Archive for July, 2010



20
Jul

UMNO Desperado

Oleh Zaid Ibrahim

Sebagai seorang bekas ahli parti UMNO yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat UMNO yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah UMNO yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

Yang terakhir sekali, Presiden UMNO meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan UMNO yang tersegah besar itu yang dibiayi oleh Malayan Banking). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini. Continue reading ‘UMNO Desperado’

20
Jul

Malaysia’s Bridge is Falling Down

From Huffington Post
By Thor Halvorssen
Founder, Oslo Freedom Forum

The farcical trial of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim resumes this week in Kuala Lumpur. This is the second time that the country’s ruling establishment has tried to destroy Anwar’s career with trumped-up allegations of sodomy. It succeeded 12 years ago, when he was imprisoned for six years on similar charges. Now Anwar faces up to 20 years in jail and whipping if convicted.

Controlled by the United Malays National Organisation (UMNO) since independence and now led by the increasingly autocratic Prime Minister Najib Razak, the Malaysian government knows Anwar is the only viable threat to its half-century of rule. Anwar became a risk to the government as deputy prime minister in 1998 when he began attacking corruption and calling for reform. Ultimately he became leader of the opposition.

Najib’s UMNO is trying to jail Anwar again in hopes of crushing his People’s Justice Party (PKR). A secular Muslim party, PKR leads a diverse political coalition with ethnic Chinese and Islamist partners. If Anwar is neutralized, this opposition movement would be paralyzed.

Anwar’s accuser – a former intern- admits to meeting with Najib just days before the alleged sexual act occurred and he has since changed his story several times. The charges against Anwar are transparently political. But the obvious intent of the trial matters little in Malaysia, where the government exercises a disabling grip on the justice system and the media.

Yet as one visits Kuala Lumpur today, these autocratic tendencies are not immediately visible. The modern splendor of this city and the surrounding wealthy state of Selangor help disguise one of the world’s most insidious authoritarian governments.

Najib’s most powerful tool is the Internal Security Act – a remnant from the days of British colonialism that gives the Interior Minister power to indefinitely and arbitrarily imprison any Malaysian without trial or even evidence. Through the ISA the government creates a climate of fear by arresting dozens of politicians, journalists, and student leaders.

Opposition voices like Anwar who are politically attacked through the courts are hardly better off than victims of the ISA. Virtually all positions in the justice system beyond the local level are held by government cronies.

Most problematic is that the local media cannot report on the ISA and the puppet justice system. The Printing Presses and Publications Act gives Najib near-absolute control over the news as media organizations need the government’s permission to operate.

Almost all major national newspapers, magazines, television channels, and radio stations here are tied to the ruling UMNO party. And Najib continues to tighten his grip in the face of Anwar’s trial. Suara Keadilan, the publication of Anwar’s PKR party, and the two other visible opposition outlets had their permits revoked on July 1. Continue reading ‘Malaysia’s Bridge is Falling Down’

19
Jul

Isu Pasir: ‘Jangan Tunduk Pada BN’

Dari Malaysiakini
Oleh Salhan K.Ahmad

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

“Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini,” katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari. Continue reading ‘Isu Pasir: ‘Jangan Tunduk Pada BN’’

19
Jul

Rakyat Desa Berjimat, Pemimpin Bermewah

Dari Harakah
Oleh Hasan Husaini

Tanggal 4 Jun 2008, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda. Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.

Pada 16 Julai 2010, harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik di kampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun di singgahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu. Continue reading ‘Rakyat Desa Berjimat, Pemimpin Bermewah’

19
Jul

What Anwar’s Trial Means For Malaysia

From Wall Street Journal
By JOHN R. MALOTT

A guilty verdict would be a serious step backwards for this aspiring Muslim democracy.

The trial of Anwar Ibrahim, Malaysia’s opposition leader and his nation’s best-known and most respected international figure, is scheduled to resume this week in Kuala Lumpur.

The Malaysian press dubs the affair “Sodomy II,” for it appears to be a repeat of the Muslim democrat’s 1998-99 trials, when he was convicted on corruption and sexual charges. Sentenced to 15 years in prison, Mr. Anwar later had his conviction overturned, and he was released after six years in solitary confinement.

I was the U.S. ambassador to Malaysia when Mr. Anwar first was arrested and put on trial, and everything I knew then and know now leads me to conclude that this trial also is an attempt to sideline him politically.

Already convicted by the government-controlled media, Mr. Anwar and his defense team have been denied access to the evidence that the government possesses, including police and medical reports, surveillance tapes, and even the witness list. Malaysia does not have a jury system. The verdict will be rendered by one judge, appointed by the same government that wants to remove Mr. Anwar from the political scene.

