PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA
Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)”
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.
28 Ogos 2010
DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat









Media di kawal selia.. perlu ikut telunjuk.. mesti patuh, walau pun merosakkan keharmonian negara.. ini semua kerana kuasa.. kuasa itu duit, duit itu raja di dunia.. akhirat mereka belakang kira.. sampai ke tahap melibatkan raja-raja, tak sampai 24 jam terus murka walau tanpa usul periksa, atau skrip sudah di sedia.. tak pa.. PRU13 kita mara..
Reply
salem's lot Reply:
August 30th, 2010 at 6:23 pm
Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.
Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
“Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka,” kata Mahfuz.
Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.
Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.
“Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno,” jelasnya.
Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.
Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.
“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.
“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu,” jelasnya.
Reply
Sapa Lagi Reply:
August 31st, 2010 at 9:02 am
SALAM DSAI,
SAYA MELIHAT ISU INI DARI SUDUT YG LEBIH LUAS, DMANA SEMANGAT PERMUAFAKATAN PAKATAN RAKYAT BENAR2 TERUJI APABILA DIKRITIK HEBAT. NAMUN BEGITU, DSAI SBG KETUA UMUM PAKATAN HENDAKALH MEMASTIKAN AGAR SEMANGAT TERSEBUT TERUS WUJUD DI KALANGAN PAS-KEADILAN-DAP. INI KRN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT HENDAKALH TERUS DIASAH BG MERAIH LEBIH BANAYAK KERUSI PARLIMEN DI PRU KE 13 YG AKAN DTG.
SAYA MENGUCAPKAN SYABAS KPD DSAI ATAS BBRP SIRI LAWATAN DI SABAH DLL NEGERI KEBELAKANGAN INI. SEMOGA KESIHATAN DSAI TERUS UTUH BG MEMASTIKAN RAKYAT NEGARA INI MENDAPAT MAKLUMAT YG BETUL DAN TEPAT, BUKANNYA MAKLUMAT PENUH BOHONG YG DISEBARKAN OLEH MEDIA UMNO-BN.
SEKAIN. LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!
Reply
Isu yang hampir sama juga berlaku di laman ini.
http://saifulislam.com/?p=619
Reply
Umno jumud..
Reply
siswi UTM Reply:
August 30th, 2010 at 8:26 am
UMNO kaki kemut.
Reply
The UMNO/BN the more they try to make any issue out of No Issue…the more and how stupid they sound. A house that cost 500k according to them is Luxury…it show how stupid…out of time and out of touch.
A politician who knows nuts about Islam…trying to play God…this are the one that cause the whole world to have misunderstanding on Muslims !
Reply
Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Sabah dan Orang Sarawak, ayuh kita tukar ini kerajaan.
Reply
Surau dan Masjid bukanlah hak mutlak UMNO…kalau begitu PKR,PAS pun tak boleh masuk masjid juga ke?Bodoh punya orang…tahukah anda yang membina dan menyiapkan penyengelaraan masjid dan surau adalah dari kalangan kaum cina juga..bukan islam,pernah di suatu ketika renovation masjid di kampung saya…orang cina yang menukar bumbung masjid dan memasang kipas angin baru di ruang solat…mereka berseluar pendek…tak tutup aurat…tiada menjadi masalah..tutup aurat sebab mereka bukan Islam,mengapa bukan Islam perlu menutup aurat…?
Reply
Majlis Agama Islam Selangor kena sedar anda di Bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang…..
Reply
lang suyo Reply:
September 5th, 2010 at 5:54 pm
tangan yang bena mesjid adalah tangan orang cina !! semua di sub kon kepada simata sepet!! bena boleh, tapi masuk tak boleh!!. ini undang undang UMNO!!. DI Negara cina mesjid di bena oleh orang cina dan masuk pun orang cina!!! . pening negara ini angkara orang UMNO.
Reply
Majlis Agama Islam Selangor kena sedar anda di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang….
Reply
Majlis Agama Islam Selangor masih bermimpi bahawa Selangor di perintah Barisan Nasional lagi maka banyaklah kaki ampu UMNO di MAIS dan mengadu domba pada Sultan…belajarlah apa itu kuasa politik….jangan bermain dengan Imam yakni Ketua patuhlah pada ketua yang menguasai politik pilihan rakyat majoriti…..
