Archive for August 29th, 2010

29 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama. (more…)

29 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Rombongan kami sebagai Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan Ramadzan di Semenanjung Gaza, mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Mesir dan Kerajaan Mesir kerana membenarkan kami masuk untuk melaksanakan
misi kali ini.

Sesungguhnya misi kali ini amat bermakna untuk kami meninjau sendiri kesan peperangan yang telah membebankan rakyat Palestin. Peranan Kerajaan Malaysia sebagai pihak yang prihatin kepada isu Palestin termasuk membuat usul mengutuk serangan tentera Zionis Israel dalam parlimen perlu diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang lebih proaktif.

Di antara yang kami pinta adalah :-

1. Meminta Kedutaan Malaysia di Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Mesir bagi memastikan konvoi atau misi kemanusiaan ke Gaza dipermudahkan pada masa hadapan.

Secara tidak langsung ia membuka laluan perdagangan di antara dunia luar dan rakyat Palestin khususnya.

2. Meminta Parlimen Malaysia untuk mewujudkan Kaukus bagi memperjuangkan isu Palestin dari kezaliman tentera Zionis Israel secara lebih berfokus. Tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan politik antarabangsa supaya wilayah Semenanjung Gaza dibebaskan dari sekatan ekonomi.

3. Menggesa pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parlimen, kerajaan negeri dan mana-mana pertubuhan kemanusiaan untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza; kerana mereka amat memerlukan lawatan kita di sana bagi menguatkan hubungan dan semangat juang menentang regim Zionis Israel.

Dokumentasi misi kemanusiaan Ramadzan Ke Gaza oleh MAPIM dengan kerjasama ahli parlimen yang turut serta ke Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada YB Menteri Luar di Parlimen pada bulan Oktober atau November 2010 nanti.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

——————————————————————————————————————————–
Wakil Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang hadir menyertai Misi Kemanusiaan Ramadzan di
Semenanjung Gaza mulai 6 – 18 Ogos 2010 :

1. YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

2. YB Haji Ahmad Kasim
Ahli Parlimen Kuala Kedah
Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah (more…)

29 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

PARTI KEADILAN RAKYAT
KENYATAAN MEDIA

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini. Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)”

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan. (more…)