Archive for August, 2010



12
Aug

Raja Sumpah

Dari Sharpshooter

Sumpah..sumpah..sumpah…adakah semua masalah boleh selesai dengan hanya bersumpah?
Mengapa bila dibawa kes ke Mahkamah Syariah, Menteri UMNO sendiri yang menolaknya. Mengapa takut dengan Mahkamah Syariah? Bukankah anda mengaku sebagai pejuang Islam.

Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan.

Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman: Continue reading ‘Raja Sumpah’

12
Aug

Chua: Bekas MB Dalang Kain Rentang

Dari Malaysiakini

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan ‘Kembara Mahkota Johor’ di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

“Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat. Continue reading ‘Chua: Bekas MB Dalang Kain Rentang’

11
Aug

Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia

Dari TV Selangor

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.

“Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita,” kata Kit Siang. Continue reading ‘Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia’

11
Aug

Umno BN Mahu Membonsaikan Minda Mahasiwa

Dari Harakah
Oleh Hazayani Zakaria

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai larangan mahasiswa berpolitik membuktikan bagaimana Umno BN secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

“Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?” soalnya dalam satu kenyataan. Continue reading ‘Umno BN Mahu Membonsaikan Minda Mahasiwa’

11
Aug

Amaran Kepada Ezam Untuk Hentikan Fitnah Jahat

Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.

Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

11
Aug

“SEMINAR PERSPEKTIF MUDA”: Mengangkat Perspektif Muda Ke Arus Perdana

Jumlah penduduk Malaysia di dalam kategori umur 15 hingga 39 tahun adalah seramai 11.65 juta dan pada peratusan 40.5% daripada keseluruhan penduduk, merupakan kumpulan terbesar di negara ini. Mereka sering dirujuk sebagai golongan belia/muda dan semestinya perspektif mereka mengenai isu-isu nasional akan mempunyai kesan yang mendalam kepada halatuju negara.

Oleh sebab itu, golongan muda mempunyai hak yang besar dalam menentukan perkembangan isu-isu yang mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara.

Mereka juga adalah golongan yang paling terkesan dengan kelembapan ekonomi negara. Contohnya, perubahan harga rumah atau kenaikan harga bahan api dan barangan asas baru-baru ini meninggalkan kesan yang lebih besar kepada golongan ini kerana mereka membentuk golongan buruh dan pekerja bawahan yang terbesar di dalam masyarakat ini.

Pandangan mereka mengenai isu urus tadbir, kecekapan pentadbiran awam dan perpaduan nasional akan mencorakkan bentuk negara Malaysia di dekad akan datang.

Maka, pandangan golongan belia/muda perlu dipupuk, didengar dan diambil kira secara berterusan dan jujur dengan mengangkatnya ke arus perdana.

Menghayati semangat ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan menganjurkan Seminar Perspektif Muda pada 14 Ogos 2010 ini, sebagai sebahagian dari usaha berterusan kerajaan Selangor menambahbaik dasar dan pelaksanaannya dengan mengambil kira suara orang muda.

Seminar ini dijangka akan mengumpulkan lebih 200 professional muda dan aktivis dari pelbagai latar belakang yang akan berpeluang untuk mengenengahkan pandangan, cadangan dan kritikan mereka terhadap pelbagai isu. Mereka juga akan turut disertai oleh wakil rakyat muda yang berada di dalam lingkungan umur mereka yang diberi amanah untuk berbincang dan memahami pandangan-pandangan ini; yang seterusnya akan diangkat dan dijaguhi oleh wakil-wakil rakyat muda di arus perdana serta di bawa ke perhatian YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Peserta seminar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan memberikan fokus kepada bidang yang khusus iaitu ekonomi, pendidikan dan pendemokrasian pentadbiran. Pada setiap sesi, peserta akan diberi peluang untuk bertukar kumpulan supaya pandangan yang luas dari semua peserta dapat digarabkan bersama.

Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang bekas perenang kebangsaan dan aktivis sosial/hak asasi manusia yang terkenal sebelum menceburkan diri di dalam politik.

Sepanjang seminar ini, peserta akan berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan wakil-wakil rakyat dari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara bersantai.

Seminar Perspektif Muda akan ditutup secara rasmi dengan ucaptama dan dialog bersama-sama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor.

