05
Aug
10

Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah

Dari TV Selangor

Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.

Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.

Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.

Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.

Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.

The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.

Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.

Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.

Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.

Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.

Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.

“Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara “en bloc” atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.

Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.-MalaysianInsider


24 Responses to “Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah”


  1. 1 ALI MAYAN Aug 5th, 2010 at 12:37 pm

    puak UMNO ni bagi apapun lingkup kat tangan depa.apa dah jadi ngan Kedah negeri org melayu paling ramai? abih lingkup ditutuh dek barua UMNO NI

    Reply

  2. 2 Boring Aug 5th, 2010 at 1:41 pm

    Not only Sime Darby…all the GLC is the UMNO/BN Piggy Bank…thats where the money come from and at their disposal !

    Reply

  3. 3 blackcat Aug 5th, 2010 at 3:19 pm

    Salam,
    The never ending fiasco until govt change.

    Reply

    lang suyo Reply:

    Sime Darby pada asalnya adalah syarikat keluarga Inggeris kemudiana di Melayukan oleh MB selangor Sekarang YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dari bursa landon. dengan apa yang di pangil serangan waktu subuh. apakah PRU 13 nanti serangan waktu subuh II akan berlaku??? ini cukup mengerunkan UMNO BN. Tan Sri pakar dalam pengambialihan waktu subuh!! awas UMNO.

    Reply

  4. 4 50 tahun tertipu Aug 5th, 2010 at 3:44 pm

    tu laa masalahnya dgn orang malaysia ni! takut sangat nak bertukar kerajaan! macam laa kalau tukar kerajaan negara boleh tergadai!!

    bagi peluang kat PR sepenggal dua.. kalau korup jugak, nanti tukar lagi kerajaan. jadi sesiapa yang nak jadi pemimpin mesti laa amanah.. sebab kuasa di tangan rakyat.

    Reply

    mencari kebenaran Reply:

    saya tidak bersetuju dengan cadangan saudara mengenai pertukaran kerajaan.
    jika dilihat dari sudut ekonomi, adakah pr dapat membawa keluar ke arah kemajuan.
    jika kita lihat selangor,
    mengapa mereka melengah-lengahkan pembinaan empangan air menghubungkan selangor dengan pahang?
    janji mereka dalam pru12 ingin memberi bantuan kepada warga melayu. semua itu dusta.
    jika kita beri peluang kepada mereka untuk memimpin negara ini,
    saya yakin akan hancur dengan penangan pr.

    Reply

  5. 5 Raiman Aug 5th, 2010 at 5:37 pm

    kepada ALI MAYAN. sorry kalau saya tak bersetuju dgn gaya bahasa awak. saya pun penyokong keadilan, tapi tak semuanya kerajaan UMNO buat tak bagus untuk rakyat. saya tau sejak pembangkang kuat, kerajaan sekarang lebih berhati-hati dalam mengurus ekonomi negara. berkenaan Sime Darby, memang kadang2 bila berniaga kita akan rugi. cuma masalah sekarang, ruginya besar. kita tunggu la keputusan audit dari pakar perunding luar dan tengok tindakan dato sri Najib nanti. walau apa pun, saya tetap akan undi keadilan pada pilihanraya akan datang. Hidup Datuk Sri Anwar!

    Reply

    Bob Reply:

    “memang kadang2 bila berniaga kita akan rugi”…. Sime Darby sudah mengalami kerugian kali kedua. Bukan sedikit Bro. Pertama 1997,mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion. Kedua kerugian di jangke RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion. Siapa yang menanggung kerugian? Saya ingin tahu GLC mana yang untung? Felda Corp? MAS? … Kena tukar kerajaan secepat mungkin ma.

    Reply

    indra Reply:

    Sekadar pandangan oleh ALI MAYAN awak pula nak sensitif RAIMAN umum dah tahu perangai dan tabiat UMNGOOOOK yang suka menjahanamkan wang rakyat bila Sime Darby rugi duit mana mereka nak songlap takkan Najib keluarkan duit sendiri nak tolong company adiknya tu pun takleh fikir ke?

    Reply

    zamy Reply:

    kaaaa..dang…kaaaadang……tak pe…….tapi nie selalu-selalu….mesti ade sbbnye…..sbbnye….lu fikirlah sendiri…….bagi gua…dgn gaya cakap lu…..gua tak heran…lu akan pangkah UMNO-BN……..masa pilihanraya nanti………sekarang UMNO-BN tgh2 berhati2…sbb….dia org dah terdesak….sbb dah kekurangan duit dan sokongan……..

