KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010
Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.
Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.
Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.
Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.
Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.
Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).
Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.
Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.
Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.
Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.
Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang









Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan ‘barang naik’ dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan “barang naik” itu perlu dielakkan.
Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
“Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.
Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi” dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.
Jangan buat tinjauan rambang
Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media ‘diminta’ mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.
Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.
“Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat – ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.
Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.
Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Puji ‘keberanian’ Najib
Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji ‘keberanian’ Najib dalam mengurangkan subsidi.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.
Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti – menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.
Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.
Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online – sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.
Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.
Media patuhi arahan
Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.
Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.
Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”
Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.
Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.
Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik’ di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.
Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.
Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov’t bold move will have minimal impact on people, says PM”.
Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.
Reply
ziad Reply:
July 19th, 2010 at 10:14 am
Rakyat yang bodoh saja yang menjerit2 gembira dengan BARANG NAIK sokonglah BN lagi nanti akan diberi lagi beberapa kejutan yang tak munasabah olih ISTERI ROSMAH yang tongong asyik dipiat telinga olih SUAMI NAJIB?
Reply
cetjohan Reply:
July 19th, 2010 at 10:44 pm
Salam,
Kepada Datuk Seri dan penyokong. Tahniah kerana kesungguhan melahirkan dan menzahirkan kebencian kepada kepimpinan kerajaan sekarang. Untuk makluman semua, semakin banyak kutukan,kata-kata penghinaan yang dilabelkan kepada Najib, Rosmah dan barisan kepimpinannya maka semakin ghairah rakyat untuk meneruskan menonton satu sandiwara di pentas politik Malaysia. Berjayanya pengarah-pengarah sandiwara yang dipilih Najib menulis skrip permainan politik. Yang paling penting mesej sandiwara ini adalah rakyat terus menonton dan pelakon-pelakon terus berlakon. Najib, rosmah dan barisan kepimpinannya berjaya 100% menjiwai watak yang diberikan. Datuk Seri dan kumpulan juga berjaya menjiwai watak-watak. Saya dan kami rakyat agak kesejukan sebagai penonton kerana jalan cerita terlalu panjang.
Kami mula keperitan dengan babak harga barang yang meningkat. Kami terkejut dengan babak rentetan kapal selam. Kami silau dengan babak program PERMATA. Kami panik dengan babak Wisma Wanita. Kami rimas dan cemas dengan babak pembunuhan, kes-kes mahkamah, kes pasir, kes UMNO-PAS dipujuk bergabung dan PERKASA dan macam-macam lagi.
Datuk Seri,
Kami rakyat hampir lemas. Selagi Datuk Seri tergoda untuk memainkan watak yang diberikan kepada Datuk Seri, saya percaya pengarah-pengarah akan terus menulis sandiwara supaya Datuk Seri terus berlakon. Kami tidak mahu melihat Datuk Seri menjadi pelakon tetapi mahu melihat Datuk Seri pula yang menulis skrip politik tanah air. Kami tidak lagi mampu menanti kesudahan sandiwara pada pilihanraya yang akan datang. Kami mahu Datuk Seri tamatkan saja cerita, kerana kalau dibiarkan kami akan terus menjadi mangsa sandiwara pemimpin yang ada sekarang. Jalan cerita yang panjang akan menyebabkan Datuk Seri mungkin tersalah langkah silat. Mudah pemimpin akan menikam Datuk Seri.
Datuk Seri,
Kami rakyat takut kehilangan pelakon sehebat Datuk Seri. Masa terlalu suntuk. Masa terlalu suntuk. Kami rakyat Malaysia Datuk Seri. Kami ini rakyat. Kami ini rakyat, Datuk Seri.
Reply
ulam batar Reply:
July 21st, 2010 at 12:41 am
pementasan yang panjang penonton harus bersedia dengan kos dan masa.manakan sama watak malim deman dan ramayana ,manakan sama lamanya lakonan filem melayu dan hindustan. sandiwara panjang atau pendek harga tiketnya tetap sama. hebatnya sesuatu lakonan terletak pada mata dan minda penonton. kita sebagai penonton harus berani menbakar pangung atau pentas sekiranya jalan cerita berat sebelah!! ini kisah benar yang berlaku di Negara India penonton mereka menjiwai jalan cerita toukeh pangung harus bersedia dengan risiko. Pelakon di India menerima amcaman bunuh dari penonton filem mereka kerana babak tertentu. Sebab itu rakyat dan negara India adalah Negara demokerasi kelas pertama didunia.