Reply
shamsi Reply:
September 1st, 2010 at 7:56 am
Dulu mereka dapat masyuk daripada UBN sekarang ni cuma elaun saja tu yang gila meroyan sangat dah jadi hamba duit memang begitulah…Kerajaan PR sebenarnya tau mahu campur hal2 berkaitan agama sebab raja gopal kan ada tapi yang taksub sangat nak tunjukkan mereka bagus ni samseng UMNO kejadahnya pi matilah korang?
Reply
Semalam saya ke melaka untuk membeli persiapan hari raya, setelah masuk waktu zohor, saya telah bersembahyang di Masjid Al Azim, Melaka. Ketika itu sedang giat dijalankan persiapan bagi Majlis Penutupan Pertandingan Al-Quran Dunia Melayu, yg menghairankan sy kenapa begitu ramai orang bukan muslim sedang bekerja memasang peralatan audio video di kawasan solat, bukankah heboh sekarang ini mengatakan orang bukan muslim tidak dibenarkan berada di kawasan solat di sesebuah masjid. Adakah larangan hanya di Selangor sahaja dan di Melaka dibenarkan.
Reply
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong BUKAN ISLAM Memasuki Masjid Dan RUANG SOLAT UTAMA Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong BUKAN ISLAM diHARUSKAN memasuki masjid dan RUANG SOLAT UTAMA dengan syarat mendapat KEIZINAN PENGURUSAN MASJID dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”
=============================================================================
nampak sangat bende ni sengaja nak dipolitk secara melampau
demi kelansungan hayat parti UMNO.
padahal kalu mereka Ikhlas, bende ni bleh ditegur secara
berhemah dan tak perlu heret Sultan
zaman nabi pun dah berlaku, cuma kali ni amoi DAP tu x pakai tudung
dan itu kesilapan pengurusan masjid yang terlepas pandang
bukan salah DAP atau PAS tau PKR
Reply
jahil sangat, dah terlebih sesat umno ni…ksian..
Reply
dunia dah nak terbalik, Kalau bukan islam benci masjid dan islam tak jadi isu,tapi kalau bukan islam masuk masjid jadi isu.Semoga ada hidayah kepada mereka yang masuk masjid untuk masuk Islam.Otak udang media dan terlalu perkauman yang menghancurkan negara ini.
Reply
YA ALLAH, HANCURKANLAH PARTI UMNO, MEREKA CUBA UTK MEROSAKKAN PEMIKIRAN TTG ISLAM DI KALANGAN HAMBA2MU YA ALLAH, CERAIKANLAH PARTI MEREKA, KESATUAN MEREKA DAN KALIMAH2 MEREKA YA ALLAH, AMIN YA RABB
Reply
Bukan Islam memasuki masjid bukanlah suatu isu, namun perkara yang menjadi kebimbangan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tentang umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca yang perlu diberi perhatian sama ada oleh UMNO mahupun PAS termasuk juga mereka yang mengaku diri sebagai Islam di dalam KEADILAN. Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah. Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina. Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri
http://celahgelegar.blogspot.com/2010/08/bukan-islam-boleh-masuk-masjid.html
Reply
gelego selang Reply:
September 2nd, 2010 at 2:44 pm
Bukan islam masuk mesjid adalah takdir ini kerana hati seseorang itu terbuka ke mesjid adalah di bukan hati mereka untuk ke rumah allah. bergitu juga ke Mekkah bila seru dah sampai tiada satu sen pun dalam poket akan sampai juga ke mekkah mukarmah. Setiap gerak langkah kita adalah atas urusan allah kita harus percaya kadak dan kadar. oleh itu kita kena rada siapa Raja dan siapa Rakyat itu susunan allah. kalau tiada rakyat tiada raja bergitu juga sebaliknya. kita saling berpaut semua bangsa adalah dari nabi adam.
Reply
Lepas in UMNO nak jadikan isu apa lagi…Pakatan Rakyat akan debatkan….Macammana kalau Bukan Islam Menziarah Tanah Perkuburan Islam plak?….Dah nak Raya ni…..ka ka ka….UMNO nak jadi jalan pembimbing Islam kepada PAS dikatakan PAS ialah P=Parti A=Ajaran S=Sesat sebab UMNO tak tahu Baca Jawi….PAS adalah dari akronim Huruf Pa=P atau Parti,Alif=A atau Islam dan Sim=S atau Se Malaysia…..UMNO lah yang menyesatkan yang betul…..
Reply
Orang UMNO ni patut tanya Yusuf Qardhawi tentang fatwa orang bukan Islam masuk masjid, sebelum membuat fatwa sendiri. Yang masalahnya fatwa dibuat sendiri tanpa ilmu agama. Rujukan UMNO ialah kitab fitnah, raswah, kroni, penyelewengan dan mereka berguru dengan Tun M.
