Dari Malaysiakini
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Abdul Gani (atas, kiri) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.
“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.
“Beliau sama sekali tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau persediaan kes termasuk penyusunan strategi pasukan pendakwa,” katanya.
Mengulas lanjut Abdul Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.
“Pendakwa baru hanya membantu kami dalam menjalankan beberapa tugas yang sama sekali tidak melibatkan perbincangan, penyusunan strategi dan pembentangan hujah di dalam mahkamah,” katanya.
Pasukan pendakwa untuk kes berkenaan diketuai oleh Peguam Cara Negara 2, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman dan Farah Azlina.
“Tugas menyoal saksi dilakukan oleh Mohd Yusof, Mohamed Hanafiah, Datuk Nordin dan Noorin manakala Chiang Kiat bertugas membantu aspek perundangan berhubung rayuan dan semakan kes.
“Farah Azlina, Naidatul Athirah dan Mira Mirna hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan mencatatkan segala nota perbicaraan,” katanya.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.


















Setelah Janna Syariza Gugur, Farah Azlina Juga Gugur ?
Masihkah anda ingat lagi dengan nama Janna Syariza Mohd Zaki ? Nama yang sebelum ini meletop kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.
Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.
Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan. Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.
Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang. Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?
Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair. Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I fcuk you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an. Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri – Farah Azlina.
Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum;
“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua….,”
Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya. Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika ‘madunya’ si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas. Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofile tinggi?
Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum. Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri? Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar – Menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.
Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang ketua pembangkang. Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa.
Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim? Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti? Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?
Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan. Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang. Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai ‘lebam sujud’ di dahinya. Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.
Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.
Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.
Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut. Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam. Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.
Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, Anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan. Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!! Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan. Disinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.
Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!
RE-FOR-MA-SI
TAKBIR ! ALLAH HUAKHBAR !!
EDYES – 27 JULY 2010 – 22.52pm
http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/07/setelah-janna-syariza-gugur-farah.html
Reply
Zara Reply:
July 29th, 2010 at 1:28 pm
Alhamdullilah, mudah-mudah Allah tunjukkan yang pincang dan yang benar itu.
Reply
SUARA DARI BAWAH Reply:
July 30th, 2010 at 4:52 am
pelik gak tang dahi si saiful tu..dahi tuan guru dato nik aziz pun x cam tu..yang si saiful ni..kejap2 jer makin lebam..allahualam..tapi dlm dok sibuk2 wat amalan dan lagi wat hubungan ngan miss farah tu eyekkk..ish ishh betul kata mr edyes..sian cik janna…hu hu hu
Reply
minang Reply:
July 30th, 2010 at 3:40 pm
Dahi lebam2 tu di sebabkan hantukkan sederhana kuat kat lantai kononnya dia orang yang warak nak tunjuk pada orang ramai agar mempercayai kata2nya berkaitan kes liwat,tup-tup kes zina pula yang keluar abis kelam kabut jadinya.
Reply
a.k.a Reply:
July 30th, 2010 at 4:55 pm
Dahi lebam sujud bukan hak kita nak menilaikan. Hanya Allah S.W.T yang berhak. Hanya Dia, DSAI dan Saiful yang tahu cerita sebenar. Marilah kita bersama memohon kepadaNya untuk menunjuk kebenaran.
Reply
Wahai pihak-pihak pendakwaraya,hakim-hakim dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak dalam kes fitnah yang maha dahsyat ini bertaubatlah sebelum terlambat.
Jangan dek kerana habuan dunia(jawatan/kuasa/imbuhan) yang tak seberapa ini untuk tempoh yang tidak diketahui lamanya untuk dinikmati(mungkin hari ni/esok/lusa izrail datang menyempurnakan tugas yang diamanahkan) maka memilih untuk menerima azab yang pedih dan dahsyat dari Allah SWT.
Reply
Salam YAB Dato’ Seri
Saya ingin menyuarakan rasa tidak puas hati kerana Kerajaan Malaysia telah menyerahkan tanah yang berprofil tinggi iaitu Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada syarikat kroni yang berkepentingan demi untuk mengisi kocek mereka yang sedang kontang. MEREKA SEMUA PENIPU BANGSA DAN RAKYAT MALAYSIA!!!.. Rakyat ditipu sekoyong-koyongnya oleh pucuk pimpinan kerajaan yang menyatakan tanah tersebut hendak dijadikan hab halal kepada syarikat antarabangsa dr Qatar. Penipu semuanya!!!
Pada masa ini Kerajaan Babi Barisan Nasional sedang mengintai dan akan mengeladah habis-habisan tanah simpanan kerajaan di Dengkil untuk digantikan dengan tanah yang mereka jual iaitu Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Mereka menjual tanah pangkalan tersebut dalam angka berpuluh-puluh bilion Ringgit Malaysia. Malah tanah kerajaan yang digantikan itu diberikan percuma kepada gantian tadi dan syarikat kroni babi Barisan Nasional mengaut untung berpuluh-puluh bilion Ringgit Malaysia.
Mohon Pakatan Rakyat yang diketuai YAB Dato’ Seri dapat menghalang niat kerajaan babi Barisan Nasional untuk merampas tanah kerajaan yang sedang berlangsung sekarang yang didalangi oleh Dato’ Seri Najib, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Panglima TUDM. Itulah motifnya Najib dengan kadar segera melantik Azizan sebagai PAT dan Rodzali sebagai Panglima TUDM bagi melicinkan lagi komplot rampasan tanah yang sedang mereka usahakan.
