Dari Harakah
Oleh M Faqih
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.
Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.
“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.
“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.
Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.
Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.
Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.
“Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.
“Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.


















GANDINGAN MANTOP!..DSAI & TGNA. cayalah:)
Reply
Ketika zaman penjajahan Malaya,seorang Resident Inggeris British sedang berfikir apakah wajar Tanah Melayu di berikan kemerdekaan ketika di tanya seorang tali barut British…Resident itu lantas berkata….UUUUMMM…NO!!!(UMNO),maka tali barut British itu memberi tahu kepada ketua kampung bila di tanya apakah Tanah Melayu akan merdeka….Apa dia beritahu kau?dia cakap UUUMMM…NO…(dalam hati ketua kampung boleh ke tak boleh kerana tak tahu berbahasa Inggeris….. ????
Reply
SALAM DSAI DAN TGNA,
HAYATILAH SEMANGAT PERMUAFAKATAN DAN JGN SESEKALI BIARKAN PAKATAN BERPECAH. SEPAKATLAH DALAM SEGALA HAL, DAN JANGAN SESEKALI TERTIPU DGN IDEA KERAJAAN PERPADUAN. SEMOGA SEJARAH HITAM DI MANA PARTI PAS HAMPIR2 DIBUBARKAN TIDAK BERULANG.
SAYA PERCAYA YANG PAKATAN TTP BOLEH MEMERINTAH NEGARA DGN LEBIH BAIK, DAN TAK SEMESTINYA UMNO JE. YANG MUSTAHAK, PERTAHANKANLAH HAK KAUM MELAYU, BUMIPUTRA DAN AGAMA ISLAM SBG AGAMA RASMI DAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN HENDAKLAH TERUS DHORMATI.
DGN MELAKSANAKAN PERKARA2 DI ATAS, SAYA PERCAYA PAKATAN BOLEH MELAKUKANNYA TANPA UMNO DAN MALAH PAKATAN BOLEH MELAKUKAN LEBIH BAIK DARI UMNO.
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
Ternyata Dato’ Seri Anwar adalah calon terbaik untuk diangkat menjadi PM para PRU akan datang…
Ujian dan rintangan yg dihadapinya amat dahsyat sekali…dan ternyata ia mampu harunginya…
Haji Hadi, Lim Kit Siang mahupun Tok Guru Nik Aziz tidak sehebat diuji seperti Saudara Anwar alami setakat ini…
Semoga satu hari Anwar akan berjaya juga menjadi PM Malaysia hendaknya…
Reply
Pada 8 Ogos 1988, Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas telah dipecat. Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Tapi itu dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Dua lagi Hakim Mahkamah Agung iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah juga dipecat. Agenda pemecatan pun tidak banyak berbeda. Orang yang terlibat menjadi dalang serupa.
Kita saksikan bagaimana dia yang sangat kita takuti mengguna apa cara dan kaedah untuk terus berkuasa. Siapa menentang akan dipecat, dibenam dan dimatikan. Sebab itulah Menteri, Timbalan Menteri, pegawai Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kecut perut bila dia beri arahan. Kalau tak buat apa yang disuruh naya mereka. Mampus dikerjakan nanti macam Anwar Ibrahim dan Tun Salleh. Bacalah buku Datuk Dr. Rais Yatim. Datuk Rais juga salah seorang mangsanya. Buku Datuk Rais itu merupakan tesis Ph.D. di Universiti London. Bukunya objektif sesuai dengan sifatnya sebagai tesis kedoktoran. Buku itu tentang bagaimana kuasa eksekutif bermarajalela di tangannya. Tesis itu hebat. Sebab itulah beliau mendaftar sebagai pelajar M.Phil. (sarjana) tetapi dianugerahkan Ph.D.
Institusi kehakiman kita masih belum pulih. Pemecatan Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 masih segar di hati dan pemikiran rakyat. Kalau rakyat mahukan perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa, kita mesti pastikan sistem kehakiman yang bebas. Sudah tentu, ada dikalangan manusia yang tidak mahukan sistem kehakiman yang bebas. Mereka lebih sukakan system kehakiman yang akan menjaga kepentingan mereka yang punya kuasa.
