Archive for August 26th, 2010

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari (more…)

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato’ James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato’ Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya’, Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana (more…)

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR

26 OGOS 2010

KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS HARI RAYA SEBANYAK RM500

Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran Bantuan Khas Hari Raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum Keadilan

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Pas


PKR YAB Lim Guan Eng
Setiausaha AgungDAP

Antara Kandungan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Iltizam untuk melaksanakan Politik Baru:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 )penama yang diadu. (Rujuk lampiran)

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12 )penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

Lampiran

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Sinar Harian

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataannya yang menyebut pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah tidak sesuai seperti dilaporkan media sebagai tidak tepat.

Katanya, beliau tidak berniat menentang hukum syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam, tetapi dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, telah termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama.

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, serta memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan. (more…)

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 26 Ogos 2010

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail — Nurul Izzah difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

(more…)

26 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysian Bar

The Malaysian Bar is disappointed that the Court of Appeal, by a majority, has decided to grant the appeal by V K Lingam, Tun Ahmad Fairuz and Tun Eusoff Chin for leave to quash the Report by the Royal Commission of Enquiry on the “video clip incident” in whole or in parts.

A Royal Commission of Enquiry’s mandate entails the production of reports based on findings and recommendations. Hence, in essence, it cannot be a subject of legal challenge since the Royal Commission is not mandated to make decisions that can fall under the scope of judicial review. The Court inevitably refused or failed to consider the substantive arguments at the leave stage that the appellants surely had no arguable case.

The Bar urges the Honourable Attorney General to file an application for leave to appeal this decision at the Federal Court on this important question of law, which will have an impact on the success, effectiveness and credibility of future Royal Commissions. We look forward to the Federal Court to make the right decision.

At the same time, the Bar is shocked at the reprehensible threats made against certain individuals who were involved in exposing the “video clip incident” and were witnesses at the Royal Commission of Enquiry. We trust that the Royal Police Force will investigate these threats and provide adequate protection to these individuals immediately.

Meanwhile, the Bar continues with its disciplinary proceedings against V K Lingam.

Ragunath Kesavan
President
Malaysian Bar

25 August 2010