Ehsan Mediarakyat.com
Archive for July, 2010
Ceramah DSAI Di Wangsa Maju
Catatan Mitch Kapor
From Mitch’s Posterous


I’m back from Kuala Lumpur where I gave a couple of talks on innovation and entrepreneurship. Press coverage from The Malaysian Insider and The Star (Malaysia) explains the context pretty well.
I tried to communicate that companies in Silicon Valley didn’t succeed because of some magical formula which could be copied. Searching for a formula for success in order to apply it is doomed to failure. However, underlying principles such as the willingness to tolerate risk and embrace failure are important. Creating a culture and mindset that supports innovation is the goal. Unfortunately or not, culture is not something which can be mandated by policy, but it can be influenced and nudged.
The talks were quite well received. There is a lot of grassroots interest in learning more about startups and what makes them succeed and applying that in the local context. My hosts were extraordinarily gracious and welcoming. I’d not been to that part of the world previously and would encourage all (especially Eric Ries of “Lean Startup” fame) to visit.
Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?
Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor
Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai ‘anak kunci peti rahsia’ kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara,” jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.
Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai. Continue reading ‘Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?’
Dari Malaysian Insider
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penduduk Kampung Baru agar tidak terpedaya dengan janji manis ditawarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetengahkan pelan untuk membangunkan kawasan eksklusif orang Melayu itu baru-baru ini.
Beliau berkata, penduduk jangan sesekali terperangkap dengan tawaran yang dibuat BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut dijual untuk projek pembangunan.
Kata Anwar, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain, tetapi bila penduduk membantah cakap pula 100 peratus milik orang Melayu.
“Saya tanya kepada Lim Kit Siang (Penasihat DAP), adakah beliau berhasrat untuk memiliki tanah Kampung Baru?
“Beliau kata tidak, jadi saya nak tanya orang Cina pun tidak minta mengapa BN bersungguh-sungguh untuk memberikan 40 peratus hak kepada bukan Melayu?
“Apa punya otak orang BN, semua pikir duit sahaja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu, RM400 juta untuk aku (kerajaan BN),” katanya ketika berucap pada Forum Keamanan Gaza di Gombak dekat sini malam tadi.
Turut hadir dalam ceramah itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pengarah Strategik PKR Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Dr Tan Kee Keong, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Ketua AMK Fariz Musa dan sukarelawan Gaza Mustafa Mansur.
Forum anjuran AMK Wangsa Maju itu dihadiri kira-kira 500 orang.
Raja Nong Chik sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu.
Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.
Anwar mencadangkan supaya hal-hal berkaitan pembangunan Kampung Baru diserahkan kepada penduduk di kawasan itu yang dianggapnya layak untuk menguruskannya sendiri.
“Di Kampung Baru semua ada, kontraktor pun ada jadi mereka layak untuk menguruskan perancangan untuk pembangunan kawasan tersebut.
“Biar mereka buat sendiri, uruskan sendiri cara bagaimana mereka mahu membangunkan Kampung Baru. Selain itu mereka juga boleh lantik Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai penasihat mereka,” katanya.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Selain kerajaan BN, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada Kerajaan Pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.
Cadangan tersebut dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.
PKR Desak PM Dedah Kontrak Baru Apco-Malaysia
Dari TV Selangor
Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma perunding berkaitan Zionis APCO Worldwide.
Gesaan ini dibuat ekoran sumber The Malaysian Insider yang melaporkan kerjasama antara Umno dan firma berkaitan Zionis ini telah diperbaharui akhir bulan lalu.
PKR turut mendesak kerajaan Umno mendedahkan bayaran yang dibuat kepada firma itu.
“Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO,” kata Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution.
Ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO.
“Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?” kata beliau.
Saifuddin juga mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu.
Harakah: Heret Juga Media Perdana Ke KDN
Dari Malaysiakini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak terlalu asyik ‘mengingatkan’ media alternatif tetapi digesa mengambil tindakan yang sama terhadap media arus perdana.
Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media berkenaan didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.
“Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif,” katanya.
Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, ‘mengekori’ jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa. Continue reading ‘Harakah: Heret Juga Media Perdana Ke KDN’
Anwar Ibrahim On CNN Connect The World.
Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu
9 Julai 2010 (Jumaat)
1) 5.00 Ptg – Majlis Penutup Program Seharum dan Persiapan Pilihanraya
2) 6.00 Ptg – Sidang media
Lokasi : Hotel Kenanga, Kuala Terengganu
—
3) 7.20 -8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib
Lokasi – Surau Taman Safiah, Bukit Payung, Marang
—
4) 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 1
Lokasi – Kuala Berang (Berdekatan Masjid Kuala Berang)
Penceramah :
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifuddin Nasution
3) YB Mohd Nor Hamzah
4) Ybhg Mahyuddin Abdul Rashid
5) Ybhg Rafizi Ramli
—
5) 9.00-12.00 Malam – Ceramah Perdana 2
Lokasi – Masjid Lama Sura, Dungun
Penceramah:
1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli
4) Ybhg Mustafa Kamil Ayub
5) Ybhg Abd Rahman Yusof
Kenyataan Media Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh Pada 5 Julai 2010
Kerajaan Tidak Menerima Projek Frigat oleh Bousted Naval Shipyard
Di dalam aspek pertahanan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekarang mempunyai hanya dua kapal frigat kelas Lekiu yang bermampu beroperasi dengan anti-ship, anti-air dan anti-submarine dan kesemuanya beroperasi dalam satu kapal.
Memandangkan Malaysia mempunyai kawasan laut yang luas 614, 000 kilometer persegi, 4490 km panjang persisiran pantai dan menpunyai 561 pulau, dua kapal frigat sememangnya tidak mencukupi untuk mengawasi perairan kita.
Walaupun TLDM mempunyai dua buah Kasturi-class corvette dan empat Laksamana-class corvette, tapi kapal-kapal tersebut tidak setimpal dengan Frigat sebenar. Lagipun, dua Kasturi corvette yang dinyatakan itu telah mencecah umur matang dan tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya. Kasturi corvette kini sedang di dalam projek Ship Life Extension Program dan tidak dapat beroperasi dalam jangka masa berapa tahun ini. Continue reading ‘Kenyataan Media Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh Pada 5 Julai 2010′
Dr Tan Kee Kwong Response to Najib’s Speech to Pekan Umno on 4 July 2010
Dear Dato Seri Najib,
I read from the NST today your speech to Pekan Umno with great interest. It is quoted you said”Don’t just help ourselves or our friends & party members,but put those who are poor & needy first. If we do this, the people will see Umno as being helpful to the people.” If you and Umno really mean it you will win the next GE hands down! Sir , how do you explain what happened in March 2008,ie the Political Tsunami right after the fantastic victory achieved by the BN in 2004? How do you explain the results of the recent Sibu by-election? In Sibu in addition to fighting the BN, PBB, SUPP the Pakatan Rakyat had to counter the many twists & turns of the SPR ie Elections Commission! Continue reading ‘Dr Tan Kee Kwong Response to Najib’s Speech to Pekan Umno on 4 July 2010′
Polis Dah Jadi Ketua Cawangan Umno
Dari Harakah Daily
Pihak polis sudah menjadi seperti ketua cawangan Umno apabila pantas menyiasat isu tajaan terhadap Raja Petra Kamaruddin berbanding pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat terlebih dahulu dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan seperti yang didedahkan Pakatan Rakyat berbanding isu tajaan tersebut.
“Respons polis banyak terhadap kenyataan politik. Pasal politik dia cepat, dia dah jadi macam ketua cawangan Umno,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini. Continue reading ‘Polis Dah Jadi Ketua Cawangan Umno’
Malaysia Gov’t Suspends Opposition Party’s Newspaper
From The Canadian Press
By The Associated Press
Malaysian authorities suspended an opposition party’s newspaper for allegedly publishing false news that could incite public unrest, officials said Friday, amid growing concerns the government was stifling criticism.
Suara Keadilan, or Voice of Justice, the weekly publication of opposition leader Anwar Ibrahim’s People’s Justice Party, has faced government censure over a recent article in which it claimed the state-run land development agency was in severe financial trouble.
The Home Ministry decided not to renew the paper’s printing license, which expired Wednesday, ministry official Zaitun Abdul Samad said in a statement. All Malaysian publications need government-approved permits that must be renewed annually. Continue reading ‘Malaysia Gov’t Suspends Opposition Party’s Newspaper’









Recent Comments