Archive for August, 2010



10
Aug

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan umat Islam. Moga amalan ibadah puasa disempurnakan sebaiknya hingga meningkat kederajat taqwa . Kesempatan dan kerahmatan yag hadir bersama Ramadhan memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Ibadah puasa memupuk pendidikan jiwa dan ruhani, membuatkan kita bermuhasabah betapa ibadah ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ibadah di bulan Ramadhan menuntut kita untuk peka dengan lingkungan, menginsafi kekurangan diri dan masyarakat sekaligus membangkitkan hasrat melakukan kebaikan serta memperkukuh usaha menghilangkan kemudaratan. Menjalani tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang madrasah Ramadhan menemukan kita dengan dua medan; medan perjuangan dalam diri serta lingkungan. Inshaallah dengan rahmat serta kasih Allah SWT, kita akan terus beristiqamah berusaha menjalani ibadah puasa ini agar tercerna serta terpancar akhlak dan sahsiah yang terpuji.

Ramadhan kareem.
ANWAR IBRAHIM

10
Aug

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng

Saya ingin berdoakan agar keberkatan dan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijrah ini dapat dihalusi dan dinikmati semua berdasarkan perkongsian, pengorbanan dan sumbangan kepada masyarakat.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan terus berusaha mendirikan kerajaan berjiwa rakyat dengan berteraskan prinsip 3P – Perkayakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkasakan Rakyat- dan urus tadbir kerajaan Cekap, Telus dan Akauntabel (CAT). Prinsip integriti dan kebenaran adalah penting dalam pentadbiran negara. Continue reading ‘Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng’

10
Aug

Saiful-Farah: ‘A New Precedent Has Been Set’

Froam Malaysiakini

‘The floodgates are now open for the judiciary to have relations with the prosecution, defence or even witnesses in the future.’

Court dismisses application to call Saiful, Farah

Md Imraz Ikhbal: Under the law, for anyone to be convicted of an alleged crime, he/she must be proven guilty beyond reasonable doubt, and that is categorically distinct from the concept of balance of probability. It follows, therefore, that the prosecution of Anwar Ibrahim in this case has to be, beyond reasonable doubt, lawful and accurate both in material facts and prosecuting procedures.

The very fact that there is now an undefended allegation that the DDP had an affair with the star witness leaves the lawfulness of the entire prosecution in tatters. The only options available to the prosecution now is to either deny Mohd Saiful Bukhari Azlan’s romantic involvement with Farah Azaina Latif or prove beyond reasonable doubt that Farah was not privy to crucial information on the case.

Opting for the former is far too risky. This leaves solicitor-general II Mohd Yusof Zainal Abiden with only one other option, which is to try his best on the latter and hope that the judge buys it. All this is assuming that the court is not yet corrupted lest the possibilities in favour of the prosecution is endless.

Cala: To a layman on the street, the moment you find a plaintiff is working hand in glove with the prosecution, he will conclude that justice is something hard to come by to the accused. Surely he cannot be faulted to imagine that there is a grand plan to discredit the accused. Where then is fairness? Continue reading ‘Saiful-Farah: ‘A New Precedent Has Been Set’’

10
Aug

Manipulasi Fakta Isu Diskaun, Muhyiddin Batu Api

Dari TV Selangor
Oleh Mohd Ezli Mashut

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melabel Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin sebagai ‘batu api’ kerana cuba melaga-lagakan parti gabungan Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PAS dengan memanipulasi isu pemansuhan diskaun pembelian hartanah mewah.

Isu itu mendapat tempat dan ruang besar dalam media kawalan Umno Barisan Nasional hingga menimbulkan polemik berpanjang berikutan Umno memutar belit fakta dengan menuduh Pakatan Rakyat mahu memansuhkan hak keistimewaan bumiputera. Continue reading ‘Manipulasi Fakta Isu Diskaun, Muhyiddin Batu Api’

10
Aug

Pertahankan Melayu Yang Miskin Dan Terpinggir!

Dari Merdeka Review

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dihujani tuduhan “pengkhianat bangsa” oleh parti musuh, mencabar UMNO dan Barisan Nasional agar mempertahankan hak untuk Melayu yang miskin dan terpinggir, dan bukan mempertahankan Melayu yang kaya raya di sebaliknya.

“Seringkali mereka menguar-uarkan mahu mempertahankan hak orang Melayu. Tetapi Melayu yang seperti mana mereka pertahankan? Kita tidak mahu mereka mempertahankan Melayu yang kaya raya. Kita mahu mereka memperjuangkan nasib dan mempertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!”

Ketua Pembangkang Parlimen (gambar kiri) ini berkata, “Jika benar mereka mahu laksanakan pembasmian kemiskinan, maka ianya harus dilakukan secara adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mereka. Jangan yang menyokong mereka sahaja dibantu sedangkan yang tidak mendokong mereka diabaikan dan dibiarkan.”

Anwar membidas kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana mempermainkan sentimen perkauman, malah tidak adil dalam menangani masalah yang membebani rakyat, khususnya yang miskin dan melarat. Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Ceramah sempena Jamuan Rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong, semalam.

Majlis jamuan ini menarik kehadirian kira-kira 350 orang, yang kebanyakannya keturunan Cina. Hujah-hujah disambut dengan tepukan apabila penceramah menyentuh isu rasuah dan sebagainya.

Belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun, tetapi rakyat negara ini masih lagi belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya.

