02
Sep
10

Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam…

Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

“Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

“Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda,” katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

“Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir,” kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

“Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja,” kata Faekah lagi.


28 Responses to “Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam…”


  1. 1 Panggilan Pulau Sep 2nd, 2010 at 5:46 pm

    Cakap dengan Khir Toyol…Orang Selangor Menyampah sama dia…jangan nak sibuk2…

    Reply

  2. 2 Pegasus Sep 2nd, 2010 at 9:18 pm

    Toyol kena kerja lebih masa untuk cabut gigi…atau jadi Toyol untuk membuktikan yang rumah bernilai 24juta adalah atas usaha gigihnya ..menipu rakyat dan mencuri siang dan malam tanpa kenal rehat..sekali penyamun …….tetap lah penyamun!!!

    Reply

  3. 3 takik tak lut Sep 2nd, 2010 at 11:21 pm

    Khir Toyo adalah menteri besar Selangor terakhir dalam era “RAHMAN”. Beliau tersungkur dalam pru 13. Saya ingin menyeru semua rakyat negara ini, supaya mengambil cerita bonus PKNS sebagai iktibar. Satu demi satu perjalanan kerajaan negeri Selangor didedahkan. Bagaimana wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya. Mungkin ada banyak lagi penggunaan wang rakyat masih belum didedahkan. Itu baru negeri Selangor, belum lagi Johor, Perak, Pahang dll.

    Oleh itu kita mesti juga buka cerita bagaimana pula dengan keadaan di Persekutuan. Era “RAHMAN” berakhir dengan “N”. Maka rakyat kini sepatutnya memberi peluang yang lebih luas untuk kita dedahkan bagaimana wang rakyat digunakan oleh kerajaan BN semasa pemerintahan mereka. Satu dari kaedah untuk pendedahan tersebut ialah dengan menukarkan kerajaan dalam pru 13 nanti.

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari kita kuatkan muafakat untuk tukar…2 car…

    Reply

  4. 4 AS Sep 3rd, 2010 at 3:50 am

    Entahlah kenapa ada manusia yang tak kenal erti malu seperti Khir Toyol ni. Kalau orang lain, kelibatpun cabut lari setelah dibongkar segala salahlakunya. Terbaru Khir nak memenangi Selangor atas slogan “Selamat Negeri Selangor”….huh, huh, huh…boleh cakap belah! Kami rakyat Selangor cukup bangga dengan prestasi MB Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Reply

  5. 5 Budak Tadika Sep 3rd, 2010 at 8:44 am

    Nak buat macam mana Faekah Husin muka dia muka tak tahu malu, nikmat rasa segan dan malu dah ditarik oleh yang maha esa itu yang meroyan dengan kenyataan-kenyataan yang bobrok.

    Maklumlah tengah bersaing dengan Noh.

    Reply

  6. 6 4RAKYAT Sep 3rd, 2010 at 10:31 am

    whatver u all say, DO NOT let go of this toyol. he must be IN JAIL!!!

    dont let up. pursue until he crawls into jail.

    4RAKYAT

    Reply

  7. 7 luke Sep 3rd, 2010 at 11:54 am

    sepatutnya dibulan yg mulia ini Khir Toyo perlu byk memuhasabahkan diri mengenang kembali apa perkara yg x baik yg dah beliau lakukan semasa jd MB dulu… Inilah bahana yg ALLAH bg kt dia sebab x jujur masa jd pemerintah dahulu.

    Reply

  8. 8 aurabiru Sep 3rd, 2010 at 12:35 pm

    Kalau dah toyol tu tetap toyol jugaklah. Merompak sana sini dah jadi makanan dan darah daging dia.

    Reply

  9. 9 killersenja Sep 3rd, 2010 at 3:12 pm

    balun sama dia.. kasi keluar dari selangor..

