28
Jul
10

Perjelas Tujuan Sebenar Kerjasama Pas-UMNO

Dari Sinar Harian

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk golongan ulama ikhlas menyatakan tujuan sebenar memastikan kerjasama antara Pas dan UMNO.

Katanya, beliau mengakui perpaduan itu penting namun ia hendaklah mempunyai menggunakan pendekatan yang betul dan tujuan ia mahu direalisasikan.

“Perpaduan itu adalah satu tuntutan. kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan, mesti mulakan dengan premis yang betul. Jika ditanya apakah akan ada menentang kalau orang Islam dan Melayu bersatu? Tiada orang akan menentang dan saya pun kata bagus. Namun, bersatu untuk apa? Bersatu itu adalah untuk menegakkan sesuatu dengan lebih baik, bukan bersatu kerana diancam,” katanya ketika sesi dialog bersama pengarang dan wartawan Sinar Harian sempena kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi orang tengah bagi menyatukan Pas dan UMNO.

Anwar berkata, isu perpaduan yang diperkatakan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha kaum Melayu untuk mendominasi kumpulan lain.

Mengenai peranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan menjadi penghalang kepada kerjasama Pas dan UMNO, Anwar berkata, kerjasama dua parti itu tetap tidak akan menjadi kenyataan walaupun tanpa campur tangan Nik Aziz.

“Pas tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin Pas juga menolak kerjasama ini.

“UMNO juga tidak faham Pas. UMNO merasakan jika mereka boleh tawan Nik Aziz mereka boleh tawan Pas,” katanya.


26 Responses to “Perjelas Tujuan Sebenar Kerjasama Pas-UMNO”


  1. 1 Sarjan Hassan Jul 28th, 2010 at 4:34 pm

    A brilliant statement from a Wise Leader. Bravo DSAI!..

    To all corrupted n dishonesty leaders in UMNO …prepare to be FROZEN soon!(borrowed remarks from YB Suhaimi Shafiei, State Assemblyman of Sri Muda against ex-CM of Selangor).

    Reply

    Aku La Reply:

    SALAM DSAI,

    IDEA PENYATUAN UMNO-PAS ADALAH SATU IDEA BODOH YANG CUBA DIIMPLEMENTASIKAN SBG SATU STRATEGI SERAMPANG DUA MATA. MATLAMAT PERTAMA IALAH MELETAKKAN PAS DIBAWAH KETIAK UMNO DAN SETERSUNYA MENYAHKAN PAS DARI PETA POLITIK NEGARA (2) MEMASTIKAN USAHA PAKATAN UTK MEMENANGI PRU YG AKAN DATANG GAGAL. DGN CARA INI, MAKA BOLEHLAH ORG2 UMNO DAN SUKU SAKAT TERUS MENERUS MELAKSANAKAN DASAR2 YG MENYUSAHKAN RAKYAT SPT MENAIKAN HARGA PETROL, TOL, MAKANAN DAN LAIN2.

    KALAU UMNO BETUL2 IKHLAS NAK BERSATU, MEH LA JOIN PAKATAN DAN TINGGALKAN BN.

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

    Belalang Reply:

    Setuju sangat kat “Aku La”.

    Apa kata cadangkan dan war-warkan Pas ajak UMNO masuk dalam barisan Pakatan Rakyat…

    kita dengar apa kata depa…

    kalau banyak alasan yang diberi maknanya depa tak ikhlas dalam Isu Perpaduan yang mereka anjurkan dulu.

    Habaq kat depa itu “TAKTIK LAMA”.

    Reply

  2. 2 org tepen Jul 28th, 2010 at 4:35 pm

    UMNO sudah kebingungan.. tulah tanda2 kapal mula nak karam

    Reply

    pakgah santan Reply:

    betul!!! Orang tepin dan Orang larut dah matang!!

    Apa yang kita telahi adalah jika PAS dan UMNO menjadi kesatuan maka UMNO akan Lebih Islam dari Islam itu sendiri!! ada kemungkinan UMNO jadi taliban Melayu!!

    Reply

  3. 3 mie Jul 28th, 2010 at 7:13 pm

    tak perlu la berbaik..bukan dapat apa pun kalau baik dgn UMNO..orang dalam pakatan pun yg bekas UMNO pun bukan semua boleh pakai..ramai je pembelot…baik kekal dalam keadaan sekarang…lawan tetap lawan!!

