Archive for August 31st, 2010

31 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Kerajaan Selangor hanya akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2, tetapi mempertikaikan mengapa kerajaan pusat memberi keutamaan terhadap projek tersebut.

“Kita menerima Projek Langat 2, tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula indusri perkhidmatan air di Selangor. (more…)

31 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini saya, Datuk Dr. Chua Jui Meng, dan sdr Baru Bian tiba di Limbang,Sarawak. Sangat mengujakan apabila ketibaan kami disambut ribuan rakyat di kota Limbang.

Program ceramah diadakan di restoran tempatan.Meskipun sambutan hangat,permit sebagaimana biasa dinafikan oleh polis setempat.pun begitu ia tidak menjadi halangan bagi rakyat untuk mendengar dengan lebih dekat mengenai komitmen tuntas Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Sekalung tahniah kepada Dr. Lau dan Jawatankuasa Cabang atas program yang dianjurkan dengan jayanya.

Inilah realiti dan kenyataan di daerah – nyata sekali berbeda dengan suara rasis dan sinis yg dicanang di Kuala Lumpur. Malangnya – tiada liputan, termasuk dari media alternatif!

Anwar Ibrahim