Kita di Malaysia terlalu lemah cangok penonton dimalaysia hanya menonton cerita mestik berkadar kurafat dan syrik. Penonton malaysia suka cerita tahyul ini budaya penonton melayu.pelakon itu jahat atau pun baik tiada beza. pada mereka hanya watak sebabnya cukup mudah Penonton malaysia tidak pernah menonton dari belakang pentas. Mereka hanya tahu penonton harus berada di depan layar!!! Penonton yang bagus mereka tahu siapa pengarah dan penulis sekrip sesuatu sendiwara. Persoalnya beranikah Penonton Melayu menbakar pentas (Ke jalanan)?????
Reply
angkawasan nasa Reply:
July 21st, 2010 at 8:07 am
cetjohan a/l chedet!!
Apa yang you ceritakan adalah “cerita rakyat” hikayat ini dimiliki oleh semua negara setiap negara punya cerita rakyat yang berbeza.Oleh itu kita sebagai rakyat harus menerima hakikat ini semua sebahagian dari nilai dan nila nila hidup!! .
Apa yang perlu kita perhatikan sebagai rakyat harus peka dengan cerita rakyat. UMNO dengan wayang kulitnya, MCA dengan wayang tongkol, MIC dengan wayang operanya.PERKASA dengan mak yong nya serta Keroni UMNO BN dengan kekononya tanggungjawab keparatnya !! keroni UMNO BN sering berselindung dibalik tanggungjawab so sial yang bangkut dan renik tertapi hakikatnya keuntungan bagaikan gergasi bermata satu. Inikah yang dikatakan satu malaysia sedangkan mereka punya wayang yang tersendiri.
Sistem atau acara sebegini harus ditolak oleh kita secara mentah mentah, sebelum kita termuntah. kita percaya kehidupan adalah pentas semua adalah perlakonya rakyat tidak boleh berlakon sebagai “pak pacak” rakyat harus jadi menulis skrip untuk negaranya.
Reply
minang Reply:
July 21st, 2010 at 9:50 am
CETJOHAN mana reti perit kan dia serupa CETI HARAM saja gamaknya,kau dan umno usahlah bersandiwara dengan watak2 keji lagi haram?
Reply
cetjohan Reply:
July 21st, 2010 at 8:08 pm
Minta maaf minang andainya tulisan saya susah u nak faham.
cetjohan Reply:
July 21st, 2010 at 8:29 pm
Tahniah angkawasan nasa. U faham sikit-sikit tapi tak faham semua sebab bila saya buka kamus dewan tak ada angkawasan nasa. Angkasawan adalah. Tapi nama u dah terbalik bahaya juga sebab asyik menyebut angka saja. Jadi jangan baca tulisan saya pun terbalik. Lepas ni angkawasan nasa ajak minang menulis secara ilmiah supaya ruangan ini sentiasa dikunjungi rakyat kerana dah ramai mahu rakyat menjadi penulis skrip politik Malaysia. Nak menulis perlu ada pen atau laptop. Biar DSAI menjadi pen atau laptop kita. Kita jangan lagi caci maki. Kita tulis dan beri idea bernas.
Reply
INDRA Reply:
July 22nd, 2010 at 11:24 am
Bernas sungguh idea awak ya cetjohan konon nak buka minda orang diri sendiri pun minda tertutup usah buka pekung didada,anwar pun boleh tahan caci maki dan hina dina kau tak boleh ka apa punya oranglah cakap tak serupa bikin?
kuda kepang STC Reply:
July 24th, 2010 at 12:09 pm
Angkasawan nasa !! bukan macam angkasawan tempatan tumpang dengan roket Russia atau roket DAP g angkasa he!!he!!!
