30
Aug
10

Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.
Dirgahayu Malaysia tanahairku.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN


27 Responses to “Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim”


  1. 1 Shatter Aug 30th, 2010 at 11:26 pm

    Selamat hari merdeka!

    Reply

    alang kentong Reply:

    Merdeka itu adalah perkauman!!! contohnya bila Negara India merdeka dari inggeris diturunkan bendera Union Jack dan di Naikkan berdera Osoka India. maka bukankah itu perkauman namanya!! bergitu juga bila Indonesia menolak Belanda itu tersebut ciri perkauman. apa bila kita mendapat kermerdekaan dari si kulit putih lalu kita mendewakan si kulit sawa matang. Merdeka bukan sahaja punya ciri tanah air bahkan ianya turut punya sifat kekauman. Apa bila Hong Kong merdeka dari Inggeris hong kong kembali cara tempatan, di malaysia telah merdeka lalu di buaikan dengan satu bangsa malaysia sedangkan kita masih berlumurkan kekauman. angkara durjananya sistem pelajaran dan sistem perniagaan kita maka satu pembetulan harus di kais oleh pihak pihak yang telah d beri kerpecayaan.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Saya setuju pandangan alang kentong, modal teroka UMNO BN hanya tinggal isu KAUM. hanya Isu kaum sahaja isu tungal yang dijadikan perisai dan bukan lagi senjata lagi oleh UMNO BN. Ini kerana rakyat telah tahu tembelang UMNO BN yang sering bermain dengan api tapi kelak akan membakar tangan dan batang tubuh mereka semula.

    One malaysia yang di tubuhkan oleh UMNO BN tertapi dalam masa yang sama Media kurungan mereka terus bersalut dengan perkauman. Pertembungan dua ciri ini kesudahanya akan menbuat Rakyat meluat. mana satu yang harus di ikut Satu malaysia atau melayan propaganda lelogan media ikatan UMNO BN. hanya Rakyat yang berfikir secara alang kentong sahaja dapat menilai mana nila mana susu.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Menurunkan bendera bangsa lain dan menaikan bendera bangsa sendiri tidak dikira perkauman sekiranya di persetujui secara bersama. G to G .

    Cuma sebelum mendapat kermerdekaan kebanyakan Negara memaikan isu kaum dan memaikan propaganda yang menburukan bangsa penjajah. UMNO pernah menburukan Bangsa Jepun ketika Jepun melangar malaya, UMNO pernah meburukan bangsa cina dan melayu ketika PKM di hutan, UMNO sedang memburukan bangsa melayu dari PAS. jelas perkauman yang di anjurkan oleh UMNO itu “tikam depan” bangsanya sendiri. kita menolak perkauman termasuk perkauman terhadap bangsa sendiri. di negara ini.

    Cina dilarang anti bangsa cina, dan melayu dilarang anti bangsa melayu, india dilarang menolak kaum nya sendiri. kita harus bersatu di bawah bangsa dunia.

    Reply

  2. 2 Shatter Aug 30th, 2010 at 11:26 pm

    Selamat hari merdeka

    Reply

    Shatter Reply:

    Moga teruskan usaha untuk kembalikan maruah bangsa dan negara.

    Probably my last comment, as i’m going to further study abroad soon. Anyway, this could be a chance to escape this insane country.

    Good luck!

    Reply

    gengis khan Reply:

    Merdeka tidak pernah ujud di muka kita setelah merdeka kita di jajah pula dengan jajahan cara baru > penjajahan minda > Jenama dan di jajah secara tampa kita sedari. tiada merdeka mutlak di muka bumi ini.

    Reply

  3. 3 hanim hassan-seymour Aug 31st, 2010 at 12:21 am

    Yang Berhormat Datuk Seri Anwar,

    Selamat Berpuasa. I have kept my faith in you, your family and your Party ever since political incidents played themselves out nationally in Malaysia that finally led to Keadilan’s inception. I have complete faith that one day you will lead Malaysia into the changes vital for us to remain a viable and fair democracy.

    Having been a volunteer in various social issues such as HIV/AIDS, the need for sexual workers to encourage their clients to use of condoms, and trying to raise awareness of the lack of legislation protecting the rights of the Malaysian child against sexual/physical abuse/child trafficking/incest in Malaysia led me to sell my flat that allowed me to go on my academic journey at a university in Western Australia the past 4 years as a mature student. I am in my last semester of my final year and am now looking to dissolving the rest of my meagre savings in order to follow my undergraduate degree with a post graduate in Counselling. Insya Allah, in about 2 years time, I hope to return to Malaysia to work as a volunteer counsellor, working alongside children/youths/young adults, so they can achieve ‘recovery’.

