Archive for July 29th, 2010

29 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh YB Dr.Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara? (more…)

29 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah
Oleh M Faqih

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

“Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

“Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

29 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

31 Julai 2010 ( Sabtu)

1) 7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam Keadilan Batu Pahat

Tempat – Grand Sea View Restaurant,
                         Batu Pahat, Johor

Penceramah – 1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YBhg Tuan Syed Hamid Ali

3) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

4) YBhg Dato’ Dr Mahfodz Mohamed
—–

2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana Tawan Johor

Tempat – Markaz PAS Batu Pahat, Sungai Tongkang
                   Rengit, Batu Pahat, Johor

Penceramah : 1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3) YB Dr Boo Cheng Hau

4) YBhg Dato’ Dr Mahfodz Mohamed

5) YBhg Pn Siti Aishah Shaik Ismail

29 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

30 July 2010 (Jumaat)

8.00 – 10.30 Mlm – Jamuan Makan Malam, Cabang Bagan Serai
                                          Dewan Beng Sean Seah,
                                          Jalan Siakap, Bagan Serai.

Penceramah : 1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim

2) YBhg Dato Chua Jui Meng

3) YB Dr Lee Boon Chye

4) YBhg Mustafa Kamil Ayub
—- (more…)

29 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR

29 JULAI 2010

Pejabat Menteri Besar Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) berhubung isu perlombongan pasir.

Sesi dialog ini diadakan di Pejabat Menteri Besar semalam yang dihadiri Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin manakala KSSB diwakili Pengerusinya, Shukor Nagor, Ahli Lembaga Pengarah, Shuhaimi Shafie, Pengarah, Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Eksekutif, Ir Ramli Majed,

Pengerusi JBPPPMS, Tengku Dato’ Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selepas sesi dialog berakhir yang diserahkan kepada Faekah.

Faekah memberi jaminan kepada JBPPPMS akan melihat secara serius cadangan yang diutarakan dan akan memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Pertemuan ini diharapkan dapat menyelesaikan beberapa isu hangat sebelum ini yang mungkin diakibatkan oleh salah faham dan salah maklumat. Kerajaan Negeri dan KSSB berterima kasih kepada JBPPPMS atas cadangan dan kritikan. Pada masa yang sama JBPPPMS menyatakan rasa penghargaan mereka kerana kesudian Pejabat Menteri Besar menerima mereka.

Kerajaan Negeri dan JBPPPMS juga sepakat bahawa isu pasir ini tidak perlu dipolitikkan sehingga mengelirukan rakyat dan mendatangkan kebimbangan di kalangan pelabur asing serta tempatan.

Kedua-dua pihak juga setuju untuk bekerja sama bagi memastikan perlombongan pasir di Selangor dijalankan secara betul dan adil supaya hasilnya dapat dimanfaatkan semua rakyat.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR