th, 2010 at 11:54 pm

    Kita dilihat masih tidak lekang dengan UTUSAN “Perutusan” ianya harus di tukar kepada “persebaran”! perkataan Utusan secara tidak langsung menberi AD percuma keatas Akhbar Utusan.

    Reply

  13. 13 salem's lot Sep 11th, 2010 at 12:27 pm

    Only last Sunday I wrote about Musa Hassan’s revolting interview with Mingguan Malaysia during which he made innuendoes of interference by third parties. Then on Wednesday (September 8), I wrote again about Musa’s boldness in openly stating that the third party that he was referring to is the Ministry of Home Affairs, thereby implicating the Minister, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn (see- Musa Hassan Should Just Shut Up and Vamoose).

    It is clear now that Musa is very upset that Hishammuddin had rightly refused to grant him another extension. It seems Musa wants to be the IGP in perpetuity, and he considered Hishammuddin’s decision as an interference.

    Musa went as far as to say that he only knew about the decision not to extend his contract on the very day that Hishammuddin gave his interview on September 1. The Ministry’s Secretary-General, Dato’ Seri Mahmood Adam has since refuted Musa’s claim and said that Musa was informed one week before that interview and again on the day of the interview. So who is lying now? If we believe the Secretary-General –and there is no reason not to– that would mean Musa was informed twice.

    Musa Hassan has track record of lies and fabrications

    Can we ever believe Musa? Already we know that Musa lied in Sodomy I when, as investigator, he identified a building not yet constructed as the scene of the sodomy. Musa also lied when he carried a mattress into court daily which was eventually thrown out as incredible evidence.

    Then in the Black Eye incident, Dato’ Mat Zin, the former OCCI KL, filed an affidavit accusing Musa of lying and fabricating evidence. Musa’s own ADC had sworn a Statutory Declaration exposing Musa as a two-faced Pengkhianat Bangsa who would lie to portray himself differently in public.

    Musa also lied about his academic qualifications which was a point raised by Tan Sri Robert Phang. Then very recently, Judge Supang Lian of Kota Kinabalu Sessions Court wrote a damning judgment about Musa “being an incredible witness, whose evidence is not to be believed”. That is just legal jargon for saying that Musa is a LIAR!

    Musa still wants to strut around as IGP although he has already surrendered his duties and powers to the DIGP, Tan Sri Ismail Omar. Lim Kit Siang has thus called for Musa to be suspended, and unless he can explain himself, Musa should be given a dishonourable discharge. Apparently, Kit Siang knows something more that we don’t.

    Apparently, Musa is using his father to lobby to the Yang Di Pertuan Agong (YDPA) for another extension by delaying or not approving Ismail Omar’s appointment. That accounts for the Ministry’s vague statement that “the approval of the YDPA for the new IGP will be sought”. Musa is in fact using the YDPA to interfere with the Executive prerogative on its choice of IGP.

    Musa is using his father to lobby to the Yang Di Pertuan Agong (YDPA)

    Three Extensions Not enough

    That is why Tan Sri Robert Phang criticised Musa in the strongest terms as being ungrateful and unprofessional. The much respected and admired Robert Phang reminded the public and the Ministry that Musa enjoyed three extensions, something never before granted to previous IGPs.

    Rosli was visited by Tan Sri Robert Phang of the MACC at his home on the 1st day of Eid Fitri

    What makes it so revolting is that in 2007, in the midst of some highly charged controversy between IGP Musa Hassan and Deputy Minister Johari Baharom, ex-PM Abdullah Badawi extended Musa’s service on a two year contract. This was at a time when crime was at an all time high and despite the press conference given by Dato’ Ramli Yusuff, former Director CCID, warning of the clear and present danger facing the Police Force when Dato’ Ramli discovered Musa’s involvement with the illegal money lending Ah Long syndicate.

    Reply

  14. 14 salem's lot Sep 11th, 2010 at 12:30 pm

    Klip video Namawee telah saya tonton beberapa kali untuk mengetahui apa pernyataan perkauman yang begitu heboh diperkatakan. Hanya sebaris sahaja yang saya anggap berbau perkauman – Namawee persoal siapa yang mengayakan negara. Pelbagai interprestasi boleh dibuat terhadap unggapan Namawee tadi. Berbanding dengan kenyataan pengetua sekolah yang antara lain meminta murid-murid keturunan Cina balik ke negara mereka atau pergi ke sekolah swasta dan juga melabelkan murid-murid India yang memakai tali berbentuk tangkal yang dipakai seumpama tali yang diikat kepada anjing. Seseorang yang rasional pasti akan menyukat sendiri tahap kenyataan perkauman kedua-dua mereka. Apa tindakan yang diambil pihak berwajib terhadap mereka berdua? Namawee disoal-siasat oleh pihak polis dan juga pihak berwajib berjam lamanya manakala tindakan terhadap pengetua masih samar-samar lagi. Rakyat akan melihat kenapa 2 isu ini dilayan berbeza. Apakah penyerapan eleman perkauman yang dipelopor oleh parti perkauman yang terbesar di Malaysia iaitu UMNO begitu efektif sehingga kakitangan awam seperti guru dan pengetua merasakan seolah-olah mereka berhak dan halal bagi mereka untuk menghamburkan kenyataan berbentuk perkauman? Lihat sahaja media arus perdana yang dimiliki oleh parti pemerintah yang sepatutnua melaporkan yang membina tetapi menyemarakan api perkauman dengan tajuk-tajuk besar seperti “melayu ditindas lagi” dan lain-lain tajuk muka depan yang berbentuk provokasi bertujuaan untuk menarik sokongan kepada mereka.

