12
Aug
10

Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13

Dari Harakah
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap menjadi batu api dengan memanipulasi kenyataannya serta kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kelak.

Menurut beliau, dengan menjadi bati api membolehkan Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri berusaha mengelirukan orang-orang Melayu supaya Umno BN tidak tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

“Dulu dia (Muhyiddin) laga-lagakan Presiden PASdengan Tony Phua, sekarang dia laga-lagakan saya dengan Ustaz Hadi.

“Selepas ini, tentu dia akan tetap laga-lagakan yang lain sebab dia ini batu api, batu api memang begitu untuk selamatkan Umno pada PRU13 nanti,” ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Baginya, tindakan Muhyiddin itu sebenarnya bermotif apabila asyik menggembar-gemburkan wacana awam berhubung polisi Melayu Bumiputera mendapat diskaun 7 hingga 10 peratus pada pembelian rumah dan bangunan komersial yang masing-masing bernilai minimum RM500 ribu dan RM2 juta.

“Dia memang suka lebih banyak Melayu miskin yang ramai sebab dengan demikian itu orang-orang kaya termasuk pemimpin-pemimpin Umno yang sedia kaya boleh terus dapat lebih banyak subsidi.

“Mereka ini memang suka batu api ini, mereka suka Melayu miskin yang ramai kerana kalau Melayu miskin dah tak ada, mereka ini tak dapat subsidi lagi,” tegasnya.

Ekoran itu, beliau turut mempersoal rasionalisme pada pendirian Muhyiddin pula.

“Bagaimana nak selesainya kemiskinan orang-orang Melayu kalau Muhyiddin mempertahankan dasar memberi subsidi dan diskaun-diskaun ini hanya pada orang-orang kaya,” soalnya.

Sebagai contoh, beliau berkata, Bumiputera yang sedia kaya raya sahaja akan terus menikmati subsidi RM35 ribu atau diskaun 7 peratus dalam pembelian rumah mewah bernilai RM500 ribu umpamanya, kerana orang-orang Melayu miskin mustahil boleh memberi rumah-rumah mewah ini.

“Inilah yang segelintir ahli-ahli Umno yang tinggal di rumah kos rendah, PPRT (projek perumahan rakyat termiskin) tidak nampak.

“Mereka sokong perjuangkan batu api ini tetapi orang lain yang dapat subsidi-subsidi ini,” ujarnya sambil mencabar Muhyiddin memperjuangkan diskaun atau subsidi yang lebih besar pada penjualan hartanah kos rendah dan sederhana untuk orang Melayu termiskin.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak timbul isu percanggahan pendapat antara kenyataannya dengan Abdul Hadi itu.

“Pendirian saya dan Abdul Hadi sebenar tidak berbeza, iaitu kita nak bantu orang Melayu, kita nak bantu orang miskin, bukannya membantu Melayu dan Bumiputera yang sedia kaya.

“Tak ada percanggahan antara saya dan Abdul Hadi sebenarnya, ini kerja batu api namanya,” tegasnya lagi sambil menyuarakan rasa yakin bahawa orang-orang Melayu dan bukan Melayu tidak terpengaruh dengan budaya batu api itu.

Selasa lalu, Muhyiddin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional merangkap Timbalan Presiden Umno mencabar Khalid menyokong pendirian Abdul Hadi kononnya atas dasar perjuangan Melayu.

Cabaran itu ekoran Khalid mengambil ‘jalan tengah’ dengan mengadunkan cadangan dinamik Abdul Hadi dan Tony itu supaya tetap menguntungkan orang-orang Melayu bawahan, bukannya mereka yang kaya raya.

Khalid pada perkembangan yang sama turut dilaporkan mendakwa perjuangan Muhyiddin bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipopularkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri walaupun Muhyiddin sendiri berkali-kali menafikan hakikat tersebut.

Ini kerana, beliau berkata, Muhyiddin masih dilihat sebagai ekstrem Melayu, sedangkan Najib cuba memujuk orang-orang bukan Melayu supaya kembali menyokong Umno BN melalui slogan tersebut pada pilihan raya akan datang.


14 Responses to “Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13”


  1. 1 pahat gajah Aug 12th, 2010 at 7:05 pm

    Muhyiddin, kalau kita lihat sekali imbas seorang yang sentiasa tersenyum, dulu dia sendiri mengakui dia kelihatan garang tetapi lepas belajar senyum didepan cermin kini wajahnya bertukar, maksud cerita ni ialah apa yang beliau buat sekarang ni bukan dia yang sebenar, ia hanya satu tempelan.

    batu api mungkin sifat yang boleh dikaitkan dgn beliau..