    Reply

    Zulkiefli Bin Ahmad Reply:

    Betoi kata hang Mie..Lama tak dengar pasai katak-katak yang masuk sini, keluar sana.Apatah lagi katak-katak yang baru nak belajar melompat..Toksah dok percaya sangat kat depa ni semua..Lompat baru dua tiga langkah terus patah balik kat tempat lama..Tu pun lompat tak berapa nak tinggi sangat.Saja nak cari publisiti..Dah lama sangat tak dengar kisah dongeng pasai katak-katak ni..
    kan?..kan?..kan?..Sekali ni kalau ada peluang dengar cerita katak, biaq la pasai katak-katak jenis lain pulak..Atau katak-katak yang ‘brilliant’ sikit ke? Boring le dengar katak-kotak local yang tak berapa cerdik tu..he..he..

    Reply

  4. 4 sukma.angin Jul 28th, 2010 at 8:26 pm

    UMNO sangat terdesak sekarang…sangat terdesak

    Tidak ada orang yang betul-betul memahami hala tuju Najib seperti Tun Ghazali Sahfie kepada Tun Razak atau Tun Mohamed Rahmat kepada Tun Mahathir. Tidak ada. Bukan kerana terlalu lama atau terlalu singkat pemerintahan seseorang PM itu. Soalnya apa yang disimpan oleh banyak inteligen US, Russia, Indon, dan Singapore tentang Najib. Oleh kerana baru-baru ini terdapat rahsia tentera US yang dikatakan kebal itu dapat dibuka oleh beberapa org hackers hingga menunjukkan bukti kerjasama berterusan kerajaan pakistan kepada taliban, yang dipanjatkan oleh Najib siang dan malam ialah, janganlah diselongkar rahsianya oleh hackers-hackers DSAI. Satu-satu orang yang dipercayainya ialah DS Rosmah sahaja. Dan Najib tidak boleh mencuba kudrat sepupunya Hishamuddin untuk menyelamatkan UMNO kerana kudrat sepupunya adalah kudrat Dato’ Jaafar, bekas Menteri Besar Johor-kesetiaan kepada sultan yang tidak berbelah bahagi. Maka ia beralih, mencuba kepada yang dilihat sebagai’wakil’ kumpulan ketiga- kononya bukan politik dan bukan PERKASA, tetapi ada kuasa mengundi dan mewakili kaumnya, agamanya-Tan Sri Harussani. Yang kononnya neutral, Tan Sri Harussani pun mencuba-cuba menjadikan dirinya alat kepada perpaduan politik juga tetapi cubaan yang sangat gagal. Pertamanya, semua orang tahu permainan terdahulu Melayu yang satu ini hingga mendapat gelaran Tan Sri tersebut, keduanya oleh kerana semua orang tahu maka tidak ada gunanya hendak bercerita tentangnya, ketiga, oleh kerana hendak menghormati pangkat tan sri yg baru diterima oleh seorang melayu ini, maka hanya beberapa kerat termasuk pemimpin utama sahaja yang ‘asal cakap’ tentang ‘perpaduan konon’.

    Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk menzahirkan perubahan dan maklumat kepada rakyat…melalui akhbar dan TV selangor. Tsunami politik sedang dan terus bergelombang dari teras. UMNO tidak boleh ‘berperang’ dengan YouTube, Facebook dan lain-lain media online, sedangkan kenyataan keras dan bersemangat DSAI di setiap ceramah politik tersimpan di mana-mana pemacu cakera keras dan tidak jemu-jemu diulang berhari-hari sebagai satu bentuk pembelajaran masteri. Masih ramai bloggers yang tidak muncul di khalayak hanya untuk direkod dan dijadikan alat oleh mereka ini

    Oleh masa dan UMNO mengeluarkan sayap terakhir mereka yang telah menerima tarbiah menerusi kursus BTN- guru-guru DG41-DG48. Tetapi adakah percaturan mereka ini bijak kerana mereka yang mula bekerja di zaman Pak Lah dari DG41 hingga DG48 ini, adalah kumpulan majoriti yang sedang merasa kesukaran membayar bunga wang PTPTN, (kumpuan majoriti dari 71% peratus pencarum KWSP yang mempunyai pendapatan sekitar RM2.5K dan 17% selebihnya), kumpulan yang dilanyak dalam kempen PLKN dan sudah tentunya tidak tergambar kepahitan mereka yang terkesan dari kejatuhan ekonomi Malaysia akhir tahun 1998? Adakah percaturan meletakkan kumpulan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tepat?. Cukupkah sekadar UMNO bertanyakan kepada KJ yang baru sahaja hidup sekatil (bukan setilam) dengan mereka dalam wataniah?