Angkasawan nasa adalah angkawsawan Amerika yang ke angkasa dengan Roketnya sendiri tak mainlah tumpamg tumpang!!!buat malu kaum aja~~~~!!!
kepada umno dan kunco kunconya…kalau dah rasa x boleh nak memerintah bagi kat org lain lah..weii. mungkin org lain boleh buat lebih baik dari engkau org.ini x, habis duit rakyat kau enjoy..100 juta sana 100 juta sini{kata kata ketika pilihanraya)dah x boleh ejas rakyat gak yang kena tangung balik alahaiii nasib nasib..kalau rasa dah x boleh memerintah IKAN KELI IKAN KEMBONG ANGKAT KAKI LAMBUNG LA..BUAT DSAI KAMI TETAP DI BELAKANG ANDA TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK NEGARA TERCINTA..SALAM
Reply
SALAM DSAI,
SAYA BERSETUJU DGN PANDANGAN DSAI. PERBUATAN MENAIKAN HARGA INI TERNAYATA AKAN MEMBEBANKAN MASYARAKAT YG BERPENDAPTAN RENDAH YANG MEWAKILI 70% PENGUNDI DI MALAYSIA. NAMPAKNYA BARANG SIAPA YANG MENGUNDI UMNO-BN TU KENA FIKIRLAH BALIK.. BIJAKKAH KITA MEMILIH PARTI YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN KAUM MELAYU TP PADA MASA YG SAMA MENGANIAYA RAKYAT SUPAYA MATI KEBULURAN.
SEMOGA PAKATAN MENGAMBIL IKTIBAR KEJADIAN INI, DAN TIDAK MEMBUAT PENDEKATAN YANG SERUPA.
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
Itu menandakan ekonomi UMNO-BN semakin tenat….kalu dia potong subsidi kroni dia,,,jadi pilihanraya nak dekat nanti…tak dak bantuan dari depalah……jadi dia naikkan harga2 barang….sbb dia rasa ramai rakyat(ahli karat biru) yg sokong dia…..sekarang terimalah padahnye……kata najib kununnye duit subsidi yg terkumpul nanti nak perbaiki hal2 kesihatan….mmglah dia pi bagi kat tempat kesihatan…..sbb byk hal2 kesihatan tlh di swastakan dan di ‘out source’ kan kpd kroni2 UMNO-BN…..juga lain2 tempat spt di GLC….sbb itulah cara lain mereka(UMNO-BN) nak mentekedarah duit rakyat……..tak pe….lepas ni di PRU13 nant….kita pakat turunkan…….TURUNKAN UMNO-BN DARI TAMPUK KUASA DI MALAYSIA NIIIII……..UMmmmmph NOoooo…….Be eNd…….
Reply
rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan, inilah slogan yang rakayat mesti tahu bahawa pemimpin kerajaan amat mendahulukan kepentingan rakyat.
Kalau ada sesiapa boleh bagi tau berapa harga minyak (per liter) di Arab Saudi, Brunai, US, Jepun dan berapakah nilai purata pendapatan rakyat di negara mereka.
Harga barangan di negara kita telah melebihi purata pendapatan rakyat dalam negara.
lihatlah keperitan rakyat…
Reply
lurus bendul Reply:
July 19th, 2010 at 8:20 am
Mulut rakyat ditutup dengan tidak mendapat kemanisan hidup (harga gula naik) !!
Tangan Rakyat di ikat dengan tidak dapat memandu ( harga minyak naik)!!
Mata Rakyat tertutup akibat Gas FRU (harga gas pemedih makin turun) tertapi gas didapur naik???? nanpak nya UMNO nak tutup mata dan mulut rakyat!!!! dan tangan di pasung!!! Rakyat boleh dapat gas percuma tertapi di jalanan bukan di kedai!!
kita harus melihat acara ini sedalam mungkin apakah didalam kita berada di abab ke 21 ini pada hakikatnya kita berada di abab ke 18. Apakah UMNO cuba bergerak secara babarbirian dan politasi!!!!
Reply
guni setahil Reply:
July 19th, 2010 at 8:59 am
Didalam kita mendepani bulan ramadhan al mubarak dan Hari raya puasa ini. Perutusan subsidi yang dikeluarkan dengan tampa melihat anak bulan ini amat mendukacitakan rakyat. Subsidi dan rakyat adalah roh dan jasad !! jika di pisahkan maka menjasatlah Rakyat. Menteri UMNO BN cuba merengangkan kedua pusaka ini. ini sahaja harta pusakan yang ada pada rakyat yang bergelar subsidi yang hanya sekangkang kera ini cuba di putuskan oleh Menteri UMNO BN.