Sebenarnya UMNO memburukkan lagi pandangan dunia bukan Islam terhadap islam sebagai agama yang tiada toleransi, ganas dan berciri terrorism. Setengah orang Amerika kata Islam tak benar bukan Islam masuk masjid kerana di masjid disimpan bom dan bahan-bahan anti kristian.Taubat anak cucu jangan dekati UMNO.Berita ini telah tersibar seluruh dunia sekarang dan itulah pandangan mereka.
Reply
Cina Dap masuk masjid puak2 umno bising sebab mereka selalu ponteng tapi jika cina yang sokong mereka rompak hasil negara tak kisah pun janji masuk?
Reply
engok alin Reply:
September 5th, 2010 at 5:57 pm
kalau cina MCA atau Gerakan masuk mesjid tak salah siap dapat sijil halal lagi!!!!
Reply
Mentality Rakyat M’sia Harus di Tukar secara Total,,,, Masih lagi dibawah tempurung “Kepala Hotak UMNO yg benjol”…Sabar DSAI Allah Akan tetap bersama anda,,,moga usia anda dipanjangkan dalam keadaan sihat dan beriman…Teruskan Usaha Pasti Jaya…INSHAALLAH………!!!!!
Reply
Dari Tuan Guru Hj Nik Aziz Blog..MESEJ KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA
Kategori: Ucapan
Sempena Majlis Merai Ketua-Ketua Agama,12 Safar 1431 bersamaan 28 Januari 2010
Bismillahhir Rahmanir-Rahim, firman Allah yang bermaksud,
“Rasul (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhan, demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya (mereka mengatakan), “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya”, dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa), “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kembali.”
(Surah Al-Baqarah ayat 285 )
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan perkenan daripada Allah S.W.T jua, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim, mengambil langkah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari yang serba sederhana, pada hari yang sangat bersejarah ini.
Sesungguhnya budaya mengadakan jamuan makan minum, telah menjadi satu tabiat semulajadi manusia sejak zaman berzaman. Khasnya bila dapat nikmat Allah seperti dapat anak, dapat menantu, kerana menyambut hari raya dan hari-hari kesukaan yang tertentu. Seperti kesukaan dihari ini.
Hari ini Kerajaan Kelantan mengadakan jamuan, bertujuan untuk bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana tiada sebarang perselisihan faham di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di Kelantan. Selaras dengan agama Islam sendiri yang sememangnya adalah agama perdamaian, agama ketenangan dan agama kesejahteraan.
Semoga perjumpaan yang penuh bermakna ini, akan menyuburkan lagi ingatan dan perasaan kasih mesra, serta merapatkan lagi hubungan persaudaraan yang sudah terjalin sejak sekian lama dulu.
Islam adalah agama yang sangat mengutamakan keharmonian sesama manusia. Perkataan Islam adalah berasal daripada perkataan (Islam – Yaslam – Islama), yang bererti taat, patuh, berserah diri, menjunjung segala perintah (Allah S.W.T). Perkataan (Islam) juga bersumber daripada perkataan (Salam – Yaslam – Salama Wassalamah) yang bererti keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud, “Masuklah kamu ke dalam Agama Islam yang membawa keselamatan, kesejahteraan dan perdamaian.”
Alhamdulillah, Kelantan sekarang ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam yang mencontohi cara pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W ketika mentadbir kerajaan Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W sebaik saja sampai ke Madinah Almunawwarah, mengadakan perjanjian damai secara bertulis (dipanggil Misak Al Madinah; Sahifah Madinah; Piagam Madinah) dengan kumpulan-kumpulan Yahudi yang berbalah dengan nabi-nabi utusan Allah sejak zaman berzaman. Mereka sering menimbulkan pelbagai masalah dengan Nabi Isa dan juga Nabi Musa a.s.
Namun, kumpulan Yahudi itu telah menerima perjanjian damai dengan Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang tercatat dalam perkara 37, Piagam Madinah; antaranya bermaksud, ”orang Islam dan orang Yahudi hendaklah saling bertolongan menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menyertai perjanjian ini. Dan mereka hendaklah sama-sama menasihati dan melakukan perkara kebajikan tanpa perbuatan dosa.”