    Bolehkah kumpulan ini mempengaruhi mereka yang merasa zaman kesukaran tersebut- mereka yang kebanyakannya pembayar cukai yang akhirnya baru dapat mengecapi kestabilan hidup, mempunyai anak yang ramai di sekolah menengah dan mula merasa kesan daripada pelupusan subsidi. Tidakkah terbayang atau terkesan pada pemikiran anda keseriusan hal ini jika anda diberitahu wang pencen minimum askar pun hendak dinaikkan daripada RM200 kepada RM500? Dan guru-guru ini pun tahu, dalam menurut perintah, ada peratusan dari wang pencen mereka perlu diserahkan kepada kerajaan di usia-usia akhir mereka kerana faktor-faktor tertentu.

    Saya telah menemui seorang MD dari zaman DS Khir Toyo, beliau ramalkan sekirannya DS Najib tidak berbuat sesuatu dalam tempoh enam bulan ini, BN boleh tumbang di seluruh negara kecuali Johore dan Pahang. Rasanya semua orang dapat merasakan kegawatan dalam diam itu.

    Reply

    zamy Reply:

    mmg…betul…UMNO-BN amat terdesak sekarang…contohnye ttg kebenaran guru DG41-ke dg48 utk berpolitik…..kalau klause menyatakan….dibenarkan berpolitik je…..saya rasa okey…ttp jika ditambah dgn kebenaran KSU…itu menampakkkan terlampau terdesaknye…mereka……lagi satu ekonomi ‘kera’jaan UMNO-BN dah teruk dah…..mcm2 dia buat…..tarik subssidilah….nak lulus judilah…….yelah tak de duit….lihat saje org tak de duit tu….kalu jumpa sepuluh sen kat tepi jalan pun….kutip punya…..begitulah UMNO-BN….ada jln nak ber’jimat’..semua di buatnye…..contohnye nak memansuhkan pepriksaan UPSR dan PMR…pun…jadiiii…..sekurang2nye dpt berjimat…….nanti duit yg di’jimat’kan nanti…akan di..SEEEEELLLLAAAAMMMMAAAATTTTT…….

    Reply

  5. 5 rakyat Jul 28th, 2010 at 10:08 pm

    YB Datuk Seri,

    Isu perpaduan Melayu di perbesarkan hanya bertujuan untuk menutup isu kenaikan harga pertol, gula dan jgn lupa harga telur dan barangan lain juga telah naik di pasaran tetapi tidak di timbulkan.

    Pembesar-pembesar tertinggi UMNO adalah kalangan yang mengamalkan rasuah, penyeleweng wang rakyat, penjenayah. PM dan Menteri Kewangan yg bertanggungjawab mengenai hal kewangan pula adalah orang yg sama. Pembesar CIMB adalah adik kepada PM dan Menteri Kewangan. Menteri Dalam Negeri yang menjaga polis, SPRM, Imigresen pula sepupu PM. Jadi Malaysia seperti kepunyaan syarikat adik beradik. Majoriti rakyat sudah sedar akan hal ini dan mengunggu saja PRU13 untuk menghukum mereka. Jika UMNO rebah adalah disebabkan oleh kesilapan besar oleh pemimpin2 melayu UMNO yang korup dan tamak haloba seperti Abu Lahab. Slogan 1Malaysia sebenarnya lebih tepat di laungkan sebagai Rakyat dimendahulukan (wang mereka), Pembesar di utamakan (kroni).

    Reply

  6. 6 sepanggal Jul 29th, 2010 at 12:17 am

    Dato’ Sri,

    Perpaduan yang dimaksudkan oleh UMNO, adalah jelas tujuannya. Dulu UMNO amat kuat dan orang Melayu yakin sehingga pada satu masa hanya ada 2 orang wakil PAS dalam parlimen.