Reply
ASlmkm Dsai
Nampak sgt BN nk perah wang rakyat sblm dia bungkus PRU13
Insyallah selepas PR amik alih kuasa, kita bicarakan sume bekas2 menteri BN atas salah laku kuasa
jgn pk mereka akan tlepas bgitu saja.
wslm
Reply
Apa yang boleh di buat dengan pengurangan subsidi ini? menambahkan pendapatan siapa? apa nak jadi dengan saudara mara kita di kampung, apakah mereka sudah bersedia menerima kesan dari apa jua nama penarikkan subsidi ini. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat kerajaan patut memikirkan bagaimana untuk mengawal harga barang kerana jika pendapatan sejajar dengan peningkatan harga barang maka wang pendapatan yang diterima mempunyai nilai yang rendah. Bagaimana AP? kenapa keseluruhan AP ini tidak di tarik balik sedangkan AP ini hanya membantu segelintir pedagang sahaja. Bagaimana IPP? kerajaan memberi subsidi hampir RM18 bilion setahun dengan pembaziran 20 peratus ‘standby power, Bagaimana projek Bakun yang sehingga ini banyak merugikan banyak pihak dan yang terbaru melibatkan Sime Darby. Apakah langkah seterusnya bagi kerajaan untuk merealisasikan projek ini dan adakah projek ini akan di campakkan ke syarikat GLC yang lain atau syarikat-syarikat di bawah PNB bagi membolehkan wang syarikat dirompak atau diselewengkan atas dasar kapisiti yang mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mengedalikan projek tersebut. Bagaimana Felda? Apakah oreantasi peranan sebenar Felda? Melabur semula dalam bidang-bidang tertentu seperti mempunyai pejabat besar yang hampir mencecah RM800 juta ringgit dan membuat resort yang mewah-mewah tetapi sebenarnya untuk siapa? Fikirkanlah penguasa Felda, bagaimana untuk menjadikan Felda sebagai hab makanan serantau dengan mengambil generasi ke 2 dan ke 3 sebagai sumber manuasia tanpa merelakan generasi ini berhijrah mencari peluang pekerjaan di bandar. Terlalu banyak benda berjenama dengan campuran seperti 2 1 atau 3 1 berhasil dengan keenakkan dan kesegaran sebenar, akan tetapi jenama ini dengan intipati baru 5 1 dengan rasa sebaliknya membuatkan rakyat menjadi sesak dan memualkan.
Apa kata para mufti atau YB yang dah keluar dari PR? adakah mereka akan menjerit dan melolong dengan tindakkan kerajaan ini. Apakah mufti ini akan kata ‘ tak palah demi perpaduan melayu kita terima sajalah pengurangan subsudi ini kerana jika tidak di kurangkan maka negara kita akan menjadi bengkarap 2019′. Maka dengan ini usah bicara pasal ‘naik harga barang’ kita bicara tentang bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu…demi melayu.. Agak-agaknya Melayu tu UMNO atau PAS sahaja ker..DSAI tu bangsa yahudi ka.. Udah-udahlah tu demi agama yang tercinata marilah berbalik kepada al quran dan hadis nescahaya kita akan di jauhkan dari api neraka. KENAIKKAN HARGA KEPERLUAN INI PERLU KITA TENTANG SEHINGGA ISU IPP, SIME DARBY, PENGAMBILAN KOMISEN YG BERLEBIHAN DALAM PEMBELIAN PERALATAN KETENTERAAN DAN LAIN-LAIN ISU YANG MELIBATKAN KETIRISAN WANG RAKYAT TIDAK DI TANGANI SEGERA.
Reply
Duit lebihan tu selain dirembat najib dan beri gaji pada penasihat APCO rakyatlah yang kena tanggung beban yang dicari olih Kera…jaan UBN sebab gerombolan tidak terbeban dengan sebarang kenaikan, rakyat yang sokong BN pun tak kena beban juga kerana mereka diberi subsidi khas.ha3x..