    Reply

  2. 2 nizam Aug 13th, 2010 at 6:32 am

    Muhyiddin ni memang orang tak guna kerjanya menghasut rakyat untuk bergaduh sesama bangsa jahanam punya bangsat?

    Reply

  3. 3 kamarul Aug 13th, 2010 at 6:34 am

    SEMBAB keturunan UMNO memang celako dari muda sampai mampos buat jahat je…

    Reply

  4. 4 minang Aug 13th, 2010 at 6:36 am

    Perangai orang umno macam tu lah mana nak ingat mati asyik melaga2kan orang sahaja.

    Reply

  5. 5 Rakyatbiasa Aug 13th, 2010 at 6:50 am

    Batukat akar umbi nak berb api atau batu loncatan batu apa saja memang itu kerja harian BNUMNO macam tak ada krja dan model lain untuk di politikan ,mungkin dah habis model terpaksa lah mengadu domba orang lain yang di takuti mereka akan mengambil alih kuasa mereka yang nak menyengak rakyat biasa , kalau di ikut dah 50 lebih tahun ,kalau nak dikatakan nak tolong Melayu atau Bumiputera ,cuba semak Melayu mana dari kalangan orang kampung atau di peringkat akar Umbi yang berjaya dan kaya ,kecuali dia ada kuasa atau menjadi YB.atau Pegawai tertinggi seperti pengarah atau Pegawai-pegawai penguasa.Sila dia Tan Sri Muhiyidin buka buku stastik berapa peratus rakyat kampungan yang jadi kaya, sedangkan apa-apa keperluan untuk pengusaha -pengusaha rakyat biasa di peringkat akar umbi nak berniaga yang kurang model nak buat pinjaman atau bantuan kerajaan sebagai model terlalu banyak syarat dan prosidur yang amat menyusahkan dan banyak yang tak layak mendapat kemudahan tersebut , jika dibandingkan dengan kaum bukan bumiputera mudah saja mendapat pinjaman berjuta-juta ringgit tanpa banyak syarat yang ketat , dan begitu juga jika keluarga pemimpin BNUMNO mudah mendapatkannya dengan jumlah yang besar , kadang-kadang pinjam banyak2 mereka sengaja tak bayar sehingga di istihar mufls ,tetapi duit yang mereka simpan dah banyak di luar negeri ,siapa nak ambil balik,paling2 hadir ke mahkamah akun saja bayar dengan kemampuan mereka ,selepas tu mereka jadi kaya balik , banyak contohnya.Sepatut perkara ini yang Pemimpin BNUMNO seperti Tan Sri Muhyidin buka mata balik dan buat kajian bagaimana untuk memperkayakan orang melayu kelas bawahan atau bumiputera di akar umbi, ini bila pihak pembangkang nak cadang mereka awal-awal lagi pesongkan kearah jadi batu api,patut mereka yang jadi batu api seperti ini kena ISA janagan kira dia pemerintah atau berkuasa inilah sepatutnya kegunaan sebenar akta keselamatan negara (ISA)in kadang kadang orang tak berdoasa dan tak kena mnegena di kenakan ISA.Betul kan diri anda dulu sebelum membetulkan diri orang atau rumah orang.

    Reply

  6. 6 fbi1968 Aug 13th, 2010 at 10:48 am

    Saya ingin mencadangkan sekiranya dalam PRU 13 PR menerajui negara, langkah-langkah di bawah boleh di ketengahkan bagi membela nasib rakyat berpendapatan rendah boleh membeli rumah dengan kadar mampu.
    1) Lembaga Pembangunan Rumah Negara( Housing Development Board – HDB)
    i)Fungsi lembaga ini ialah setiap rumah mampu beli ini di urus oleh HDB untuk memastikan rakyat yang benar-benar mampu sahaja di berikan hak untuk membeli.
    ii) Pembelian dan penjualan hanya boleh di lakukan oleh HDB yang berfungsi sebagai pembeli dan penjual sesuatu projek.
    iii)Untuk memastikan tiada lambakkan unit HDB akan berfungsi mengawal selia sesuatu projek supaya memenuhi keperluan semasa.
    vi)Pengawalan harga sesuatu unit itu boleh di kawal selia oleh HDB dan penakrifkan orang yang layak perlu di jelaskan kerana dalam beberapa kes tertentu ada pihak yang dalam ketegori kaya mempunyai lebih dari 3 unit rumah kos rendah dan mungkin lebih. Ini hasil dari kaedah yang di pratikkan oleh kerajaan sekarang yang menganugerahkan kepada ketua-ketua cawangan untuk di jadikan umpan bagi menyokong parti fahaman mereka.

    2) Fungsi Syarikat Perumahan Negara
    i) Bertindak sebagi pemaju dan kontraktor utama.
    ii)Mengambil alih tanah kerajaan dengan kerjasama HDB bagi tujuan pembangunan bersama.
    iii) Bekerjasama dengan UDA bagi membangunkan ruang perniagaan mampu sewa/beli sebagai pusat sehenti. Contoh pusat perniagaan di Tanah Abang, Jakarta, Indonesia. Apakah kita berbangga dengan keadaan orang melayu berniaga di Jalan Masjid India atau di Jalan Melayu yang bersepah-sepah.

    3) Penubuhan Konsortium Syarikat Perunding Projek
    i) Penubuhan panel syarikat perunding projek yang terdiri dari jurutera M&E, Jurukur bahan, jurutera cival & struktur bangunan dengan mengenakan projek fees yang manasabah.
    ii) Panel dari JKR, HDB & SPN akan mengawal selia konsortium ini bagi memastikan sesuatu cadangan mengikut spefikasi yang yang di tetapkan.
    iii) Panel di atas juga berfungsi untuk mengesyorkan dan menyenarai hitamkan jurutera projek yang terbabit dalam salah laku seperti rasuah dan tahap kesilapan sesuatu projek.

    4) Kumpulan Simpanan Pekerja
    i) Pengeluaran wang simpanan 100% dalam pembelian rumah mampu beli.
    ii) Pinjaman dengan kadar rendah yang di jamin pulangan oleh HDB.

    Reply

  7. 7 kg melayu pendas Aug 14th, 2010 at 5:23 pm

    mat sembab tu jgn salah kan dia,salahkan kutu berahak@macai@balaci@ keliling dia ,he have most secret and own agenda ,his the one ask pak lah to resign..but he do for johore bahru when he as ‘embi’. water front fail ‘block view istana besar’ kemayan city fail, southcity plaza fail,best world fail,sg segget fail,he also fail to equired tanah for larkin,kg. melayu,majidee. all about fail……water fall opp!! fail.enough is enough….he the one make all old johor umno member ‘broken heart’ during crisis 1987 TuN M know the story

    Reply

  8. 8 ADAM Aug 16th, 2010 at 12:15 pm

    Sembab muka pecah rumah dah jadi batu api apa tidaknya batu putih pun kena rembat ni bangang TPM(Tekong Penyamun 1Malaysial)…

    Reply

  9. 9 shift Aug 16th, 2010 at 6:36 pm

    Batu api Muyiddin macam kunang-kunang malam, bila terbit matahari hilanglah cahaya. Sekarang cahaya matahari sudah terpancar, Najib, Muhyiddin dan pemikir-pemikir UMNO sudah hilang kelebihan untuk menentukan bila nak bubar dewan. Katakanlah PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa, tapi tiada siapa lagi yang terperanjat mendengarnya. Jangan-jangan ada negeri di bawah BN enggan membubarkan DUN, lagi pening kepala Najib.

    Reply

  10. 10 sukma.angin Aug 17th, 2010 at 6:33 pm

    Itulah Tan Sri Muhyiddin Yassin…apa kejayaan yang telah dia lakukan??? DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin adalah saki baki Team A yang pupus dalam UMNO…

    Pengaruh apa dia ada di Johore? DS Chua Soi Lek pun dia tak boleh kawal…

    Pasal memikirkan kuasa politik Pahang-Johore sahaja, kalau tidak DS Najib nak gantikannya dengan DS Ali Rustam..tunggu masa sahaja.

    Reply

  11. 11 nenek kau Aug 18th, 2010 at 8:32 am

    Muhyiddin a/l Sembab bukan sahaja batu api semua dia ada kepala batu,hati batu,ada 2 batu takleh pakai..

    Reply

  12. 12 sukma.angin Aug 20th, 2010 at 5:03 pm

    Kita cabar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk bawa isu ini di mesyuarat DUN Johore.

    Berani atau tidak perkara ini dibahaskan dengan Datuk Seri Chua Soi Lek. Apa mereka ini berani untuk berhadapan dengan pemimpin Cina di sana? Atau tumpang-tumpang berani mengusik mencuit-cuit pengaruh Sultan Johore yang sedia besar.

    Kalau tidak, kita pakat booo sama panglima berlagak Bukit Kepong. Berlagak sahaja.

    Kita sangat harap DYMM Sultan Johore tidak lupa sejarah memanda Tan Sri Muhyiddin Yassin ini dengan arwah ayahanda Sultan Johore. Kami rakyat yang bernaung di bawah negeri dan jajahan takluk Johore, kami hafal semua isu-isu Johore. Kalau tidak tidak larinya memanda ini ke Pusat.

    Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

    Reply

  1. 1 Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13 Pingback on Aug 12th, 2010 at 1:37 pm
  2. 2 Tweets that mention Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13 at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Aug 12th, 2010 at 3:58 pm

Leave a Reply