28
Aug
10

Umno Mahu Taib Undur, Untuk Kuasai Sarawak

Dari Harakah

PAS melihat Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tekanan tersebut sama seperti dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah.

Ianya sewaktu kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Umno ujar Idris mahu menguasai Sarawak dengan menyingkirkan Taib yang kini presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ini kerana di Semenanjung Umno sudah kehilangan sokongan majoriti besar rakyat Melayu.

“PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.

“Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas,” katanya.

PAS juga katanya sedar parti-parti komponen BN yang lain sudah muak melihat keangkuhan Umno yang mahu mendominasi BN.

“PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi “Maharaja dalam BN”.

“Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru,” pelawanya.


7 Responses to “Umno Mahu Taib Undur, Untuk Kuasai Sarawak”


  1. 1 sukma.angin Aug 28th, 2010 at 4:53 pm

    Kasta dalam Umno.

    Semanggul ’88-19-46′- boleh usik, boleh pegang, boleh masuk, boleh pimpin.

    Benjo dan YESNO – sekali masuk seberang, terus bohsia. kisah katak bermula.

    Waris Poke Bar-u – dulu pegang sentiasa, bila dah dapat malas dah nak cuit.

    Perkasam – ‘Semanggul ’88-19-46′ dah masam bau, dalam pernah pegang, kalah beradu, keluar cepat, dulu dan sekarang: dalam luar boleh, sekarang kaki cuit. Ada cuit sekali, tak ada lagi kuat cuit.

    Kimmak kaw punya-pemerhati dan tukang sorak sahaja. Sampai bila-bila. Ada rekod.

    PBB – lamaaaaaaa mau dihirup tok uban…padahal sikit pun tak pernah usik tak pernah fikir nak pegang mana. target umno bohsia baru.

    Reply

  2. 2 sukma.angin Aug 28th, 2010 at 5:13 pm

    Kasta dalam Umno.

    Semanggul ’88-19-46′- boleh usik, boleh pegang, boleh masuk, boleh pimpin.

    Benjo dan YESNO – sekali masuk seberang, terus bohsia. kisah katak bermula.

    Waris Poke Bar-u – dulu pegang sentiasa, bila dah dapat malas dah nak cuit.

    Perkasam – ‘Semanggul ’88-19-46′ dah masam bau, dalam pernah pegang, kalah beradu, keluar cepat, dulu dan sekarang: dalam luar boleh, sekarang kaki cuit. Ada cuit sekali, tak ada lagi kuat cuit. Kelainan ni

    Kimmak kaw punya-pemerhati dan tukang sorak sahaja. Sampai bila-bila. Ada rekod.

    PBB – lamaaaaaaa mau dihirup tok uban…padahal sikit pun tak pernah usik tak pernah fikir nak pegang mana. target umno: bohsia baru.

    Reply

  3. 3 Ngap Sayot Aug 31st, 2010 at 12:39 pm

    Harap video ceramah datuk seri di sabah dan sarawak turut di upload di blog ini. tq

    Reply

  4. 4 jem jem Sep 1st, 2010 at 2:00 pm

    as usual, habis manis sepah di buang

    Reply

  5. 5 paul pott Sep 13th, 2010 at 10:54 pm

    PAS ,bagi saya rasanya lebih baik kita doa kompenen2 BN ini insaf dengan apa yg mereka lakukan selama ini daripada menyeru mereka join .Tahi walaupun setitik tetap tahi , jangan tunggu pisang berbuah 2kali ,katak melompat untuk habuan banyak ,yang ikhlasnya Rakyat . Jadi ‘saya’salah seorang rakyat malaysia menyeru rakyat malaysia menyertailah Pakatan Rakyat .Berikan peluang PR untuk mengubah Malaysia demi kita sendiri juga…..insaflah BN dan puak-puak gila harta dengan menipu Rakyat tu —Harta & kuasa tak kemana juga lepas mati ,mungkin kubur berbeza tapi pintu neraka hanyalah satu untuk pengkhianat bangsa,agama dan negara .Ikhlas dari hati untuk PR ?

    Reply

  6. 6 ensulit langit Sep 17th, 2010 at 8:53 am

    Saya yakin 100% bahawa UMNO tidak mampu untuk mengulingkan Kepimpinan Negeri Sarawak. Ini kerana, Kompenan BN(PBB,SUPP,PRS & SPDP)masih boleh berdiri sendiri tanpa sokongan UMNO. Bagi BN Sarawak, UMNO bukan segala-galanya. UMNO hidup pada hari ini adalah kerana BN Sarawak.Jika hari ini BN Sarawak mengubah lanskap pemikiran politiknya kepada Pakatan Rakyat, maka hari ini juga UMNO akan berdiri untuk selamanya. Saya berharap Pakatan Rakyat membaca buah fikiran ini cukup teliti dan penuh keterbukaaan.

    Reply

    win win malaysians Reply:

    oii reng sarawak lomeh,cakap berdeggung je,lanskap kroni berbeza oii…masih buta nak kaya tenggok duit kelabu mata,bodoh mcm bermimpi dokik pokok pisang..hehe..ambe dah masak sikap dan telatah manusia mata kelabu,depan pura2 alim,cerito dia tu d.dunia aje aku nyakin umno boleh sembelih lembu2 di sarawak……so renunglah ruang nak masuuuuuk……

    Reply

Leave a Reply