Kami menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk menyertai seminar ini bagi memastikan pandangan-pandangan yang bakal diangkat mewakili pandangan terbanyak rakyat Malaysia.

Pendaftaran masih lagi dibuka dan mereka yang berminat diminta mendaftar di laman web beralamat http://bit.ly/osea14.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati di laman Facebook http://www.facebook.com/event.php?eid=114723245246832&ref=ts

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

10 Ogos 2010 Continue reading ‘“SEMINAR PERSPEKTIF MUDA”: Mengangkat Perspektif Muda Ke Arus Perdana’

11
Aug

Isu Bazaar Ramadhan Di Paras 3 Komtar, George Town

KENYATAAN PENGURUS BESAR PDC DATO’ ROSLI JAAFAR
KE ATAS BAZAAR RAMADAN DI PARAS 3 KOMTAR, GEORGE TOWN
PADA 11 OGOS 2010.

Pihak PDC telah mengadakan satu perbincangan dengan peniaga -peniaga
yang terlibat dengan lot perniagaan Bazaar Ramadan KOMTAR pada
10 Ogos 2010 jam 2.30 petang di KOMTAR yang dihadiri oleh 15 orang
peniaga terbabit. Juga hadir adalah wakil Komtar Merchants
Association(KMA), Encik Mohamed Ghani bin Abdul Jiman sebagai
pengelola Bazaar Ramadan.

Pihak PDC telah memberitahu peniaga bahawa PDC tidak pernah membuat
keputusan untuk menghalang Bazaar Ramadan. Masalah utamanya adalah
kegagalan pengelola Bazaar Ramadan menyerahkan wang yang dipungut
daripada peniaga kepada PDC. Sehingga hari ini tidak ada satu sen pun
yang dibayar kepada PDC.

PDC hanya memaklumkan bahawa pihak pengelola iaitu KMA harus mengikut
kesemua ketetapan, peraturan dan jumlah gerai yang ditetapkan serta
membuat pembayaran yang mana sehingga kini tiada pematuhan oleh KMA.
PDC juga ingin melihat agar Bazaar Ramadan ini tidak terlalu sesak
yang mana akan menyebabkan kesulitan orang ramai untuk berurusan ke
Pusat Pentadbiran Negeri dan boleh menjejaskan keselamatan. Tindakan
KMA berurusan dengan peniaga tanpa mendapatkan kelulusan telah
merugikan pihak peniaga yang telah membuat persiapan serta
mengeluarkan perbelanjaan.

Demi untuk menyelesaikan isu ini , persetujuan telah dicapai antara
pihak pengelola, peniaga dan PDC. Ianya adalah seperti berikut :-

1) Bersetuju sejumlah 25 lot gerai sahaja diperuntukkan di ruang legar
konkos Paras 3 , KOMTAR, bagi memberi lebih keselesaan kepada semua
peniaga dan pengunjung.

2) Bersetuju agar memastikan barangan perniagaan tidak melebihi 2 kaki
dari sempadan gerai untuk menjamin keselesaan ruang.

3) Pihak KMA bersetuju membayar sebanyak RM50.00 sehari bagi setiap
gerai kepada PDC. Manakala PDC akan menanggung kos pemasangan gerai
dan alatan yang berkaitan. Bayaran sewaan oleh KMA perlu dibuat
selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2010 kepada PDC.

4) Atas persetujuan pihak peniaga, sekiranya pihak KMA gagal mematuhi
syarat-syarat PDC dan tidak menjelaskan bayaran yang telah
dipersetujui , maka pihak peniaga bersetuju untuk berurusan secara
terus dengan PDC dengan kadar yang sama.

5) Pihak PDC bersetuju untuk menyewakan pada harga yang sama yang
dikenakan kepada peniaga sediada pada kadar RM50.00 sehari setiap
gerai, seandainya PDC mengambilalih pengurusan penyewaan gerai-gerai
tersebut.

6) Atas permintaan para peniaga juga, tarikh penyewaan ini akan
bermula pada 12 Ogos 2010 dan tamat pada 12 September 2010.

7) Peniaga boleh memasuki gerai masing-masing serta merta.

8) Semua peniaga yang telah berurusan untuk menyewa lot Bazaar Ramadan
dengan KMA akan diperuntukkan sejumlah 25 lot yang akan diuruskan oleh
KMA.