    Having worked with sex workers, I know for a fact that no female child wakes up one day to declare that her ambition is to become a prostitute. Having worked in HIV/AIDS, I know that AIDS is Malaysia is at epidemic levels, that married Muslim heterosexual women are infected with AIDS because their husbands cross the Thai border to visit brothels, and that the real cases of HIV infection/fullblown AIDS is hush-hush and considered a national secret under OSA because the number of infection is skewed heavily on Malays. Having worked with child protection, I know that baby dumping is not just about youthful sexual exuberance; that there is statutory rape, and incest. My role has never been to judge, my role has, in very small ways, has been to try to make life better for those marginalised because issues such as institutionalised racism, religious orthodoxy/patriarchy, corruption, negative complicity are very real and have directly contributed to the very real social issues.

    For our loyalty to you and your Party, all I ask is that when you return to power (which I have every confidence you will!), that you will place the these very real social issues and the rights of Malaysian children high on your agenda. Our children are our future – regardless of colour, creed, religion of their socio-economic backgrounds; and, the measure of a just society is in how its leaders conducts themselves in order to protect the defenceless and the marginalised.

    In the meantime, Selamat Berpuasa and Selamat Hari Raya.

    Sincerely,
    hanim

    Reply

  4. 4 Kenn Aug 31st, 2010 at 7:10 am

    dan juga kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan sistem pendidikan negara ini dari elemen-elemen anti-nasional, demi anak bangsa.

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2010/08/30/setahun-kempen-sss-merdeka/

    MERDEKA!

    Reply

  5. 5 Marhaen Aug 31st, 2010 at 10:29 am

    Jangan lah menjadi sesumpah..bertaubat lah selagi ada waktu…

    Reply

    anak malaysia Reply:

    apa maksud saudara ni?

    Reply

    rakyat Reply:

    Kau pun kena muhasabah diri dan bertaubat juga jangan sakiti hati orang lain tak kira siapala pun.

    Reply

  6. 6 Mohd Razif Aug 31st, 2010 at 11:37 am

    Setuju dengan perutusan DSAI. Apa yag jelas sekarang ialah rakyat sudah semakin matang berpoitik. Mereka sudah bijak membezakan mana yang benar dan mana yang hanya mengulang-ulang benda yang sama iaitu cuba meng’indoktrin’kan fikiran rakyat dengan kebaikan UMNO, yang jelas, tiada apapun yang boleh dibanggakan, dari perjuangan menuntut kemerdekaan, sampai ke mempertahankan ketuanan bangsa semua hancur dan dusta belaka. Akhirnya maruah bangsa semakin terhakis, bangsa semakin ketinggalan dan semakin daif. Banyak tanah yang terlepas keada orang lain. Rakyat terpaksa membayar segala-galanya. Tiada yang percuma daripada cukai tapak rumah, cukai pintu, cukai maintainance, cukai parking, cukai pendapatan, cukai jalan, insuran kenderaan yang sangat tinggi, tarif letrik dan air yang membebankan, gaji asas yang kecil, saman yang tidak munasabah, yuran institusi pengajian tinggi yang mahal, kos perubatan penyakit chronic yang membebankan, penyalah gunaan kuasa dan rasuah yang berleluasa, dan banyak lagi, kepincangan UMNO yang mengaku hebat, padahal memang patut dihumban kedalam tong najis.

    Reply

  7. 7 sukma.angin Aug 31st, 2010 at 2:04 pm

    To Unsung Heroes in Malaysia History,

    We know you were there for us, fought for us and die for us.
    It is an honor to live at yours.

    An we are here, fight and ready to die for your generations, our generations
    It is an honor to die at yours.

    Reply

  8. 8 shift Aug 31st, 2010 at 2:12 pm

    Kalau gitu, tarikh 31hb Ogos sebenarnya diguna untuk menyambut kemengangan UMNO mendapat kuasa dengan begitu mudah dari British untuk memerintah negara ini bererti kemerdekaan yang tidak akan matang dan apa yang ditonton pada hari ini dari hari 31 Ogos yang akan datang menggambarkan sebuah kemerdekaan yang tidak pernah matang.

    Reply

  9. 9 salem's lot Aug 31st, 2010 at 2:35 pm

    Lucu rasanya membaca amaran Najib kepada mereka yang cetuskan isu perkauman. Najib seolah-olah tidak faham bahawa parti UMNOlah yang menjadi juara segala isu perkauman dinegara ini. Soalan yang perlu ditanya oleh pemberita kepada Najib ialah :

    1. Adakah anda nafikan anda terlibat dengan perhimpunan di stadium TPCA pada tahun 1987 yang membawa kain rentang yang antara lain memaparkan ” biarlah keris melayu dibasahi dengan darah cina”?

    2. Kenapa dari dulu sehingga sekarang kursus Biro Tata Negara yang dibiayai oleh rakyat Malaysia digunakan untuk menerapkan fahaman perkauman sempit bertujuaan untuk menyokong UMNO terus diadakan?