    Reply

  15. 15 salem's lot Sep 11th, 2010 at 12:32 pm

    Lucu rasanya membaca amaran Najib kepada mereka yang cetuskan isu perkauman. Najib seolah-olah tidak faham bahawa parti UMNOlah yang mencetuskan segala isu perkauman dinegara ini. Soalan yang perlu ditanya oleh pemberita kepada Najib ialah :

    1. Adakah anda nafikan anda terlibat dengan perhimpunan di stadium TPCA pada tahun 1987 dengan kain rentang yang antara lain memaparkan ” biarlah keris melayu dibasahi dengan darah cina”?

    2. Kenapa dari dulu sehingga sekarang kursus Biro Tata Negara yang dibiayai oleh rakyat Malaysia digunakan untuk menerapkan fahaman perkauman sempit bertujuaan untuk menyokong UMNO terus diadakan?

    3. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap Nasir Safar( pembantu peribadi NBajib )kerana memuntahkan kenyataan sempit perkauman dengan melabelkan kaum cina yang datang ke Malaysia sebagai pelacur dan kaum India sebagai pengemis?

    4.Kenapa ketua bahagian UMNO Bukit Bendera yang mengatakan bahawa orang bukan melayu sebagai penumpang sahaja tidak diambil tindakan sewajarnya?

    5. Kenapa akhbar milik UMNO- Utusan Malaysia dan yang lain sejak anda mengambil alih tapuk UMNO menjadi begitu liar dan dibenarkan terus menerus mencetuskan kebenciaan kaum?

    6.Mengapa ceramah UMNO yang diadakan diseluruh negara mengapi-api sentimen perkauman dengan membuat kenyataan bahawa melayu akan hilang kuasa sedangkan yang akan hilang kuasa ialah UMNO-BN?

    7. Parti DAP yang menerima keanggotaan dari pelbagai kaum, malahan ada sesetengah cawangan mempunyai 100% kaum melayu, yang pernah ada ahli parlimen dari kalangan orang melayu ( Ahmad Nor- Bayan Baru) dan juga dari kalangan kaum india , sikh dan lain-lain kaum dilabelkan sebagai parti perkauman. Jika dibandingkan dengan DAP, UMNOlah sebenarnya parti perkauman yang berfikiran sempit. Soalan saya kepada anda, kalau DAP dengan kepelbagaian dianggap perkauman , UMNO itu apa pulak?

    8. UMNO pendukung sebenar perkauman dengan ‘out sourcing’ elemen perkauman kepada Perkasa. Cuba anda fikirkan, Perkasa dirasmikan di bangunan milik parti UMNO iaitu PWTC dan dilancarkan oleh mantan Presiden UMNO yang kini ahli UMNO yang sah. Permit penerbitan akhbar Perkasa diluluskan oleh KDN dibawah seliaan Hishamuddin secara segara. Kebanyakan perlakuaan Perkasa adalah kelakuaan UMNO sendiri kerana ianya digerakkan oleh ahli UMNO dan ahli Perkasa. Adakah anda menafikan kenyataan ini?

    Nampaknya Najib jahil bahawa rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan retorik Najib dan UMNO bahawa orang lain yang bersifat perkauman tetapi bukan mereka. UMNO telah lama tamat tarikh luputnya dan perlu digantikan dengan segera melalui PRU ke 13.

    Reply

  16. 16 Mat Sep 11th, 2010 at 12:37 pm

    Selama Hari Raya Pak Anwar….

    Reply

  17. 17 Zzjebat Sep 12th, 2010 at 12:30 pm

    Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada Datuk Seri & Keluarga.
    selepas Hari Raya yang Mulia ini Lebarkan Langkah & Cepatkan
    Hayunan menguasi PRU ke 13,
    Malaysia perlukan PERUBAHAN SEGERA demi kesejahteraan anak cucu kita.
    Amin….

    Reply

  18. 18 smy Sep 17th, 2010 at 3:28 pm

    selamat hari raya untuk DSAI sekeluarga dan semua pejuang PKR. tahniah atas utusan hari raya DSAI semoga membawa manfaat kepada rakyat malaysia.
    maaf zahir batin.
    lawan tetap lawan.

    Reply

  1. 1 Perutusan Eidulfitri 2010/1431H Pingback on Sep 10th, 2010 at 4:46 am

Leave a Reply