Melalui hasil perbincangan bersama ini, PDC percaya tidak ada
masalah yang dihadapi oleh peniaga Bazaar Ramadan sepertimana yang
digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

DATO’ ROSLI JAAFAR
Pengurus Besar
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

11
Aug

Saiful-Farah liaison: Whither justice?

By Kim Quek

Judge Zaibidin Diah’s rejection of Defence’s request to put complainant Saiful and DPP Farah on the witness stand despite the duo’s complete failure to respond to allegation of sexual relations between them is most regrettable. For it is another black mark to the long-running, scandal-ridden Anwar Sodomy Trial II, thus reinforcing the universal perception that the trial is nothing but political persecution for Anwar Ibrahim.

What would a deputy public prosecutor do when he or she is accused of sleeping with the complainant in a criminal trial, if the allegation is false? Shouldn’t the DPP instantly yell and deny and act against the defamer?

What is your take of this DPP if he or she chooses to steadfastly act deaf and dumb despite the fact that the controversy sparked by his or her alleged misconduct has raged relentlessly for almost three weeks?

And what is your take of the Attorney General and the prosecuting team who insist they know nothing about the affair and also insist the DPP has done nothing wrong despite the AG’s incongruous act to quickly bundle her away not only from the prosecuting team but also from the prosecuting division of the Attorney General’s Chambers?

Mind you, we are not talking about an ordinary criminal trial, but possibly the most important trial in our history involving the fate of the highest-profiled political leader of the country, the outcome of which may sway the course of history for many years to come.

Prosecution smacks of dishonesty

Under the circumstances, shouldn’t the AG be duty bound to the nation to come clean and say outright whether the allegation is true or false? What choice do we have other than to impute dishonest intention and dishonourable conduct on the part of the prosecution over its prolong ambiguity over such an important issue?

Who would believe prosecution team leader Solicitor General II Yusof Zainal Abiden when he professed no knowledge of the affair though he and DPP Farah Azlina had been working together as a team on this case for six months and meeting almost every day, and all he needed to do was to ask Farah whether the allegation was true. Don’t tell me Yusof never asked her, or that she never answered, or that he had no means of finding out the veracity of the allegation. For that would be a blatant lie. Continue reading ‘Saiful-Farah liaison: Whither justice?’

11
Aug

Rebuttal to Josh Treviño on Anwar Ibrahim’s Trial

From Huffington post
By Azeem Ibrahim

In Malaysia, opposition leader Anwar Ibrahim has been put on trial for sodomy. In the main, the Western political establishment is skeptical about the trial, believing it to be a politically motivated attempt to remove the popular opposition leader from the political scene before he can take power. As is the Malaysian public. Only 11 percent believe the charge, and 88 percent think it’s a political conspiracy.

Public Relations professional Joshua Treviño has been on “attack-Anwar” mode lately, authoring several pieces in recent months critiquing Anwar and questioning his credibility in the West. In his most recent piece, Treviño doesn’t come right out and say that the trial is genuine, but he does try to give a few reasons as to why we should question the conventional wisdom that the trial is merely a political maneuver to get rid of Anwar. Those reasons fall short. Let us look at them one by one.

In the article Treviño argues that Anwar’s relative popularity in the West is based on the mistaken impression that he shares many of the West’s political values.

But Anwar is popular in the West because he has consistently called for democracy, good governance, accountability, and dialogue of civilizations. Compare this to the current Prime Minister, or any of his predecessors, who have said relatively little about such things in Malaysia and done even less to reform a system saddled with endemic corruption.

What’s more, if Treviño really had a good reason to believe that Anwar did not support such values, he would surely have used his article to say so. The fact that he did not take the opportunity implies that he knows that compared to his predecessor, Anwar does in fact share many of the West’s political values.

If we look at the specifics of the trial, there are more reasons to be skeptical of Treviño’s argument.

Firstly, he accuses the Western media of not taking the substantive accusations against Anwar seriously. He is accused of sodomy – a crime in Malaysia – with Mohd Saiful Bukhari Azlan, a young former political aide.

It is true that most Western media have not taken the accusations too seriously. There are three good reasons for this.