Reply
Nak prihatin bagaimana Dato Seri semua harta rakyat nak dikebas cakaplah slogan apapun dah perangai pemimpin UBN serupa syaitan ZIONIS?
Reply
Harga Minyak naik sebab nak standby mengaut keuntungan besar apabila musim perayaan tiba banyak yang nak balik kampung,kena isi tangki penuh…tol-tol di seluruh negara juga untung besar…mengenai harga gula naik juga nak mengaut untung besar bila bulan puasa tiba juadah berbuka memerlukan gula nak buat kuih…berhati-hati dengan kemungkinan harga ayam juga akan naik sebab nak mengaut untung besar….maka tibalah pula daging-daging kotak import juga nak buat untung besar……
Reply
Hey, the RICH PEOPLE (THE Bad Leader) we will fight u until at the end… ALLAH will punish U Hard…
Reply
Hidup UMNO…Hidup Najib…Hidup Rosmah.. Saya suka harga minyak dan gula dinaikkan. Padan muka rakyat Malaysia yang mengundi UMNO. Tidak apalah harga minyak naikpun saya tidak kisah. Saya cuma orang kampung. Kereta tiada, pakai basikal ja, gula pun jarang beli. Tidak mampu. Sayur, beras semuanya bergantung kepada usaha sendiri. Menjala ikan pun dah cukup dijadikan lauk. Ayam kampung aku ternak sendiri. Dari dulu kini dan selamanya saya memang tidak meenyokong UMNO parti p[enipu, penyangak dan penyamun. Kalau setakat saya dan keluarga yang tak mengundi BN dan UMNO mampukah kerajaan hari ini tyumbang. Pada saya biarkan harga barang naik, harga minyak naik, padan muka orang Sabah dan Sarawak yang menjadi penyokong tegar BN. Biarlah mereka menimkati kleperitan di bawah kerajaan BN.
Reply
Saya sindri tarak makan gula..skrang ada kincing manis.Saya juga tarak beli menyakk,,kreta suda kena tarik.Duit tarak,suda miskin.Itu krajaan tarak pikir sama kita orang susah..ceiit,kita skrang tarak sokong sama u punya parti ..itu BEE END.Misti pangkah itu tok gulu punya parti..
Reply
lang suyo Reply:
July 22nd, 2010 at 7:49 am
Bila pilihan raya UMNO lah yang banyak beri sekilo gula dan kain palikat pada orang kampung! (nak tarik undi) jadi kenapa ? pulak UMNO kata gula punca penyakit K Manis?
UMNO ni lidah bercabang!! kalau gitu bila pilihan raya orang kampung jangan ambil sumbangan gula dari UMNO bila Pilihan Raya !! kata kat depa nanti kena K Manis.
Tuan guru berpesan kalau “UMNO beri kain kita pakai kalau UMNO beri gula kita kacau” tapi PANGKAH PAS. dalam hal ini saya tak berani komen !! sebab rakyat kelantan kuat makan manis!!! dan saya percaya kenaikan harga gula adalah disebabkan untuk beri tekanan kapada Negeri kelantan.
Reply
“Pada saya biarkan harga barang naik, harga minyak naik, padan muka orang Sabah dan Sarawak yang menjadi penyokong tegar BN. Biarlah mereka menimkati kleperitan di bawah kerajaan BN”
Jangan begitu sekali saudara. Jadi rakyat yang waras dan berfikiran matang. Dalam keadaan politik sekarang kita perlukan komen dan pendapat yang bernas. Bagaimana kita sebagai rakyat dapat bersatu mencegah kemungkaran pemimpin bukan menyalahkan sesama sendiri. Pemimpin yang saudara tidak suka ini, memang suka saudara berfikiran di atas. Minta maaf saudara. Kita bersatu semula membaiki laluan yang nampak getir.