    Reply

    lurus bendul Reply:

    kalau Rakyat berniaga kacang putih atau Goreng pisang rugi kita boleh terima kerana harga gas dan minyak masak naik dan tak menentu, tertapi Sime Barby jual Gas dan Minyak masak pun boleh rugi???. Ini ada yang tak kena dengan pengurusan Negara ini.

    Sains Barby Berhad dikira “bunuh dan bunuh diri” sama macam kes bekas Adun Selangor di sungai buluh. Yang mana pengurusan SD telah melakukan perniagaan “bukan teras” buat Empangan Bakun dan melakukan kerja kerja Minyak dan Gas adalah “bunuh dan bunuh diri” SD itu sendiri. Perniagaan teras adalah “perladangan,tenaga,kenderaan dan pelancongan ” yang merapu g buat kerja yang bukan bidang dan pakar itu buat apa???. kalau orang berniaga kacang putih atau putu mayam di arah berniaga kelab GRO itu bukan bidang mereka.aku ni sekolah taklah tinggi mana tertapi atas pergaulan dengan kawan kawan yang berniaga sedikit sebanyak aku faham dunia niaga.

    Oleh kerana saya Lurus Bendul saya kena berkata benda yang lurus sahaja. Yang bengkok sampai nak buat jambatan ke singapore pun bengkok itu kena tanya orang UMNO.

    Reply

    jambatan bengkok Reply:

    Terima kasih kepada Lurus Bendul :berani kerana benar takut kerana salah:

    13 Mei bukan sahaja sejarah hitam buat Negara bahkan Sejarah hitam buat Datuk Seri Ahmad Zubir CEO – Sains Baby Berhad. “Kotak hitam” kejatuhan Sains baby Terhad telah di musnahkan ini kerana pemcarian oleh Perunding ang dilantik hanya wayang kulit semata mata. Kotak hitam kejatuhan GLC ini ada ditangan Lembaga pengarah SD terhad. ianya tidak akan di putarkan kerana melibatkan kemaluan banyak pihak. selagi bolih tutup depa tutup.

    Reply

  6. 6 Pening Aug 5th, 2010 at 8:47 pm

    Malu sebuah konglomorat kepunyaan negara melayu ditadbir oleh bangsa melayu beragama islam rugi besar. Bodoh sgt ke orang melayu ni? Baru kasi Sime Derby dah lupa dunia, lupa agama, lupa tohan terus gila. Kalau kita ibaratkan sime derby mcm malaysia dan yg mentadbir pun manusia yg serupa mcm manusia yg menjahanamkan sime, merempatlah kita nanti.

    Reply

  7. 7 Babeh Aug 6th, 2010 at 7:10 am

    Saya memohon agar MP PR mengusulkan supaya sebarang kerugian yang dialami oleh Sime Darby ditanggung oleh semua lembaga pengarah Sime Darby dan ahli parlimen BN. Selama ini rakyat jelata yang banyak memikul beban hutang kerajaan, sampai masanya mereka yang membuat keputusan memikul kesalahan masing-masing. Mereka telah diberi gaji dan elaun untuk mentadbir duit rakyat bukannya merampas hak rakyat. Saya berharap MP PR tegas dalam hal ini. Adakah ini taktik BN sebelum menyerahkan kerajaan kepada kepemimpinan PR? Nanti PR pula yang dipersalahkan apabila terpaksa menanggung beban hutang dan kerosakkan yang ditinggalkan oleh BN.

    Reply

  8. 8 Acong Aug 6th, 2010 at 8:10 am

    Nada Raiman serupa langit biru berdacing je berhati2 urus amendanya dah kaki tibai gitulah gamaknya tak reti meniaga usah memandai kan dah kena kencing kok ia pun suka hati kaulah nak sokong dan undi sapa aku apa kisah?

    Reply

  9. 9 MBA Aug 6th, 2010 at 1:07 pm

    With regard to the profit and lost of Sime. As an educated person, we knew it may cause by many factors. In economic studies, the future of any company depends on 4 major internal and external factors – Economics, Demographic, Politic and Competition. Thus 3 of 4 (excluding Politic) factors are within the company control. If Sime or any GLC is still losing money, the best solution is to replace any idiots within with the person really knowledgeable and proven to do great business. We have a bank of great talent at Malaysia who did a good jobs!

    It is fine to contribute some wealth to Government as far its does not affect cash flow. Sime should strive and progress ahead to create more shareholder wealth. If shareholder want an increased in devidend, make more profit to pay more dividend! Do not ever pay with reserve cash. Do not merge or lay staff. Be creative and innovative! Get service from great consultant.That is the way to run a business. Learn and make youself cash rich first before being philantrophist.