The first is that the Malaysian government has falsely accused Anwar of sodomy to remove him from the political scene before. In 2000, after feuding with Prime Minister Mahathir bin Mohamad, Anwar was publicly denounced by the Prime Minister as a homosexual, tried, and sentenced to fifteen years in prison – a punishment which under Malaysia law means he could not engage in political activities for five years after the end of his sentence. His accusers later recanted their accusations, saying that they had been coerced into making them. Amnesty International and Human Rights Watch both expressed doubts that he got a fair trial. And indeed, the year after Mahathir left office, Malaysia’s highest court overturned the conviction, citing contradictions in the prosecution’s case. Treviño concedes that the first trial was indeed a politically motivated plot by the government to get rid of Anwar. He also concedes that the reason most Western media are not taking the accusations seriously “lies in the circumstances of Anwar’s first trial.” Continue reading ‘Rebuttal to Josh Treviño on Anwar Ibrahim’s Trial’

11
Aug

Press Release: Malaysian Bar calls for Royal Commission of Enquiry

The Malaysian Bar is disappointed that the Attorney-General’s Chambers has withheld a crucial document from the Coroner’s Court in the Teoh Beng Hock inquest. The suppression of evidence, particularly in such a high profile matter, is disturbing, regardless of the reason. This action is indicative of a serious lapse of judgment and undermines the proceedings of the inquest.

It is a fundamental tenet of the criminal justice system that all evidence must be disclosed, and made accessible to all parties, including evidence that is detrimental to the prosecution’s case. Prior to the commencement of the inquest, the prosecution ought to have furnished to the defence and the Court all documents that are relevant and necessary for the Coroner to determine the cause of death based on all facts and evidence before the Court. The principle of disclosure is aimed at ensuring that justice is served in all cases. Continue reading ‘Press Release: Malaysian Bar calls for Royal Commission of Enquiry’

11
Aug

Kerajaan Selangor Salur RM2.7 Juta Kepada Sekolah Agama Rakyat, KAFA Dan KAFAI

KENYATAAN AKHBAR

10 OGOS 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengagihkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta kepada sekolah agama di seluruh negeri untuk baik pulih prasarana yang daif di sekolah-sekolah berkenaan.

Majlis penyerahan cek bantuan disampaikan Menteri Besar, YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim di Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kampung Asahan, Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr Halimah Ali, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dan ADUN Bukit Melawati, YB Muthiah.

Kerajaan Selangor menerima 238 permohonan untuk bantuan peruntukan sejak permohonan fasa pertama dibuka bermula Februari hingga 30 April 2010.

Permohonan diterima dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Intergrasi (KAFAI).

Daripada jumlah itu, hanya 136 permohonan SAR, KAFA dan KAFAI telah diluluskan dan layak untuk menerima bantuan peruntukan ini. Jumlah ini meningkat berbanding hanya 114 buah sekolah yang menerima peruntukan sepanjang tahun lalu.

Bagi SRA dan SRAI, peruntukan disalurkan secara terus menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagi tahun 2010, Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM6 juta untuk SAR, KAFA dan KAFAI kerana kebanyakan bangunan sekolah dalam keadaan uzur dan daif yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri.

Permohonan Bantuan Pembangunan Fizikal Sekolah bagi FASA II 2010 dibuka bermula 22 Julai lalu sehingga 30 September.

Di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), SAR tidak mendapat perhatian sewajarnya yang menjadi faktor sekolah ini ketinggalan dari segi infrastruktur berbanding sekolah kebangsaan, sekolah cina dan tamil.

Dalam ucapannya, Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor mentadbir negeri ini secara adil dengan memberikan perhatian kepada semua sekolah termasuk SAR, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Inilah bukti kerajaan negeri menepati janji apabila hasil negeri dikembalikan semula kepada rakyat. Hasil kekayaan negeri diberikan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Menteri Besar berkata, peranan dan aktiviti sekolah agama wajar diberi sokongan dan bantuan kerana ia mampu menjadi wadah alternatif kepada rakyat Selangor dalam usaha memberikan pendidikan kepada anak-anak.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

10
Aug

Felda: Peneroka Patut Tuntut Lebih RM200 Juta

Dari Malaysiakini

Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

“Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya,” kata Datuk Kamarul Baharin Abbas.

“Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai.” Continue reading ‘Felda: Peneroka Patut Tuntut Lebih RM200 Juta’