Penjawat Awam Wajib Menunaikan Amanah Yang Dipertanggungjawabkan

25 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Prinsip asas pentadbiran awam adalah jelas: ketaatan kepada ‘government of the day’. Dan prinsip ini digunapakai di seluruh dunia. Dalam erti kata lain,biar pemerintah datang dan pergi, penjawat awam harus terus mencurahkan khidmat bakti kepada negara dan rakyat.

Sikap Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Wan Yunus nyata sangat mendukacitakan. Meskipun Nik Ali merupakan pegawai lantikan persekutuan,tetapi memandangkan beliau merupakan penjawat awam yang berkhidmat di Pulau Pinang,maka keakuran beliau kepada Kerajaan Negeri harus diletakkan sebagai prioriti.

Biarpun ada kecenderungan politik, penjawat awam harus kekal neutral dan telus,demi menjunjung integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam.Asal saja sesiapa yang memerintah,maka taat setia penjawat awam harus diberi. Prinsip ini sewajarnya digunapakai di negeri-negeri Pakatan Rakyat.Penjawat awam harus kekal menjadi tiang seri.

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara juga tampak mengecewakan,apabila melihat tidak ada keperluan Nik Ali untuk dipersalahkan,malah punya hak untuk mempertahankan diri dan dipertahankan. Kononnya Nik Ali dimalukan. Prinsip ini tidak pula digunakan apabila Nazri Aziz menyerang pegawai Kementerian pembangunan Usahawan dan Koperasi apabila timbul isu permit teksi satu masa dulu.Sewaktu Tukiman Nail dihadiahi penyapu oleh Khir Toyo,tidak juga dipertahan sedemikian rupa.Apakah kerana yang menyerang penjawat awam ini politikus Umno maka mereka perlu senyap?

Penjawat awam merupakan nadi kepada pembangunan negara. Malah merekalah tunjang kepada kestabilan sesebuah kerajaan. Justeru jangan dicemar profesionalisme mereka.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site