    Reply

  10. 10 tujah dulu Aug 6th, 2010 at 4:39 pm

    GLC ni bukan tak tahu nak tadbir perniagaan, sistem dah dibuat dengan baik, tapi campurtangan dari orang yang tak pernah cukup..menyebabkan ia mungkin terlingkup.

    Cuba perhatikan syarikat-syarikat yang bergayut dengan GLC ni, mereka ini selalunya menyebabkan sesebuah syarikat GLC nazak. Senaraikan syarikat GLC dan senaraikan peniaga yang berurusan dgn GLC kita mungkin dapat orang yang sama dari syarikat yang berlainan. Kumpulan inilah yang mencangkul hasil-mahsul GLC.

    Diharap Pakatan Rakyat nanti bila berkuasa jgn buat begini, agihkan dengan baik hasil mahsul negara..keadilan bukan bermakna sama rata….

    Reply

  11. 11 chop Aug 6th, 2010 at 6:25 pm

    The problem with UMNO/BN businessman are they did not know they are under attack to make them lose all the time- meaning lose in business and go bankrupt or bailout . Millions of money were transfer out of country years and years ago. Still they want to make business with them.. To Pakatan with multiracial member should from now learn in serious depth about this matter if we want to see Malaysia flourish better . Be careful about certain quarter in Pakatan specially person i n their organization. They maybe agent to suck out as much money as they when Pakatan govern Malaysia. Very sad to say but can we make a change for our generation

    Reply

  12. 12 Rafiah Sardi Aug 7th, 2010 at 7:49 am

    Ummmmmmmm ………….Noooooooooooooooo
    Kengkawan harus ingat, itulah kecerdikan UMNO/BN dalam mentadbir khazanah negara. Aku tak le reti sangat, tapi kalau ikut teori ekonomi, nenek moyang aku di Hulu Terengganu nie, duit nie tak hilang, tapi berubah tangan je…..

    Fakta 1 : MAS rugi, tapi adakah Tajuddin yang teraju MAS papa kedana??? Tajuddin kaya raya..

    Fakta 2 : TNB rugi, tetapi adakah Lembaga Pengarahnya papa kedana????

    Fakta 3 : SYABAS perlu diucapkan syabas kepadanya, kerana rugi, tetapi adakah CEOnya pape?

    Lain-lain lagi….

    Tektik depa, pegang syarikat untuk sifon (tak wan aku ajar) dalam kantung sementara, kemudian sifon dalam kantung UMNO……

    Cuba kita teliti perjanjian semua konsesi…… kita janji dengan orang kita nak rugi…. apa punya niaga….. DULU cikgu sains ajar, sifon guna paip air, sedut air, lepas itu air mengalir sendiri……. sekarang sifon guna …….. ape ke benda tu…. digital signature..
    Malaysia Tanah Air ku….

    Reply

  13. 13 ali Aug 7th, 2010 at 9:32 am

    SIME BARBY PARTI CAWANGAN UBN ha,ha,hak.

    Reply

  14. 14 Ex-Sime Aug 7th, 2010 at 2:17 pm

    Berpijak di bumi yang nyata..ni la hakikat nya pengabungan golden hope ,guthrie dan sime yang yang tidak membawa keuntungan semua…hasil pertanian bumi sawit ,getah tidak di selenggara dengan baik..walhal ni la yang membawa keuntungan…..akibat hendak meperkayakan kepentingan individu…semua terpalit….perancangan yang jitu harus di utamakan demi mencapai kejayaan yang dibanggakan….Berubah lah masih ada waktu dan masa lagi……

    Reply

  15. 15 50 Tahun Umno Bodohkan Orang Melayu Aug 9th, 2010 at 9:55 pm

    Rugi 2 bilion ringgit je… kalau naik sikit pun setakat 2.5 bilion ringgit. Apa ada hal. Malaysia kaya apa. Kalau Sime Darby dah nak nazak, kerajaan tolong selamatkan. Selamatkan pakai apa? Pakai duit. Duit siapa? Duit rakyat. Macam mana nak dapat duit rakyat? Potong subsidi, naik harga gula, naik harga minyak. Rakyat Malaysia kan kaya, terutama barua-barua Umno dan pengundi-pengundi Umno… Biarlah Sime Darby rugi… Rakyat Malaysia kan kaya…

    Reply

  1. 1 Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah Pingback on Aug 5th, 2010 at 10:37 am
  2. 2 Tweets that mention Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Aug 5th, 2010 at 10:55 am

Leave a Reply