02
Sep
10

Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak

Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kemajuan pasukan kerja rakan-rakan pimpinan Keadilan di Sarawak begitu membanggakan. Dalam rapat khas bersama pimpinan negeri petang tadi, saya sempat meneliti draf manifesto. Tumpuan adalah isu royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum. YB Fuziah turut memimpin perbincangan mengenai persiapan jentera pilihanraya.

Ramai juga yang bertanyakan pandangan saya berhubung desas desus perletakan jawatan Ketua Menteri yang sudah lama memerintah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Bagi saya ianya sengaja dihebahkan. Pastinya menyedari suasana dan budaya BN, usaha akan dilakukan untuk mengerah jentera parti mereka membuat ikrar menyokong kepimpinan beliau.

Bagi kita, isu kepimpinan bukan soal peribadi. Maka isu perletakan jawatan tidak relevan. Perubahan kepimpinan sepertimana yang berlaku sebelum ini tidak menjanjikan sebarang perubahan dasar. Sistem sama terus diamalkan- angkuh dengan kuasa, rasuah berleluasa dan tidak ada kepedulian terhadap penderitaan rakyat. Makanya tanggungjawab kita yang bergerak dalamKeadilan dan muafakat Pakatan Rakyat, adalah untuk menjelaskan agenda kepada Rakyat dan menumpukan usaha menuntut reformasi – yakni menolak kezaliman dan menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM


7 Responses to “Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak”


  1. 1 Anak Nelayan Sep 2nd, 2010 at 6:48 pm

    Apa yang dimahukan oleh majoriti rakyat pada hari ini, bukan hanya sekadar untuk menukar pemimpin bahkan lebih besar dari itu yakni mahu menukar dasar yang selama ini suka memperbodohkan pemikiran rakyat, seolah-olah rakyat hari ini masih berada dalam tahun 70-an.

    Politik masa depan semestinya akan memihak kepada mereka yang mengamalkan demokrasi tulen berlandaskan keadilan dan menghormati pemikiran rakyat. Rakyat sudah terlalu muak dengan manipulasi media, pendakwaan yg berpilih-pilih, salahguna kuasa penguatkuasaan, urus tadbir yg menyeleweng dan sebagainya.

    Berdasarkan situasi dan pemikiran rakyat hari ini, hanya pemimpin yang gentleman dan mengikut suara hati rakyat yang akan kekal dalam arena politik untuk masa yang akan datang.

    Reply

  2. 2 Peter Chua Sep 2nd, 2010 at 9:24 pm

    REFORMASI!

    Kuatkan Informasi PR dan penglibatan wanita (terutamanya, kaum wanita dayak) dalam PKR Sarawak….

    Reply

  3. 3 katak insaf Sep 3rd, 2010 at 12:01 am

    Bukan saja royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum, rakyat Sarawak mahukan kehidupan selesa, kalau di semenanjung dapat RM4000 pendapatan terrendah nanti, raakyat Sarawak dan juga Sabah mahu kan RM5000 pendapatan terrendah…lebihan RM 1000 tu untuk mengejar keselesaan hidup yang selama ini rakyat Sarawak dan Sabah dah ketinggalan berbanding di semenanjung. Tambahan RM1000 tak lah banyak sangat jika dibandingkan dengan royalti minyak yang akan diberikan. Jangan pulak gaji naik, harga barangan naik sama.
    ……Semoga Berjaya.

    Reply

  4. 4 Badan Ameno Hati Pakatan Sep 3rd, 2010 at 11:18 am

    Askm DSAI, bila agaknya DSAI akan ke Tenom. Kalaulah datuk ada kesempetan ke Tenom, jenguk-jenguklah makmal komputer yang dihadiahkan oleh kerajaan rasuah BN di 25 buah sekolah. Makmal komputer kroni BN ini ada yang sudah roboh, siling jatuh, dinding retak meskipun makmal-makmal komputer itu belum pernah lagi digunakan oleh pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Masuk tahun ini, sudah 4 tahun makmal tersbut siap tetapi masih belum digunakan sedangkan makmal-makmal tersebut sudah dilengkapi dengan peralatan komputer. Agaknya komputer-komputer itu kelak akan dimasukkan ke muzium kerana sudah tidak boleh digunakan lagoi. Ketinggalan zaman. Datuk lawatlah makmal-makmal ini, lihat pembaziran wang yang dilakukan oleh BN dan UMNO. Kontraktor sudah kaya, tetapi hasil kerja mereka langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Antara sekolah tersebut ialak SK Paguokon, SMK Tenom, St. Anthony, dan beberapa sekolah lain. TQ

    Reply

  5. 5 wah Sep 3rd, 2010 at 4:19 pm

    Harapkan semua yang bertanding dan mereka yang berjuang dalam Pakatan Rakyat sentiasa ingat pendirian mereka. Sentiasa membuat sesuatu rancangan berdasar semangat asal Pakatan Rakyat ,perjuangan rakyat didahulukan, bersatu padu, tiada rasuah, tiada gang kroni ,pegang prinsip Parti Gabungan, jangan meluahkan sebutan yang menrosakkan kehormonian parti , bincangkan semua sebelum membuat sidang media.
    jangan gila kuasa, siapa yang gila kuasa untuk kekayaan sendiri sila jangan masuk Pakatan Rakyat. Rakyat mahukan pemimpin yang jujur,sentiasa bersedia korban untuk rakyat, sentiasa dekat dengan rakyat-jangan masa undi baru tunjuk muka,lepas jadi YB hilang 5 tahun (YB macam ini akan binasakan Pakatan Rakyat) , pemimpin yang selalu membangkitan hal perkauman dan agama juga tidak diminati rakyat. Semangat 1 Malaysia telah lama timbul di kalangan rakyat, tak payah dihebohkan oleh Pemimpin.
    Hanya mereka yg dengkikan semangat hormoni di kalangan rakyat yang mencetuskan keadaan ketidak kepercayaan antara kaum dan agama. Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang buang masa berlakon di Dewan Parlimen/Rakyat, yang tahu makan gaji buta tampa bertanggung jawab dan bekerja,yang tahu korek wang masuk kocek sendiri, yang bergelar YB yang mewakil rakyat tapi angkat tangan angkat kaki menyokong parti dan abaikan kepentingan rakyat, ……
    Bagaimana pun semua Pemimpin yang ingin menjadi calon bertanding mesti ditapis mengikut prinsip Pakatan Rakyat bukan kerana mereka kawan baik , kita mesti mencatit Sejarah dan berani membuat perubahan, mengambil tindakan ketat keatas mereka yang mengadai Harapan Rakyat… rakyat akan sokong, negara akan terus maju, Malaysia tidak mempunyai masa untuk dibuang, kalau tidak negara dan rakyat akan terus miskin!

    Reply

  1. 1 Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak Pingback on Sep 2nd, 2010 at 7:33 am
  2. 2 Tweets that mention Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Sep 2nd, 2010 at 8:31 am

Leave a Reply