James Madison seorang yang bertanggung jawab menulis perlembagaan Amerika berkata, bila seseorang berkuasa (kerajaan) keatas seseorang yang lain, ada dua unsur penting. Pertama kita mesti pastikan kerajaan mempunyai kapasiti untuk memerintah. Kalau tidak berlaku kacau bilau. Kedua, kerajaan yang sama mesti bersetuju untuk taat kepada sedikit kawalan dan had. Kalau tidak berlaku kediktatoran. Mencari keseimbangan ini adalah sukar dan satu proses yang mencabar.
Untuk menentukan samada kita mempunyai system kehjakiman yang bebas, ujian paling utama ialah kaedah perlantikan dan kenaikan pangkat para hakim. Kaedah para hakim dilantik dan dinaikkan pangkat mempunyai kesan langsung keatas kebebasannya dalam melaksanakan tugasnya. England atau British telah mengurniakan kita kaedah perlantikan kepada kita. Kalau mereka telah menyedari kelemahan kaedah sedia ada dan lari dari tradisi dengan menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman pada tahun 2005, kenapa kita juga tidak turut merubah kaedah perlantikan hakim kita sekarang.
Rujukan:
Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990.
Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995.
Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.
Reply
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cemented his close ties with Datuk Seri Anwar Ibrahim today, by praising the Opposition Leader’s consistency in backing the PAS spiritual adviser’s rejection of Malay unity talks with Umno.
The Kelantan mentri besar is seen as Anwar’s strongest ally in PAS and has rejected several attempts by his own party colleagues to engage in talks with Umno.
Instead, Nik Aziz has consistently favoured working with DAP and PKR in Pakatan Rakyat (PR).
Backed by Anwar, Nik Aziz’s latest remarks are seen as his latest move to put an end to talk of political cooperation between PAS and Umno.
Umno has been pushing for Malay unity talks with PAS, in what is seen an attempt to split the three main parties in PR.
“Anwar has been consistent in upholding the truth that he has been fighting for,” said Nik Aziz in a statement today.
“Being consistent is not the same with being stubborn. It is a religious duty. I hope that this consistency in fighting for the truth would lead to victory for Pakatan Rakyat in the next general election,” said Nik Aziz who has been accused by Umno of being the main stumbling block to unity between the two parties.
Yesterday, Anwar said that the three PR parties – PAS, DAP and PKR – would not talk with Umno so long as conditions were imposed.
He claimed that any party looking for unity must begin on the right premise of upholding justice and ending oppression.
The PKR de facto chief added that Umno did not understand PAS; noting the grand old Malay party thought “if they can capture Nik Aziz, they would be able to control PAS.”
Yesterday, Umno information chief, Datuk Ahmad Maslan said his party would not stop its efforts to have unity talks with PAS despite opposition from Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar.
Ahmad said this was because Umno was confident there were certain groups in PAS which supported its efforts.
Ahmad stressed that PAS was not dependent on Nik Aziz to lead the party as there were others who could do so, such as the president, the deputy president and the party’s supreme council.
However, he agreed that with Nik Aziz’s statement that there was no need for a middleman nor any conditions to be set in order for a meeting to take place.
PAS leaders have repeatedly stressed that the party had closed the chapter on talks with Umno and now is focused only on strengthening ties within PR.
Reply
“Jika BN menang, esoknya datang cari saya dan dapatkan cek RM 3 juta untuk sekolah cina anda”. Demikian kata-kata Najib semasa berkempen di Hulu Selangor. Hari ini janji Najib telah ditunaikan.Wang pendahaluan kepada warga Felda sebanyak RM50,000.00 dan bakinya disampaikan oleh ahli parlimen baru sehari selepas pilihanraya kecil. Soalan saya kepada SPRM, bukankah ini perbuatan rasuah secara terang-terangan? Adakah semua pegawai SPRM begitu jahil sehingga perbuatan rasuah ini tidak dapat difailkan untuk pendakwaan? Apakah SPRM tiada kredibiliti sehingga perbuatan secara terang-terangan begini tidak dapat reaksi daripada SPRM? Tidak malukan anda yang makan gaji dari hasil cukai rakyat Malaysia? Apakah SPRM akan hanya ikut telunjuk BN untuk mengambil tindakan terhapap musuh politik BN? Apakah SPRM akan pulih imejnya dengan mengiklankan statistiknya dalam akhbar? Apa sudah jadi kepada kes rasuah Khir Toyo? Apa jadi terhadap “jerung” kes PKFZ? Apa perkembangan penggunaan helikopter tentera oleh Muhyidin semasa aktiviti parti UMNO di Sabah? Apa jadi kepada kes rasuah peruntukan saham kepada anak Mahathir dan menantu Rafidah Aziz? Apa jadi kepada Kes Samy Vellu- Maika, kes wang tunai berjuta ringgat semasa bercuti oleh Mat Taib di Australia,”bail-out” Konsortium Perkapalan milik anak Mahathir,BMF, Perwaja, Maminco, Makuwasa, skandal UMBC-Daim,rasuah belian kapal selam dan jet pejuang dan beratus lagi kes? Rakyat Malaysia tidak mahu melihat segala sumber dan tenaga SPRM digunakan untuk kes-kes remeh seperti kes lembu korban dan belian bendera dan memperlekehkan kes beratus billion!