Ini membuktikan Islam meletakkan perdamaian sebagai matlamat. Sebab itu bila jumpa kawan, selain bermuka manis, ucapan salam; assalamualaikum, sangat digalakkan:
Saya sendiri sudah acapkali berjumpa wakil-wakil agama. Ada yang datang ke pejabat saya. Ada yang saya sendiri pergi ke wat atau kuil-kuil untuk menjalin hubungan yang damai. Sebarang masalah yang timbul, Islam mengajar kita berdialog, berbincang berdasarkan hajat masing-masing selari dengan ajaran al-Quran, ”Silalah bawa keterangan-keterangan, hujah-hujah kamu jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah An-Namlu, ayat 64).
Alhamdulillah, dengan rahmat ajaran Islam dipusakai sejak turun temurun, rakyat Kelantan pelbagai agama, budaya, bahasa dan keturunan, sentiasa hidup dalam keadaan rukun, aman damai dan tenang tenteram. Hatta ketika peristiwa 13 Mei tahun 1969, ketika berlakunya kebakaran dan rusuhan berdarah di Kuala Lumpur dulu, Kelantan yang pada ketika itu diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), berada dalam keadaan aman damai. Kerana berlakunya amalan agama Islam yang mengajar kita supaya menjaga lima perkara. Iaitu menjaga agama, jiwa raga, akal, keturunan dan harta benda.
Agama dijaga jangan ada yang murtad, nyawa dijaga jangan ada pembunuhan dan pertumpahan darah. Harta dijaga jangan ada perbuatan curi, rompak, samun, rasuah dan pembaziran. Keturunan dijaga jangan ada zina, liwat dan . Akal dijaga jangan ada penggunaan alkohol dan apa sahaja yang memabukkan. Atas sebab untuk jaga lima perkara inilah islam memakai undang-undang hudud dan takzir.
Kebaikan undang-undang ini adalah untuk semua kaum termasuk orang bukan Islam, khasnya orang Cina yang berniaga sangat bernasib baik. Kerana harta benda mereka akan menjadi lebih selamat bahkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, budaya, bahasa dan keturunan dapat mencari rezeki dan hidup dalam keadaan aman damai.
Islam utamakan hubungan keharmonian
Islam mengajar bahawa hubungan sesama manusia atas apa tingkatan sekalipun, mesti mengutamakan perdamaian, persafahaman, berbaik sangka dan perbincangan, demi mewujudkan persetujuan bersama ke arah mencapai budaya hidup yang harmoni, di kalangan sesama manusia.
Islam mengajar bahawa manusia sedunia adalah diciptakan oleh Allah, Tuhan yang satu, dan semua manusia berasal dari Adam, manusia pertama yang Allah lantik sebagai nabi. Sekaligus, sebagai bapa kepada semua umat manusia sedunia. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa’), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu.”
Tegasnya, manusia sebagai makhluk ciptaan Allah, Tuhan yang satu. Yang berasal daripada nabi Adam a.s dan isterinya bernama Hawa’, perlu hidup bersatu padu, saling bertolongan , saling bertanggungjawab dan saling menghomati di antara satu sama lain.
Namun disebabkan oleh berlaku pemisahan Geografi, dicorakkan lagi dengan kehidupan bermasyarakat yang berbeza-beza, maka di sana berlakunya perbezaan yang melahirkan kaum, bahasa, adat resam dan kepercayaan. Sampai kepada peringkat berlaku pula perbezaan kepercayaan agama mahupun ketuhanan.
Walau apa pun Islam sebagai satu agama samawi yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh manusia, pastinya membawa rahmat kepada sekalian alam di bumi mahupun di langit. Atas asas ini, Islam mengamalkan sikap terbuka dari segi mencari kebenaran di atas perkara-perkara yang berlaku perselisihan.
Sebab itulah Allah sendiri mengajar nabi dan rasul-rasulnya, supaya menyampaikan kebenaran kepada umatnya. Tetapi prinsip kebenaran hendaklah berasaskan kepada hajat dan lojik. Sebagaimana sikap nabi Musa berdepan dangan kaumnya. Nabi Musa diarah mengemukakan kebenaran kepada kaumnya. Dalam Al-Quran sendiri disebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 111 yang bermaksud, ”Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, “Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu, (hanyalah) angan-angan mereka belaka. Katakanlah (wahai Muhammad), “Silalah kamu membawa datang keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakana itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
Melalui surah Assaf ayat 5 Allah berfirman yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, ”Wahai kaumku, mengapa kamu menyakiti ku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu? Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati-hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.”
