29
Jul
10

Pengusaha Pasir Melayu Selangor Setuju Isu Pasir Tidak Dipolitik

KENYATAAN AKHBAR

29 JULAI 2010

Pejabat Menteri Besar Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) berhubung isu perlombongan pasir.

Sesi dialog ini diadakan di Pejabat Menteri Besar semalam yang dihadiri Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin manakala KSSB diwakili Pengerusinya, Shukor Nagor, Ahli Lembaga Pengarah, Shuhaimi Shafie, Pengarah, Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Eksekutif, Ir Ramli Majed,

Pengerusi JBPPPMS, Tengku Dato’ Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selepas sesi dialog berakhir yang diserahkan kepada Faekah.

Faekah memberi jaminan kepada JBPPPMS akan melihat secara serius cadangan yang diutarakan dan akan memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Pertemuan ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa isu hangat sebelum ini yang mungkin diakibatkan oleh salah faham dan salah maklumat. Kerajaan Negeri dan KSSB berterima kasih kepada JBPPPMS atas cadangan dan kritikan. Pada masa yang sama JBPPPMS menyatakan rasa penghargaan mereka kerana kesudian Pejabat Menteri Besar menerima mereka.

Kerajaan Negeri dan JBPPPMS juga sepakat bahawa isu pasir ini tidak perlu dipolitikkan sehingga mengelirukan rakyat dan mendatangkan kebimbangan di kalangan pelabur asing serta tempatan.

Kedua-dua pihak juga setuju untuk bekerja sama bagi memastikan perlombongan pasir di Selangor dijalankan secara betul dan adil supaya hasilnya dapat dimanfaatkan semua rakyat.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


17 Responses to “Pengusaha Pasir Melayu Selangor Setuju Isu Pasir Tidak Dipolitik”


  1. 1 Ringgo2 Jul 29th, 2010 at 3:28 pm

    Bagus la tu..jangan dipolitik kan isu pasir tu

    Reply

    Periuk Nasi Reply:

    Saje sebab Noh & Khir tengah berentap ussha jawatan MB Selangor itu aje yang sebenarnya.

    Reply

  2. 2 andro Jul 29th, 2010 at 5:29 pm

    Mengapa diheboh Pasir Roboh….Bukan di jual kepada Singapore pun…..Tapi untuk menjadi bahan pembangunan dan buat jalan untuk negeri Selangor dan Rakyat….tak kemana pun…cuma di agihkan dan memberi manfaat kepada Selangor….cuma Semesta haruslah beri royalti lebih kepada Kerajaan Negeri bila Untung….apakata 50%-50%

    Reply

    gundu tapah road Reply:

    Alam ‘semesta’ ini cukup luas dikaut pasir di selangor tidak meruntuhkan dunia.ini disahkan oleh persatuan pencinta alam semesta.apa yang meruntuhkan dunia apa bila seseorang itu memiliki 7000 buah kereta dengan bernilai berbilion. wang telah di bekukan setempat. tertapi berbeza dangan isu pasir apa yang berbeku di bumi kita cairkan untuk dijadikan wang untuk kebaikan rakyat. pada saya apa sahaja demi kebaikan penduduk setempat atau sejagat kita harus menberi sokogan.

    Apa perlunya gelaran pengusaha pasir sedangkan pasir itu telah sedia ada yang di anugerahkan allah !! pasir tidak perlu di usahakan untuk menjadi pasir. persatuan ini harus di tukar ke “pengeluar atau pembekal pasir” inilah akibat terlalu lama di dalam kandang UMNO BN yang selama 53 tahun di sangkarnya!! minda jadi berbeku bak salju. Apa yang perlu persatuan ini bukan persatuan ALI BN BABA !!

    Sikap ali baba ini telah menjadi sebatian kehidupan orang melanau semenanjung!!
    Kelemahan JELAS pengusaha pasir Melayu 1Malaysia adalah tiada LORI!!! ini harus diakui oleh semua pihak !! termasuk MB sendiri. harga sesebuah LORI pasir sekitar RM200 ribu bukan baru jika baru cecah 400 ribu. Oleh yang demikian Persatuan harus tubuh Koperasi untuk kumpul dana untuk beli lori pasir!!dan sebahagian dari sumbangan oleh Kerajaan Negeri ,NGO dan sebagainya termasuk Noh Omar dan Khir sendiri nanti saya belanja makan Pecal!!

    Setakat itulah kelemahan pengusaha dan pembekal pasir Melayu selangor tiada lori!! saya tahu kelemahan ini. sebab kebanyakan pembekal pasir melayu sewa lori MCA!! dan DAP he!! he!!! satu malaysialah di katakan!!! salam buat semua semoga Persatu dapat menbeli lori sendiri dan sewakan pada ahli persatuan!!!! bila dah untung jangan lupa g umrah!!!

    Reply

  3. 3 jamal kamal Jul 29th, 2010 at 6:27 pm

    Baguslah….memang isu ini amat mengelirukan…terutama media pro BN.Namun klu org yg tajam mata hatinya sedikitpun tdk dpt mempengaruhinya.Berita2 yg d siarkan bersifat berat sebelah.

    Tahniah Pemerintah Kerajaan Selangor (PR)

    Reply

  4. 4 anak malaysia Jul 29th, 2010 at 10:40 pm

    kepada rakyat selangor,jgn terkeliru dgn maklumat yg dberikan oleh pihak BN termasuk kawalan media BN……..

    Reply

  5. 5 Joe-kedah Jul 30th, 2010 at 12:18 am

    Pengusaha melayu ni banyak yang sedar, tetapi orang politik umno tak sedar, sebab tamak nak berkuasa. kena ingat, ORANG TAMAK NI SELALU RUGI.Jangan salah rakyat jika kedepan ini kita lihat pemimpin-pemimpin umno yang dok melalak tak tentu pasal ni jadi papa kedana, MINTA SIMPANG BAWA TEMPURONG, lekeh sangat nuuuuuu.