Reply
Rakyat Malaysia yang mempunyai akses kepada bahan-bahan bacaan alternatif pastinya faham bahawa hampir keseluruhan institusi yang sepatutnya bebas kini dikongkong oleh UMNO-BN.Pihak polis telah lama hilang kredibiliti dikalangan rakyat Malaysia sejak dari zaman Mahathir lagi. UMNO-BN telah memanupulasikan pihak polis sebagai alat mereka untuk menghalang gerakan demokrasi untuk memastikan regim UMNO-BN terus kekal memerintah. Di negara lain,pihak polis akan berkecuali dalam apa sahaja keadaan politik semasa, tetapi di Malaysia pihak polis secara terang-terang menyebelahi UMNO-BN dan menganggap musuh politik UMNO-BN sebagai musuh pihak polis juga.Insiden ketua polis negara Rahim Noor yang membelasah Anwar Ibrahim dalam tahanan masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Imej saudara Tian Chua yang ‘diangkut ‘ oleh empat anggota polis berdekatan Parlimen masih segar dalam dalam minda rakyat Malaysia.Demostrasi yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat pastinya akan ‘disambut’ oleh pihak polis dan FRU dengan merian air dan belatan polis manakala demostrasi yang dibuat oleh rejim UMNO-BN atau puaknya akan ‘dilindungi’ oleh pihak polis.Contoh yang nyata demostarsi Bersih dan bantahan ISA yang memerima ’sambutan; dengan gas pemedih mata dan meriam air tetapi demostrasi yang dibuat oleh Khir Toyo kerumah dan pejabat Ahli Parlimen Karpal Singh dan juga demosrarsi ke Komtar oleh puak yang bantah Lim Guan Eng yang membawa kayu dan sebagainya seolah-olah mendapat ‘restu’ pihak polis. Laporan demi laporan yang pihak polis buat terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dan pihak yang membangkang UMNO-BN dan juga tindakan undang-undang terhadap musuh politik UMNO-BN amat ketara sekali. Cabaran saudara Lim Guan Eng kepada Musa Hassan untuk dedahkan berapa banyak laporan polis yang pihak polis buat terhadap ahli parlimen, menteri besar dan juga menteri UMNO-BN masih tidak dijawap oleh Musa Hassan.Disebabkan oleh ‘persefahaman’ UMNO-BN dan pihak polis maka pihak polis sentiasa ‘dilindungi’ oleh regim yang memerintah sekarang.Maka dengan sebab itulah IPCMC masih belum diimplemenkan kerana dapat bantahan pihak polis. Lihat sahaja data tentang berapa ramai yang mati dalam tahanan polis. Kes Kugan adalah satu dari beratus yang masih terus berlaku.Yang mati ditembak, biasanya versi pihak polis adalah ayat yang kita sering dengar. Walaupun budak berusia 14 tahun yang ditembak tempohari, rakyat Malaysia masih dimomokkan dengan unggapan standard- penjenayah yang disyaki, membawa senjata bla…bla..bla…sungguh memualkan!
Reply
1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.
2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.
3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.
4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.
5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.
6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.
7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh ‘bomoh’ Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.
8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.
9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.
10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.
11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.
12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.
13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.
14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Aminah’ kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.
15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.
16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.
17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.
18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.
19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.
20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak “Razak, keparat, keluar kau dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.
21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.
22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.
23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.
24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.
25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:–
25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.
25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.
25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.
25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.
26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan “Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.
27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, “Aminah ada di sini”. Saya menerima SMS daripada Razak, “Tahan dia sampai orang saya datang”.
28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:–
28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.
28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.
28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).
28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.
28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.
28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.
30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.
31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.
32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.
33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama ‘Amy’, yang tampaknya adalah sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.
34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.
35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama ‘Amy’ datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.
36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.
37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.
38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.
39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.
40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.
42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.
43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.
44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.