    3. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap Nasir Safar( pembantu peribadi NBajib )kerana memuntahkan kenyataan sempit perkauman dengan melabelkan kaum cina yang datang ke Malaysia sebagai pelacur dan kaum India sebagai pengemis?

    4.Kenapa ketua bahagian UMNO Bukit Bendera yang mengatakan bahawa orang bukan melayu sebagai penumpang sahaja tidak diambil tindakan sewajarnya?

    5. Kenapa akhbar milik UMNO- Utusan Malaysia dan yang lain sejak anda mengambil alih tapuk UMNO menjadi begitu liar dan dibenarkan terus menerus mencetuskan kebenciaan kaum?

    6.Mengapa ceramah UMNO yang diadakan diseluruh negara mengapi-api sentimen perkauman dengan membuat kenyataan bahawa melayu akan hilang kuasa sedangkan yang akan hilang kuasa ialah UMNO-BN?

    7. Parti DAP yang menerima keanggotaan dari pelbagai kaum, malahan ada sesetengah cawangan mempunyai 100% kaum melayu, yang pernah ada ahli parlimen dari kalangan orang melayu ( Ahmad Nor- Bayan Baru) dan juga dari kalangan kaum india , sikh dan lain-lain kaum dilabelkan sebagai parti perkauman. Jika dibandingkan dengan DAP, UMNOlah sebenarnya parti perkauman yang berfikiran sempit. Soalan saya kepada anda, cuba senaraikan ahli parlimen UMNO dari kaum lain agar dapat diwar-warkan kepada umum.

    8. UMNO pendukung sebenar perkauman dengan ‘out sourcing’ elemen perkauman kepada Perkasa. Cuba anda fikirkan, Perkasa dirasmikan di bangunan milik parti UMNO iaitu PWTC dan dilancarkan oleh mantan Presiden UMNO yang kini ahli UMNO yang sah. Permit penerbitan akhbar Perkasa diluluskan oleh KDN dibawah seliaan Hishamuddin secara segara. Kebanyakan perlakuaan Perkasa adalah kelakuaan UMNO sendiri kerana ianya digerakkan oleh ahli UMNO dan ahli Perkasa. Adakah anda menafikan kenyataan ini?

    Nampaknya Najib jahil bahawa rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan retorik Najib dan UMNO bahawa orang lain yang bersifat perkauman tetapi bukan mereka. UMNO telah lama tamat tarikh luputnya dan perlu digantikan dengan segera melalui PRU ke 13.

    Reply

  10. 10 ron Aug 31st, 2010 at 2:56 pm

    rakyat belum merdeka dlm ertikata sebenar. kenapa?

    malaysia telah memilih demokrasi, tp demokrasi kita dieksploitasi & dimanipulasi sepenuhnya pemerintah. demokrasi tulen belum tertegak, kerana generasi bapa & datuk telah dikencing hidup2 oleh regim berkuasa. jika pergi dan tengok sdr (for real) di negara2 maju, demokrasi BN nyata terpesong dan cacat.

    demokrasi berparlimen mestilah diukur dr prinsip2 asas demokrasi. google je. akan nampak dari 20, kerajaan telah langgar lebih dari 14 prinsip utama. kurang 40%. gred E atau F. Gagal, BN telah gagal.

    merdeka tidak bermakna kalau asas demokrasi tidak tertegak sepenuhnya, atau sekurang2nya 80% (that’s A).

    Reply

  11. 11 andro Aug 31st, 2010 at 7:00 pm

    Satu sistem dari kesilapan mestilah diperbetulkan,Sebuah kerajaan yang prihatin terhadap wargaemas 60 tahun keatas dengan janji RM 1000 amatlah di alu-alukan,namun bagi saya ada satu kepincangan pada wargaemas dengan sebuah kerajaan yang membeza-bezakan wargaemas dengan memberi pencen pada yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja,bagaimana dengan yang bekerja sendiri dan swasta…apakah yang menjamin masa depan mereka…kerajaan yang perihatin kepada wargaemas semestinya memberi pencen sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan pada semua wargaemas berumur 60 tahun keatas….kerajaan atau swasta….janganlah di ambil kira…wajib agar rakyat tidak merasa takut dengan bayangan hari tua…yang tua dulunya adalah tenaga rakyat tak kira bidang kerana itulah khidmat untuk negara…yang muda teruslah bekerja dan bila ia tua akan menerima nasib yang sama…..berkahwinlah dan didiklah anak anda sehingga berdikari dan berkeluarga….namun bila sudah tua kerajaan menerima semula tenaga yang lemah ini menjadi tanggungannya….