“Amalan Kerajaan UMNO-BN yang tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat adalah bukti yang nyata bahawa kemerdekaan belum sempurna dalam negara ini. Kita dibenarkan bersuara untuk sementara, tetapi selepas itu ditahan dan disekat kerana bersuara menentang demokrasi yang mereka amalkan,” tambahnya lagi. Continue reading ‘Pertahankan Melayu Yang Miskin Dan Terpinggir!’

09
Aug

Perjuang Diskaun Rumah Mewah Tetapi Lupa Subsidi Dipotong

Dari Harakah
Abdul Aziz Mustafa

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas pengampu-pengampu pemimpin Umno yang hanya memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera tetapi berdiam diri terhadap pemotongan subsidi.

“Sikap mereka yang membisu seribu bahasa terhadap pemotongan subsidi yang ternyata membebankan rakyat terutama menjelang musim perayaan ini membuktikan sikap mereka yang bukan sahaja tidak prihatin malah tidak peduli sama sekali terhadap penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” katanya.

Malah, katanya lagi, mereka bersekongkol dengan tindakan kerajaan yang hanya berani merampas subsidi dari rakyat dan mengumumkan kenaikan harga barang sebaik sahaja sesi Parlimen selesai bersidang.

Beliau mendedahkan, tidak ada sebarang pandangan diminta mahupun perbicangan secara khusus dibuat Continue reading ‘Perjuang Diskaun Rumah Mewah Tetapi Lupa Subsidi Dipotong’

09
Aug

Anwar’s Sodomy Accuser Spared Questioning Over ‘Affair’

From AFP

The young man who has accused Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy was spared Monday from having to take the stand to answer claims he had an affair with a trial prosecutor.

Anwar last week applied to have the sodomy charges against him struck out, saying that 25-year-old Saiful Bukhari Azlan, who once worked as an aide in his office, could have been passed confidential information by the female lawyer.

The former deputy prime minister, who was sacked and jailed on separate sex and corruption counts a decade ago, has said the case is a political conspiracy and that the alleged relationship is more proof the trial is biased.

Lawyers for Anwar on Monday asked the High Court to force Saiful, as well as the young prosecutor Farah Azlina Latif, to testify over the allegations.

But Judge Mohamad Zabidin Diah refused the request, saying it was “not relevant to this case or this proceeding”.

Defence counsel Karpal Singh had asked the court to strike out the “frivolous” charge against Anwar, saying that the extraordinary allegations undermined the entire case.

“Never before in history… has such a motion been filed to strike out the charge on the basis of an affair between the prosecutor and the star witness,” he said.

“This is putting the judicial system on trial. The court itself is on trial.”

The prosecution argued against the request for Saiful and Farah to take the stand, saying that it was a “fishing expedition” by the defence.

The claims of an affair first surfaced in a political blog last month, and shortly afterwards Farah was removed from the case.

No evidence has been offered, but neither the prosecution nor the pair involved have denied the allegations.

Saiful has accused Anwar — a 62-year-old father of six — of sodomising him at an upmarket Kuala Lumpur condominium in 2008. If convicted, Anwar could face up to 20 years in prison.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Muslim-majority Malaysia.

Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition, which has been in power for half a century.

09
Aug

Felda Disaman Lebih 700 Peneroka

Dari Malaysiakini
Oleh Darwish Zainal

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

NONEMereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa “wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit” selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

NONE”Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta,” kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

09
Aug

Kenyataan Anwar Berdasarkan Fakta, Kata Karpal

Dari Malaysiakini

Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam affidavit terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif – bahawa mereka berdua mempunyai hubungan intim dan maklumat penting telah bertukar tangan – bukanlah satu tuduhan semata-mata, tetapi merupakan fakta.

Katanya, Anwar telah memperolehi maklumat tersebut (mengenai hubungan intim tersebut dan kebocoran dokumen dan maklumat) dari sumber yang boleh dipercayai.

Oleh itu, tegasnya lagi, kenyataan dalam afidavit tersebut adalah kenyataan fakta.

Ianya bukannya hanya cakap-cakap tetapi satu fakta yang belum dibantah dalam dua afidavit balas, tegas Karpal.

Kedua-dua afidavit tersebut, yang dikemukakan oleh DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai menyiasat Jude Blacious Pereira, menyangkal sebarang pengetahuan mengenai hubungan intim Saiful dan Farah dan juga menafikan dakwaan bahawa Farah dan Saiful tahu mengenai kertas siasatan dan dokumen-dokumen lain.

Karpal memohon kepada mahkamah dan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk menggunakan kuasanya memanggil Saiful dan Farah sebagai saksi.

Oleh itu, beliau memohon hakim mendapatkan kebenaran bagi mencapaikan keputusan yang adil.

Dan ianya, sambung Karpal lagi, hanya boleh diperolehi dengan memanggil Farah dan Saiful sebagai saksi untuk mengetahui kebenarannya.

Oleh itu, tegas Karpal, bagaimanakah kebenaran boleh diketahui sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil sebagai saksi.

09
Aug

KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC)

KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR.

Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu.

Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan.

Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3.

Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA.

KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.

Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.

PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.

Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut.

Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%).

Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.

Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak.

MOHD BAZID ABDUL KAHAR
PENGURUS KANAN HARTANAH PDC

08
Aug

Kes Fitnah II – Mengapa Muhyiddin Gelabah Sangat?

Dari Blog Cina Islam

MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.

Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung’. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang’ pemimpin negara ini amat menghairankan.

Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau. Continue reading ‘Kes Fitnah II – Mengapa Muhyiddin Gelabah Sangat?’

08
Aug

Kasihan TPM Kita Sering Ditertawakan

Dari w.faizudin

“Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak.

Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar. Continue reading ‘Kasihan TPM Kita Sering Ditertawakan’