Oleh Azmin Ali
Meskipun selepas lebih sedekad, ekonomi Malaysia belum pernah pulih sepertimana sebelum kegawatan ekonomi 1997-98.
Polisi, program dan dana yang ditabur oleh pemerintah sepanjang tempoh itu ibarat mencurah air di daun keladi. Ianya sia-sia semata.
Pesaing yang setara dengan paras pertumbuhan Malaysia sebelum krisis ekonomi sedekad lalu, kini semakin jauh memacu pertumbuhan dan meninggalkan kita.
Sejak awal tercetusnya Gerakan Reformasi, antara penentangan kita terhadap kelompok elit penguasa menyentuh soal kaedah pengurusan dan dasar ekonomi yang tempang.
Tiga perdana menteri yang berkuasa selepas Krisis Ekonomi Asia (Dr Mahathir Mohammad, Abdullah Badawi dan Najib Razak) gagal memulih dan memacu semula pertumbuhan setara dekad 90-an dahulu.
Malah, pada ketika itu Bank Dunia pernah meletakkan Malaysia di antara negara-negara membangun utama dan dipanggil “keajaiban ekonomi Asia” atau “naga Asia”.
Walaubagaimanapun, kita kaget dengan data terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Laporan Pelaburan Dunia 2010 membayangkan sang naga yang semakin menikus.
Fakta yang tidak dapat disangkal adalah tahap pelaburan langsung asing, atau FDI, jatuh merudum sehingga 81 peratus pada tahun 2009.
Daripada laporan tersebut, Malaysia sudah jauh terkebelakang berbanding negara-negara yang dahulunya lemah seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.
Apakah dengan angka dan data ini, masih boleh diharapkan untuk Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 5-6 peratus sepertimana yang disasarkan Najib?
Hanya pak turut Umno-BN sahaja yang masih terangguk-angguk dan melutut di hadapan Najib.
Najib yang membentangkan dua siri Pakej Ransangan Ekonomi, tidak pernah sekalipun mampu menjawab hujahan dan kritikan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Telahan saya, perangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini kemungkinan besar akan tersasar sama sekali.
Setelah angka Laporan Pelaburan Dunia tersebut menjadi buah mulut, pemimpin UMNO mulai melatah dan menyerang Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat secara membuta tuli.
Ini tidak lain dan tidak bukan cuma helah mereka untuk mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada isu yang lebih mendesak.
Bezakan sahaja dengan Anwar Ibrahim tatkala mengemudi pertumbuhan negara yang pesat dan mampan ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.
Ketika itu, Anwar masih sempat memperingatkan kita perihal kisah Nabi Yusuf A.S.; sepanjang tempoh subur selama tujuh tahun, perlunya untuk berjimat dan berhemah bagi berhadapan tujuh tahun kemarau.
Terbukti pengajaran di dalam firasat mimpi Yusuf itu benar dan cocok sekali dengan pengalaman Malaysia.
Sebaliknya, kisah yang nyata mahu ditutup dan tidak diendahkan langsung oleh elit politik dan sang penguasa.
Kritikan Anwar terhadap sikap cuai dan haloba dilontarkan di dalam buku beliau, “Gelombang Kebangkitan Asia”—buku yang kemudiannya dibakar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2001.
Rasuah, korupsi dan salahguna kuasa ternyata barah yang merebak dari kelas elit sehingga ke kelas bawah; dari pemimpin tertinggi sampai kepada pembantu am.
Jikalau orang bertanya, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia separah hari ini, jawapan yang kita temukan iaitu sanubari pemimpin negara yang rosak akibat tamak.
Di dalam keruh dan beban gelita mutakhir ini, kita berdoa agar “musim kemarau” yang sedang dialami oleh negara dan bangsa kita akan segera berlalu.


















selagi ekonomi di tangan BN…
Reply
Dasar-dasar PAS
Dasar-dasar PAS (Parti lslam Se-Malaysia)
Sejarah
Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).
Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dasar
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Usaha
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Reply
PKR,DAP dan PAS masing-masing memberikan RM10 untuk membeli sebuah
Payung dari Kerajaan Malaysia dengan harga RM30 …tetapi Kerajaan Malaysia
memberi kepada UMNO untuk memulangkan wang sebanyak RM5 kepada
PKR,DAP dan PAS kerana harga Payung tersebut adalah berharga RM25 …di
dalam urusan penyerahan RM5 tersebut UMNO membeli sebotol air sebab
terlalu dahaga dengan harga RM2 ….apabila berjumpa dengan PKR,DAP dan
PAS…..UMNO memberi wang sebanyak RM3 itu kepada PKR,DAP dan PAS dan
di bahagi sama rata maka bermakna PKR,DAP dan PAS kini mendapat
pulangan sebanyak RM1 setiap satu …bermakna mereka bertiga cuma
mengeluarkan masing-masing RM9 untuk Payung itu….RM9 x 3 mendapat
RM27….dicampur dengan sebotol air yang dibeli UMNO itu dengan harga RM2
bermakna RM27 di campur dgn RM2 menjadi RM29….di mana perginya RM1 lagi?
Reply
Pada suatu hari, firaun Mesir mengumpulkan para pembesar, penasihat dan cendekiawan untuk mentafsir mimpi yang telah merunsingkan dan menakutkannya. Firaun itu bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus. Dia juga melihat dalam mimpinya tujuh tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai yang lain kering.
Tiada siapapun yang dapat memberikan tafsiran bagi mimpi Firaun bahkan sebahagian mereka menganggapnya hanyalah mimpi kosong yang tidak bererti dan menganjurkan Firaun agar melupakan saja mimpinya itu.
Pelayan Firaun, pemuda yang pernah berjumpa Yusuf di dalam penjara teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia dikeluarkan dari penjara. Lalu dia memberanikan diri untuk menghampiri Firaun mengesyorkan agar Firaun merujuk kepada Yusuf.
Dengan izin Firaun, pelayan tersebut mengunjungi Nabi Yusuf di dalam penjara dan menceritakan apa yang berlaku kisah mimpi Firaun dan jawapan penasihat Firaun. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf jika Firaun dapat dipuaskan dengan tafsir mimpinya, berkemungkinan baginda akan dikeluarkan dari penjara setelah bertahun lamanya.
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (12:47-49)
Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai banduan yang tidak berdosa enggan keluar dari penjara sebelum peristiwanya dengan isteri Ketua Polis Negara diselesaikan terlebih dahulu dan fitnah yang dituduh ke atasnya. Baginda ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci bersih.
Firaun Mesir yang sudah banyak mendengar tentang Nabi Yusuf dan terkesan oleh tafsir mimpi baginda, membantu baginda lalu Firaun Mesir mengeluarkan titah untuk mengumpulkan para wanita yang telah menghadiri jamuan makan Zulaikha dan terhiris jari ketika itu. Mereka menceritakan tentang apa yang mereka lihat dan alami dalam jamuan itu dan mengatakan Nabi Yusuf adalah ia seorang yang jujur, dan bersih. Zulaikha pula mengaku dialah yang bersalah.
Hasil pertemuan itu diumumkan ke seluruh lapisan masyarakat dan atas perintah Firaun, Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara secara hormat dan bersih dari segala tuduhan.