Reply
Zad Mohammad Reply:
July 20th, 2010 at 12:59 pm
Bukannya tak mahu bersatu saudara, tapi kekadang rasa marah kerana rakyat Sabah mudah sangat ditipu oleh pemimpin-pemimpin BN. Bagi RM20.00 pasti mereka pangkah BN. Kesannya banyak dan lama. Lima tahun pemimpin tidak muncul-muncul. Harga barang dan minyak terus naik. Apa punya kerajaan. Saya cuma berdoa agar Najib dan kerajaannya jatuh tidak bangun-bangun lagi. Saya harap DSAIO gunakan pengalaman untuk mengekang penipuan SPR. Kalau boleh minta pemerhati luar, pemerhati yang berkecuali memantau PRU ke-13 nanti. Berdasarkan apa yang dengar daripada sekeliling kebancian terhadap BN membuak-buak kini. Kami tunggu masa mengundi sahaja tetapi jika SPR tidak dipantau confirm BN menang, meskipun betapa bencinya rakyat kepada mereka.Maklumlah SPR ini salah satu cawangan UMNO yang berjuang untuk memenangkan BN dan UMNO. Cis.. celaka kau SPR.
Reply
minang Reply:
July 21st, 2010 at 10:41 am
Jika berfikiran seperti CETJOHAN a/l CHEDET lingkup negara yang sememang dah nak terlungkup di kerja olih NAJIBTUYA dan kroni2.
Reply
Seorang blogger merumuskan, “Kalau nak naik harga barang, undilah Barisan Nasional.” Bunyi propaganda, tetapi saya tidak mahu menyalahkan dia.
Yang membuat dia faham begitu ialah Idris Jala – the arm chair politician!
Rakyat sentiasa diminta berkorban atas alasan kepentingan negara, sedangkan yang kaya terus kaya dan yang miskin dibiarkan terus melarat….bila tiba pilihanraya, wang ditabur konon menunjukkan kerajaan sekarang prihatin……sedih nya
Apakah rasional nya kenaikan harga barang keperluan asas rakyat Malaysia……barang2 yang digunakan baik kaya atau miskin…. pembangkang atau kerajaan, seluruh 27juta rakyat Malaysia
Walaupun gaji2 pemimpin dipotong itu bagi menunjuk kan pemimpin juga sanggup berkongsi kesusahan rakyat, rasa nya masih tak cukup
sebab persepsi rakyat tentang pemimpin kerajaan sekarang cukup tebal
rata-rata pemimpin kerajaaan ni kaya raya, minyak free rumah free orang gaji free kereta free pengawal keselamatan free makan minum boleh dikata kan semua free lah
dan tiada siapa pun mahu lihat ahli parlimen bergerak naik motor cabuk, cuma jangan lah terlalu jauh bezanya dengan rakyat kebanyakan
bukan apa, rasa nya masih ada lain2 pilihan selain menaikan harga barang
seksa sangat rasa bila harga barang2 keperluan asas ni naik, sebab kesan nya kenaikan harga barangan lain (kenaikan berantai), harga susu naik, tambang naik dan lain2 lah…..naik (rasa marah pun naik sekali)
rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.
bukan main sedap lagi bunyi alasan kenaikan harga barang yang dibuat,
tapi isi nya pahit sangat, walau pun ayah aku tak berapa faham dengan rasionalisasi, fiskal atau defisit ni, dia tetap mengeluh sambil duduk ditanga merenung bendera UMNO yang semakin lusuh…
AMIN
Reply
Bila masalah ekonomi timbul, maka rakyat yang jadi mangsa. Ini menepati slogan Satu Malaysia, “Rakyat didahulukan”. Rakyat didahulukan dengan segala masalah dan bebanan. Harga naik, rakyat yang kena tanggung dulu. Bila harga barangan naik, maka disuruh rakyat berjimat tetapi menteri2 dan kroni2 BN hidup macam itu jugak, mewah sakan dan terlepas dari segala bebanan.
Bila pilihanraya tiba, lain pulak watak2 menteri2 dan wakil rakyat2 UMNO/BN ini, mereka sanggup turun padang membantu rakyat, derma sana dan derma sini, sanggup ke rumah usang menjenguk warga2 tua yang sakit, sanggup makan semeja dengan orang2 susah/miskin dan melakukan lain2 aktiviti yang tidak ikhlas. Banyak janji2 manis ditabur kepada rakyat yang hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat. Tujuannya hanya satu, nak pancing undi.
