Archive for August 5th, 2010

5 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak. (more…)

5 August 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Johari Jaafar

DAP meminta Kerajaan BN Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan rubber stamp semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.

Demikian ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Beliau melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan. (more…)