While a handful of human rights groups and some Australian parliamentarians have condemned the trial, there has been little interest at the broader international level. The Obama administration has been silent. Continue reading ‘What Anwar’s Trial Means For Malaysia’

18
Jul

Kenyataan Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

 Berhubung ‘Penjimatan Kerajaan, ‘Pelarasan Harga’ & ‘Rasionalisasi Subsidi’

Kenaikan harga bahan bakar dan gula telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam sidang parlimen yang berakhir kelmarin. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan sebab dan tujuan kenaikan harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) serta gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengakui, penarikan subsidi ini sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan negara seperti yang dipetik daripada ucapan Perdana Menteri bahawa negara akan menjimatkan kira-kira 750 juta untuk tahun ini. Namun, yang menjadi kekesalan di peringkat SMM ialah penjimatan ini juga bakal membebankan rakyat, khususnya rakyat yang berpendapatan sederhana & rendah, yang juga merupakan majoriti rakyat Malaysia.

Isu berkenaan subsidi ini telah lama diperbincangkan. Sebahagian daripada rakyat tidak bersetuju dan sebahagian daripadanya bersetuju. Bagi SMM, subsidi ini adalah tanggungjawab negara. Negara harus seberapa banyak juga menyediakan belanja untuk menampung keperluan rakyat ini. Continue reading ‘Kenyataan Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)’

16
Jul

FOI: Bermula Dari Laci Yang Kosong

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Semuanya bermula apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada Mac 2008 apabila mereka hanya ditinggalkan laci-laci yang kosong, tanpa sehelai kertas pun.

“Kami tidak tahu hendak mula daripada mana. Kami tidak tahu apa yang telah berlaku. Ia ambil masa 3 bulan untuk (kerajaan negeri) pulih.”

Demikian cerita exco perlancongan Selangor Elizabeth Wong – yang mencadangkan diperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) – tentang kepentingan maklumat kepada kerajaan dan orang ramai. Continue reading ‘FOI: Bermula Dari Laci Yang Kosong’

16
Jul

It’s Payback Time As Govt Cuts Sugar, Fuel Subsidies

From Malaysia Today
By Fazy Sahir

Malaysians woke up to a rude shock this morning when the prices of their usual breakfast shot up overnight as the federal government started reducing subsidies on sugar and fuel with immediate effect.

PAS in an immediate reaction to Prime Minister Najib Tun Razak’s late evening announcement of phase one of the government’s move to remove subsidies altogether, described the decision as “sneaky and insidious”.

According to PAS deputy president Mahfuz Omar, despite Parliament being in session for a month, the federal government had made no move to discuss the subsidy issue or present a working paper on the matter. Continue reading ‘It’s Payback Time As Govt Cuts Sugar, Fuel Subsidies’

16
Jul

Kenaikan Harga: Tidak Prihatin Dan Tidak Bertanggungjawab

KENYATAAN AKHBAR

16 Julai 2010

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

16
Jul

Malaysia’s Najib and the Crony Culture

From Asia Sentinel
Written by Barry Wain
Wednesday, 07 July 2010
The government backs down on a tycoon’s sports betting plan 

The Malaysian government has portrayed its recent decision not to legalize sports gambling as the action of a responsible administration responding to public opinion and keeping its promise to be more open and accountable.

In fact, the episode is a sharp reminder of how deeply entrenched the crony culture is in the country and how little has changed under the leadership of Prime Minister Najib Tun Razak.

While Najib has pleased many Malaysians by refusing to allow businessman Vincent Tan to expand his gambling empire, the prime minister’s image has suffered because of his secretive attempt to revive sports betting.

In the public outcry over the proposal, Najib was also outmaneuvered by the political opposition through its control of key states in peninsular Malaysia. By reversing course, he underlined his growing reputation to backtrack on policy in the face of protest, as he has done over his ambition to dismantle certain parts of the New Economic Policy, the affirmative action plan that has benefited ethnic Malays for four decades. Continue reading ‘Malaysia’s Najib and the Crony Culture’

15
Jul

Sejarah Tercipta, Pakatan Rakyat Selangor Cadang BN Jadi Pengerusi PAC

Dari TV Selangor

Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.

Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.

Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian. Continue reading ‘Sejarah Tercipta, Pakatan Rakyat Selangor Cadang BN Jadi Pengerusi PAC’

15
Jul

Rezab Felda: ANAK Buat Laporan Kepada SPRM

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemerosotan rezab tunai Felda.

Laporan tersebut dibuat oleh pengerusi ANAK, Mazlan Aliman. Hadir sama ialah kira-kira 10 ali jawatankuasa ANAK dan wakil peneroka Felda dari negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Beliau dan rombongannya tiba di ibupejabat SPRM pada jam 11 pagi dan masuk kira-kira 15 minit selepas itu.

Turut masuk bersamanya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, dan seorang wakil peneroka, Tamingin Paiman.

Kira-kira 15 wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan masuk dan mereka menunggu di luar pejabat suruhanjaya itu.

Sementara itu, Mazlan yang keluar daripada pejabat tersebut pada jam 11.45 pagi memberitahu pemberita, beliau membuat laporan kepada SPRM bersama dokumen tambahan bagi mendesak siasatan menyeluruh terhadap Felda berhubung isu-isu yang dibangkitkan. Continue reading ‘Rezab Felda: ANAK Buat Laporan Kepada SPRM’