    Kini UMNO dah semakin tidak disukai oleh ahli mereka. Mereka amat menyampah dengan telatah orang-orang UMNO yang dah lupa daratan, mereka asyik dan mabuk dilambung ombak. Kini kapal mereka dah terlajak jauh ke laut lepas, kapalnya dah tak mampu untuk menampung kehebatan ombak yang datang. Untuk mengelak kapal pecah dah nakhoda lemas terpaksalah cari siapa yang mampu untuk membantu mereka.PAS juga telah berpengalaman membantu UMNO pada tahun 74-78. Itu adalah sejarah yang mungkin ramai sudah lupa atau tidak tahu. Kelantan diistiharkan darurat pada tahun 78 angkara siapa?.

    Bersatu adalah baik…dengan UMNO kena fikir berkali-kali dan banyak kali.

    Kami sudah bertekad, PRU13 akan menjadi turning point dalam pentadbiran negara.

    p

    Reply

  7. 7 Teuku Zacharyah Bin Teuku Nyak Khairy Iskandar Jul 29th, 2010 at 3:28 am

    TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..

    TERGAMAKKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO..??

    •SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…

    Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

    Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

    Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
    dibawah naungan British bukan..??
    menjadi anak emas Britishkan..!!

    Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

    Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

    Golongan yg menjadi ” BARUA ” British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

    Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

    Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..

    Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….

    Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

    ” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”

    Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. – bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

    Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

    Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

    Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

    Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

    * Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
    Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

    Reply

  8. 8 zamy Jul 29th, 2010 at 11:14 am

    rentikan layan UMNO-BN tu……bknnye ikhlas pun….pengalaman mengajar kite memahami species2 spt UMNO-BN nie……itu strategi mereka saje utk bmendapat oksigen didlm keaadaan tercungap2 (nazak) nie……masa kapal tgh tampak mewah dan 5 star dulu…org nak tumpang(ajak bermuzakarah dulu) pun tak dilayan……..ini kapal dah nak karam….. baru nak ajak tumpang……bolehlah jugak…….boleh beeeee…..laaaaah……

    Reply

  9. 9 ilias Jul 29th, 2010 at 11:27 am

    Itulah tipu daya UMNO dulu,kini dan selamanya………..langsung tak boleh dipercayai.Boleh belahla…………

    Reply

  10. 10 andro Jul 29th, 2010 at 11:39 am

    Hapuskan Judi,Arak dan Pelacuran dari Malaysia?Sampai Kiamat pun Malaysia begitu lah….tak berubah-ubah…..dah 50 tahun lebih….

    Reply

  11. 11 neo8118 Jul 29th, 2010 at 11:43 am

    AMENO ni memang benak Datuk Seri…memang depa susah nk paham apa2 pun..Umpama depa ni cm org tua nyanyuk berak ats tilam…maklumlah usia dh lebih setengah abad..heheeee….

    Reply

  12. 12 wong cifu Jul 29th, 2010 at 1:28 pm

    Salam DSAI,
    saya harap tiada sebarang kerjasama lg..
    Mufti Perak banyak berdiam bila perkara melibatkan agama,antaranya ketika judi sukan,kenapa beliau tidak lantang bersuara..

    Reply

    Terompah Kayu Reply:

    Masih takutkan UMNO dari takutkan kepada yang maha Esa kot.

    Takut akan kehilangan title dan position juga.

    Reply

  13. 13 Hamaba Allah Jul 29th, 2010 at 4:25 pm

    Assalamualaikum…

    semoga Allah merahmati kita semua.. sekiranya Pakatan Rakyat dpt memerintah negara satu hari nanti dengan izin Allah. Nasib Agama Islam lebih terbela.. HUKUM ISLAM dapat dilaksanakan…HUKUM HUDUD lebih tepat lg barang kali.. Nasib org Melayu lebih baik drpd zaman pemerintahn BN.. Negara lebih maju,aman dan makmur.. kelab2 mlm diharamkan utk org ISLAM… segala bentuk judi didalam negara dihapuskan… penjualan arak secara terbuka perlu ditangani… dengan harapan sumer ini menjadi realiti… semoga ISLAM subur dinegara kita..

