Dari Blog Cina Islam
MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.
Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung’. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang’ pemimpin negara ini amat menghairankan.
Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau. (more…)
