Dato’ Seri, tanah Pangkalan Udara adalah warisan bangsa kita dan tanah ini adalah tinggalan sejarah yang akan menjadi panduan kepada generasi akan datang. Mohon Dato’ Seri menentang grombolan kejahatan mereka menyentap tanah ini demi utk poket mereka.
Saya akan menyokong Keadilan Rakyat. Sebagai kerabat diraja saya akan terus-terusan menentang kemungkaran yang lebih dahsyat yang akan dilakukan oleh Najib Razak
Reply
sememangnya konspirasi jahat utk mmpertahankan kuasa telah dibuat secara teratur tp kita yakin niat & perbuatan jahat mereka tdk akan mendapat Ridho Allah…Niat Mahathir menjahanamkan Anwar & Ustad Fadhil Nor dirancang secara terperinci oleh mereka2 yg berpengaruh dikeliling Penguasa tp semua mrka telah jatuh dari tampuk kuasa satu demi satu…ada yg mengeluarkan diri dari UMNO dengan diketawakan oleh rakan2 UMNO mereka sendiri…ada yg sakit & hilang akal terus meninggal diRumah Sakit tanpa dibela & disanjung pemergiannya…ada yg dihina selepas berkuasa kmdn diberi Tuhan sanjungan supaya kita semua lupa akan kekejamannya nnti membuat kenyataan2 yg menghina orang lain pada hal beliaulah yg merusak Agama,menghina Nabi dgn janggutnya dan lain2…Penguasa memang mengharapkan manusia murahan utk terus berkuasa tp YAKINlah UMNO akan lenyap akhirnya AMIN
Reply
Kesian sama Farah Azlina Latif;
awak kena buat press conference……….say something to public
if u senyap……..public akan kata betullah apa yg Raja Petra cakap
to Saifol;
please buatlah sumpak laknat 2…..nyatakan hubungan u dgn farah…(ajak ulamak 40 temankan)
suka buat fitnah………..now u yg kena fitnah……….allah maha berkuasa
Ezam, ZulNordin, Ulama 40, Harussani, Ibrahim Ali……dimanakah dikau untuk isu ini
teruskan perjuangan Dato Seri
Reply
Dato seri, lihatlah sekarang ini manusia-manusia yang telah menghina, memfitnah dan mengaibkan diri dato seri kepada rakyat malaysia ini telah mulai jatoh satu demi satu. Allah juga telah mengurniakan kepada individu yang menghina dato seri dengan umur yang panjang, supaya dia sedar akan perbuatannya, sekarang telah mula merapu dan nyanyuk, tetapi puak-puak umno masih lagi mendengar cakap-cakap nyanyuknya.Sekarang timbul pula orang yang memfitnah dato seri sendiri telah ditunjukan jalan yang bersimpang siur. Sesungguhnya dugaan Allah kepada dato seri amat hebat, hanya kesabaran boleh meleraikan segala permasaalahan. Sesungguhnya ayat kursyi dan ayat seribu dinar mengilhamkan perkara-perkara yang kita sangka berlaku. ini petunjuk dari Allah.Selaku rakyat malaysia yang cintakan kedamaian, sentiasa mengharapkan petunjuk dari Allah segala perbuatan mereka terhadap saudara sesama islam, sebangsa. Lihat saja hari ini, kita telah ketahui pm najib sekarang telah pergi bercuti panjang sehingga 10 ogos 2010. Kita sendiri dapat bayangkan, bagaimana tingkah laku nya telah membelakangkan rakyat dan mengutamakan keluarga sendiri dalam pentadbiran negara. Dalam keadaan sebegini kita lihat sendiri orang sebegini hidupnya sentiasa dalam keadaan resah gelisah angkara perbuatannya sendiri. Walau apa pun halangan kita sentiasa mengharapkan dari Allah memberi kejayaan kepada dato seri. TK.
Reply
terbongko lagi penipuan sicepottu. ate mun udah suke pd betina buat ape magi jubo pd jantan.jenih jantan ape kamu cepot.satu demi satu tembelang cepot udah kluo.lepah ni ape pulok yang akan kluo..kite tggu aje.dme memang x takut langsong pada Allah.Islam ke deme tu.dme x takut ke org islam sembahyang hajat mohon pada Allah tunjukkan bukti sape yang besalah.nampaknye satu persatu Allah tunjukkan.dme tak tahu ke perancangan Allah mengatasi segale nye.teman nak tye skalilagi islam ke demetu.mazhab ape dme paka. brape juta le gamaknye bagi dik najib tu ye. pemerdagangan orang telah berlaku di sini…takde spe nak buat repot. mcm mane rasa tunang sicepot tu ye bile die tahu cepot ade hubungan intim dengan org lain.baik je tunang cepot buat kenyataan akhbo citerkan yang sebenornye.klu utusan meloye tak nak dengo citer je pade obor keadilan/harakah. amacam jadik…beranile sikit demi kebenaran wahai yong!!!!!
Reply
Buat kerja HARAM dan bagi anakbini serta keluarga makan hasil titik peluh kerja yang HARAM juga.Contoh badan kehakiman negara yang jelek?
Reply
Salam Dato’ Seri,
Hahahahahahaha….Mungkin SeeFool akan buat sumpah laknat ke-2. Makin hari Malaysiaku makin jadi mcm negara setan.
Reply
Ayo Saifool,u ada cinta sama itu lawyer ka..sindri mau ingat aaa…u tarak chance mau menang la.Porahhhh!!!
Reply
dsai,ini ke rupa pm kita pegi makan angin lepas perah keringat rakyat
Reply
itu padahnya bersumpah laknat…seepool dah kena laknat…
Reply