    Reply

  12. 12 beritalabuan Aug 31st, 2010 at 7:24 pm

    Sila perbetulkan fakta. 2010 bukanlah ulang tahun kemerdekaan ke 53 tahun Malaysia tetapi kemerdekaan Tanah Melayu. Hari Kemerdekaan seharusnya disambut oleh setiap gabungan yang membentuk Malaysia ( Tanah Melayu merdeka 31.08.1097, Sabah merdeka 31.08.10963, Sarawak Merdeka 22.07.1963).
    Kenapakah anda terus meminggirkan kemerdekaan Sabah Sarawak?
    Kenapakah hanya pejuang kemerdekaan Tanah Melayu sahaja ditayangkan di media massa?
    Kenapakah Tanah Melayu terus merompak hasil bumi Sabah Sarawak untuk kemajuan Tanah Melayu?
    Kenapa Tanah Melayu menjajah Labuan?
    Kenapa Jambatan Labuan-Sabah tidak dibina sedangkan RM2 Bilion untuk projek KLIA 2 itu datangnya dari minyak Labuan-Sabah?
    Kenapa Parti penjajah Tanah Melayu terus bermaharajalela di Sabah? RAKYAT SABAH AKAN BANGUN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH!!

    Reply

  13. 13 sham Sep 1st, 2010 at 9:51 am

    jom merdekakan diri dari sikap perkauman bersama Pakatan Rakyat

    Reply

  14. 14 Ed Soo Sep 1st, 2010 at 12:39 pm

    Sir, In conjunction with Malaysia Day, we are organising a Malaysiaku- Celebrating Malaysia Day Street Festival 3-9pm on 16th Sept at Bangkung Row.

    Malaysia Day is a day for all Malaysians to celebrate our nationhood: irrespective of whether we are from East Malaysia or West Malaysia; and regardless of our ethnicity, culture, religion, social standing, or any of the other many different ways in which we (or others, for us) delineate, classify and identify ourselves.

    It is in this spirit of inclusiveness, that we, a group of Malaysians who care deeply for our country, conceived the Malaysiaku – Celebrating Malaysia Day project. This country is “Malaysiaku” (My Malaysia) for all Malaysians.

    Through exhibitions, talks, discussions, performances, poetry reading, art, music, books, food, and other ways, we celebrate all that is unique and beautiful about this country.

    We hope you can come to join us in this celebration. Lets not just focus on all the negative things about this country, but also on all the GOOD things! Thank you.

    Reply

  15. 15 Samy Bulu Sep 1st, 2010 at 6:11 pm

    Selamat Hari Merdeka..kita sindri ada sokong DSAI..

    Reply

  16. 16 gajah pahat Sep 1st, 2010 at 10:08 pm

    Nilai merdeka perlu dihayati dengan baik. Banyak negara-negara yang maju berjaya mengekalkan kesejahteraan rakyat negara mereka kerana penghayatan kemerdekaan sepenuhnya adalah untuk rakyat.

    Di negara ini slogan merdeka seolah-olah untuk mengukuhkan sentimen kebangsaan sempit. Sesuatu yang baik hanya dicipta dari kepimpinan yang baik. Sanusi Junid kata ikan..jika kepalanya busuk maka keseluruhan badannya akan turut busuk.

    Merdekakan negara kita dari ikan busuk.

    Reply

  17. 17 amsyar hamzah Sep 2nd, 2010 at 2:03 am

    MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN MERDEKA INI SUATU RAHMAT UNTUK NEGARA MALAYSIA..

    harapan individu kecil saya ini..
    -tiada lagi tragedi berdarah seperti tahun 1969..
    -tiada lagi pengecilan kuota bangsa Melayu dan Bumiputra..
    -tiada juga penindasan kuota bangsa selain Melayu dan Bumiputra..
    -tiada lagi sikap perkauman yang sungguh menebal..
    -tiada lagi dasar kaya terus kaya..
    -tiada lagi dasar miskin terus miskin..

    semoga yang lain akan terus ada harapan berguna yang baik untuk MALAYSIA..

    Reply

  18. 18 smy Sep 3rd, 2010 at 11:29 am

    kita tgk pak rais yatim sibuk suruh rakyat kibar jalur gemilang untuk hari merdeka, tapi apa ada merdeka jika masih ada rakyat yang susah dan kemudahan asas yang kurang sempurna di seluruh negara. saya rasa kita dah lama kena tipu dengan orang umno/bn. kepada DSAI, kita sama sama bagi satu KO sama umno/bn pada PRU 13 nanti.

    Reply

  19. 19 anak negeri sabah Sep 3rd, 2010 at 5:44 pm

    d harap negri sabah turut d bngun kn sma spt ngri2 lain ..
    rsa’y sabah d anak tiri kn ..

    sekian ..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Aug 31st, 2010 at 12:04 am

Leave a Reply