Reply
Apakah maksud royalti 5% itu…begini…anda adalah pewaris tunggal tanah ayahnda anda yang masih hidup…Ditakdirkan Allah tanah milik anda didapati terdapat emas yang berharga..anda tiada pengetahuan untuk melombong emas itu..maka datang penusaha yang ingin melombong emas anda dengan keuntungan di beri 5% kepada anda dan anda setuju….setelah di lombong dan ditolak segala kos maka untung bersih adalah RM500,000 setelah 6 bulan…dengan perjanjian lepas anda akan dibayar 5% dari keuntungan maka anda akan mendapat ganjaran sebanyak RM25,000 dan pengusaha lombong tersebut mendapat ganjaran sebanyak RM475,000 siapakah yang beruntung…sepatutnya 1/3 bahagian untuk anda,1/3 bahagian untuk ayahnda dan 1/3 untuk pengusaha lombong maka RM166,000 untuk anda,RM166,000 untuk ayahnda dan RM166,000 untuk yang mengusaha lombong emas anda,kalau tidak jangan di lombong biar sahaja emas itu disitu puas hati…..emas anda tapi orang lain yang untung besar….Fikirkan Kelantan dgn Petroleum,Terengganu,kes Air di Selangor dan Pasir…….Anda umpama Kerajaan Negeri,Ayahnda adalah Kerajaan Malaysia(Pusat) dan pengusaha adalah Konsesi seperti Petronas,Syabas dan Semesta……Apakah maksud royalti 5% itu…begini…anda adalah pewaris tunggal tanah ayahnda anda yang masih hidup…Ditakdirkan Allah tanah milik anda didapati terdapat emas yang berharga..anda tiada pengetahuan untuk melombong emas itu..maka datang penusaha yang ingin melombong emas anda dengan keuntungan di beri 5% kepada anda dan anda setuju….setelah di lombong dan ditolak segala kos maka untung bersih adalah RM500,000 setelah 6 bulan…dengan perjanjian lepas anda akan dibayar 5% dari keuntungan maka anda akan mendapat ganjaran sebanyak RM25,000 dan pengusaha lombong tersebut mendapat ganjaran sebanyak RM475,000 siapakah yang beruntung…sepatutnya 1/3 bahagian untuk anda,1/3 bahagian untuk ayahnda dan 1/3 untuk pengusaha lombong maka RM166,000 untuk anda,RM166,000 untuk ayahnda dan RM166,000 untuk yang mengusaha lombong emas anda,kalau tidak jangan di lombong biar sahaja emas itu disitu puas hati…..emas anda tapi orang lain yang untung besar….Anda umpama Kerajaan Negeri,Ayahnda umpama Kerajaan Malaysia(Pusat) dan Pengusaha umpama Konsesi seperti Petronas,Syabas dan Semesta…Fikirkan Kelantan dengan Petroleum,Terengganu,Selangor dengan Air dan Pasir semua royalti 5% dan perlukan perubahan yang sepatutnya di gubal…..Budaya Penjajah di pelajari UMNO dan sedang di praktikkan…..mana perginya Bijih Timah diPerak…Penjajah songlap….siapa untung lebih?Penjajah dah pergi namun rakyat di jajah bangsa sendiri…
Reply
Kesah Nabi Yusuf dalam perancangan perekonomian negara Mesir patut jadi pedoman umum dan khusus kepada kita semua. Economic stabilization program dan economic development stimulus package yang di ciptakan oleh Nabi Yusuf adalah satu dasar ekonomimemerlukan perancangan yang cukup terperinci. Nabi Yusuf menggunakan kedua dua kaedah ini sesuai dengan suasana dan kehendak khusus ketika itu.
Begitu juga di Malaysia sekarang. Kerosakan khususiyyah yang melanda negara angkara dari chronic economic mismanagement, chronic corruption haemorrhage dan schizophrenic leadership disorders practiced and exhibited by current government and UMNO& BN telah menampakkan symptoms nya di bahagian merudumnya keyakinan pelabor asing. FDI di Malaysia sudah di paras yang cukup membimbangkan. Kalau diteruskan juga ianya pasti merosakkan prestasi ekonomi negara dan menghambat kebajikan rakyat.
Saya mempunyai kepercayaan punca utama kemerosotan dan kerosakan yang memperosokkan mutu dan prestasi negara dalam beberapa bidang utama adalah ketidakupayaan dan ketimpangan pimpinan Datuk Najib sendiri. Berlainan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSAI telah menunjukkan pimpinan yang dinamik berasaskan muafakat.
Reply