    Reply

  6. 6 lankarim Jul 30th, 2010 at 8:41 am

    Andro,

    KSSB tak untung pun. Sebahagian besar pergi ke Pejabat Tanah Galian…. ianya ibrata perantara duit masuk dan keluar. Si Toyol tu tak puas hati sebab kroni dua tak dapat projek lagi

    Reply

  7. 7 andro Jul 30th, 2010 at 12:44 pm

    Menara berkembar Petronas mengunakan berapa tan pasir untuk berdiri semegah itu…pokoknya setiap pembangunan hutan batu memerlukan pasir….tapi royalti 5% kepada kerajaan negeri tak seimbang sangat….bagi dua keuntungan samarata 50%-50%….kan adil…

    Reply

  8. 8 andro Jul 30th, 2010 at 1:00 pm

    Dari Petroleum sehinggalah Pasir royalti kepada kerajaan Negeri cuma 5%….mengkayakan sebelah pihak….alangkah Beruntungnya andai Kerajaan Negeri yang memerintah yang memiliki segala sumber itu mendapat 50% dari keuntungan rakan kongsi yang adil….Keuntungan Kerajaan Negeri adalah keuntungan kepada Rakyat….. Wang itu dapat menjadi subsidi Kerajaan Negeri untuk memberi Percuma kepada Air,Gas dan lain-lain….

    Reply

    tok kedehud Reply:

    Dimalaysia ini usahlah bicara pasal Royalti !! getik aku!!! Royaltisasi Lagu arwah Tan Sri P.Ramlee pun sampai sekarang tak selesai!!! Ini lah malaysia boleh!!!
    . kita ni gebang aja boleh!!! perundangan kita bagaikan sampah sarap yang terterkutip!!! Pepak disana sini!!

    Inikan pulak kita nak bicara pasal royalti kerajaan pulak? apa dah jadi dengan royalti minyak di terengganu dan kelantan?? hampas!!! tak mandang kata orang perak!!

    Cakap menteri UMNO ni boleh di samakan dengan cakap kedai kopi!! pagi cerita lain petang cerita lain!! satu haram tak boleh pakai!!

    Saya sebagi rakyat telah hilang keyakinan dengan para pembesarbasi UMNO dan permerentahan ala-rentah yang cukup memalukan Negara saya.

    Reply

  9. 9 andro Jul 30th, 2010 at 1:40 pm

    Sistem Perniagaan yang di amalkan di Malaysia dengan 5% royalti kepada Kerajaan Negeri perlu di pinda kerana menguntungkan rakan kongsi yang menerima 95% keuntungan sebelah pihak tapi memiskinkan Kerajaan Negeri….contoh rakan kongsi spt PETRONAS,SEMESTA dan SYABAS…Kerajaan Negeri menyediakan sumber bahan untuk di jual dan di usahakan mereka tidak mendapat pulangan kepada Kerajaan Negeri….air,minyak dan pasir hasil bumi lama-lama akan kering tandus tapi rompakan hasil bumi Negeri wajar di cap pada mereka kerana tidak mengamalkan 50%-50%…….SYABAS tak kenang budi nak heret Kerajaan Negeri lagi ke Mahkamah…..Puiiiii….

    Reply

  10. 10 indra Jul 30th, 2010 at 3:50 pm

    KHIR TOYOL AKAN DITIMBUS KEDALAM PASIR YANG DIKOREKNYA SENDIRI SELAMA MENJADI IMBI…

    Reply

  11. 11 andro Jul 30th, 2010 at 4:28 pm

    Sistem yang lebih mudah adalah 33.3% untuk Kerajaan Negeri,33.3% untuk Kerajaan Pusat dan 33.3% untuk rakan kongsi seperti PETRONAS,SYABAS,SEMESTA DLL….barulah sama-sama beruntung……

    Reply

  12. 12 andro Jul 30th, 2010 at 4:46 pm

    33.33% adalah keadilan untuk 3 pihak sama rata….Semesta,Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pun merasa…….Sistem yang di tandatangani tentang royalti ini harus di gubal semula…itulah sebab Perak,Kuala Lumpur dah habis di kaut bijih timah barulah Merdeka,Merdeka,Merdeka sedang hasil bumi dah di jual keseluruh dunia oleh Orang Putih…..siapa mengaut keuntungan itu cuba taksir berapa harga…..?

    Reply

  13. 13 andro Jul 30th, 2010 at 5:48 pm

    Andai setelah ditolak segala kos-kos yang telah di guna pakai untung yang di perolehi oleh Semesta alam itu haruslah di pulangkan kepada kerajaan Negeri sebanyak 66.66% kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula membayar 33.33% kepada Kerajaan Pusat….Jangankan lori kerajaan beri tambah lebar sayap keseluruh Negeri Pakatan Rakyat lagi….Pasir untuk di jual bagi pada SEMESTA…..

    Reply

  1. 1 Pengusaha Pasir Melayu Selangor Setuju Isu Pasir Tidak Dipolitik Pingback on Jul 29th, 2010 at 4:14 pm

Leave a Reply




Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
2 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
AICMalaysia: RT @anwaribrahim: Iftar & tarawikh/tazkirah di Segambut; meraikan aktivis AIC, PKPIM & anak-anak muda. #fb http://tweetphoto.com/42827266
3 hours ago
shahrularel: RT @anwaribrahim: Iftar & tarawikh/tazkirah di Segambut; meraikan aktivis AIC, PKPIM & anak-anak muda. #fb http://tweetphoto.com/42827266
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2010
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031