    Reply

  10. 10 wong bangkong Sep 3rd, 2010 at 4:33 pm

    Khir Toyo kue lah siji-siji ne wong jowo seng ngisin-ngisini wong jowo liane.Sak jowo selangor kabih podo isin oleh ulahe kue kecuali tholor mu seng nang dengkel, aku pun ngerti perangaine podo koyo kue.Pangan lah atau simpen harto seng di golek dengan jalan bohong dan nipu sampek kiamat lah kue nanggung barang haram neng weteng mu iku, nang akhirat aku nuntut opo seng kue gawe. sampek kiamat pun orak bakal tak maaf no opo seng kue gawe selama menjadi menteri besar selangor.Ojo main-main. Untung lah kue kalah, nek ora mboh opolah seng thi gawe neng Selangor, GUSTI ALLAH MAHA ADIL.

    Reply

  11. 11 wong bangkong Sep 3rd, 2010 at 4:56 pm

    SEBODOH-BODOH MENTERI BESAR DI MALAYSIA hoi khir kenopo kue iku bodoh mbanget? kue ngerti rak endok goblok ha koyo kue lah iku.Ngisin-ngisine wong jowo sak Selangor kabeh akibat ulahe kue.Opo tanah nang selangor leke koe kabeh? arek di sapu dewe.podolah kambek batirmu seng nang Dengkel.Aku ngerti kabih perangaimu wong loro.Panganlah sampek kiamat anak cucumu mangan hasil haram.. GUSTI ALLAH MAHA ADIL .TAK TUNGGU KUE NENG AKHIRAT DIMAHKAMAH ALLAH.TUNGGULAH…

    Reply

  12. 12 ne Sep 3rd, 2010 at 7:22 pm

    Ermm…orang yg puya harga diri dan kesedaran akan insaf dan mgundur diri tok bertobat stlah kesalahan dilakukan dketahui, ni x ngan slumber nak wat kecoh…ishx3,cianx2…bwakx2 la diri tu bersembahyang..

    Reply

  13. 13 paul pott Sep 3rd, 2010 at 8:41 pm

    Faekah , Khir Toyo ni nak diam macamana…….Mukanya dalam arus perdana sudah langsung tak ada ,kerusi pemuda sudah kalah ,menteri besar sudah dipecat oleh Rakyat dan kononnya nak publisiti takut-takut orang tak ingat mukanya penganugerah ‘Penyapu’ yang disapu oleh Rakyat . Kalau nak publisiti jadi artislah ,jangan duduk kacau kerajaan Selangor yang menyapu kezaliman !

    Reply

  14. 14 liamsi Sep 4th, 2010 at 12:30 am

    TAHNIAH FAEKAH

    Reply

  15. 15 budak baik Sep 4th, 2010 at 8:28 am

    buat Faekah… ape kate anda buktikan sebenar benarnya… bagi saya yg bru daftar sbg pengundi nak tau sapa yang betul n sapa yang salah… dah ada bukti kukuh kaurkan kan tv3… kalau xmb selangor bleh kuarkan kat tv kan lagi bagus klu bukti ni pun kur kat tv…. kan senang hati… kan best klu both parties make some debates about this… show the truth to us (the new generation)…

    Reply

    ne Reply:

    bkan x nak siar…nak ke dorang siar.selalu info kat sebelah pihak je. Freedom of speech in Malaysia stlye hehehehe…

    Reply

  16. 16 ron Sep 4th, 2010 at 3:23 pm

    rakyat selangor lebih selesa bernaung di bwh pakatan rakyat. satu hakikat yg xmampu dipadam umno. hubungan melayu cina india bertambah baik & harmoni.

    rakyat malaysia pelik kenapa kerajaan pusat gemar mengapi2kan perkauman dan membiarkan pihak2 tertentu dlm umno jg golongan pelampau. umno yg memerintah 50+ tahun lama sewajarnya lebih matang berpolitik & gigih mendisiplinkan ahli2nya. perbuatan membiarkan golongan pelampau dlm umno hanya mengundang padah & akhirnya memakan diri sdr.

    umno perlu sedar ini bukan zaman 70-an, melayu lebih bijak & bermaklumat. lebih penting, umno tidak akan kekal menguasai pusat tanpa sokongan bukan melayu, melainkan umno hanya ingin berkuasa di johor (atau buka cawangan di singapura).

    dlm hal visi, pendekatan, kepimpinan & ketelusan/good governance, nyata Pakatan lebih ke hadapan & disenangi rakyat, bising2 hanyalah suara umno yg dibenci 25 juta rakyat Malaysia (total 28 juta, ahli umno minoriti kurang 3 juta).

    terus konsisten, PR = Pilihan Rakyat!