Demikian juga berlaku kepada Nabi Muhammad apabila berhijrah ke Madinah, berhadapan dengan kaum Yahudi yang bermasalah dengan nabi-nabi zaman mereka.
Penyelesaian kepada permasalahan orang Yahudi tersebut, Nabi Muhammad telah mengadakan Piagam Madinah “Sahifah Madinah” yang menetapkan satu ikrar dan persetujuan sama-sama bertanggungjawap untuk menjaga Kota Madinah. Tetapi berlaku di kalangan Yahudi Quraizah, yang memulakan perlanggaran di atas persetujuan piagam tadi, yang menyebabkan mereka dikenakan tindakan. Ini bermaksud, cara pengurusan dan pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W, begitu berpegang teguh di atas prinsip kebenaran. Lebih-lebih lagi di atas ikrar dan persetujuan yang dibuat antara umat Islam dan Yahudi.
Di sinilah apa yang diamalkan di Kelantan, meletakkan asas pentadbiran berteraskan Membangun Bersama Islam, yang mengutamakan prinsip masyarakat beragama. Selari dengan apa yang terkandung di adalam perlembagaan Negara. Menerusi teras Membangun Bersama Islam, yang mengutamakan prinsip masyarakat beragama. Masing-masing bebas mengamalkan agama.
Menerusi teras Membangun Bersama Islam juga, pihak Kerajaan Negeri bersikap terbuka untuk semua pihak saling faham memahami, dan menganjurkan mana-mna pihak untuk berdialog, berunding, bertukar-tukar fikiran dan terlibat sama di dalam program-program berorientasikan Islam. Supaya semua masyarakat berbagai kaum di negeri ini boleh memahami kebenaran dasar-dasar berteraskan agama di Kelantan.
Pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah menjadikan asas agama Islam bagi rujukan mentadbir negeri. Kerana rakyat secara umumnya boleh menerima kandungan kitab Al Quran yang mengandungi kebenaran, keadilan dan menyatakan hak-hak kepada semua umat manusia.
Kerana Islam mengajar kita, tiada perkara di muka dunia ini yang terjadi dengan sendiri. Baik di langit mahu pun di bumi. Bahkan semuanya diciptakan oleh Allah yang maha Esa. Yang tidak punya sekutu. Tidak punya ibu-bapa, anak, rakan kongsi dan sebagainya. Islam mengajar bahawa Allahlah yang mentadbir alam ini dengan penuh kuasa mutlak. Ialah Tuhan yang menciptakan alam ini tanpa menggunakan sebarang bahan mentah. Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan Allah adalah satu. Khasnya firman Allah dalam surah al-Ikhlas yang bermaksud, ”Katakanlah bahawa Allah adalah tuhan yang maha Esa. Dan Allah adalah Tuhan yang serba cukup, yang menjadi tempat bergantung sekalian makhluk. Allah sama sekali tidak beranak/tidak mempunyai anak. Allah sama sekali tidak diperanakkan – tidak diciptakan oleh sesiapa pun. Bahkan Allah adalah tuhan yang ada dengan sendiri sejak sediakala. Dan tiada sesuatu apapun yang setanding/setara dengan dia.”
Seterusnya Islam mengajar bahawa kehidupan di dunia ini tidak berakhir di pintu kubur. Bahkan akan bersambung dengan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Fatihah, ”Tuhan yang berkuasa mutlak pada hari pembalasan.” Ia menjelaskan bahawa semua manusia akan diberikan pembalasan mengikut undang-undang Allah sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran. Bukannya mengikut undang-undang ciptaan manusia di dunia ini.
Inilah dia asas ajaran Islam, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa. Ini bermakna semasa hidup di dunia ini kita mesti taat sepenuhnya kepada segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Supaya kita sentiasa berhamba abdi hanya kepada Allah sahaja. Supaya kita sentiasa hidup bersatu padu, aman damai dan tenang tenteram. Dengan menjaga agama, jiwa raga, akal, keturunan dan harta benda.
Orang-orang yang taat patuh sepenuhnya kepada Allah, Tuhan yang maha esa itu akan dibalas dengan ganjaran syurga di akhirat nanti. Manakala orang-orang yang durhaka pula, akan dibalas dengan siksaan api neraka dengan seribu satu macam seksaan dan penderitaan yang tidak terperi sakitnya.
Insya Allah, majlis seumpama ini dapat diadakan dari semasa ke semasa, bagi mencari titik persamaan, sekaligus untuk menemui kebenaran ke arah menyemarakkan lagi perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Reply
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
At Taubah ayat 17
Reply