45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.
46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.
47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.
48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, “Tahan dia sampai orang saya datang”. Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.
49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.
50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.
51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.
52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, “Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni… masalah ni akan diselesaikan… bawa bertenang.”
53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:–
54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.
54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.
54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.
55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya
Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas
Balasubramaniam a/l Perumal
1 Julai 2008
Di hadapan saya,
… … … … … … … … … … … … ….
Pesuruhjaya Sumpah
Kuala Lumpur
Reply
Rakyat Malaysia yang waras cuba fikirkan senario ini. Umum tahu Razak Baginda dan Najib adalah kawan. Semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan, negara kita membuat keputusan membeli kapal selam dari negara Perancis. “Komisen” sebanyak RM540,000,000.00 ( 540 juta ) telah dibayar kepada syarikat Razak Baginda ( Perimekar ). Apa jadi kepada komisen ini? Laporan demi laporan telah dibuat kepada SPRM tetapi nampaknya SPRM hanya berminat untuk mencari kesalahan belian bendera oleh Teo Beng Hock sampai nyawanya melayang. Dengan siapa Razak Baginda berkongsi “komisen” ini? Kenapa timbul istilah komisen sedangkan ini adalah rasuah secara terang-terangan. Takkan Najib tak tahu kawan baiknya akan mendapat 540 juta. Dahlah 540 juta disonglap oleh Razak Baginda, dia mengaku ada hubungan seks dengan Altantuya yang kemudianya dibunuh oleh pegawai-pegawai polis yang menjaga keselamatan Najib sendiri. Tidak ada sebab kedua-kedua Azilah dan kawannya membunuh Altantuya. Soalannya siapa yang mendapat keuntungan dengan lenyapnya Altantuya dengan cara dibom? Pastinya Razak Baginda yang mengaku diugut oleh Altantuya. Razak Baginda not only got away with tax payers 540 million but got away with murder! Alangkah bertuahnya menjadi kawan Najib. Komisen dapat, mengaku buat zina dan kemudian wanita tersebut dibom tetapi terlepas dan sekarang berada di UK untuk menikmati hidup mewah dengan rasuah yang diperoleh!
Reply
Doa orang alim ini dimakbulkan Allah, bergantung pada waktu, lambat dengan cepat saja.Ucapan tahniah tok guru nik aziz dilihat terbit dari hati yang suci bersih. hormat tok guru, pejabatnya tak ada protokol, rakyat bebas untuk berjumpa dengannya. berkat doa alim ulamak, Allah akan beri cahaya yang bersinar kepada dato seri. Insyaallah.
Reply
Parti UMNO yang tak tahu malu PAS cakap tak suka usahlah di rayu ni dah terdesak sangat kenapa dah nak berkubur ke jika begitu baguslah?
Reply
UMNO sebenarnya telah mencampakkan sebutir berlian. DSAI adalah seorang pemimpin yang amat dikagumi sejak dari beliau didalam pertubuhan belia ABIM. beliau bukan sahaja disegani di Cheruk Tok Kun, Permatang Pauh, Pulau Pinang, UMNO, PAS, DAP, tetapi beliau juga di hormati di peringkat antarabangsa. Kerana beliau terkenal di peringkat antarabangsa maka wajarlah kita sebagai rakyat Malaysia menerima kepimpinan beliau untuk Malaysia.
Luaskan skop pemikiran kita. UMNO akan tetap UMNO, Malaysia juga akan tetap Malaysia. Tetapi rekod kehebatan Malaysia di persada antarabangsa kini semakin terhakis dalam konteks pembangunan ekonomi serta pembangunan manusia. Rekod Malaysia terserlah dalam konteks hutang negara dan indeks rasuah. Apakah ini yang kita mahu?
Sedarlah…ayuh mari kita bersama-sama menunggu fajar PRU13 dan meletakkan cara berfikir kearah pembentukan kerajaan PR.
Reply
Hai geng kita harus berfikir sejak, kalau DSAI jadi PM adakah dia mampu mengawal dapat orang India dan Cina terutama anggota DAP dalam mentadbir negara? Kalau Lim Keat Siang mahu jadi timbalan PM dan India pula mahu timbalan PM bagaimana ?….Hak orang melayu terutama UMNO terabai kalau ini berlaku…..kalaupun Lim Keat Siang bersara tentu dia mahu menteri kanan seperti Singapore dan DSAI terpaksa menurut kerna Part PKR 60% Ahlinya DAP
Reply