    Reply

  17. 17 Zzjebat Sep 4th, 2010 at 4:01 pm

    Saya orang luar Selangor, rasa malulah….

    Kenapakah dia orang muka tak tahu MALU….

    PR ke 13…..Kuatkan lagi AZAM dan PAKATAN..

    Biarlah dia hilang “KEMALUANNYA” terus lenyap…

    Reply

  18. 18 Tak sokong mana2 Sep 4th, 2010 at 4:55 pm

    Serupa la kedua-dua belah pihak…manusia biasa

    Reply

    Celah Bedah Reply:

    Orang serupa kau ni lah makan dua2 pihak asalkan nafsu serakah tercapai janji masyuk?

    Reply

  19. 19 yus Sep 5th, 2010 at 11:08 am

    Inilah contoh generasi wawasan 2020 yang di idam-idamkan melahirkan individu yang hati dan jiwanya tahan lasak.
    Orang Melayu barulah maju jika muka ditebalkan, telinga sengaja dipekakkan dan mata dibutakan. Membujur lalu melintang patah. Inilah contoh terbaik untuk orang-orang melayu tiru khususnya yang sekawasan dengan nya.

    Reply

  20. 20 shift Sep 5th, 2010 at 1:40 pm

    If the Selangor government cannot hold local election because the Federal government has abolished the law, then the Selangor government must introduce a new enactment called “The Selangor Enactment of Selangor local elections” and the PR ADUN can do it while holding the power in the DUN. Selangor government must hold local elections immediately before the current DUN ends. Selangor government doesn’t need to ask SPR for help,if Selangor PR claimed to have good brains in the government, use them to design the local elections and use the money for this purpose, it is definitely for a good purpose.

    Reply

  21. 21 bumisuci Sep 6th, 2010 at 11:45 am

    Saya sedar bahawa UMNO sekian lama ini sudah tipu orang melayu selama ini. Mulut cakap mahu protect bangsa melayu tetapi duit masul poket sendiri je. UMNO paling pandai temberang and manakutkan orang melayu bahawa kita akan hilang ini, hilang itu. Sebenarnya, kehidupan melayu di bawa pemerintahan UMNO jauh lebih teruk berbanding pemerintahan PKR. Sekarang, semaking ramai orang melayu sedar mereka selama ini ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO dan mengundi PKR. Ini tanda yang baik bahawa bangsa melayu boleh mengubah nasib mereka yamg selama ini diperboboh oleh UMNO.

    Reply

  22. 22 rakyat tertipu Sep 6th, 2010 at 5:15 pm

    kami rakyat sudah merasa selesa dgn kepimpinan kerajaan pakatan rakyat…nasib kami terus terbela….pr13 ni kita tenggelamkan terus UMNO ni….byk pemimpin kaya raya tp rakyat terus tertindas dan makin susah..bgtau la kat mereka mereka itu tak payah lah nak susah2 buat propaganda..buang masa jer sbb kami dah malas nak dengar.

    Reply

  23. 23 aziz Sep 8th, 2010 at 11:21 am

    selangor maju dibawah PAKATAN

    Reply

  24. 24 azman washing machine Sep 11th, 2010 at 3:27 pm

    khir toyo x layak memegang jawatan waima di dlm umno selangor sekalipun…. sy sbagai orang pahang bharap di Pahang dpt brubah menjadi negeri spt selangor yg mpunyai pemimpin yg bijak mengendalikan sebuah kompeni (negeri)….
    Sentiasa support da great leaders….

    ( good job PR )

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam… at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Sep 2nd, 2010 at 4:32 pm
  2. 2 Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam… Pingback on Sep 2nd, 2010 at 5:38 pm

Leave a Reply