    Reply

  14. 14 andro Jul 29th, 2010 at 8:30 pm

    Penggunaan akronim untuk United Malays Nation Organisation menjadi UMNO adalah bukan Melayu sejati kerana perkataan akronim untuk pertubuhan itu yang sebenar adalah PKMB iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu….(PKMB)lebih melayu sebenarnya…cam Parti Komunis Malaya Bersatu….pulak kalau PKMB jadi tu lah sebab mereka guna UMNO….kisah di zaman Penjajahan Inggeris di tanah Melayu bermula ketika seorang Resident Inggeris di tanya seorang tali barut Inggeris bila ketua kampung inginkan jawapan samaada bolehkah Tanah Melayu diberi kemerdekaan,sambil menyengetkan kepala dan mendongak keatas Resident British itu berfikir….UMMM..NO!!!(dalam hati ketua kampung bertanya UMNO tu boleh ke tak boleh kerana tidak faham bahasa Orang Putih)….jadi di beritahu kepada penduduk kampung semua UMNO……

    Reply

  15. 15 shift Jul 30th, 2010 at 6:40 pm

    Nafas UMNO semakin sesak sampai nak hantar orang suruhan dalm 50 bas untuk menemui Nik Aziz, macam mana nak pujuk Nik Aziz sapa pun tak tau, tapi bagus juga kalau hantar lebih ramai lagi, 1000 bas ke, nanti Nik Aziz boleh bagi tazkirah pada mereka supaya dapat bantu kempen untuk PAS dalam PR13 nanti, biar Nik Aziz terngkan apa erti Melayu bersatu dalam penyatuan bangsa Malaysia, bererti bersaing untuk mencari kesenangan, dalam keadaan susah sama-sama membantu antara satu sama lain. Ini namanya penyatuan sebenar rakyat Malayisa, bukan terpaksa kerana diancam musuh bersasma, bersatu dalam keadaan susah dan senang.

    Reply

  16. 16 shift Aug 1st, 2010 at 9:14 am

    UMNO sebenarnya seperti “tesesat jalan malu bertanya”, pertikaian bukan di antara mereka dan PAS, tapi di antara UMNO sebagai parti yang terbesar dengan di Malaysia dan seorang individu. Adakah mereka mempunyai pelan penyelesian di dalam masa yang semakin tidak berpihak kepada mereka?

    Reply

  17. 17 smy Aug 2nd, 2010 at 12:40 pm

    DSAI, cerita melayu n umno ini dah berkarat dan busuk dah. Lantak peilah mereka ini, yang penting, PAKATAN RAKYAT mesti hadir membantu rakyat dan negara dengan tekad dan azam yang dijanjikan.

    Reply

  18. 18 andro Aug 2nd, 2010 at 1:14 pm

    Di dalam perjuangan politik PAS tiada erti untuk berpaling tadah pada UMNO yang memerintah Negara yang sebenarnya adalah Parti Haram kerana tidak pernah berdaftar…..sehinggalah ia di haramkan yang sepatutnya tidak boleh menggunakan nama yang telah di haramkan itu….UMNO…PAS telah di daftarkan pada 31 Mei 1955 di Pulau Pinang….

    Reply

  19. 19 andro Aug 2nd, 2010 at 1:50 pm

    Dasar-dasar PAS (Parti lslam Se-Malaysia)
    Sejarah
    Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS
    merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada
    31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733
    ( Penang).
    Tujuan
    Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah
    memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia
    sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di
    dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya
    menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian
    Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
    Dasar
    Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan
    seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali
    dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan
    Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
    Usaha
    Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya,
    usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
    1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah
    Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan
    mahupun amalan.
    2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta
    menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara
    serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha
    menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang
    termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan
    sosial serta pelajaran dan pendidikan.
    3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan
    menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi
    memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat
    dan berkebajikan.
    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-
    pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi
    mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep
    dan pandangan hidup lslam.
    5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi
    memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat,
    bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk
    membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
    6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,
    persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang
    tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan
    selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah
    dengan undang-undang negara.
    7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
    negara yang tunggal dalam amalannya disamping
    berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
    8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara
    berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran
    lslam.
    9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di
    negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab
    melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia
    dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara
    kaum di dalam negara ini.
    10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa
    Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan
    keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta
    menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan,
    perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
    11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam
    batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara
    bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke
    luar.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Perjelas Tujuan Sebenar Kerjasama Pas-UMNO at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jul 28th, 2010 at 5:42 pm

Leave a Reply