Selepas pilihanraya, watak pemimpin UMNO/BN akan bertukar seperti sebelumnya, hidup tanpa menghiraukan rakyat jelata. Rakyat hidup susah, Pemimpin hidup mewah. Sampai bila keadaan ini hendak berlarutan. Katakan ‘CUKUP” kepada pelakon2 bodoh lagi bebal ini (pemimpin2 BN) kerna kami (rakyat) tidak sanggup tanggung derita akibat perbuatanmu. TUKAR BN, PILIH PR.
Reply
Mana pergi subsidi kami
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..
sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..
tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..
tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..
tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..
lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa.
Reply
Samy Bulu Reply:
July 20th, 2010 at 7:55 pm
Ayoyo En.Harun,u banyak pandai aaa.Memang best..tip top.
Reply
Rakan seperjuangan sekelian.. harga minyak dan gula naik ini baru selaras. Atau ini adalah baru laras pertama. Tunggulah laras kedua dan keseterusnya. Mungkin ledakan atau letupannya lebih besar. Kita ni memang sentiasa didahulukan. Elaun menteri2, serta IPP yang mengaut untung dari subsidi dikemudiankan. Tukar aje lahhh… selamat menuju Putrajaya PR.
Reply
layman Reply:
July 20th, 2010 at 10:56 pm
Amin.
Reply
Kenapa kenaikan barangan tidak dibincang dan di undi di dewan rakyat.
Mengikut perlembagaan jika BN tiada 2/3 undi kenaikan tidak boleh di jalankan.
Bagi syarikat monopoly, yang untongnya berlipat ganda mana ada subsidi.Subsidi cuma di beri kika syarikat2 monopoly tiada untong.
Sila baca rencana “Cukai Tersorok gula dan minyak” di…
http://warongpakyeh.blogspoy.com
Reply
semalam berita mengatakan indeks harga naik 1.7%. jika indeks harga diistiharkan naik, nyatalah kenaikan harga barang memang berlaku. jika kenaikan ini berterusan sekali lagi inflasi akan mengongkong suasana ekonomi negara. logik kepada kenaikan harga pada bulan-bulan mendatang memang boleh dipercayai akan berlaku. kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini memang akan memberi kesan kepada struktur harga barangan di pasaran.
bersedialah untuk menerima suasana pesta naik harga. rakyat tiada kuasa untuk menurunkan harga tetapi rakyat hanya ada kuasa untuk menurunkan bn.
Reply
Barang naik macam mana pekerja swasta dan yang mengajar Di sekolah swasta dan ipts ni yang gaji tak naik harap gaji pokok. kam9i jatuh golongan pendapatan rendah sebab nape gaya hebat gaji cukup makan kalau kami kerja ada yang kerja 2 tahun , 5 tahun gaji tak pernah naik .. sakit kami
Reply
Sape yg x marah bila harga minyak dan lpg juga gula dinaikkan? Dgn alasan xmsk akal iaitu utk elak dari terkena diabetes dan jgn membazir serta tukar carahidup. Itu alasan yg loya dan memualkan! Mereka yakni kroni2 yg mengaut untung berbillion2 kena ubah cara hidup. Cuba hidup dgn gaji 2000 selama setahun dan tgk mereka bole hidup atau tidak. Baghal betul!! Sokongan kpd dsai makin meningkat..mari kita pastikan kapal buruk dgn kapten serta kelasi kapal yg angkuh dan biadap karam dalam lautan ombak PR.!
Reply
Tak semua org sabah sarawak menyokong BN ..
kami golongan muda dah lama nyampah dgn bn nih..yg tegar2 tu golongan tua2 cdan kampung dan pendalamn yg memang susah..jadi kena bagi gulu sekilo rokok sekotak pun dah suka..
Tapi dah terbukti di Sibu bn ditolak..Jadi elction akan dtg kami akan mengubah nasib bn disini tunggu dah lihat lah nanti..sbb kami adalah golongn muda yg memang dah lama tahu tentang keserakahan pemimpin bn..yg mengaut kekayaan dari hasil bumi sarawak untuk kroni2 mereka..keluarga mereka…
kepada BN sarawak bersedialah untuk menerima nasib yg maha malang pada election akan dtg..TUNGGUUUUUUUUU
Reply